Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
7 LANGKAH KENDALI SAAT SUKAR DENGAN ANAK [SIRI 1]
.

Saya gunakan ‘term’ ‘TIME IN’ - berhadapan dengan anak, bukan ‘TIME OUT’ – tinggalkan anak dengan aksi mencabarnya tanpa pemantauan.
.

Beza Time Out ialah, energy marah dia tidak diabsorb oleh manusia, di absorb (serap) oleh benda katakana dia baling barang dan sebagainya,
.

Kepuasan manusia ialah bila dia dapat lepaskan pada manusia, jika yang dia marah tu ialah manusia. Terutama ibubapa sendiri.
.

Banyak kes remaja/kanak-kanak/ orang dewasa sekalipun, saya dapati, punca kemarahan adalah kepada ibubapa sendiri. Bukan sedikit, tapi majoriti.
.

Contoh, marah kepada staf yang menuduh tak kemas barang elok-elok di pantry, hakikatnya ia trigger kerana banyak dikomen dikritik oleh ibu pasal tak kemas elok-elok barang dalam rumah. As simple as that, but BIG IMPACT kini, untuk mental health.
.

Ini 3 Manfaat Besar Bila Anda Buat 7 langkah Time In dengan anak saat sukarnya, walau ia hanya dalam 5-10 minit maksimum, TAPI kesan baik bertahun-tahun:-
.

1) anak akan settled (selesai emosi tak puas hatinya) untuk saat itu, kelebihannya untuk masa depan di point ke dua,
.

2) iaitu dia tak mudah trigger dan meletus shoot ke no.10 bila sensitiviti isu sama berulang, dia akan lebih cepat kool down.
.

Contoh mak ambil lambat lagi, marah kali ni no 6 sahaja berbanding jika tak ‘resolved’, marah dia shoot no 10/10 tu.
.

3) Mengajar solusi dari perspektif ibu dan anak, untuk perubahan dan tidak berlarutan, ini skil yang anak boleh guna nanti dalam problem solving dengan rakan atau pasangannya kelak. Iaitu berhadapan isu/masalah, dan selesaikan segera tidak drag ke esok esok seterusnya atau berpuluh tahun (selesai 10 minit lebih mudah dari nak selesaikan isu terpendam 20 tahun) :
.
.

Dari mana idea 7 Steps ini datang?
.

7 Langkah ni saya biasa latih staf untuk komunikasi bagi kendalikan customer yang sukar.
.

Hakikatnya customer yang sukar ini memang sengaja testing staf sebab nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kita, dan kedua, bila mereka boleh dikendali dengan baik, mereka boleh turn to jadi customer yang sangat loyal (setia), penyokong setia organisasi anda 
.

Saya modify untuk situasi dengan anak, yang mana saya selalu guna tanpa sedar dan saya share kan di sini.
.

Saya teringat nak modify untuk anak sebab bila staf saya berulang kali present 7 steps ini untuk kes berbeza, saya ternampak ia sesuai sekali untuk anak-anak kita sebenarnya.
.

Bersambung.

Maznah Ibrahim.
Ingat, sahabat,

apa jua masalah/cabaran, ada dua pilihan.

1. hadap.

2. elak.

Strongly advised, please hadap.

Hadap pula ada dua pilihan,

1. hadap dengan positif (emosi positif, sabar, bertahan tak emosi dan tingkahlaku no 2, bawah ni.

2. hadap dengan negatif (cth marah, keluh kesah, membebel, dll)

Kesan jangka masa panjang, happines, kebahagiaan, kepuasan hidup,

pilih no 2.

hadap dengan positif.

because at the end,

masalah tu just satu batu/duri kecil di laluan,

laluan ke destinasi akhir,

syurga. syurga abadi. masa tu tak terbanding la dengan kesusahan di bumi ni 😢

semuanya yang baik baik indah indah dan positif belaka.

nothing is permanent in this wicked world,
not even our troubles
😉

Say, Alhamdulillah atas apa jua ujian,
Allah sayang anda.
Allah nak beri sesuatu tu.
Didikan direct dari Allah ialah ujian,
kembali kepadaNya,
sebab ujian kita pun dengan izinNya.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Alhamdulillah selesai menulis serba sedikit. Digalakkan sahabat mencuba dan latih diri dalam steps ini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=781713168669936&id=477691842405405
Ini self declaration saya di peti ais.

Kadang tak nampak pun, tak baca la.

Kadang ternampak, baca lah, dengan Nama Tuhan, Allah...

Apa jua cara adalah Okay, asal sesuai dengan gaya otak kita,

Dan reminder kepada diri.

Amin, untuk semua hasrat puan tuan dalam parenting anak-anak, didoakan Allah redha dan bantu kita semua ke arah kebaikan..

InsyaAllah..
👆 Tak nampak sebab tampal di tepi peti ais, bukan depan, depan segan la org mai rumah nampak, kan 😂.

Lately nampak lebih lama sebab beroperasi di tepi peti ais tu ada almari air panas sejuk dan periuk noxxa ku 😁 so, hmm.. Maznah, pls read with your full heart, in the name of Allah....

Maznah Ibrahim
APLIKASI KES SEBENAR 7 STEP: TIME IN KENDALI TINGKAHLAKU ANAK MENCABAR.
.

Saya suka dengan sharing ini sebab, saya tak tulis on 3 layer otak tu, saya mention dalam sesi online coaching sahaja. (Juga dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi Siri 2).
.

Benar, masa anak tak ok, mak tak ok, tak boleh apply step no 2-7, jadi begini caranya.

.
Repost.
===============

5.8.17 (ahad)

⚠️⚠️Kes: Sumayyah tidak mahu mandi tapi paksa rela mandi juga.

5 langkah terawal untuk Time In dengan anak yang sedang menguji kesabaran ibunya.

☑️ Langkah 1:
Set Minda

Kata positif, baik, yakin diri, sabar, tenang

" Ok. Aku tenang. Aku tahu mayya menangis sebab tak puas hati kerana terpaksa mandi. Jadi sabar.
Aku boleh handle mayya. "

Selepas mandikan mayya, mayya menangis berterusan. Mama hanya pakaikan pampers dan biarkan mayya menangis kejap. Masih tantrum masa ni. Tenang tenang mama ye. Tarik nafas.

Mama keluar sekejap. Mandi. Dan tak lama kemudian terdengar mayya panggil mama, mama. Yusuf pon datang ke bilik mandi bagi tahu yang adik nak mama. Ok. Good sign. Petanda mayya dah ready untuk dipujuk oleh mama. (Ni style mayya.) Selalunya kalau mama pujuk mayya awal awal memang tak jalan. Beri dia ruang untuk menangis dahulu. Nanti dia akan panggil mama. Masa tu lah mama akan pujuk dan dia ok.

Mama pon peluk dan angkat mayya. Dan offer mayya. Nak "La Illah spin" ke? (Dalam posisi cradle, hayunkan mayya sambil zikir laillah...ha illallah..) mcm mcm ragam kan. Layan je la. Dia terus stop menangis.

Puan maz kata, salah satu cara nk redakan emosi adalah dengan cara bergerak. Dukung anak kalau anak di posisi rendah di bawah. Ia memudahkan kita hentikan emosi sedih itu. Jadi, mama dukung dakap mayya sambil jalan dalam bilik. Mayya terus stop nangis. Mudah.

Dah selesai mayya tenang. Mama beri buku stiker dan biarkan mayya main dahulu. Sebab waktu maghrib nak habis dah ni. Gegas segera solat. Mama beritahu mayya mama nak solat sekejap.

Solat maghrib dahulu. Lepas solat baru mama buat step 2.

Buat step ke 2 bila anak sudah rasional ya.

Otak ada 3 level.

i) Level 1. Bahagian bawah sekali. Ni masa anak rasa terancam, tak puas hati. Dipanggil "reptilian brain".

ii) Level 2. Bahagian tengah. Bahagian ni digunakan ketika anak menunjukkan emosi mereka. "Emotional brain" Menangis,tantrum, sedih, merajuk, mengamuk, pukul, tendang, buang barang, etc.

Jangan biarkan anak terlalu lama di level ini. Sebolehnya ubah mereka ke level 3 secepat yang mungkin. Dengan cara bergerak atau bernafas (teknik bernafas yang kita belajar)

iii) Level 3. Bahagian paling atas. "Rational brain". Yes. Kita mahukan anak dalam situasi rasional. Anak boleh menjawab soalan kita. Baru masuk ke step 2.

☑️ Langkah 2:
Dengar melalui telinga, mata dan hati

Selepas itu, offer soalan "cepumas".

Lepas mama solat. Mama duduk di sebelah mayya yang masih bermain dengan stiker nya.
Mama tanya soalan pada mayya (walaupun sudah tahu tapi tetap tanya)

" Mayya tadi marah sangat ye. Chba mayya beritahu apa yang mayya marahkan, mama nak faham. Boleh? "
Pause. Tunggu anak jawab apa.

(Ni kadang kala mama yang kene teka tau. Kalau mama sendiri tak tahu apa sebabnya. Mayya suka nak suruh mama teka. 😂 Nak perhatian. Kalau anak F suka begini. Huhu Ambil masa sket la nak tau punca. )

3 kali mama tanya. Nasib Mayya jawab. Kalau tak mama kene teka lah. Huhu

Mayya: Adik tak nak mandi. Adik nak tengok tv. (Isu sangat besar untuk si anak tau).

☑️ Step 3
Ulang semula apa dikehendaki oleh anak

- highlight dan fokus pada emosi anak sebab mudah nak rasa hubungan bonding dengan si anak. Elak dari guna fakta.

"... Ok. Mayya rasa marah dan geram ye sebab mayya kene mandi juga tadi..."

☑️ Step 4
Simpati dan mohon maaf dengan ikhlas.

"Mama minta maaf ye mayya, kalau mama di tempat mayya mesti mama marah dan geram juga😔 sebab masa mama nak tengok tv ada orang kacau mama suruh mandi."

☑️ Step 5
Beri solusi

Fokus pada solusi sahaja. Ada dua jenis solusi, solusi sementara (jangka masa pendek) dan solusi kekal (jangka masa panjang)

"..okay mayya, badan mayya kotor taku
t gatal nanti masa tidur. Lain kali mama mandikan mayya awal sedikit ya supaya mayya dapat tengok cerita mayya.
Ok. Boleh tak lain kali mayya kene beritahu mama ye apa yang mayya rasa. Mudah mama nak faham. Tak perlu nangis nangis ye. Boleh tak princess mama?

Mayya senyum dan kata "okay mama". Dealed.

Alhamdulillah. Syukur.

Nota kaki:
Saya rasa lebih teratur, lebih mudah kaeal diri dan tenang. sistematik. Tahu kronologi perjalanannya bagaimana yang harus saya lalui ketika bersama anak. Lebih yakin dengan apa saya buat sebab dah ada guideline. 👍 Mudah dan ringkas.

Yakin pada Allah. Usaha. Tawakal. Doa.

🔜 Esok kita buat langkah 6 & 7 untuk 'closing the case'. Ini optional (tak wajib) namun untuk pengukuhan dan untuk pastikan emosi mereka betul betul ok, digalakkan buat juga ya. ✌️

❤️-mama yusuf mayya-❤️

=======

Syabas Ros,
Saya galakkan Ros buat live video untuk sahabat lain berkenaan 7 Steps ini.

Sebab bercakap explain tak sama cukup dan bestnya dengan menulis :)

Maznah Ibrahim.
Ralat:
Langkah 4: Ber Empati
(bukan simpati)
Usia 2-7 Tahun Mereka, Kognitif - Pra Operasi, Imaginatif Tinggi.
------------------------------------------

Jika dulu usia 2 si Fateh anak soleh,

berus lukisan masa playgroup aunty Tshie Siti Mashitah Sarif dikatakan "eh macam mop, mummy" (dia kan rajin mop dulu😅 sebab mak dia rajin mop, kini zaman KN saya kurang mop sebab ayahnya rajin vacuum 😆 kikih)

dan masa makan spageti - "eh, ular!"
.
.

KN kini pula,
lihat mee wantan, explore, (tapi tak makan pun),
kata - "Adik nak potong rambut" sambil buat aksinya.. kumpul dan gunting guna garfu dan sudu...

😃😍
MasyaAllah Tabarakallah..
Saya yakin semua anak kita explorative begitu...
Notice, raikan, keep support perkembangan mereka.

Nota :

1) Usia 2-7 tahun, adalah peringkat Pra Operasi, semuanya half faham,

anak usia ni macam faham tapi sebenarnya akan sentiasa separa faham..

Walau Fateh 5 tahun, dia masih ada banyak perkara yang kurang jelas, sebab peringkat otak usia ini masih register / serap new things, try to assimilasi dan accomodate semua - jadi pemikiran dan pembelajaran sendiri melalui pengalaman demi pengalaman...
.

Jika saya ter lepas macam garang, dan saya cek segera, apakah dia faham kenapa saya marah, dia memang tak faham especially benda /situasi baru,
.
contoh baru ni saya sedang bercakap di phone dan serentak dia minta minta pushy minta hp saya nak tengok cerita kartun (macam sebelum tu sebab saya beri), saya jadi marah dan bertegas terangkan tingkahlaku saya sebentar tadi ialah urusan kerja dan tidak boleh diganggu minta sebegitu, boleh minta selepas saya selesai, sama seperti bila dia buat satu kerja penting dan saya interrupt, paksa buat benda lain, would he feels angry too?. Dia angguk-angguk faham selepas saya explain.. 😅😂
.

2) Sebab tu penting ulang-ulang beritahu yang benar. Oops tapi sebelum tu, raikan dulu judgment pertama mereka - "Waaah adik nampak macam Mop? Betullah, kreatif betul adik ni. Ini, namanya brush, berus".
.

3) Jadi jika orang kata explanation perlu ringkas, memang benar, untuk arahan keselamatan - "stop panjat, turun sekarang, mama bantu",

NAMUN untuk saat mereka BERSEDIA MENDENGAR, tidak menutup telinga (zaman remaja/kanak-kanak yang jika ibubapa membebel mereka akan tutup telinga kan?),

adalah sangat OK untuk explain guna ayat panjang. Sebab otak mereka MERAKAM.

Saya teringat buku log Fateh berkenaan My Little Sprout, dia bina ayat yang panjang dan elok lengkap sebab dia dah biasa dengar ayat Mak dia yang lengkap subjek predikat panjang sejak bayi 😂😅

.
4) Imagination anak memang tinggi sangat sebab masih major di otak kanan, belum konkrit seperti orang dewasa,

sebab tu perkataan Jangan mereka 'tak nampak' maka mereka buat apa di'jangan'kan tu,

"Jangan lari" - mereka nampak perkataan 'LARI'😅 maka mereka pun larilaaa haha, mereka tak nampak perkataan 'JANGAN'

Jadi sebut aja apa kita nak dia jadi iaitu - "LARI HATI-HATI, atau "JALAN SAJA TAKYAH LARI..."

- bot macam huruf Ba, Itik macam huruf Ya (ni teringat kad imbas hijayyah sahabat Khadijah Ghani 😘) amat sesuai diterapkan, dalam story telling harian, dan pendidikan / ajar anak seharian, masukkan konsep imaginasi banyak-banyak, semut bercakap, burung nyanyi lagu xyz dll dalam konteks sesuai nak sampaikan mesej, dalam Al Quran Allah beri banyak metafora, perumpamaan, dan stories agar manusia faham.... kan?
.

5) Sah, apa yang mereka aksikan, adalah hasil dari pengalaman mereka. Jika tak pernah tengok brushes (kes Fateh sebab saya tak pernah dedahkan dia lagi masa tu), dan dia sangat berpengalaman menge mop, maka no wonder la dia boleh associate kan Brush dengan Mop. So kat sini point nya memang pendedahan banyak sangat baik untuk anak di Golden Age 0-6 ini ya.
.

6) Maksud, beri pengalaman dan pendedahan banyak nama benda, banyak pengalaman menyentuh dan mengoperasikan benda itu, banyak berjalan di muka bumi tengok sistem, tengok orang,

semudah seperti beri mereka pegang sudip dan kacau kuali dengan sudip, kemudian selitkan dan perkenalkan konsep hati-hati, sebab ini panas, dan sudip ini berat untuk adik 😉 (dia rasa wap masakan panas, dia rasa sudi
p ini berat - nama sifat benda - berat)
.

7) Anak yang terdedah kepada real tools (ikut konsep Nury), mereka belajar lebih baik, dan saya dapati anak-anak saya kenal bahaya dan tahu operasikan gunting dan pisau sebenar sebab mereka diberi ruang dan peluang beserta pemantauan 100% di saat mereka eager to touch n do as what we adults do. 😃 Kan???? Jadi optimisekan keperluan otak mereka dengan cara support dan beri ruang peluang.
.
.

Refleksi Perkembangan Anak-Anak,
Maznah Ibrahim.
.

#psikologiperkembangankanak2
#perkembanganFatehKN
ANAK MAIN DI LANTAI, BUKAN SETAKAT BERMAIN BIASA...
-----------------------------

Bila anak saya berada 'dalam dunianya sendiri' dan bermain di atas lantai,
.

saya teringat asal usul sandplay therapy (sandtray).
.

ia bermula hampir seratus tahun lalu dari HG Wells, perhati anaknya bermain dengan khusyuk, di atas lantai, bukunya : 'Floor Games', kemudian disusuli Lowenfeld dengan teknik lebih spesifik, 'World Technique'.
.

================
Saya c&p skit info.
.

Margaret Lowenfeld, was pioneer of child psychology and originator of the "World technique". She was founder of one of the first psychological clinics for children. She worked with what was called the "Wonder Box" This box contained a collection of miscellaneous material of different colours and shapes, beads, small toys, paper shapes and matchboxes. [She was inspired by HG Wells book "Floor Games"]
.

Later she added two zinc trays one with sand, one with water. Then she developed a cabinet containing small miniature objects which became known as "The World". The contents of this special cabinet were seen only when the drawers were pulled out separately which did not allow all the objects be viewed at one time. The child was asked to "Make a picture in the sand", by using any or none of the objects in the cabinet.
.

The children were carefully observed by staff, whose observations were recorded on case sheets. These therapists were randomly assigned to each child at each visit, often children went to "session" two to three times a week. Lowenfeld believed that the therapist was a fellow explorer and equal friend, who worked together with the child at the study of the child and at the child's pace.
.

Lowenfeld's first book published in 1935 is called "Play in Childhood". Her second book was published in 1979 [six years after her death] and is called "The World Technique".
.

=======

Jadi bermain di atas lantai bukan setakat bermain biasa,
.

i) ada unsur terapeutik untuk kanak-kanak.
.

ii) iaitu kanak-kanak akan release pemikiran dan emosinya yang tersendiri melalui bermain dengan figurines di atas lantai dalam ruang capaian kedudukannya.
.

iii) bermain dalam tema sama membuatkan kanak-kanak boleh capai problem solving nya sendiri sekiranya berkaitan isu kesukaran bab tertentu.
.
.

Peranan Ibubapa:
.

1) Sediakan ruang luas di rumah untuk anak berkarya dalam ruang capaiannya sendiri.
.
2) Biarkan anak dalam dunianya sendiri kecuali anak mengajak bermain bersama, follow si anak.
.
3) Kumpulkan permainan kecil figurines ikut tema/kategori, ikut anak nak main yang mana.
.
.

Maznah Ibrahim.
APA NAK BUAT BILA DAH TERLEPAS MARAH ANAK?
---------------------------------

Kalau kita dah terlepas marah anak, macam mana nak counter back balik.
(soalan sahabat kepada saya sebentar tadi)
.

1. SOLAT SUNAT TAUBAT - akui salah kita kepada Allah dan niat aim tidak ulangi lagi. Ini kerana anak milik Allah, dan kita pemegang amanahNya sahaja.
.

Ini perkara besar, bukan kecil, dan usaha untuk lawan amarah bisikan Syaitan kepada diri tatkala terikut emosi merupakan satu proses didikan hati dan tingkahlaku harian yang berterusan bukan seketika, sebab hubungan kita dengan anak adalah KEKAL dan LAMA.
.

It s okay solat sunat taubat beberapa kali, (bukan sekali seumur hidup) sebab dosa kita memang banyak, bukan sekali dosa sahaja, kan.
.

Akan ada ZIG ZAG emosi turun naik sabar dan marahnya. U r on the right track bila diuji fasa ini. Percayalah. Tidak mungkin ada manusia yang sabar dan menurut sahaja sebab hakikatnya kita manusia biasa ada emosi/perasaan.
.

Once dah stage ni (NIAT dan USAHA nak jadi IBU SABAR), syaitan dihantar bukan level 'korporal' lagi tetapi 'jeneral', maka siap siagalah secara terbuka ;)
.
.

2. MINTA MAAF pada anak, tanya dia.
.

Kadangkala dia tak simpan hati marah pada kita pun.
.

Kadangkala yer dia ada terasa dan ingat lagi.
.

Beritahu minta maaf tu secara sungguh dan spesifik kejadian mana. Beserta reasonnya yang berasaskan sebab 'sihat', 'selamat' atau 'kebersihan', ia reason yang boleh diterima.
.

Contoh mama jerit dan marah sebab abang boleh terluka sakitkan adik baby. Ia tak selamat bila abang baling barang ke keliling.
.

Lain, akui aja memang kita dikawal emosi tak baik, lepas kawalan diri sendiri. Minta anak bantu ingatkan diri kita untuk jadi ibu sabar dan mithali/solehah.
.

Walau anak bayi, cakap aja kepada dia: secara kognitif dia tak faham, namun secara 'emosi', dia faham :) Ada sesuatu tentang 'care' n 'love' di situ dia boleh rasai.
.

Tune in semasa sesi beritahu ni (sama level dan penuh ikhlas).
.

3. Banyakkan BONDING TIME / REATTACH dan aktiviti Special Time yang Induce happiness agar neuron-neuron berhubung semula.
.

Emotional brain akan matang sehingga 10-12 tahun. Mula dalam usia 1.5-3.0 tahun paling peak fasa emosi anak ekspresikan dirinya secara spontan si anak tak da fikir/control ayu😂, apa dia rasa spontan dia show kan.
.

Masa peak ni lah dia dah register pattern gaya kita treat dia bila dia buat apa-apa. Samada 'Support'/ Allow feelings atau 'Halang' / 'Marah -
.

Maka kat situlah datangnya trigger dan aksi spontan anda kepada anak, kerana pernah diperlaku begitu dahulu, dan kini anda mahu BREAK THE CYCLE.
.

Ingat,
.

Parenting is about Parenting Your Child's Brain. All about their brain. Beli buku ' Science of Parenting' (nama lamanya What Every Parent Needs to Know) - Margot Sunderland, wajib beli dan baca untuk Alumni EHSABAR dan mana mana ibubapa yang berminat dengan Positive Parenting dengan kefahaman saintifik mengenai parenting.
.
.

Nota Kasih Sayang Tambahan, dari Saya:
.

1. Anak kecil sebenarnya amat mudah release. Let go. Ringan emosi mereka ni. Kita aja berat dan duk fikir fikir lebih sedikit. Bukti dia suka aja lompat-lompat main belon, kejar belon, kita berat aja badan nak buat benda macam tu. Lagi, berat badan mereka 'ringan' jauh dari kita
😆
.

2. Asal ada counter balik dengan sedikit balutan emosi dan penerangan jujur ikhlas, itu sudah memadai untuk anak kecil (compare to orang dewasa yang tends to simpan hati /dendam).
.

3. Saya suka dengan parenting ratio 1:5 (Post Kak Noor Afidah Parent Connect) iaitu 1 kali silap treat (marah, denda dsb), ganti dengan 5x buat baik dalam tangki emosi 5 dengan anak-anak.
.

3. Berbanding tiada balutan dan kefahaman langsung. Mereka akan develop kefahaman sendiri yang biasanya salah faham. Ramai klien dewasa saya still dengan kefahaman yang silap mengenai treatment diterima dari parents dan orang dewasa mereka sedari kecil kerana tiada wrap up yang baik
.

(ini post wajib baca berkaitan wrap up yang complete) :

https://m.facebook.com/story.php?story_fb
id=781713168669936&id=477691842405405
.

4. Steps untuk rebonding bila dah marah anak dan rasa gap dengan anak, walau kecil mana dia, ada dalam ebook ini untuk re attach:

Bit.ly/REBONDING
.

5. InsyaAllah anda tidak keseorangan, ramai ibubapa kini mahu beri terbaik untuk momen membesar si anak, walau diri masa zaman anaknya ada alami yang tidak se ideal mana. Namun, ingat, Allah sayang hambaNya yang berniat baik, berusaha dan ada solusinya bagi yang mencari. InsyaAllah.

.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
Saya berusaha untuk berkongsi sedikit apa yang mungkin sahabat perlu. Boleh tlg jawab survey ringkas ini? Jzzk saya dahulukan. Boleh copypaste address dan beri pada sahabat lain.
.

https://www.surveymonkey.com/r/J8QC8LZ