Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
BAGAIMANA NAK BERUBAH JADI IBU AYAH SEPERTI DIIMPIKAN
------------------
Sahabat yang mahu berubah menjadi ibu lebih tenang, sabar, dan dicintai serta dibanggakan si anak-anak,
.
1) Perlu jelas matlamat - TUJUAN - motif. BIG WHY.
- Sebab apa nak berubah tak garang. Jadi ibu tenang hebat ni, untuk apa? Tanya diri dulu. Tepuk dada tanya hati nun jauh di dasar.
.
2) Perlu ada aksi atau tindakan. ACTION.
.
Motive + Action = Motivation.
.
Takda Action, aksi tindakan, ada hasrat aja, memang tak jalan.
.
.
Untuk MOTIVATION PULA,
.
Ada dua jenis motivasi,
.
Satu intrisik iaitu dari dalaman,
sebab tu perlu no 1 di atas,
MOTIF yang jelas dan besar.
BIG WHY orang kata,
jika tak da big why,
mudah keciciran.
iman turun naik, kan.
Kedua, motivasi dari luaran, ekstrinsik.
Sesekali ganjarkan diri sendiri, self reward,
ucap syabas diri,
dengarkan kata-kata semangat dari luar,
kawan-kawan yang positif.
Ini untuk booster cepat walau sementara.
.
Then kembali kepada motivasi intrinsic ni, ia kuat dan besar pengaruhnya, dalam 90%.
.
Contoh orang yang tak cukup kenal diri, tak rasa diri ada isu anger, dihantar ke kursus anger management, tak berubah, sebab kursus tu luaran sahaja, 10%, tak cukup kuat tolak dia.
.
Tapi jika dalaman 90% sudah ada, jelas, jitu, sesekali dapat tolakan dari luaran 10%, lagi best dan ummph, terus laju.
.
Pastu sebelum nak laksana,
.
1) Penting kenal diri, faham diri, sedar dari mana datang personality atau isu tu,
.
jadi ianya bukanlah salah diri sepenuhnya, ingat tu. Namun yang lebih utama ialah kesedaran kendiri kini, dan MOVE ON, fokus kini dan akan datang.
.
2) Terima diri yang lama itu. Ramai aja tak terima diri yang dilihat / dilabel ‘mak macam dinasour ke apa’, :D terima aja dulu, lagi mudah intervensi seterusnya nak jaya.
.
3) Lepas tu tambah dengan TAHU apa kita nak dalam hidup dengan JELAS, dan TAHU APA KENA BUAT,
.
4) Laksana dengan istiqamah , aksi kecil kecil dulu, untuk motivasi meningkat.
.
Bab no 4 tu paling mencabar.
.
Namun, asal gerak, jalan dulu dapatkan momentum GERAK dulu sebab nak panaskan enjin ke laluan track dah susun cantik ni.
.
Along the way, review, muhasabah, dapatkan pandangan dan maklumbalas anak, dan cari ilmu spesifik lain, susun lagi aksi seterusnya.
.
Ingat, aksi kecil-kecil tu, jalan dulu, bagi gerak.

Tak mudah tapi tak mustahil.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Kerap kali juga dalam situasi pandemik semasa ini, kita akan alami entah macam mana......datang dari mana 😅 tah tiba-tiba rasa down, rasa kurang semangat atau jauh dari track kawalan emosi kita, maka adalah adegan-adegan letusan emosi terus berlaku.....

Hmm berulang kali, up and down, up and down, up and down....
.
Hari ini, 230 petang

Webinar Motivasi: Momentum Hidup: Bagaimana untuk kekal bermotivasi dalam menghadapi cabaran.

Jemput bersama-sama,

Boleh layari webinar ini melalui 2 medium ini :

Webex:
https://hpj.webex.com/meet/kaunseling

FB live:
https://www.facebook.com/hospital.putrajayarasmi

Anjuran: Unit Psikologi Kaunseling, Hosp Putrajaya

Kongsikan kepada kenalan kita yang mungkin memerlukannya ya.
Maaf ada ralat pada link fb live diatas, saya sudah betulkan ye. 👍
<<Live>> STIFIn dan Kehidupan - Siri 8 : Asyik Tengok Atas Jer?

Tarikh : 9 Jun 2021
Masa : 9:30 malam
Panel : Pn Maznah Ibrahim

Apa yang dimaksudkan dengan 'Asyik Tengok Atas Jer??' Jom saksikan Siri 8.

Mohon Tekan Subscribe dan Follow media sosial di bawah ini ya!

FB page : https://facebook.com/mohdsyahiidsheikhahmad
FB personal : https://facebook.com/mohdsyahiid

Jom sebarkan dan saksikan!
Buku Fizikal “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini.
oleh Tuan Zuhairi Nopiah.

Highly recommended!!!

Saya yakin buku ni sesuai buat semua kita. Tidak kira orang bisnes, makan gaji, surirumah dan pelajar, semuanya ingin berjaya kan?

Fitrah kita mahu jadi sukses dalam bidang kita,
Terbaik dalam keberadaan diri kita sendiri.

Dan insyaAllah buku ini akan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan itu dengan lebih pantas, mudah dan membahagiakan dengan 7 Teknik Minda Separa Sedar (LUA).

Dah bersedia untuk dapatkan buku ni? Ada harga istimewa dengan bonus macam-macam😍 untuk pembelian awal yang telah dibuka hari ini 10 pagi tadi.

http://bit.ly/percayaberjaya
http://bit.ly/percayaberjaya
http://bit.ly/percayaberjaya
Kita mahu anak mendengar kata,
Kitalah yang mulakan mendengar dengan berkesan dahulu.

Kita juga tak mahu anak salah faham kepada kita,
Kita juga harus elak 'judge' serta merta kelakuan mereka.

Biasanya kita terus ke step 4 di poster,
Tanpa mendengar betul-betul dulu, kan?

Seek to understand first.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Semoga dipermudahkan semua urusan kita dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
Semoga dengan memiliki buku fizikal ini, tuan puan akan terbantu banyak dalam aspek kehidupan sekarang. Bantu untuk sebarkan kepada kenalan kita yang mungkin memerlukannya.

👇👇👇

BAGAIMANA UNTUK BERJAYA DAN BAHAGIA BERKALI-KALI WALAUPUN DIUJI?

Nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri?

Rasa lemah semangat untuk bertindak?

Semua benda dah buat tapi tak menjadi?

Pernah rasa nak GIVE UP dan hampir BURN OUT?...
.
.
.
InsyaAllah ada satu buku ni boleh bantu kita selesaikan masalah di atas.

Buku ni boleh bantu kita betulkan apa yang kita fokus supaya tidak tak cepat rasa ‘down’.

Ia juga boleh bantu kita supaya melihat masalah sebagai peluang. Berjiwa besar dan kukuhkan diri untuk lebih bersangka baik.

Antara perkongsian menarik dalam buku ni ialah..

"Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk? "

“Bagaimana Untuk Lebih Percaya Dan Berjaya?”

“Mengatasi Halangan Minda 10-Second Barrier”

“Rahsia Minda Separa Sedar”

“Kenapa Doa Lambat Makbul?”

“Kejayaan Lebih Mudah Ditarik Daripada Dikejar!”

“Bagaimana Nak Upgrade Bisnes Dan Hidup Jadi Lebih Baik”

“7 Teknik Ampuh Untuk Percaya Dan Berjaya!”

Buku ini ditulis dengan bahasa yang santai. InsyaAllah ia mudah untuk difahami dan teknik-tekniknya sangat praktikal. Siap ada latihan lagi.

Yang paling penting ialah penulis cuba membantu untuk kita belajar menjadi hamba Allah yang baik dan sentiasa hidup tenang walau apa jua ujian yang melanda.

Inilah Buku PERCAYA SEBELUM BERJAYA!

Boleh order terus kat link bawah ni sekarang,

Klik http://bit.ly/percayaberjaya
Klik http://bit.ly/percayaberjaya
Klik http://bit.ly/percayaberjaya
Hargai selagi ada waktu dan peluang.

Kasih sayang kita ditunjukkan melalui pelbagai cara.

Tunjukkan ia.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
.
.
Self Care / Me Time ni tak tunggu kita.
Kitalah yang kena susun / plan / curi masa.
Sebaiknya niatkan dulu.
Dalam to do list ada sekali aktiviti self care kita ok.


Maznah Ibrahim

#makjagamak
Bapa bukan sebarang bapa, kuasa dan penangannya amat besar sekali...

Pentingnya Bapa Berdialog/Berkomunikasi dengan Anak
Salah satu yang saya nak share ialah kepentingan berdialog.
Ia adalah satu peranan utama seorang bapa dalam kehidupan seorang anak.

Dalam petua keibubapaan oleh pengkaji, Dr Husna from UKM, satu dari 4 peranan utama bapa ialah 'berdialog'. Ada 7 ayat quran menunjukkan contoh bagaimana dialog seorang ayah kepada seorang anak mampu memberi kesan besar pastinya dalam kehidupan seorang anak (pembuatan keputusan dan berfikir pastinya).

Berbual.

Dalam video ni: https://www.youtube.com/watch?v=yQcQ5dVmzQc&t=7s,

Ada 3 point penting untuk ayah-ayah lakukan, dalam memenuhi keperluan anak kita.

1. Unsur bermain (parenting 7 tahun pertama: bermain): Ayah tak perlu lah terlalu serius dan nak memukul, menghukum saja ya. Jika dulu ayah mungkin dididik cara begitu, saya faham ayah rasa dirinya tetap menjadi seorang ‘orang’. Persoalannya ‘seorang’ ayah yang bagaimana’? Jauh di sudut hati ayah, ayah ada rasa dekat tak dengan anak, atau ‘JAUH’?

2. Membacakan buku cerita secara berkesan: unsur imaginasi dan ‘role play’. Bila ayah bacakan buku untuk anak, walau sekali setahun, rasanya anak akan ingat lebih berbanding ibu bacakan saban hari kot. Hahahaha, sebab bukan senang ayah kita nak bacakan buku, kan. Kemungkinan ayah bacakan adalah jauh lebih menarik sebab ayah lebih tinggi imaginasi dan kreatif dalam berceritanya.

3. Selalu berbual dengan anak. Ayah perlu tahu seni berbual dengan anak, bukan formal bertanya khabar tentang exam atau anak belajar ok ke tak dan sebagainya. Berbuallah mengenai perkara yang anak gembira mahupun yang anak struggle (ada unsur emosi anak ketika tahap itu) setiap hari.
Mudahan kita, dalam circle ‘break the cycle’ dan #IbuBapaKini ini adalah ibu dan ayah yang positif dan senantiasa memberi apa yang anak perlu, iaitu fitrah dia (fitrah dia adalah apa yang Tuhan Mahu kita berikan juga sebenarnya), bukan yang kita fikir anak perlu, sebab apa kita fikir kadangkala dipengaruhi oleh pengalaman dan pemikiran ego kita (mungkin).

*Isi kandungan penuh email istimewa Hari Bapa ini masuk ke inbox anda hari ini.

Selamat Hari Bapa kepada anda semua yang bergelar ayah,
pada hari Ahad ini,

biarlah kita jadi orang pertama yang mengucapkannya ya 😊😘.

Selagi nafas masih ada hari ini, Jumaat.

#tagsuamikita agar sama-sama kita ambil peranan ini sebaiknya, biar sedikit tetapi berkualiti dan diingati selamanya......

Maznah Ibrahim.

Telegram Channel keibubapaan positif dan psikologi anak: T.mazn.me/chan

*kredit kepada Save The Children Thailand dalam menghasilkan vide bermesej penting ini untuk kita semua.
Situasi Kesan Pandemik Semasa Buat Saya Bimbang Juga. Lagi tengok / baca lagi risau.
Anonymous Poll
90%
Ya
10%
Tidak