Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
12 Ayat Pengesahan Kepada Anak
.
.

"Ayah tak pernah pun cakap kat saya I Love U".πŸ€”

"Mama tak pernah pun puji saya".

"Ayah tak nampak ke tadi Abang sabar aja dengan Adik".

"Mama tak suka peluk saya ke?"☹

"Asyik saya aja kena marah. Semua saya buat salah. Saya tak pernah buat betul ke?"

.
.

Itulah agaknya suara hati anak-anak kita saban waktu di sebalik mereka 'dikatakan' kerap buat hal.

Tangki emosi perkataan yang mengesahkan, kurang. Kurang sesangat.
.

Anak rasa tak dihargai,
Tak disayangi,
Tak betul.
.

Sedangkan bukan itu yang sebenarnya dalam hati #IbuBapaKini, kan.

Ibu ayah memang sentiasa dan selamanya sayangkan anak-anak,
Cuma ibuayah terlepas pandang...
.

Lupa nak #jadilebahbukanlalat.

Yuk, kita ucapkan ayat-ayat pengesahan sebegini.

12 Ayat Pengesahan Kepada Anak Anak Kita.
.

Mudahan,
ayat sebegini yang mereka dambakan selama ini jadi seperti 'ubat' kepada tingkahlaku mencabar mereka..
.

Agar semakin 'BESAR' jiwa kebaikan dalam diri mereka.
Subur.
Mekar.
Mewangi dan merahmati Alam.

CARE 🧑,
Maznah Ibrahim.
.
Alhamdulillah.
Tahniah, Syabas yang telah berjaya menghadiri Webinar secara langsung malam tadi! 😍😍😍 dari pukul 8.30 malam tepat saya mula hingga 12 lebih malam berakhir, kekal hingga tamat, masyAllah. Terbaik!

Sedikit review yang sempat dikongsikan.

Yang telah mendaftar, boleh tonton semula rakaman akses 30 hari ya!

Yang terlepas dan mahu mendapatkannya, masih boleh dapatkan akses rakaman di sini ya :

https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=r211024-1

Semoga kita semua semakin yakin dalam pelaksanaan kaedah pendekatan kita terhadap tingkahlaku mencabar anak kita dengan sebaik-baik respon/tindakan 😊😊😊.
LEBIH BAIK CEGAH I Edisi 28 Oktober 2021 I 9.00 Malam
πŸ”Š Saksikan Di Youtube Mr AADK : https://youtu.be/6pTJpDSanaI

Pencegahan dadah bermula daripada rumah. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang dalam diri anak.

Ibu bapa dan keluarga merupakan faktor pelindung utama kepada anak-anak daripada terlibat dengan perbuatan berisiko termasuklah penyalahgunaan dadah. Segmen Lebih Baik Cegah kali ini bersama Puan Maznah Ibrahim seorang Kaunselor Berdaftar bagi berkongsi tip keibubapaan untuk menggalakkan anak-anak mempunyai coping skill yang positif dan selamat.

πŸ‘‰πŸ»Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

#DadahTerkawal2025
#LebihBaikCegah
#TakPerluStimGuys
#AADKTV
#LebihBaikCegah
Kita Peluk dan Ingat Momen Best dengan Anak.
Setiap anak.
Rasakan bahagianya.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Tajuk: Keluarga Ceria Hatiku Bahagia
Tarikh: 29 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang-4.00 ptg

Panel : Prof Dr Zuria Mahmud
Moderator : Puan Ruhana Mahmod / Ketua Profesion Pegawai Psikologi Kaunseling KKM


Join Zoom Meeting
https://us02web.zoom.us/j/89133541644?pwd=VkRuSlA5MTNCTUNzTVZ3WjY1bkIxZz09

Meeting ID: 891 3354 1644
Passcode: 691673
3 Langkah Mudah Selesai Konflik dengan Anak:
.
1. Bolehlah kita panggil anak itu dan ajak 'private talk' (ini keyword anak sulong saya, dulu-dulu saya sebut 'pillow talk', boleh juga apa-apa nama sesuai seperti 'special time', 'car time', dll ya).
.
2. Nyatakan ikut teknik sandwich: roti, isi, roti.

