Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Positive Parenting Conference 2021 sudah bermula!
yang dihadiri oleh 88,119 parents seluruh dunia secara online.

Ianya percuma bagi 8 hari, 20 masterclass, boleh daftar di sini bagi berminat ya:
https://afineparent.com/positive-parenting-conference
Ada kaitan antara bagaimana manusia berasa dengan manusia bertingkahlaku.

Macam mana kanak-kanak berasa (emosinya), maka begitulah tingkahlakunya.


Kadangkala atau biasanya kita tak faham kenapa anak kita melakukan sesuatu yang kita rasa pelik, geram, marah dsb.

Maka dengan empati kepada perasaannya maka kita akan bantu untuk ubah tingkahlakunya.

Kalau anak sudah boleh berbicara, kita boleh tanyakan kepadanya sendiri dengan 3 cara:

https://maznahibrahim.com/3-cara-nak-dapatkan-jawapan-dari-anak-kenapa-dia-buat-hal-dia-stres/
.."unpack your baggage so your children don't have to carry it".


Amat setuju sekali.

Antara halangan utama ibu bapa untuk menjadi ibu bapa yang positif, dan keluarkan potensi manusia ibubapa itu adalah dengan kenali isu lama diri kita.

Isu lama kita merupakan punca utama kepada payahnya untuk capai potensi sebenar anda sebagai ibubapa yang terbaik kepada anak-anak.|

Prosesnya adalah:

1. Niat perlu ada iaitu mahu jadi ibubapa yang berkesan/terbaik untuk anak-anak sendiri. Tanpa niat/ kesedaran diri ini, memang apa pun jalan yang datang, ibu bapa ini tidak 'nampak' sinar atau keperluan untuk ikut 'jalan' ini.

2. Kembali kepada Tuhan, mohon Tuhan bantu untuk aspek ini, Tuhan akan bantu jalan atau lorong yang terbaik untuk kita. Dia paling Tahu apa kita Perlu.

3. Laksanakan proses mengurangkan atau mencuci baggage lama. Ia satu proses dan bukan sekali proses dalam terapi sahaja. Ia mungkin sepanjang hayat namun akan berkurangan dari masa ke semasa ledakan trigger emosinya.

Cthnya Dr Laura tidak ada isu jika dengar anak kecil menangis, atau marah, tetapi beliau ada isu dengan 'tidak dihormati' kerana beliau menerima kesan dari ayah tirinya yang pantang bila orang tak hormati dia, maka Dr Laura masih work on this issue, tidak selesai bersih sepenuhnya tau. Tapi sekurang-kurangnya menyedari perkara ini pun dah satu tahap yang sangat baik berbanding tidak sedar selama ini kenapa mudah trigger bila anak .... (kepantangan/ sensitiviti tersendiri kita) contohnya kelihatan tidak hormatkan kita.

4. Sebab tanpa sedar, anak sebenarnya bawa atau menanggung kesan baggage lama kita yang ada bersama kita, di belakang badan kita/ bahu kita / dalam hati kita. Adilkah? Tidak pastinya. Maka proses lah ia dan tinggalkan ia (baggage lama) dengan sedar, rela, mahu (sebab ada aja orang yang tidak mahu lepaskan baggage dia tau).

Di sini ada penulisan lama saya yang mungkin boleh bantu:

https://maznahibrahim.com/kisah-lama-diri-menjadi-penghalang-untuk-jadi-ibu-ayah-yang-baik/
Bila kita banyak menyuruh anak buat itu ini, memang anak akan rimas dan membantah.

Fitrah anak membantah ini satu signal,

Perspektif dia: dari usia 1 lebih yang bermaksud anak mahu autonomi, buat sendiri, dan sedang membentuk self confidence dia sendiri.

Signal yang kita pula beri kepada anak-anak ialah dia tak mampu buat sendiri seperti 'spec' yang kita mahu, dia tak mampu selesaikan permasalahan ketika itu.

Jadi tukar cara kepada memberitahu apa yang betul, perlu, bukan mengarah-arah atau membebel,
Dan fasilitasikan aja suasana tidak perlu memaksa-maksa, => mudahkan suasana, alatan, agar kejayaan akan menjadi miliknya.

https://maznahibrahim.com/anak-saya-degil/

Kita mulakan dengan mindset kita dulu
BINA BONDING/KERAPATAN SELAGI ADA PELUANG

( 1 Signature Touch Kecil Namun Berharga )

Jum beri 1 aksi kecil yang luar biasa dan pasti anak-anak suka, sebab mungkin jarang buat:blush:.

Itulah yang jika dijadikan rutin, bina bonding kuat dengan anak-anak,
Dan mereka ingat momen tu sampai besar tau.
.

Contoh :

Mak saya sebelum tidur dia ajak main lawan geletek geletek sampai saya surrender 😄😄

Ayah saya setiap kali awal pagi akan announce siapa masuk bilik air mandi pertama dulu dapat jadi orang yang pilih tv kegemaran hari itu 😄😄😁

Mak saya suka main kejar2 dengan kami guna suara binatang yang macam seram menakutkan dan kelakar sangat 😅😄😁

.

Baca Idea di Poster 💝
Anda pasti ada 'signature touch' lain yang lagi menarik, kan? Tulis di komen, sama-sama kawan nak baca.
.

*Nota. Biasanya yang anak ingat ialah yang super kelakar, yang fun, dan elemen play, bukan yang formal formal education tu sangat tau 👍😊

Playful Parenting macam ni sangat banyak manfaatnya bukan saja untuk kerapatan hubungan ibubapa-anak, malahan untuk perkembangan otak emosi positif si anak: bahagian seeking system, care/attachmenet, play yang sangat mahal tak dapat diganti dengan apa jua material sekalipun.

Peluangnya ada. Rebutlah masa yang ada. Selagi ada.

.

CARE 💝
Maznah Ibrahim
.

t.mazn.me/chan
Usah Kita Pelik Bila Anak Tak Ok

Cek input dia terima,

Dari deria dia:
Lihat dengar sentuh

Anak Sentiasa Belajar
Dari apa dialaminya,
Sama ada baik mahupun buruk.

Kehidupan sehari-hari dilaluinya adalah dunianya.
Baik dia serap, baiklah outputnya,
Tak baik yang dialami, tak baiklah juga outputnya.

Maka,

Kita baiki dunia anak kita,

💝Dengan baiki diri kita dahulu,
💝Tingkatkan koneksi (connection), kerapatan (bonding) dengan si anak, sehingga anak rasa selesa, gembira dengan ibubapanya
💝Kemudian juga kita ubahsuai atmosfera mereka pula;
Termasuk peraturan dalam rumah, dan setting rumah kita, mana yang sesuai, dan..
💝Bincang untuk rule baru sempena pkp atau pdpr ini, agar win win antara ibubapa dan anak-anak ya.

Kita corakkan.
Kita pimpinkan.

CARE
Maznah Ibrahim

Jom join telegram channel saya untuk input positive parenting dan psikologi anak kita

T.mazn.me/chan
Aktiviti Semasa #DudukRumah Covid-19 Ini

1. Pastikan keperluan semua ahli keluarga dipenuhi. Asas fisiologi, dan keperluan perkembangan mereka.

2. Semua Elemen : fizikal, kognitif, emosi dan spiritual turut ada. Agar seimbang.

3. Mak happy, seluruh keluarga juga happy. Maka tolonglah mudahkan mak ya, jaga emosi mak.

CARE

Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Moh ikuti Siri Transformasi Eksekutif Perdana (STEP) secara dalam talian dengan Kerjasama Unit Perundingan & Bantuan Staf (EAP) perkongsian bertajuk Webinar : Cabaran Bekerja Dari Rumah Bersama Anak yang akan disampaikan oleh saya seperti ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 27 Mei 2021 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi – 11.00 pagi
Aplikasi : Zoom (untuk staf)

Untuk yang lain, boleh sertai menerusi
FB Live : https://www.facebook.com/PENDAFTARUMP

Untuk makluman semua, objektif utama webinar ini diadakan adalah untuk berkongsi tips bagaimana cara yang terbaik untuk membahagikan masa antara urusan kerja pejabat dan pada masa yang sama perlu memberi tumpuan kepada urusan rumah dan pembelajaran pdpr anak-anak terutama dalam keadaan semasa Pandemik Covid19 ini.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi input dan tambah nilai kepada anda yang memerlukan.

Sekian, terima kasih.
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar

#STEP
#Moh Cakna
#HRD_JabatanPendaftar
Ibu ayah,
Berimpianlah.
Apabila ada impian, berharap lah.
Apabila berharap, susuli dengan tindakan.
Harapan dinyatakan dalam DOA kepada Yang Maha Memberi.

Tidak putus untuk berharap kepada Tuhan,
Walau kita sendiri mudah rasa putus asa dan hadir ketakutan.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Jemput dengar kepada yang terlepas, Webinar mengenai Cabaran dan Solusi : bekerja dari rumah dengan anak-anak kita ya.

https://fb.watch/5KP2AMfO0H/
Psikologi Anak Sebut Perkataan Tidak Baik?
====================================

1. Anak Usia 2-4 Tahun: Fasa 'Learning - Social dan Cognitive' Aspek

Fateh dulu-dulu umur 2 awal ada sebut perkataan tidak baik yang dipelajari dari orang keliling (kanak-kanak besar lain). - fasa copy cat
.

1a. Terapkan Mesej: "Orang Yang Baik Sebut Perkataan Baik"
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Agak lama juga kami duk ulang maksud sebenar perkataan tak baik dan perkataan baik,
.

Dan kami ulang sebut,
"Orang yang baik sebut perkataan baik. Dan Fateh adalah baik, maka perlu sebut Perkataan Baik aja".
.

Sehingga tahap dia sedar dan mula boleh kawal diri, dia mula tegur orang lain pula,
.

dan dia Thinking (sangat analitikal), kerap bertanya :-

"Mummy perkataan ni perkataan baik ke tak baik?" (Tengah differentiate dan memahami perkataan itu jenis mana).
.

Namun jelas, bila 'MARAH', tanpa sedar dia akan sengaja sebut perkataan tak baik kerana nak beri kami ibubapanya marah. Di situ saya akan reflek emosi nya dan beritahu kaedah lain salur Marah bukan dengan mulut.
.
"Fateh boleh marah tapi tak perlu sebut perkataan tak baik itu" - Pernah satu ketika berlaku di luar, dia marah kepada ayahnya.
.

2. Anak usia 4 ke atas
2a. Qalamullah, Adalah Terbaik dan Ia Perkataan Benar
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Satu hari, semasa menelusuri makna ayat dalam surah hafazan semasanya, Al Ghasiyah, ada cerita mengenai keadaan penghuni neraka vs penghuni syurga.
.

Confirm, semua anak kecil mahu dan suka duduk syurga. Dan ayat 11 jelas menunjukkan penghuni syurga tidak bercakap perkataan sia-sia (tidak baik) kerana mereka tidak mendengar pun perkataan sia-sia di situ. Perkataan tak elok (bad words) memang tak ada faedah pun, sia-sia. MasyaAllah.. Betapa Al Quran adalah perkataan benar sentiasa.
.

It's about words.
.

Saya beri penegasan, tentang perkataan tidak baik itu memang tidak perlu disebut, sebab penghuni syurga sebut perkataan yang bermanfaat aja (perkataan tak baik itu=sia-sia iaitu tidak bawa faedah/manfaat pun melainkan provokasi marah lagi).
.

MasyaAllah, tadabbur surah dalam Juz Amma saya dapati ada pendidikan asas untuk anak kecil, mengenai hitam dan putih, baik dan buruk.
.

Maka jangan dirisau jika dalam Juz Amma Perkata ada celahannya gambar tidak baik / menakutkan, kerana ia adalah gambaran sebenar keadaan kontra yang tak baik iaitu yang bathil. Mereka perlu tahu dan jelas mengenai Haq dan Bathil. Al Quran juga adalah furqan, rujukan untuk membedakan keduanya.
.

Anak perlu sedar kedua-dua belah keadaan. Dari situ mereka akan berfikir dan menilai sendiri.
.
Wallahu alam.

°

Penegasan point saya di atas adalah untuk anak usia lebih 4 tahun
(sudah boleh berfikir rasional)

3. Refleksi untuk Kita
Sentiasa Ingat, Perkataan Adalah 7% Sahaja, Non Verbal: Tindakannya dan Maknanya adalah 93%
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
.
Sentiasa percaya dan lihat iceberg di bawah tingkahlaku anak.
.

Apa emosi nya,
Apa pemikirannya,
Apa kepercayaannya,
di sebalik apa disebutnya.
Apa makna di sebalik ucapannya yang mengandungi perkataan tak baik itu.

Anak sudah faham dan jelas perkataan baik vs tak baik, pasti ada sebabnya dia masih ucapkan apabila dia ada emosi besar tak : marah, frust, geram, rasa betrayed.
.

Sentiasa percaya kepada makna atau mesej sebenar di sebalik perkataan yang diucapkan (iceberg).
.

Dalam komunikasi, perkataan hanya membawa 7% dari keseluruhan mesej komunikasi berkesan.
.

Belajar banyak-banyak bahasa badan (non verbal).
.

Refleksikan perasaan dan pemikiran anak, beritahu perasaan ibubapa kepada anak, luah secara asertif dan hormat.
.

"Mama TAK SUKA bila Abang sebut perkataan tak baik. Mama tahu Abang rasa sangat marah bila xxxxxxyyyyzzzzz. Abang boleh beritahu Mama, 'Mama, Abang marah sangat ni kat Mama sebab aaabbbccc, Abang nak minta Mama xxyyzz boleh tak'.
.
InsyaAllah anak belajar skil baru iaitu luah perasaan nya, dalam masa sama anak tahu apa mak ayah rasa. Ibu ayah yang ada kawalan kendiri emosi yang baik juga akan jelas apa isu anak dan permintaan dia. Bila sedar, kita tak ikut sama beremosi seperti emosi besar anak itu.... (walau kerap terheret sama).

Sama-sama ambil pelajaran, tak sentiasa kita ibubapa adalah betul. Anak juga ada pride/harga diri dia bila kita salahkan dia bila dia ada emosi besar itu....
.
.

Refleksi
Maznah Ibrahim,

Jum ke telegram channel saya untuk kita sentiasa dapat reminder berkenaan isu semasa parenting kita, dan alternatif lebih positif:

t.mazn.me/chan
Anak-anak Bergaduh dalam Rumah,
Adalah Peluang untuk Kita Ajar Banyak Skil.

1. Skil ibu ayah respon kepada tingkahlaku mereka :-

🌟pengurusan emosi segera,

🌟tangani konflik 2-3 pihak,

🌟komunikasi dengan setiap anak (pelaku dan diperlaku) yang nak diajarkan skil komunikasi baik dan cegah buli

🌟skil tingkatkan bonding dengan anak besar yang mungkin terluka lebih berbanding anak lebih kecil
.

2. Skil untuk anak-anak :

👏Hadapi / menangani cabaran konflik / buli dengan senior/junior 😆

👏Skil urus emosi segera semasa berhadapan konflik

👏Rebonding dengan adik beradik dan mak ayah juga
.

Benda ni nampak remeh tapi besar impaknya ke depan.

Kelak inilah skil yang sama mereka nak guna di sekolah, asrama, kerja, bos dan pasangan serta anak-anak mereka kelak.

.
Bunyi canggih dan macam susah.
Tapi ia adalah satu siri latihan berterusan untuk kita sebagai leader kepada diri dan anak-anak.
Maka maksudnya lama-lama akan semakin baik/pandai uruskan.
.

Tak uruskan, biarkan?
Akan semakin melarat, parah, luka dalam, dan kesan berbalik kepada kita dah tua nanti.

Hmm.
.

1 dari skil komunikasi cegah buli untuk si pelaku (katakan si adik kecil) kepada diperlaku (katakan si kakak /abang besar) -

Baca sini lanjutnya ya:

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Sangat PENTING Skil Ini
Untuk Semua Anak Kita
Agar Tidak Kekal Pasif
Atau Terlalu Agresif,
Jadi Sederhana :- Asertif (tegas diri pertahankan hak diri, dalam masa sama tidak lukakan hati orang lain)

Silakan :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=751621311679122&id=477691842405405

MAZNAH IBRAHIM

channel telegram parenting kita ibubapakini:

T.mazn.me/chan
Bila Anak Kurang Dengar Kata, Cuba Cek Kita Berbicara Level Hubungan atau Fakta (Pemikiran)

Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik.
.
Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan.
.
.
Ibu: Abang ni janganlah pukul adik, adik tu kecil lagi.
.
Anak : Adik tu, dia kacau barang mainan Abang. Abang tak bagi. Mainan ni kan abang punya.
.
.
Nampak tak sesuatu di sini?
.
Anak mejawab pada logik pemikiran dan fakta si kecil, setara fakta si dewasa.
.
Fakta dewasa, cegah - jangan pukul adik sebab adik kecil, beza abang besar.
.
Fakta si kecil, adik salah sebab kacau mainan abang dan mainan itu abang yang punya.
.
.
Manusia tak kan selesai konflik, berbalah pabila cuba berlawan dengan fakta.
.
.
Sebab Manusia ni ada egonya.
.
Nak betul sentiasa. Dia betul.
.
Nak pertahankan idea pemikiran logik masing-masing.
.
Sekarang kita TUKAR.
.
Pindah ke level perhubungan.
.
Apa kekuatan perhubungan manusia?
.
Perasaan, ambil berat, niat baik, untuk pembinaan karektor jauh lagi, ke seluruh ummah. Generasi penerus kita.
.
.
Cuba begini.
.
Situasi: Si Adik ambil mainan Abang, seolah mainan itu milik Adik.
.
Abang pun rampas mainan dan hampir nak pukul adik spontan.
.
Ibu: Skrip baru asertif.
.
Mulakan dengan diri Ibu, bukan point ke anak
Disusuli emosi kemanusiaan : bimbang atau risau. Ia ada unsur kasih sayang dan mendidik.
Diakhiri dengan solusi tindakan untuk si anak.
.
.
"Mama BIMBANG bila abang pukul adik, adik rasa SAKIT dan nanti besar sedikit adik pula akan pukul abang.
Sebab adik BELAJAR dari abang.
Mama tahu abang dan adik SAYANG satu sama lain (hypnoscriptkan mereka)
Mama YAKIN abang boleh jadi MODEL abang yang BAIK pada adik.
Abang cuma perlu bagitahu elok-elok kepada adik, "Adik, ini mainan abang. Boleh beri pada abang? Abang bagi ni nak? (ganti). (anak diajar skrip asertif kepada adik).
.
.
.
Hasil?
.
Comel sekali KN 2 tahun 1 bulan pula boleh bertahan sabar dan geram nya dan beri skrip asertif ke abangnya.
.
3 hari lalu,
.
di meja makan,
.
KN minta air (berebut air sejuk mereka ni, kebetulan satu saja, minta air sejuk kosong tapi kedai beri 1 air lain, air suam).
.
Abang Fateh tak beri sebab rasa itu air dia la kan. Dan sebab gaya KN minta tu macam nak nak juga. Keras. Mendesak.
.
.
Adik KN geram sangat (boleh lihat muka nya cebek menahan marah dan geram).
Adik KN diam. Dia bernafas dua kali.
Kemudian keluar skrip dia kepada Abang Fateh.
"Abang Ateh, boleh bagi adik air?"
😱
Abang bersinar mata, senyum suka dan terus kata :
"Boleh. Nah!".
Wah mak ayah terkesima lihat si kecil berupaya bernafas semasa marah dan tukar skrip selepas bernafas baik. Bernafas in hidung - out hidung tau ;)
.
.
Modelkan.
.
Budayakan.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Jemput ke telegram channel saya untuk perkongsian parenting dan psikologi anak anak

T.mazn.me/chan

#repost
#KN2tahunFateh5thn