Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Sesuatu mesej yang ingin disampaikan dari hati luhur mereka.

Mereka diempati, dan disentiviti keperluan dan kemampuan mereka,
InsyaAllah mereka juga akan empati dan sensitif kepada keperluan dan keberadaan kita.

CARE,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
..
*Kepada peserta berdaftar, sambungan webinar Bonus lanjutan EQ Anak Penting, pada Rabu malam ini ya. Rakaman kemas dan nota skrip tambahan diupdate dalam sistem malam ini. Stay tune.
0
Cara Lain Beritahu Anak Agar Berhenti Menangis

Kerapkali kita ibubapa mudah rasa buntu dan hanya mahu anak stop menangis saja.

Sebenarnya bila suruh anak stop aja menangis,
anak akan rasa diri tidak difahami dan diempati akan situasi dan emosi benar (real emotion) nya bila kita terus arah anak untuk "Dah dah berhenti menangis".
.

Cuba kita bantu anak dengan 'big emotion' ini dengan 3 langkah ini:

1. turunkan badan mendekati dan menyamai ketinggiannya

2. dekati anak dan usap perlahan di bahagian belakang badannya (tengah)

3. ucapkan perkataan di dalam poster (salah satu atau beberapa).
.
.

Disclaimer: 10 ayat ini saya ambil dan modify dari happinessishereblog.com

-----------

Kenapa Penting Ubah Cara / Ayat Kebiasaan?

1) Sekurangnya anak akan lega sedikit dan kurang rasa terancam jika kita gunakan kekerasan atau paksaan untuk dia berhenti menangis.

2) Anak akan belajar regulasi (urus) emosinya, dan ini penting untuk EQ skill dia kelak.

3) Dia juga akan jadi seorang yang mudah memahami situasi orang lain dan tahu bagaimana nak offer help/ support pada kawan atau adik beradik dia kelak.

.

p/s : Sebab jika kita perasan, kita sendiri pun kurang tahu cara lebih baik nak respon kepada seseorang yang dalam kesedihan, grief dsb kan.
.

Jum cuba. Sharekan ya.


CARE,
Maznah Ibrahim

----
Join telegram saya untuk tips keibubapaan dan psikologi anak di

t.mazn.me/chan
KITA TAKKAN SABAR SEHINGGA KITA FAHAM KENAPA DAN UNTUK APA KITA SABAR....

Allah As Sobuur Tahu kenapa kita diuji sebegitu,

Bila kita tahu kita diuji dengan emosi tertentu terutama cepat marah, tak boleh menunggu, dan lain-lain,

Ia sebenarnya petanda kita sedang dilatih untuk jadi lebih SABAR,
Dan ia tentulah ntuk kebaikan diri kita sendiri.

Kita takkan jadi ibubapa lebih SABAR sehingga :

🌈 Kita kenal anak, kenapa anak menguji kita sebegitu? atau sebenarnya melalui anaklah kita diuji emosi sekian sekian untuk jadi lebih yakin dan sabar. Bukan sebab anak, tapi lebih kepada untuk kita. Contoh anak sedang fasa autonomi dan ego, maka banyaklah dia tak faham dan buat salah berulang. Ia normal untuk usia itu. Sabar dan tegur berhemah aja usia 3 nanti oklah dia insyaAllah.

🌈 Kita kenal diri (kenapa kita marah-marah, apa sensitiviti kita, puncanya apa) dan usahalah cegah atau atasi/selesaikannya. Penting kenal diri ini. Kadangkala sekecil-kecil sebab trigger adalah dari minda separa sedar dari pengalaman peribadi serta ekspektasi sendiri yang kita tetapkan. Berubahlah, jadilah lebih relaks, dan fleksibel sedikit jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat besar. Contoh kita jenis pengemas, berSOP, kita tak boleh rumah sepah, adakanlah SISTEM untuk kemas cepat oleh tentera kecil (anak-anak) semua.