Roti: intro, "Ayah suka bila tadi Abang ... (puji dulu).

Kemudian masuk Isi Inti: "Ayah bimbang tadi Abang (tegur situasi spesifik) (contoh tinggikan suara dengan Mama masa Mama minta masuk kelas PDPR. Tak boleh buat macam tu, tarik nafas dan beritahu elok-elok aja ok".

Kemudian akhiri dengan Roti: Doa baik-baik, kepercayaan: "Ayah yakin abang sebenarnya memang seorang yang bertanggungjawab dan akan hadir setiap kelas PDPR kan".
.
3. Akhiri dengan sentuhan selamat: tepuk, usap, cium di kening dekat mata, pelukan penuh.
.
.
Care,
Maznah Ibrahim.
.

Jom join psikologi anak dan keibubapaan positif di sini:
T.mazn.me/chan
Untuk renungan kita bersama.

Di dunia bagaimanakah anak kita hidup sehari-hari ?

❀,
Maznah Ibrahim

Telegram channel 'positive parenting' dan psikologi anak:

T.mazn.me/chan
Nilai masa bila kita sanggup ketepikan gajet dan menoleh ke anak, memandang matanya dan menyambut bicara dan aksinya.... tuning in, matching, mirroring.

Maznah Ibrahim

Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif:

