Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Kali kedua buat dadu emosi dan coping strategies wheel (kali pertama ialah tahun lalu, 2020, awal tahun) - ada peningkatan dari segi kefahaman dirinya mengenai emotions (dia panggil emojies) (more aware / alert - self awareness, dan emotional regulation) dan sekurangnya kita akan tahu, ada apa-apa momen? yang masih tersekat/tersimpan.. πŸ˜ƒ Alhamdulillah.

*rupanya dia masih ingat/jealous pasal abang nya beg hijau tahun lepas sebab ada 3 zip dan dia nya 1 zip, kami dah selesaikan.

*lain-lain semuanya diketahui sudah mengenai peel emosinya.

https://www.youtube.com/watch?v=2XFPjQBqCmk
Short cut sebenarnya akan balik kepada emosi tenang ibu ayah, skrip yang betul/sesuai dan strategi balik kepada sumber bantuan utama kita, aspek spiritual.

https://maznahibrahim.com/cara-efektif-kendali-anak-anak-yang-kerap-bergaduh/
Kita Bimbang Ayat Kita Akan Menjadi Toksik, Apabila Kita Ter'Banding'kan Anak Kita dengan Adik Beradik Dia

Tukarlah ya.

Dulu:

"Tengok adik tu, pandai dah dia masuk cawan ke sinki, abang tu selalu sepahkan cawan minuman ...." (bebel dan banding)
(sesuatu yang abang tak buat dengan bagus (kita mahu abang buat) dan adik pula memang diperhatikan boleh buat dengan baik pula, sebab ekspektasi kita, bila dah diajar perlulah boleh buat dengan baik, kan.

.
Kita niat nak gerakkan abang lah, maka sengaja bandingkan atau ter sebut adik sebab itu depan mata.
Maka kita mula berfikir ayat bagaimana sebaiknya? Ini pilihan lebih baik.

Tukar kepada:

"Wah adik terus letak cawan dalam sinki, baguslah macam ni, mudahkan Mama kan"

(puji tingkahlaku anak yang buat betul, di hadapan orang lain, perlu segera bukan tangguh, dan secara tak langsung yang tak buat: si abang, akan terdorong juga nanti).
.
Boleh?
.

Situasi 2, dengan kanak-kanak lain bukan adik-beradiknya yang sama usia, seperti anak kawan kita, atau jiran, atau kawan si anak.

.
"Anak kawan Mama tu umur macam abang juga dah 9 tahun tapi solat dia elok sangat tak main-main macam abang" (Banding tingkahlaku sama dengan kanak-kanak lain sama usia).

Ni memang menghiris hati, sebab anak orang tu kita tak tahu experience dan latihan dia di rumah orang, kan, ibu ayah nya bagaimana,

Taknak nanti secara tak langsung anak juga akan banding mak dia dengan mak lain pula nanti:

"Mak dia cakap elok-elok aja tak pernah jerit jerit, Mama saya pula selalu marah-marah (contohnya)".

Maka bagaimana?

Boleh tukar kepada, mungkin:

"Abang, solat aja elok-elok, malaikat catat, Allah nampak, tahun depan dah nak 10 tahun, perlu lebih baik ok".

Kita ingatkan diri, niat yang baik, disusuli perkataan yan gbaik.
Buat ya.
.

Care,
Maznah Ibrahim.

Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di :

T.mazn.me/chan

Mari dapatkan Ebook hypnoscript untuk perkataan yang lebih baik:

https://hypnoscript.cc
.
.
Mengalah Bukan Bererti Kalah Ya...

Anak kecil tidak mengapa kita mengalah sebentar sambil memberi input (hypnoscript) berkenaan apa kita mahu anak jadi.

Teknik 'Give In' ini juga boleh diajar kepada anak kita yang besar, agar mengalah kepada adiknya, hingga dia alami: iaitu benar bila mengalah, lepas tu dia boleh menang.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan

https://hypnoscript.cc
7 S Vitamin Emosi Ibu

Kita mudah penat dan rasa penuh sesak dada, rasa nak 'cuti' dari jadi ibu hari ini...MC, tapi tak boleh ..

Ini antara yang kita boleh 'check' dan cuba amalkan, cukupkan setiap hari.

7 S:

1. SENYUM lah, cuba senyum sekarang selebarnya. Otak ingat kita sedang happy dan bahagia, insyaAllah.

Otak kita akan melepaskan molekul kecil yang disebut neuropeptida bagi membantu kita mengatasi tekanan. Kemudian neurotransmitter lain seperti dopamin, serotonin dan endorfin juga akan dirembes bersama. Endorfin ni bertindak sebagai penghilang/mengurangkan rasa sakit yang ringan (macam sakit kepala atau otot badan letih tu kan), manakala serotonin tu memang antidepressant (cegah kemurungan). Senyumlah selebarnya dan ucapkan S kedua di bawah ini.

