Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Anak-anak Bergaduh dalam Rumah,
Adalah Peluang untuk Kita Ajar Banyak Skil.

1. Skil ibu ayah respon kepada tingkahlaku mereka :-

🌟pengurusan emosi segera,

🌟tangani konflik 2-3 pihak,

🌟komunikasi dengan setiap anak (pelaku dan diperlaku) yang nak diajarkan skil komunikasi baik dan cegah buli

🌟skil tingkatkan bonding dengan anak besar yang mungkin terluka lebih berbanding anak lebih kecil
.

2. Skil untuk anak-anak :

πŸ‘Hadapi / menangani cabaran konflik / buli dengan senior/junior πŸ˜†

πŸ‘Skil urus emosi segera semasa berhadapan konflik

πŸ‘Rebonding dengan adik beradik dan mak ayah juga
.

Benda ni nampak remeh tapi besar impaknya ke depan.

Kelak inilah skil yang sama mereka nak guna di sekolah, asrama, kerja, bos dan pasangan serta anak-anak mereka kelak.

.
Bunyi canggih dan macam susah.
Tapi ia adalah satu siri latihan berterusan untuk kita sebagai leader kepada diri dan anak-anak.
Maka maksudnya lama-lama akan semakin baik/pandai uruskan.
.

Tak uruskan, biarkan?
Akan semakin melarat, parah, luka dalam, dan kesan berbalik kepada kita dah tua nanti.

Hmm.
.

1 dari skil komunikasi cegah buli untuk si pelaku (katakan si adik kecil) kepada diperlaku (katakan si kakak /abang besar) -

Baca sini lanjutnya ya:

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Sangat PENTING Skil Ini
Untuk Semua Anak Kita
Agar Tidak Kekal Pasif
Atau Terlalu Agresif,
Jadi Sederhana :- Asertif (tegas diri pertahankan hak diri, dalam masa sama tidak lukakan hati orang lain)

Silakan :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=751621311679122&id=477691842405405

MAZNAH IBRAHIM

channel telegram parenting kita ibubapakini:

T.mazn.me/chan
Bila Anak Kurang Dengar Kata, Cuba Cek Kita Berbicara Level Hubungan atau Fakta (Pemikiran)

Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik.
.
Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan.
.
.
Ibu: Abang ni janganlah pukul adik, adik tu kecil lagi.
.
Anak : Adik tu, dia kacau barang mainan Abang. Abang tak bagi. Mainan ni kan abang punya.
.
.
Nampak tak sesuatu di sini?
.
Anak mejawab pada logik pemikiran dan fakta si kecil, setara fakta si dewasa.
.
Fakta dewasa, cegah - jangan pukul adik sebab adik kecil, beza abang besar.
.
Fakta si kecil, adik salah sebab kacau mainan abang dan mainan itu abang yang punya.
.
.
Manusia tak kan selesai konflik, berbalah pabila cuba berlawan dengan fakta.
.
.
Sebab Manusia ni ada egonya.
.
Nak betul sentiasa. Dia betul.
.
Nak pertahankan idea pemikiran logik masing-masing.
.
Sekarang kita TUKAR.
.
Pindah ke level perhubungan.
.
Apa kekuatan perhubungan manusia?
.
Perasaan, ambil berat, niat baik, untuk pembinaan karektor jauh lagi, ke seluruh ummah. Generasi penerus kita.
.
.
Cuba begini.
.
Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik.
.
Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan.
.
Ibu: Skrip baru asertif.
.
βœ…Mulakan dengan diri Ibu, bukan point ke anak
βœ…Disusuli emosi kemanusiaan : bimbang atau risau. Ia ada unsur kasih sayang dan mendidik.
βœ…Diakhiri dengan solusi tindakan untuk si anak.
.
.
"Mama BIMBANG bila abang pukul adik, adik rasa SAKIT dan nanti besar sedikit adik pula akan pukul abang.
Sebab adik BELAJAR dari abang.
Mama tahu abang dan adik SAYANG satu sama lain (hypnoscriptkan mereka)
Mama YAKIN abang boleh jadi MODEL abang yang BAIK pada adik.
Abang cuma perlu bagitahu elok-elok kepada adik, "Adik, ini mainan abang. Boleh beri pada abang? Abang bagi ni nak? (ganti). (anak diajar skrip asertif kepada adik).
.
.
.
Hasil?
.
Comel sekali KN 2 tahun 1 bulan pula boleh bertahan sabar dan geram nya dan beri skrip asertif ke abangnya.
.
3 hari lalu,
.
di meja makan,
.
KN minta air (berebut air sejuk mereka ni, kebetulan satu saja, minta air sejuk kosong tapi kedai beri 1 air lain, air suam).
.
Abang Fateh tak beri sebab rasa itu air dia la kan. Dan sebab gaya KN minta tu macam nak nak juga. Keras. Mendesak.
.
.
Adik KN geram sangat (boleh lihat muka nya cebek menahan marah dan geram).
Adik KN diam. Dia bernafas dua kali.
Kemudian keluar skrip dia kepada Abang Fateh.
"Abang Ateh, boleh bagi adik air?"
😱
Abang bersinar mata, senyum suka dan terus kata :
"Boleh. Nah!".
Wah mak ayah terkesima lihat si kecil berupaya bernafas semasa marah dan tukar skrip selepas bernafas baik. Bernafas in hidung - out hidung tau ;)
.
.
Modelkan.
.
Budayakan.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Jemput ke telegram channel saya untuk perkongsian parenting dan psikologi anak anak

T.mazn.me/chan

#repost
#KN2tahunFateh5thn
Kita manusia biasa,
dengan banyak tugasan dan tanggungjawab sekaligus mendatang selain sedia ada di bahu,

Sesekali akan rasa amat-amat penat, lelah, hampir burnout.
Ibu-ibu, amalkan self care/me time.

Adalah ok untuk.... (poster)

Kerana kita manusia biasa, dan
kita adalah penting untuk seisi rumah,
kita adalah nadi / jantung sesebuah keluarga seluruhnya.

Ayah-ayah, ambil tahu dan ambil berat perasaan pasangan, ya,
bantu/ tanyakan apa perlu dibantu.

Care,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
KITA TAKKAN SABAR SEHINGGA KITA FAHAM KENAPA DAN UNTUK APA KITA SABAR....

Allah As Sobuur Tahu kenapa kita diuji sebegitu,

Bila kita tahu kita diuji dengan emosi tertentu terutama cepat marah, tak boleh menunggu, dan lain-lain,
Ia sebenarnya petanda kita sedang dilatih untuk jadi lebih SABAR,
Dan ia tentulah ntuk kebaikan diri kita sendiri.

Kita takkan jadi ibubapa lebih SABAR sehingga :

πŸ’• kita kenal anak, kenapa anak menguji kita sebegitu? atau sebenarnya melalui anaklah kita diuji emosi sekian sekian untuk jadi lebih yakin dan sabar. Bukan sebab anak, tapi lebih kepada untuk kita. Contoh anak sedang fasa autonomi dan ego, maka banyaklah dia tak faham dan buat salah berulang. Ia normal untuk usia itu. Sabar dan tegur berhemah aja usia 3 nanti oklah dia insyaAllah.

πŸ’•kita kenal diri (kenapa kita marah-marah, apa sensitiviti kita, puncanya apa) dan usahalah cegah atau atasi/selesaikannya. Penting kenal diri ini. Kadangkala sekecil-kecil sebab trigger adalah dari minda separa sedar dari pengalaman peribadi serta ekspektasi sendiri yang kita tetapkan. Berubahlah, jadilah lebih relaks, dan fleksibel sedikit jika perkara itu tidak mendatangkan mudarat besar. Contoh kita jenis pengemas, berSOP, kita tak boleh rumah sepah, adakanlah SISTEM untuk kemas cepat oleh tentera kecil (anak-anak) semua.

πŸ’• faham kenapa perilaku SABAR/ MENAHAN MARAH itu amat penting untuk diri kita sendiri dan apa sumbangannya ke dalam perkembangan dan hidup anak kita. Ia penting untuk hidup kemudian kita juga nanti, tua kita nanti, generasi kita nanti. Kini - Beri kesan kemudian. Contoh kita sedar kita cepat marah sebab mak/ayah atau atok kita stail sama, kita taknak ia berterusan ke anak cucu kita pula kan. Jadilah pemula. Pasti boleh.
.

Ha... basically:

5 CARA SEGERA UNTUK TAHAN MARAH KEPADA ANAK:
.

🌱 Ketapkan bibir, tahan jangan bercakap apa-apa (NONVERBAL)
.
🌱 Menunjukkan wajah tak suka (serius, marah) dengan perilaku anak (tidak bersuara) (NONVERBAL)
.
🌱 Tarik nafas dalam-dalam sekurangnya sekali (FISIOLOGI NONVERBAL)
.
🌱 Pergi dari situ dan buat kerja fizikal (GUNA TANGAN DAN KAKI SECARA SELAMAT)
.
🌱 Pergi dari situ untuk akses air – samada minum air, ambil wudhu’, mandi laju-laju.
.

*Ini untuk beri anak tidak kena tempias lahar gunung berapi anda.
*Setelah tenang, perlu lah bercakap dengan anak dengan jelas apa yang anda tak suka tadi.
*Kadangkala biarkan seketika situasi yang buat marah tu, anak dan situasi akan selesai sendiri (contoh gaduh adik beradik).

.
Hidup ini ada indahnya bukan semua buruk aja... pandang dari sudut kebaikan dan kesyukuran selalu. Ujian pun memang sebahagian dari pembentukan personaliti diri kita, dan untuk tingkatkan darjat kesabaran kita.
.

Refleksi Diri,
CARE ❀,
MAZNAH IBRAHIM

* Sharekan dengan rakan anda untuk sama-sama berkongsi tips ini.

* Join telegram channel saya untuk sentiasa dapat input parenting dan psikologi anak di : T.mazn.me/chan
Kadang Anak Minta Macam-macam, Kita Check Keperluan Asas Dia Dulu, Penuhi Ia
...

BIASANYA hanya penuhi keperluan ASAS FISIOLOGI anak: makan, minum, tidur, rehat, selesa cuaca, mencukupi untuk anak tidak tantrum / buat hal / mencabar anda,

KADANGKALA penuhi keperluan EMOSI mereka dahulu termasuk perhatian/main level budak bersama secara penuh 10-15 minit, mencukupi untuk kita tenang dan fokus buat kerja kita pula selepas itu.
.

Kenalpasti puzzle/ iceberg / punca sebenar apa dia perlu melalui permintaan macam-macam sang anak itu dilakukan dengan memeriksa keperluan fisiologi dia mencukupi tak, atau perhatian / tangki emosi (ada persaingan adik bayi) tak penuh atau craving for material tu betul betul wajar (πŸ€”betul perlu? - banyak trick dia).
.

Hirarki nya:

1. Fisiologi : siapkan semua keperluan ini sebelum mereka buat perangai - buat perangai adalah petanda sahaja - means dah sampai limit dah - Untuk anak / orang dewasa juga sama. Makan sebelum lapar, tidur mencukupi.

2. Emosi : 5 tangki emosi itu... (semua juga)

3. Kognitif (pemikiran mereka) - ni trick atau strategi si anak, nak itu ini, bagi reason sebab itu sebab ini (lingkungan usia 4 ke atas) dan match kan dengan trick anda juga. Ibubapa perlu lebih awal siap sedia dengan perisai trick juga naa..

.
Dah lalui, untuk anak-anak Thinkings kami yang bijak trick ini 😊.
.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Salah satu cara switch emosi ialah
.

πŸ’– PAUSE/ toma'ninah.
.

Bukan lama tapi sekejap sahaja,
.

pastu sambung la tugasan/ tanggungjawab semula.
.

β–Ά tutup mata + bernafas dalam-dalam 3 saat + letak niat, nak diri emosi apa, nak suasana jadi bagaimana,
.

πŸ†’ Kalau di slow motion kan steps nya, begini:-
.

1️⃣ PEJAM MATA

2️⃣ tarik nafas dalam dalam

3️⃣ fikir, bayangkan nak buat apa contoh nak senyum, nak peluk anak, nak kerja rumah x,y,z siap, etc..

4️⃣ sebut perkataan keyword senang ingat

"sabar sabar sabar" /

"positif positif positif" /

"senyum senyum senyum" /

"boleh boleh boleh"

5️⃣ barulah hembus nafas perlahan melalui hidung
.
.

πŸ’ insyaAllah akan jadi macam apa yang anda nak jadi.
.

Anak belajar direct dari kita.

Maznah Ibrahim

Telegram channel psikologi anak dan keibubapaan positif:

T.mazn.me/chan
Jika anda hadapi isu marah anak tak habis-habis lagi kerana satu perkara yang khusus (sama),

Dan anak pun berulang buat perkara yang sama yang buat anda marah,

Cuba untuk buat kontra.

Tidak marah anak dah berkenaan perkara yang dia selalu buat anda marah itu,
Dan ganti dengan:

Teknik Give In dan Time In.

: beri apa dia mahu (selagi apa dia mahu itu tidak mudarat kesihatan dan keselamatan)
: dekati dia bukan jarakkan lagi diri dengan dia
: sambil beritahu dia skrip hypnoscript mengenai apa anda mahu.

Contoh:

Anda selalu marah bila anak minta botol susu kerap, anda membebel-bebel.

Sekarang anda diam dan beri aja apa dia mahu (susu botol),
Kemudian semasa memberi dia botol susu itu dekati dia dan beritahu: Nanti adik tak minum susu botol dah, tapi adik minum air masak dalam cawan ya (bergantung kepada apa anda mahu)

Sabar dan berubahlah,
Cuba pendekatan lebih tenang dan mendidik dengan proses, bukan menghukum (reward negatif).

Care ❀,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
BAGAIMANA NAK BERUBAH JADI IBU AYAH SEPERTI DIIMPIKAN
------------------
Sahabat yang mahu berubah menjadi ibu lebih tenang, sabar, dan dicintai serta dibanggakan si anak-anak,
.
1) Perlu jelas matlamat - TUJUAN - motif. BIG WHY.
- Sebab apa nak berubah tak garang. Jadi ibu tenang hebat ni, untuk apa? Tanya diri dulu. Tepuk dada tanya hati nun jauh di dasar.
.
2) Perlu ada aksi atau tindakan. ACTION.
.
Motive + Action = Motivation.
.
Takda Action, aksi tindakan, ada hasrat aja, memang tak jalan.
.
.
Untuk MOTIVATION PULA,
.
Ada dua jenis motivasi,
.
Satu intrisik iaitu dari dalaman,
sebab tu perlu no 1 di atas,
MOTIF yang jelas dan besar.
BIG WHY orang kata,
jika tak da big why,
mudah keciciran.
iman turun naik, kan.
Kedua, motivasi dari luaran, ekstrinsik.
Sesekali ganjarkan diri sendiri, self reward,
ucap syabas diri,
dengarkan kata-kata semangat dari luar,
kawan-kawan yang positif.
Ini untuk booster cepat walau sementara.
.
Then kembali kepada motivasi intrinsic ni, ia kuat dan besar pengaruhnya, dalam 90%.
.
Contoh orang yang tak cukup kenal diri, tak rasa diri ada isu anger, dihantar ke kursus anger management, tak berubah, sebab kursus tu luaran sahaja, 10%, tak cukup kuat tolak dia.
.
Tapi jika dalaman 90% sudah ada, jelas, jitu, sesekali dapat tolakan dari luaran 10%, lagi best dan ummph, terus laju.
.
Pastu sebelum nak laksana,
.
1) Penting kenal diri, faham diri, sedar dari mana datang personality atau isu tu,
.
jadi ianya bukanlah salah diri sepenuhnya, ingat tu. Namun yang lebih utama ialah kesedaran kendiri kini, dan MOVE ON, fokus kini dan akan datang.
.
2) Terima diri yang lama itu. Ramai aja tak terima diri yang dilihat / dilabel β€˜mak macam dinasour ke apa’, :D terima aja dulu, lagi mudah intervensi seterusnya nak jaya.
.
3) Lepas tu tambah dengan TAHU apa kita nak dalam hidup dengan JELAS, dan TAHU APA KENA BUAT,
.
4) Laksana dengan istiqamah , aksi kecil kecil dulu, untuk motivasi meningkat.
.
Bab no 4 tu paling mencabar.
.
Namun, asal gerak, jalan dulu dapatkan momentum GERAK dulu sebab nak panaskan enjin ke laluan track dah susun cantik ni.
.
Along the way, review, muhasabah, dapatkan pandangan dan maklumbalas anak, dan cari ilmu spesifik lain, susun lagi aksi seterusnya.
.
Ingat, aksi kecil-kecil tu, jalan dulu, bagi gerak.

Tak mudah tapi tak mustahil.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Kerap kali juga dalam situasi pandemik semasa ini, kita akan alami entah macam mana......datang dari mana πŸ˜… tah tiba-tiba rasa down, rasa kurang semangat atau jauh dari track kawalan emosi kita, maka adalah adegan-adegan letusan emosi terus berlaku.....

Hmm berulang kali, up and down, up and down, up and down....
.
Hari ini, 230 petang

Webinar Motivasi: Momentum Hidup: Bagaimana untuk kekal bermotivasi dalam menghadapi cabaran.

Jemput bersama-sama,

Boleh layari webinar ini melalui 2 medium ini :

Webex:
https://hpj.webex.com/meet/kaunseling

FB live:
https://www.facebook.com/hospital.putrajayarasmi

Anjuran: Unit Psikologi Kaunseling, Hosp Putrajaya

Kongsikan kepada kenalan kita yang mungkin memerlukannya ya.
Maaf ada ralat pada link fb live diatas, saya sudah betulkan ye. πŸ‘
<<Live>> STIFIn dan Kehidupan - Siri 8 : Asyik Tengok Atas Jer?

Tarikh : 9 Jun 2021
Masa : 9:30 malam
Panel : Pn Maznah Ibrahim

Apa yang dimaksudkan dengan 'Asyik Tengok Atas Jer??' Jom saksikan Siri 8.

Mohon Tekan Subscribe dan Follow media sosial di bawah ini ya!

FB page : https://facebook.com/mohdsyahiidsheikhahmad
FB personal : https://facebook.com/mohdsyahiid

Jom sebarkan dan saksikan!
Buku Fizikal β€œPercaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini.
oleh Tuan Zuhairi Nopiah.

Highly recommended!!!

Saya yakin buku ni sesuai buat semua kita. Tidak kira orang bisnes, makan gaji, surirumah dan pelajar, semuanya ingin berjaya kan?

Fitrah kita mahu jadi sukses dalam bidang kita,
Terbaik dalam keberadaan diri kita sendiri.

Dan insyaAllah buku ini akan membantu Tuan Puan mencapai kejayaan itu dengan lebih pantas, mudah dan membahagiakan dengan 7 Teknik Minda Separa Sedar (LUA).

Dah bersedia untuk dapatkan buku ni? Ada harga istimewa dengan bonus macam-macam😍 untuk pembelian awal yang telah dibuka hari ini 10 pagi tadi.

http://bit.ly/percayaberjaya
http://bit.ly/percayaberjaya
http://bit.ly/percayaberjaya
Kita mahu anak mendengar kata,
Kitalah yang mulakan mendengar dengan berkesan dahulu.

Kita juga tak mahu anak salah faham kepada kita,
Kita juga harus elak 'judge' serta merta kelakuan mereka.

Biasanya kita terus ke step 4 di poster,
Tanpa mendengar betul-betul dulu, kan?

Seek to understand first.

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Semoga dipermudahkan semua urusan kita dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita.

Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan