Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
[Kenali dan Kendali Anak Kita]
(Mengikut TheChildWhisperer)
.
'Tackle' mereka dari '5 Steps' ini.
.
Step 1: Bila Anak Bertingkahlaku Mencabar, sentiasa lihat di sebalik mesej anak, bukan 'tips of iceberg' dia (apa yang kita nampak sahaja pada waktu itu).

Ingat, iceberg hanya 10%, manakala punca dia ialah bawah iceberg tak nampak, 90%.

Contoh mudah dan biasa, anak merengek-rengek, buat hal, bergaduh, rupanya dia mengantuk tak tidur lagi seharian ini
.
Steps 2: Kenalpasti Secara Fitrahnya, Kebiasaan, Natural, Jenis (Type) Anak Ini, Biasanya Bagaimana?

Jika sudah tahu personaliti genetik anak, lagi mudah. Jika belum, just baca-baca dan agak anak jenis type mana, baca banyak-banyak untuk tahu cara tackle anak jenis itu.

'Knowing' iaitu mengenali anak ini takkan habis atau berhenti di sini, hari ini, sebab ia satu proses. Sedang kita yang dah dewasa ini pun sedang dan masih nak mengenali diri, apatah lagi anak kita semakin membesar hari ke hari, mereka akan semakin berkembang mindanya, cara berfikirnya, cara emosinya diluah, berasa dan bertindak. Informasi mengenai mereka (kenal mereka) adalah satu proses berterusan, bak air mengalir dan takkan putus. Ia bantu kita untuk 'connect' dengan anak dari masa ke semasa nanti. Fasa mereka berkembang dan berubah, percayalah.
.

Steps 3: 'Interprete' Makna Tantrum Dia. Tanya Diri. Apa Keperluan Anak Yang Tak Dipenuhi.
.
(contoh Fateh saya baru ini, marah pada orang belakang turuni tangga di Bukit Sami, kerana dia lambat, dia kata : "Eh apa ni, mana boleh potong barisan. Kena beratur" . Sungguh Anak Thinking (menurut Personaliti Genetik STIFIn, if ikut TheChildWhisperer dia Type 4) saya ini amat marah bila orang tak ikut peraturan, - Sebab otak dominan dia Thinking itu, fitrah cara berfikirnya adalah manusia perlu mengikut peraturan, dan logik akal dia adalah pada egosentrik dia usia 5 tahun itu.

Juga - marah bila uncle belakang gelak, dia ingat orang tu gelakkan dia - part ni selalu berlaku, dia Thinking, sensitiviti dia ialah tidak suka diperlekehkan, walau orang tak berniat nak gelakkan dia. Part ni kami masih latih dia untuk lebih empati dan toleransi, fahami perspektif orang lain. Pelan-pelan kayuh.
'The needs' dia ialah respected walau dia anak kecil, more time to think/do reflection, fokus kepada objektif dia menuruni bukit.
.
Steps 4: 'Be Intuitive, Not Reactive'

Tidak Perlu 'React', Tapi Respond dengan Mata Hati Dalam Anda. Anda Sebagai Ibu Bapa, Adalah Bijak dalam Mengenali Sensitiviti Dia. Faham dan 'Advocate' kepada Orang Luar Yang Tak Faham Anak Kita.
.
Sebabnya orang luar tidak sepenuhnya faham atau tahu mengenai peel anak kita ini. Fikirkan yang jika kita sendiri pun tak mampu nak faham anak, macam mana orang luar nak faham anak kita lebih dari kita ?
.

Steps 5: 'Enjoy Your Experience'. Setiap Kali Anda Berjaya Fahami Anak dengan Baik, Ucapkan Syabas Kepada Diri.

Ini kerana kita perlu raikan sendiri usaha dan pencapaian kecil kita setiap hari agar kekal positif dalam keibubapaan kita.

*Bila kita tidak berjaya tanganinya pun, kita tetap akan belajar sesuatu dari momen itu, iaitu kita akan berfikir dan mencari lagi solusi atau kaedah lebih baik untuk bantu anak 'next time' bila situasi sama berulang.... percayalah. Jika kita rasa tak perlu belajar apa-apa, pastinya kita akan hadapi lagi sukar sebab ia tak selesai, trigger dan meletup lebih kuat....
.
.
5 Steps ini ada di gambar di atas untuk kita ingatinya.
.

Refleksi,

Maznah Ibrahim

#repost2017

Jemputan ke Channel Parenting dan Psikologi Anak di sini ya:

T.mazn.me/chan
Berapakah umur anak anda yang paling anda rasa sukar nak 'handle' sekarang ini?
Anonymous Poll
28%
Umur 0-3 tahun
32%
Umur prasekolah 4-6 tahun
19%
Umur 7-12 tahun
10%
Umur preteen 9-12 tahun
11%
Umur remaja 13-17 tahun
Parenting Maznah Ibrahim pinned «Berapakah umur anak anda yang paling anda rasa sukar nak 'handle' sekarang ini?»
Terima kasih kepada semua ibu ayah yang telah vote 😍🤗. Saya amat hargainya...

Hari ini saya kongsikan review mengenai satu filem. Boleh lah tonton dengan pasangan ya.

.......*......*......

Filem 'Yes Day' yang pasti tidak rugi ditonton berkaitan keibubapaan kita.

Ia berkenaan 'Hari Ya' selama 24 jam yang mana anak-anak dibenarkan meminta apa sahaja dan ibu ayah akan menuruti (namun dengan kondisi tertentu). Anak-anak akan sanggup buat apa saja permintaan ibu ayah sebelum hari kejadian berlangsung kerana sangat seronok (bermaksud mereka ada kesanggupan sendiri, sukarela dan lakukannya kerana sangat teruja dengan peluang melalui hari istimewa tersebut (‘behave, more discipline’, sanggup kemas rumah, bangun awal pagi dsb).

Silakan.

https://maznahibrahim.com/yes-day-satu-filem-yang-membantu-kita-merefleksi-gaya-keibubapaan-kita/
Mahukan ibu ayah di sini mempelajari kaedah, teknik dan tips pengurusan tingkahlaku anak menggunakan pendekatan psikologi?
Anonymous Poll
99%
Ya
1%
Tidak
Betapa kerap berlaku anak seolah nak MENGAMBIL PERHATIAN kita dengan sama ada :

Buat hal macam-macam termasuk sakitkan adiknya,

Mencelah, menyampuk, menyelit, mengacau kerja yang sedang kita lakukan,

Beremosi tiba-tiba.
.
.

Elak salahkan dia dan tuduh dia 'sengaja buat hal atau cari perhatian'.
.
.

Ketahuilah dia cuma nak 'connect' dengan kita, kan?

Betapa kita juga sukar memahami mengapa mereka berkelakuan begitu dan menganggap dia sengaja tidak memahami situasi kita,

Sedangkan kitalah yang perlu lebih memahami 'tips of iceberg' di sebalik perlakuan dia dan bijak mengendalikan keperluan utama dia.
.
.
Caranya, mungkin boleh cuba begini :

Stop kerja / aktiviti kita sedang lakukan,

Berpaling kepadanya, beri muka anda 'full' (bukan 'half' ya) sambil rendahkan badan,

Tanyakan : Ya sayang ada apa boleh Mama/Papa bantu (as if kita ni kaunter khidmat pelanggan laaa nak cegah komplen lebih lanjut berlaku)

Lakukan apa dia perlu/mahu, beri perhatian kepadanya,

5 minit dah luang masa dengan dia, katakan Mama/Papa ada kerja sebentar lagi, Boleh sayang ....bagi Mama/Papa siapkan kerja Mama/Papa ?

Ucapkan terima kasih padanya, usap dan touch mana-mana bahagian muka dia (hidung, pipi, dahi).
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

..................................
Channel Telegram Parenting dan Psikologi Anak di sini ya:

T.mazn.me/chan

..................................
Kelas webinar pengurusan tingkahlaku anak berusia 2-12 tahun secara psikologi akan dibuka pendafatarannya hari ini. Webinar live adalah pada Sabtu, 8.30 malam, 23.10.21.
Dibuka!!!

Webinar 'Live'
Tegas dalam Hikmah
Pengurusan Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi

Pendaftaran awal, 'earlybird' untuk 100 orang pertama dengan harga yang sangat isimewa.

Segera kongsikan dengan rakan kenalan kita.

Maklumat lanjut di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t1019-1
.
.
Kita sering terfikir dan berasa sendiri, kaedah pendekatan kita terhadap tingkahlaku mencabar anak kadangkala terlalu keras. Tapi nak buat macam mana, tak tahu dah cara lain selain kekerasan. Dah puas berlembut, cakap baik-baik dan ingatkan berulang kali, masih berulang. Emosi kita pun berdezup meletus dan anak pun mungkin sama aja macam kita....

Saya tidak biasa topik tingkahlaku, namun saya tahu serba sedikit mengenainya. Biasa belajar dahulu, cuma kerjanya lebih kepada part emosi. Namun kini saya cuba berkongsi kepada umum apa diketahui dan mungkin boleh membantu anda, ibu ayah/pendidik yang sedang membaca dan berminat mengetahuinya.

Tak apa kita belajar sama-sama ya! Saya pun belajar juga semasa menyediakan bahan presentasi.

InsyaAllah kita akan bersama-sama 3 jam padat untuk tajuk 'Tegas dalam Hikmah': Mengurus Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi'.