2. SYUKUR. Syukur aja apa ada, apa sedang dihadapi, walau ujian yang kita rasa sukar, walau ganjaran yang kita rasa gembira sakan. Syukur akan membantu meredakan rasa tekanan dalaman diri kita, dan beralih ke tindakan seterusnya iaitu tindakan positif yang baik-baik. Anak tumpah air, tarik nafas, syukur... Anak tak letak pinggan ke sinki? Senyum tarik nafas syukur.... buat aja, lepas tu beritahu mereka apa kita mahu dia buat, cakap elok-elok, sebenarnya mereka boleh buat dan beri kerjasama, cuma nya bila solusi diberi ketika emosi amarah, mesej mendidik tak sampai, yang melekat di telinga hati mereka cumalah sakit hati, semua salah, takda betul, apa kena buat ni? Tak masuk di kepala pun.

Syukur, apa ada, ada anak, meriah rumah,
Ada orang sunyi rumah anak tak ada kerana sebab tertentu.
Syukur apa ada nya, keberadaan, kewujudan, pemilikan apa ada walau rasa tak pernah sempurna pun ianya. Sebab memang dunia ni takda apa yang sempurna pun 😁. Siapalah kita nak marah-marah sebab tak sempurna pesemua benda nak komen, kan....😌
.

3. SABAR.

Sabar datang setelah kita bersyukur tadi. Kita menahan rasa marah dan nak membebel apa semua sebab kita telah letakkan rasa syukur as pertama tadi. Sabar dan kuatkan kesabaran, niat dan target kan tiada bebel hari ini dan bising marah, hanya perbuat aja, kalau keluar perkataan pun perkataan yang baik dan tepat baik aja (setelah syukur dan tenang hadir). Menahan marah=sabar, syurga buat kita...
.

4. SENAMAN

Check balik diri, dah senaman belum hari ini? Belum? Sudah? Optimum seminggu 3 kali, 30 min setiap kali. Aargh lamanya... Kalau jenguk medsos ada tak tiba-tiba eh dah 45 minit masa berjalan. Apa aku buat tadi tu? Hmm maka prioritikan, senaman sebagai utama ya dalam antara aktiviti harian kita. Ia bantu banyak untuk dalaman kita agar seimbang, sihat, dan positif. Bersenamlah, bersyukurlah masih boleh bergerak sebab nanti bila ditarik nikmat kesihatan, nak bersenam pun sewaktu baring atau kelip mata aja untuk solat nya kita....

5. SPIRITUAL.

Amalan spiritual kita boleh amalkan yang mudah dan rutinkan, contoh solat awal waktu, zikir 33 kali, zikir 100 kali, Quran 1 ayat pun tak apa, tahajud malam kita berapa kali seminggu semua, cari waktu ketetapan untuk diamalkan, tiada culas lagi. Ia bantu keseluruhan keseimbangan dalaman diri kita ya. Ibu jadi lebih tenang, InsyaAllah.

6. SATU kerja satu masa, FOKUS.

Ia bantu kita siap dan bukan tertangguh tak siap-siap sebab buat semua benda satu masa. Bila siap, kita dapat hormon dopamine, sebab kita rasa rewarded, puas, siap kerja kita satu part. Walau siap lipat baju satu bakul, atau siap cuci satu dinding di satu bilik air, atau kemas almari baju lama disisihkan, apatah lagi kerja berkaitan pejabat dan kerja kita yang lain. Fokus satu kerja satu masa ok.

7. SENDIRIAN - Me Time

Ini paling perlu, boleh sekalikan dengan me time aktiviti spiritual kita mahupun selitan minum hot chocolate dan baca berita kita pilih/ tapis tapis shopping cart kita di shopee ke, dan baca buku kegemaran kita. Chill.... Bayangkan duduk di satu sudut kegemaran kita di satu tempat, dan nikmati ianya... sebentar 10 min pun dah kira ok. Badan kita perlukan kita untuk dimanjakan dan diberi perhatian, ok.
Sayang Diri Kita,
Anak-anak sayang ibu-ibu,
Ayahnya sayang diri ibu,
Allah sayang diri ibu.
Ramai sayang ibu.
.

CARE <3
Maznah Ibrahim

Channel telegram ibu ayah positif dan psikologi anak:
T.mazn.me/chan
Peringatan diri kita malam ini...

Sebagai ibu ayah kepada anak kita, kita mahu perbuat yang lebih baik setiap hari dengan merujuk diri sendiri sebagai tanda ukurnya.

Semalam ke hari ini, esok dari hari ini ya ☺☺☺.

πŸ’,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Ibu, Engkau Luar Biasa!

"Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia".

Namun besar sungguh cabaran sebagai seorang ibu pada masa kini? Bersama moderator Pn Che' Nurdalila, founder Suri Al Quran, dan Pn Maznah Ibrahim, kaunselor berdaftar dan coach keibubapaan akan membincangkan mengenai tugas keibuan, dan cabaran dari aspek emosi, fizikal, mental dan spiritual secara dalaman dan luaran. Semoga bermanfaat untuk diri kita semua. Kongsikan dengan seramai mungkin kenalan anda ya.
Mari saksikan Live di FB: Ibu, Kau Luar Biasa

https://fb.watch/8o5IxfJqq7/
Boleh join Program Intro STIFIn, Sabtu ini, 9.10.21 dan hubungi penganjur, Cg Line di nombor 011 1079 2018 ya.

*sebaiknya telah test STIFIn, sekiranya belum, boleh juga hadiri untuk dengar dan fahami.

*boleh share dengan kawan-kawan lain ya.
Hidup tidak mudah dan tidak seorangan.

Dahan tempat bersandar - ada sumber bantuannya yang terdekat.

Goncangkan dahan itu untuk dapatkan hasil bantuannya,

Jika tidak, kelak kita pasti buntu merintih seorang diri.
.

Care,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
KENAPA, KENAPA, KENAPA...?

Kenapa ambil tepung mama ni?
Kenapa tepuk adik baby?
Kenapa sepah mainan lagi ni?
Kenapa tak pakai seluar lagi ni?
Kenapa tak faham-faham Papa dah ajar banyak kali ni?

Kita tukar, kepada APA.
.

Ramai dah mencuba kata kunci 'APA' berbanding 'KENAPA' untuk situasi anak buat silap, sesuatu kurang kena dan seangkatan dengannya....

Dan mendapati .... memang magik!!!

sebab anak menjawab sesuatu yang kita tak pernah terfikir pun!!!

Oh!

Namun untuk situasi meneroka dan menggalak berfikir (suasana positif pembelajaran yang emosi kita pun baik-baik aja),

tidak mengapa tanya 'kenapa awan warna gelap?' dan sebagainya,

namun, TIDAK sekali-kali untuk situasi biasa harian yang melibatkan kesalahan anak atau kita ternampak sesuatu tak kena pada mata kita.

ELAKKAN lah tanya KENAPA adik buat macam ni, macam tu, gitu gini semua, KENAPA sepah mainan, KENAPA pukul adik baby so on....

Just tanya frasa magik ini: APA yang adik buat ni........

Oh sangat comel jawapan mereka tau.

*kondisi anak mampu menjelaskan makna perbuatan mereka :)
.

CARE,
Maznah Ibrahim.

p/s: banyak lagi 'keyword' penting/utama dan tepat untuk kita gunakan, ada dalam: https://ebook.hypnoscript.cc

T.mazn.me/chan
Apa khabar semua hari ini, petang hari?

Hari yang sibuk dan tidak lupa untuk :

memeluk
memandang wajah
berdialog
meluang masa
dan minum bersama
anak-anak kita.
.

CARE,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Mendengar perkataan yang kurang enak yang dilontarkan ibu bapa kepada anak-anak kecilnya,
Belum lagi campur dengan nada tinggi, berbaur ancaman, jeritan pekikan,
tidak dapat dibayangkan bagaimana anak-anak ini
membesar, bertumbuh.....secara sihat dalamannya....

Fizikal mereka tumbuh membesar,
dalaman, mungkin emosi tertentu semakin membesar (marah, keliru, marah, takut, rasa bersalah)
dan pastinya keyakinan diri sebenarnya semakin mengecil,
dan itulah yang menjadikan mereka seorang yang semakin keras dalamannya (atau luarannya), dan kurang empatinya mereka.

Aduh, marilah kita berusaha menutup mulut dan urus emosi kita ya.

🌈Sabar dan kuatkan kesabaran,
πŸ’Hamburkan rasa-rasa tak enak itu kepada saluran lain yang lebih selamat seperti membasuh, mencuci, bersenam dsb....
πŸ’ Bajai lah mereka dengan secukupnya layanan baik, menyantuni mereka sebaiknya (VIP dipinjamkan oleh Allah kepada kita), kata-kata doa yang yakin kepada kemampuan mereka bertingkahlaku baik seperti kita dambakan....

Moga anak kita tumbuh di taman syurga rumah kita yang baik persekitarannya, insyaAllah.
.

Care,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan

Https://ebook.hypnoscript.cc