Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Semoga dengan memiliki buku fizikal ini, tuan puan akan terbantu banyak dalam aspek kehidupan sekarang. Bantu untuk sebarkan kepada kenalan kita yang mungkin memerlukannya.

👇👇👇

BAGAIMANA UNTUK BERJAYA DAN BAHAGIA BERKALI-KALI WALAUPUN DIUJI?

Nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri?

Rasa lemah semangat untuk bertindak?

Semua benda dah buat tapi tak menjadi?

Pernah rasa nak GIVE UP dan hampir BURN OUT?...
.
.
.
InsyaAllah ada satu buku ni boleh bantu kita selesaikan masalah di atas.

Buku ni boleh bantu kita betulkan apa yang kita fokus supaya tidak tak cepat rasa ‘down’.

Ia juga boleh bantu kita supaya melihat masalah sebagai peluang. Berjiwa besar dan kukuhkan diri untuk lebih bersangka baik.

Antara perkongsian menarik dalam buku ni ialah..

"Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk? "

“Bagaimana Untuk Lebih Percaya Dan Berjaya?”

“Mengatasi Halangan Minda 10-Second Barrier”

“Rahsia Minda Separa Sedar”

“Kenapa Doa Lambat Makbul?”

“Kejayaan Lebih Mudah Ditarik Daripada Dikejar!”

“Bagaimana Nak Upgrade Bisnes Dan Hidup Jadi Lebih Baik”

“7 Teknik Ampuh Untuk Percaya Dan Berjaya!”

Buku ini ditulis dengan bahasa yang santai. InsyaAllah ia mudah untuk difahami dan teknik-tekniknya sangat praktikal. Siap ada latihan lagi.

Yang paling penting ialah penulis cuba membantu untuk kita belajar menjadi hamba Allah yang baik dan sentiasa hidup tenang walau apa jua ujian yang melanda.

Inilah Buku PERCAYA SEBELUM BERJAYA!

Boleh order terus kat link bawah ni sekarang,

Klik http://bit.ly/percayaberjaya
Klik http://bit.ly/percayaberjaya
Klik http://bit.ly/percayaberjaya
Hargai selagi ada waktu dan peluang.

Kasih sayang kita ditunjukkan melalui pelbagai cara.

Tunjukkan ia.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
.
.
Self Care / Me Time ni tak tunggu kita.
Kitalah yang kena susun / plan / curi masa.
Sebaiknya niatkan dulu.
Dalam to do list ada sekali aktiviti self care kita ok.


Maznah Ibrahim

#makjagamak
Bapa bukan sebarang bapa, kuasa dan penangannya amat besar sekali...

Pentingnya Bapa Berdialog/Berkomunikasi dengan Anak
Salah satu yang saya nak share ialah kepentingan berdialog.
Ia adalah satu peranan utama seorang bapa dalam kehidupan seorang anak.

Dalam petua keibubapaan oleh pengkaji, Dr Husna from UKM, satu dari 4 peranan utama bapa ialah 'berdialog'. Ada 7 ayat quran menunjukkan contoh bagaimana dialog seorang ayah kepada seorang anak mampu memberi kesan besar pastinya dalam kehidupan seorang anak (pembuatan keputusan dan berfikir pastinya).

Berbual.

Dalam video ni: https://www.youtube.com/watch?v=yQcQ5dVmzQc&t=7s,

Ada 3 point penting untuk ayah-ayah lakukan, dalam memenuhi keperluan anak kita.

1. Unsur bermain (parenting 7 tahun pertama: bermain): Ayah tak perlu lah terlalu serius dan nak memukul, menghukum saja ya. Jika dulu ayah mungkin dididik cara begitu, saya faham ayah rasa dirinya tetap menjadi seorang ‘orang’. Persoalannya ‘seorang’ ayah yang bagaimana’? Jauh di sudut hati ayah, ayah ada rasa dekat tak dengan anak, atau ‘JAUH’?

2. Membacakan buku cerita secara berkesan: unsur imaginasi dan ‘role play’. Bila ayah bacakan buku untuk anak, walau sekali setahun, rasanya anak akan ingat lebih berbanding ibu bacakan saban hari kot. Hahahaha, sebab bukan senang ayah kita nak bacakan buku, kan. Kemungkinan ayah bacakan adalah jauh lebih menarik sebab ayah lebih tinggi imaginasi dan kreatif dalam berceritanya.

3. Selalu berbual dengan anak. Ayah perlu tahu seni berbual dengan anak, bukan formal bertanya khabar tentang exam atau anak belajar ok ke tak dan sebagainya. Berbuallah mengenai perkara yang anak gembira mahupun yang anak struggle (ada unsur emosi anak ketika tahap itu) setiap hari.
Mudahan kita, dalam circle ‘break the cycle’ dan #IbuBapaKini ini adalah ibu dan ayah yang positif dan senantiasa memberi apa yang anak perlu, iaitu fitrah dia (fitrah dia adalah apa yang Tuhan Mahu kita berikan juga sebenarnya), bukan yang kita fikir anak perlu, sebab apa kita fikir kadangkala dipengaruhi oleh pengalaman dan pemikiran ego kita (mungkin).

*Isi kandungan penuh email istimewa Hari Bapa ini masuk ke inbox anda hari ini.

Selamat Hari Bapa kepada anda semua yang bergelar ayah,
pada hari Ahad ini,

biarlah kita jadi orang pertama yang mengucapkannya ya 😊😘.

Selagi nafas masih ada hari ini, Jumaat.

#tagsuamikita agar sama-sama kita ambil peranan ini sebaiknya, biar sedikit tetapi berkualiti dan diingati selamanya......

Maznah Ibrahim.

Telegram Channel keibubapaan positif dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

*kredit kepada Save The Children Thailand dalam menghasilkan vide bermesej penting ini untuk kita semua.
Situasi Kesan Pandemik Semasa Buat Saya Bimbang Juga. Lagi tengok / baca lagi risau.
Anonymous Poll
90%
Ya
10%
Tidak
Seperti mata anak kecil adalah teropong zoom tengok kita,
Maka Tuhan juga adalah Maha Melihat aksi kita saban waktu/saat, kan?
Hmm... jadinya kita perlu bayangkan, fikirkan, bahawa rakaman 24/7 ada untuk kita. Jadi kita perbuatlah yang elok-elok, yang sebaiknya, doalah selalu juga untuk diri kita, muhasabah selalu dan minta maaf selalu.

Untuk diri kita sendiri, bukan untuk orang lain.

Maznah Ibrahim.
Penat di dunia memang tidak akan kehabisan, ia boleh jadi up and down berulang,

namun ganjaran sebenar 'di sana' kelak, adalah kekal dan takda dah up and down berulang kali ya 😅

Mari baca post ini:

https://maznahibrahim.com/penatkah-kita-sehari-hari-menguruskan-anak-dan-urusan-rumahtangga-seharian/
Ibu Ayah, mari kita jadi pendengar yang baik kepada anak-anak kita.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah :
.
1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang sebarang tingkahlaku anak yang kita nampak kurang betul, kurang elok, tantrum, melawannya dan sebagainya yang tidak ikut spec kita, sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi anak.

TINGKAHLAKU = BAHASA, ada mesej yang nak disampaikan, terutama anak kecil yang belum mampu mengucapkan atau meluahkan, apatah lagi anak yang sudah besar namun sudah tahu bila dia cakap, pasti tidak dapat, atau tidak disokong, atau mungkin akan dimarahi, Maka berlakulah missbehaviour...

Missbehave = Mesej Sesuatu Nak Disampaikan kepada sekeliling dia
.
2. Anak-anak ada usahanya, kepada apa jua permintaan kita atau kita tak minta pun dia ada fitrah nak cuba melakukan sesuatu yang baik. Maka sahkah ia (validate ia) atau pastikan anak tahu yang kita terima, kita nampak, dan kita hargai usaha kecil dia.

Contoh anak kecil yang berusaha nak cuba buatkan kopi untuk mak dia (macam Yumna saya - sebenarnya dia suka nak tuang dari teko kaca tu ke mug mak dia 😅) masyaAllah rajinnya, tak perlu disuruh, atau baru sebut aja dia sibuk-sibuk nak buatkan. Tunjukkan yang kita 'perasan', akan niatnya yang baik itu. Puji 'noticed' usaha dia yang belum berlaku pun dan kesanggupan dia itu. Hmm memang anak kecil ni sesuatu yang kita belajar ialah mereka ni super duper yakin diri tau.