Ia akan diadakan secara langsung pada Sabtu, 23 Oktober 2021, pukul 8.30 malam ya.

Bersempena kita mahu menyerap sifat terbaik Rasulullah s.a.w, yang sangat tinggi budi dan akhlaknya, penyertaan 100 pertama adalah sangat rendah pelaburannya (TINGGAL 17 TEMPAT EARLYBIRD AJA LAGI).

Klik link ini untuk maklumat lebih lanjut:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t1019-2
Bila kita memahami 'tips of iceberg' kepada tingkah laku anak, dan melihat di sebalik makna sebenar tingkah laku mereka, kita pasti akan melihat sisi positif dan hikmah, kan?

Anak kita ni memang queen / king drama betul... sabooooooo...

Hahahaah... namun bersyukurlah.

Ada anak yang sangat pemendam dan tak nampak pula ketara emosi dari gaya tingkahlaku diluahkan (usia lebih 3) sedangkan sewaktu 2 tahun nya dia tunjuk juga?

Maka bersyukurlah kita tahu apa dia rasa dari drama ditunjukkan.

Ada sesuatu di situ.

Layani keperluannya untuk didengari, kan?

..

Maznah Ibrahim

Webinar 'Live' Tegas dalam Hikmah: Pengurusan Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi telah dibuka. Pastikan tidak ketinggalan kerana promosi sekarang masih istimewa harganya berbanding apa kita perolehi, insyaAllah.

Segera kongsikan dengan rakan kenalan kita.

Link info lanjut dan pendaftaran:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t211020-1
Semoga kita sentiasa menjadi ibu bapa pendengar dari mata dan hati, bukan setakat dari telinga sahaja,

Agar proses penerimaan mesej yang kita terima itu adalah optimum dan respon juga dengan lebih tepat.

Care,
Maznah Ibrahim.
.

Jemput ke telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif di sini:

T.mazn.me/chan

Kursus online live Sabtu ini, Tegas dalam Hikmah: Mengurus Tingkahlaku Anak secara Psikologi di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t211020-2
Kita Belajar untuk Pilih Respon, Bukan 'React'..

Kerapkali reaksi spontan kita kepada aksi mencabar anak adalah agak negatif.

Kita sendiri 'overwhelmed', kan.

'So let us breath in, breath out'.

Usaha untuk 'pause'.
.

'Pause' terbaik ialah :
Tarik Nafas,
Hembus,
Kemudian baru respon.
InsyaAllah respon setelah tarik nafas dan 'tune in' ('same level : eye to eye communication') akan 'much better'.
.

Saya pun bila nak cepat,
Mudah aja terbabas.
.

Bila dalam keadaan stabil emosi kita (sebab cukup rehat, cukup senaman dan pemakanannya, cukup amalan spiritualnya)
Boleh lakukan 'breath in, breath out'.

Haa… Memang mulut boleh senyap, hahaha.
Cubalah aja.
.

Saya 'convert posting' lama ini, 'update' sikit ayatnya untuk kita sama-sama ingati ya.
.

CARE,
Maznah Ibrahim.

.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
* Komunikasi positif macamni hanya boleh berlaku setelah :

1. Emosi diurus dahulu (switch emotions): berita baiknya cara paling berkesan, cepat dan percuma ialah pernafasan in out walau 1 kali sahaja

2. Baru communicate.

Ucapan akan lebih baik bila emosi lebih baik.

Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di sini : T.mazn.me/chan

Webinar Live Tegas dalam Hikmah: Mengurus Tingkah Laku Anak dengan Pendekatan Psikologi pada Sabtu 8.30 malam, 23 Oktober 2021, di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t211021
Sabar dan kuatkan kesabaran kita,
Tahu, kita semua ada niat yang baik dan sedar untuk berubah, menyantuni anak-anak kita.
Kita usaha dan Tuhan pasti Tahu hati kita .

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

Kursus online live Sabtu ini, Tegas dalam Hikmah: Mengurus Tingkahlaku Anak secara Psikologi di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/tegas-dalam-hikmah/?utm_source=t231020-1
Ada kaitan antara bagaimana manusia berasa dengan manusia bertingkahlaku.

Macam mana kanak-kanak berasa (emosinya), maka begitulah tingkahlakunya.

Kadangkala atau biasanya kita tak faham kenapa anak kita melakukan sesuatu yang kita rasa pelik, geram, marah dsb. Maka dengan empati kepada perasaannya maka kita akan bantu untuk ubah tingkahlakunya.

Kalau anak sudah boleh berbicara, kita boleh tanyakan kepadanya sendiri dengan 3 cara/pendekatan :-

https://maznahibrahim.com/3-cara-nak-dapatkan-jawapan-dari-anak-kenapa-dia-buat-hal-dia-stres/