🌈 Kita faham kenapa perilaku SABAR/ MENAHAN MARAH itu amat penting untuk diri kita sendiri dan apa sumbangannya ke dalam perkembangan dan hidup anak kita. Ia penting untuk hidup kemudian kita juga nanti, tua kita nanti, generasi kita nanti. Kini - Beri kesan kemudian. Contoh kita sedar kita cepat marah sebab mak/ayah atau atok kita stail sama, kita taknak ia berterusan ke anak cucu kita pula kan. Jadilah pemula. Pasti boleh.
.

Ha... basically:

5 CARA SEGERA UNTUK TAHAN MARAH KEPADA ANAK:
.
1️⃣ Ketapkan bibir, tahan jangan bercakap apa-apa (NONVERBAL)
.
2️⃣ Menunjukkan wajah tak suka (serius, marah) dengan perilaku anak (tidak bersuara) (NONVERBAL)
.
3️⃣ Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (FISIOLOGI NONVERBAL)
.
4️⃣ Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (GUNA TANGAN DAN KAKI SECARA SELAMAT)
.
5️⃣ Pergi dari situ untuk akses air – samada minum air, ambil wudhu’, mandi laju-laju.
.
*Ini untuk beri anak tidak kena tempias lahar gunung berapi anda.

*Setelah tenang, perlu lah bercakap dengan anak dengan jelas apa yang anda tak suka tadi.

*Kadangkala biarkan seketika situasi yang buat marah tu, anak dan situasi akan selesai sendiri (contoh gaduh adik beradik).
.
Hidup ini ada indahnya bukan semua buruk aja... pandang dari sudut kebaikan dan kesyukuran selalu. Ujian pun memang sebahagian dari pembentukan personaliti diri kita, dan untuk tingkatkan darjat kesabaran kita.
.

Refleksi Diri,

CARE ,
MAZNAH IBRAHIM

* Sharekan dengan rakan anda untuk sama-sama berkongsi tips ini.

* Join telegram channel saya untuk sentiasa dapat input parenting dan psikologi anak di : T.mazn.me/chan

* Siap sedia peserta 'Webinar EQ Anak Penting', Webinar Lanjutan BONUS malam ini, nota tambahan semua sudah di upload ke sistem webinar live kita, jumpa malam nanti ya 😍😍😍. Kita ceria-ceria aja dengan teknik release emosi anak ini, sebab kita juga confirm akan release hehehe.

* Jika ada mahu join, sempat lagi di sini:

https://maznahibrahim.com/product/webinar-eq/?utm_source=t9
Kali kedua buat dadu emosi dan coping strategies wheel (kali pertama ialah tahun lalu, 2020, awal tahun) - ada peningkatan dari segi kefahaman dirinya mengenai emotions (dia panggil emojies) (more aware / alert - self awareness, dan emotional regulation) dan sekurangnya kita akan tahu, ada apa-apa momen? yang masih tersekat/tersimpan.. πŸ˜ƒ Alhamdulillah.

*rupanya dia masih ingat/jealous pasal abang nya beg hijau tahun lepas sebab ada 3 zip dan dia nya 1 zip, kami dah selesaikan.

*lain-lain semuanya diketahui sudah mengenai peel emosinya.

https://www.youtube.com/watch?v=2XFPjQBqCmk
Short cut sebenarnya akan balik kepada emosi tenang ibu ayah, skrip yang betul/sesuai dan strategi balik kepada sumber bantuan utama kita, aspek spiritual.

https://maznahibrahim.com/cara-efektif-kendali-anak-anak-yang-kerap-bergaduh/
Kita Bimbang Ayat Kita Akan Menjadi Toksik, Apabila Kita Ter'Banding'kan Anak Kita dengan Adik Beradik Dia

Tukarlah ya.

Dulu:

"Tengok adik tu, pandai dah dia masuk cawan ke sinki, abang tu selalu sepahkan cawan minuman ...." (bebel dan banding)
(sesuatu yang abang tak buat dengan bagus (kita mahu abang buat) dan adik pula memang diperhatikan boleh buat dengan baik pula, sebab ekspektasi kita, bila dah diajar perlulah boleh buat dengan baik, kan.

.
Kita niat nak gerakkan abang lah, maka sengaja bandingkan atau ter sebut adik sebab itu depan mata.
Maka kita mula berfikir ayat bagaimana sebaiknya? Ini pilihan lebih baik.

Tukar kepada:

"Wah adik terus letak cawan dalam sinki, baguslah macam ni, mudahkan Mama kan"

(puji tingkahlaku anak yang buat betul, di hadapan orang lain, perlu segera bukan tangguh, dan secara tak langsung yang tak buat: si abang, akan terdorong juga nanti).
.
Boleh?
.

Situasi 2, dengan kanak-kanak lain bukan adik-beradiknya yang sama usia, seperti anak kawan kita, atau jiran, atau kawan si anak.

.
"Anak kawan Mama tu umur macam abang juga dah 9 tahun tapi solat dia elok sangat tak main-main macam abang" (Banding tingkahlaku sama dengan kanak-kanak lain sama usia).

Ni memang menghiris hati, sebab anak orang tu kita tak tahu experience dan latihan dia di rumah orang, kan, ibu ayah nya bagaimana,

Taknak nanti secara tak langsung anak juga akan banding mak dia dengan mak lain pula nanti:

"Mak dia cakap elok-elok aja tak pernah jerit jerit, Mama saya pula selalu marah-marah (contohnya)".

Maka bagaimana?

Boleh tukar kepada, mungkin:

"Abang, solat aja elok-elok, malaikat catat, Allah nampak, tahun depan dah nak 10 tahun, perlu lebih baik ok".

Kita ingatkan diri, niat yang baik, disusuli perkataan yan gbaik.
Buat ya.
.

Care,
Maznah Ibrahim.

Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di :

T.mazn.me/chan

Mari dapatkan Ebook hypnoscript untuk perkataan yang lebih baik:

https://hypnoscript.cc
.
.
Mengalah Bukan Bererti Kalah Ya...

Anak kecil tidak mengapa kita mengalah sebentar sambil memberi input (hypnoscript) berkenaan apa kita mahu anak jadi.

Teknik 'Give In' ini juga boleh diajar kepada anak kita yang besar, agar mengalah kepada adiknya, hingga dia alami: iaitu benar bila mengalah, lepas tu dia boleh menang.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan

https://hypnoscript.cc
7 S Vitamin Emosi Ibu

Kita mudah penat dan rasa penuh sesak dada, rasa nak 'cuti' dari jadi ibu hari ini...MC, tapi tak boleh ..

Ini antara yang kita boleh 'check' dan cuba amalkan, cukupkan setiap hari.

7 S:

1. SENYUM lah, cuba senyum sekarang selebarnya. Otak ingat kita sedang happy dan bahagia, insyaAllah.

Otak kita akan melepaskan molekul kecil yang disebut neuropeptida bagi membantu kita mengatasi tekanan. Kemudian neurotransmitter lain seperti dopamin, serotonin dan endorfin juga akan dirembes bersama. Endorfin ni bertindak sebagai penghilang/mengurangkan rasa sakit yang ringan (macam sakit kepala atau otot badan letih tu kan), manakala serotonin tu memang antidepressant (cegah kemurungan). Senyumlah selebarnya dan ucapkan S kedua di bawah ini.

2. SYUKUR. Syukur aja apa ada, apa sedang dihadapi, walau ujian yang kita rasa sukar, walau ganjaran yang kita rasa gembira sakan. Syukur akan membantu meredakan rasa tekanan dalaman diri kita, dan beralih ke tindakan seterusnya iaitu tindakan positif yang baik-baik. Anak tumpah air, tarik nafas, syukur... Anak tak letak pinggan ke sinki? Senyum tarik nafas syukur.... buat aja, lepas tu beritahu mereka apa kita mahu dia buat, cakap elok-elok, sebenarnya mereka boleh buat dan beri kerjasama, cuma nya bila solusi diberi ketika emosi amarah, mesej mendidik tak sampai, yang melekat di telinga hati mereka cumalah sakit hati, semua salah, takda betul, apa kena buat ni? Tak masuk di kepala pun.

Syukur, apa ada, ada anak, meriah rumah,
Ada orang sunyi rumah anak tak ada kerana sebab tertentu.
Syukur apa ada nya, keberadaan, kewujudan, pemilikan apa ada walau rasa tak pernah sempurna pun ianya. Sebab memang dunia ni takda apa yang sempurna pun 😁. Siapalah kita nak marah-marah sebab tak sempurna pesemua benda nak komen, kan....😌
.

3. SABAR.

Sabar datang setelah kita bersyukur tadi. Kita menahan rasa marah dan nak membebel apa semua sebab kita telah letakkan rasa syukur as pertama tadi. Sabar dan kuatkan kesabaran, niat dan target kan tiada bebel hari ini dan bising marah, hanya perbuat aja, kalau keluar perkataan pun perkataan yang baik dan tepat baik aja (setelah syukur dan tenang hadir). Menahan marah=sabar, syurga buat kita...
.

4. SENAMAN

Check balik diri, dah senaman belum hari ini? Belum? Sudah? Optimum seminggu 3 kali, 30 min setiap kali. Aargh lamanya... Kalau jenguk medsos ada tak tiba-tiba eh dah 45 minit masa berjalan. Apa aku buat tadi tu? Hmm maka prioritikan, senaman sebagai utama ya dalam antara aktiviti harian kita. Ia bantu banyak untuk dalaman kita agar seimbang, sihat, dan positif. Bersenamlah, bersyukurlah masih boleh bergerak sebab nanti bila ditarik nikmat kesihatan, nak bersenam pun sewaktu baring atau kelip mata aja untuk solat nya kita....

5. SPIRITUAL.

Amalan spiritual kita boleh amalkan yang mudah dan rutinkan, contoh solat awal waktu, zikir 33 kali, zikir 100 kali, Quran 1 ayat pun tak apa, tahajud malam kita berapa kali seminggu semua, cari waktu ketetapan untuk diamalkan, tiada culas lagi. Ia bantu keseluruhan keseimbangan dalaman diri kita ya. Ibu jadi lebih tenang, InsyaAllah.

6. SATU kerja satu masa, FOKUS.

Ia bantu kita siap dan bukan tertangguh tak siap-siap sebab buat semua benda satu masa. Bila siap, kita dapat hormon dopamine, sebab kita rasa rewarded, puas, siap kerja kita satu part. Walau siap lipat baju satu bakul, atau siap cuci satu dinding di satu bilik air, atau kemas almari baju lama disisihkan, apatah lagi kerja berkaitan pejabat dan kerja kita yang lain. Fokus satu kerja satu masa ok.

7. SENDIRIAN - Me Time

Ini paling perlu, boleh sekalikan dengan me time aktiviti spiritual kita mahupun selitan minum hot chocolate dan baca berita kita pilih/ tapis tapis shopping cart kita di shopee ke, dan baca buku kegemaran kita. Chill.... Bayangkan duduk di satu sudut kegemaran kita di satu tempat, dan nikmati ianya... sebentar 10 min pun dah kira ok. Badan kita perlukan kita untuk dimanjakan dan diberi perhatian, ok.
Sayang Diri Kita,
Anak-anak sayang ibu-ibu,
Ayahnya sayang diri ibu,
Allah sayang diri ibu.
Ramai sayang ibu.
.

CARE <3
Maznah Ibrahim

Channel telegram ibu ayah positif dan psikologi anak:
T.mazn.me/chan
Peringatan diri kita malam ini...

Sebagai ibu ayah kepada anak kita, kita mahu perbuat yang lebih baik setiap hari dengan merujuk diri sendiri sebagai tanda ukurnya.

Semalam ke hari ini, esok dari hari ini ya ☺☺☺.

πŸ’,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Ibu, Engkau Luar Biasa!

"Tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia".

Namun besar sungguh cabaran sebagai seorang ibu pada masa kini? Bersama moderator Pn Che' Nurdalila, founder Suri Al Quran, dan Pn Maznah Ibrahim, kaunselor berdaftar dan coach keibubapaan akan membincangkan mengenai tugas keibuan, dan cabaran dari aspek emosi, fizikal, mental dan spiritual secara dalaman dan luaran. Semoga bermanfaat untuk diri kita semua. Kongsikan dengan seramai mungkin kenalan anda ya.