Apatah lagi anak besar, remaja yang cuba membantu urusan rumah apabila ada konflik ibu ayahnya dengan memasakkan nasi untuk adik-adiknya atau membelikan sayur dengan menaiki motosikalnya. Pujilah usahanya itu.

Puji, nyatakan secara jelas (Tangki Emosi: Perkataan: Words of Affirmation)
.
3. Luahkan KEYAKINAN kita kepada keupayaan anak, di saat anak ada rasa 'down feeling'nya, momen emosi konflik diri, rasa tak yakin dirinya melanda... (ni biasanya anak sudah sekolah mula akan rasa inferioriti vs. yakin diri sesuai dengan tugas perkembangan usia 6-12 kanak-kanak).

Bukan berbahasa basi, namun tunjukkan, luahkan, persepsi anda yang positif.

"Ya, Mama YAKIN abang boleh buat, hari tu Mama tengok abang usaha berjaga malam siapkan kerja Matematik Tambahan tu. Bila kita usaha, insyaAllah adalah hasilnya berbanding kita tak buat apa-apa...".

"Mama YAKIN kakak boleh present atas pentas dengan baik, berani, relaks dan fokus. Kami semua doakan. Lagipun kakak kan dah practice".
.
4. Hormatilah anak, berikan HORMAT kepada mereka seperti mana kita mahu mereka hormati kita.

Cara paling basic ialah pandang wajah mereka (beri full face - muka penuh) bila mereka mahu bercakap dengan kita, tinggalkanlah semua kerja yang sedang dilakukan, barang sebentar 10 saat pun amat bermakna untuk si anak sewaktu terujanya mereka mahu berbicara dengan kita.

Apatah lagi anak remaja yang ada pandangan sendiri, keputusan sendiri, dan tindakan sendiri, hormatilah keputusan mereka, bawalah kepada berbincang dan negosiasi bila kita tidak setuju, dengan cara bermusyawwarah ya.
.
5. Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu.

Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke - No, isunya mereka sedang rasa. Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif.

"Mama tengok tadi bila cousin datang, kakak macam serba tak kena, apa sebenarnya yang kakak rasa"(walau sebenarnya nak marah kenapa tergedik sangat anak Mama nih ya). (Berikan feedback dan dapatkan clarification dari dia).

"Tadi Ayah tertinggi suara sikit aja, apa sebab abang meraung raung menangis macam tu, hmmm Ayah rasa malu, juga pelik sebab apa abang jadi macam tu. Cuba abang bagitahu ayah, ayah nak faham". (ni waktu tenang-tenang kemudian masa - usaha fahami si anak).
.
6. Akhir, INGATLAH yang bila tingkahlaku anak Tak OK, sebenarnya ia reflek kepada perasaan Tak OK mereka juga.
Jadi sebenarnya dalam keibubapaan ini, kita sentiasa nak bawa kepada anak memaha
mi perasaan dia sendiri (mulakan dengan kita pun perlu fahami perasaan mereka dulu), anak perlu berasa ok dengan perasaan dan pemikiran dia, maka stabillah tingkahlaku dia ya. Biasanya mereka pun tidak faham akan diri mereka sendiri kenapa bertindak begitu.

Contohnya anak yang dimarahi teruk di rumah, akan sangat buat hal di sekolahnya.

Anak yang rasa dirinya teruk, tak pandai dsb, juga akan bertingkahlaku sesuai dengan perasaannya terhadap dirinya sendiri, jadi tidak mahu membaca, tidak mahu terlibat dengan aktiviti akademik, benci sekolah/teacher dsb.

Jadi nak baiki tingkahlaku anak, hanya perlu kenalpasti perasaan dia terhadap diri dan dunianya, bantu dia, dan kelak tingkahlaku mereka akan berubah jadi lebih baik, ok 🙂

CARE ,
Maznah Ibrahim
......
Jom masuk telegram channel saya mengenai keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di sini ya:

T.mazn.me/chan
Checklist: Emosi Anak Stabil, Bagaimana?