T.mazn.me/chan
6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah :
.
1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang sebarang tingkahlaku anak yang kita nampak kurang betul, kurang elok, tantrum, melawannya dan sebagainya yang tidak ikut spec kita, sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi anak.
TINGKAHLAKU = BAHASA, ada mesej yang nak disampaikan, terutama anak kecil yang belum mampu mengucapkan atau meluahkan, apatah lagi anak yang sudah besar namun sudah tahu bila dia cakap, pasti tidak dapat, atau tidak disokong, atau mungkin akan dimarahi, Maka berlakulah missbehaviour...
Missbehave = Mesej Sesuatu Nak Disampaikan kepada sekeliling dia
.
2. Anak-anak ada usahanya, kepada apa jua permintaan kita atau kita tak minta pun dia ada fitrah nak cuba melakukan sesuatu yang baik. Maka sahkah ia (validate ia) atau pastikan anak tahu yang kita terima, kita nampak, dan kita hargai usaha kecil dia.
Contoh anak kecil yang berusaha nak cuba buatkan kopi untuk mak dia (macam Yumna saya - sebenarnya dia suka nak tuang dari teko kaca tu ke mug mak dia :sweat_smile:) masyaAllah rajinnya, tak perlu disuruh, atau baru sebut aja dia sibuk-sibuk nak buatkan. Tunjukkan yang kita 'perasan', akan niatnya yang baik itu. Puji 'noticed' usaha dia yang belum berlaku pun dan kesanggupan dia itu. Hmm memang anak kecil ni sesuatu yang kita belajar ialah mereka ni super duper yakin diri tau.
Apatah lagi anak besar, remaja yang cuba membantu urusan rumah apabila ada konflik ibu ayahnya dengan memasakkan nasi untuk adik-adiknya atau membelikan sayur dengan menaiki motosikalnya. Pujilah usahanya itu.
Puji, nyatakan secara jelas (Tangki Emosi: Perkataan: Words of Affirmation)
.
3. Luahkan KEYAKINAN kita kepada keupayaan anak, di saat anak ada rasa 'down feeling'nya, momen emosi konflik diri, rasa tak yakin dirinya melanda... (ni biasanya anak sudah sekolah mula akan rasa inferioriti vs. yakin diri sesuai dengan tugas perkembangan usia 6-12 kanak-kanak).
Bukan berbahasa basi, namun tunjukkan, luahkan, persepsi anda yang positif.
"Ya, Mama YAKIN abang boleh buat, hari tu Mama tengok abang usaha berjaga malam siapkan kerja Matematik Tambahan tu. Bila kita usaha, insyaAllah adalah hasilnya berbanding kita tak buat apa-apa...".
"Mama YAKIN kakak boleh present atas pentas dengan baik, berani, relaks dan fokus. Kami semua doakan. Lagipun kakak kan dah practice".
.
4. Hormatilah anak, berikan HORMAT kepada mereka seperti mana kita mahu mereka hormati kita.
Cara paling basic ialah pandang wajah mereka (beri full face - muka penuh) bila mereka mahu bercakap dengan kita, tinggalkanlah semua kerja yang sedang dilakukan, barang sebentar 10 saat pun amat bermakna untuk si anak sewaktu terujanya mereka mahu berbicara dengan kita.
Apatah lagi anak remaja yang ada pandangan sendiri, keputusan sendiri, dan tindakan sendiri, hormatilah keputusan mereka, bawalah kepada berbincang dan negosiasi bila kita tidak setuju, dengan cara bermusyawwarah ya.
.
5. Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu.
Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke - No, isunya mereka sedang rasa. Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif.
"Mama tengok tadi bila cousin datang, kakak macam serba tak kena, apa sebenarnya yang kakak rasa"(walau sebenarnya nak marah kenapa tergedik sangat anak Mama nih ya). (Berikan feedback dan dapatkan clarification dari dia).
"Tadi Ayah tertinggi suara sikit aja, apa sebab abang meraung raung menangis macam tu, hmmm Ayah rasa malu, juga pelik sebab apa abang jadi macam tu. Cuba abang bagitahu ayah, ayah nak faham". (ni waktu tenang-tenang kemudian masa - usaha fahami si anak).
.
6. Akhir, INGATLAH yang bila tingkahlaku anak Tak OK, sebenarnya ia reflek kepada perasaan Tak OK mereka juga.
Jadi sebenarnya dalam keibubapaan ini, kita sentiasa nak
bawa kepada anak memahami perasaan dia sendiri (mulakan dengan kita pun perlu fahami perasaan mereka dulu), anak perlu berasa ok dengan perasaan dan pemikiran dia, maka stabillah tingkahlaku dia ya. Biasanya mereka pun tidak faham akan diri mereka sendiri kenapa bertindak begitu.

Contohnya anak yang dimarahi teruk di rumah, akan sangat buat hal di sekolahnya.

Anak yang rasa dirinya teruk, tak pandai dsb, juga akan bertingkahlaku sesuai dengan perasaannya terhadap dirinya sendiri, jadi tidak mahu membaca, tidak mahu terlibat dengan aktiviti akademik, benci sekolah/teacher dsb.

Jadi nak baiki tingkahlaku anak, hanya perlu kenalpasti perasaan dia terhadap diri dan dunianya, bantu dia, dan kelak tingkahlaku mereka akan berubah jadi lebih baik, ok πŸ™‚

CARE ❀,
Maznah Ibrahim
......

Jom masuk telegram channel saya mengenai keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di sini ya
T.mazn.me/chan
Pengurusan Emosi dalam Menghadapi Krisis Kehidupan: Persekitaran dan Individu

Hari ini, Ahad, 31.10.21, 10 pagi

https://www.facebook.com/SoETELEPSYC
Memahami fitrah dan keperluan perkembangan kanak-kanak mengikut usia, mampu membuatkan kita lebih memahami (empatik), dan respon (bukan 'react').

Care ❀,
Maznah Ibrahim

Channel telegram psikologi anak dan keibubapaan positif di sini:

T.mazn.me/chan
Selamat malam semua.
Cukup tidur=cukup 'rest'

Semoga esok adalah baik, lancar dan sukses untuk semua ya.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan