Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Relaks ibu ayah semua,

Sebab anak kecil berlatih berpuasa ni adalah setahun sekali musim nya, selama sebulan, 30 hari, cukup lama namun juga amat eksklusif.

Permulaannya mereka cuma melatih diri dari keperluan badan untuk makan minum dsb.

Lama-lama keberkatan kebaikan berpuasa akan mula dihayati dinikmati perlahan-lahan secara pengalaman sendiri.

Rasa gembira, bangga, rasa ringan, sihat, dan material yang seadanya mencukupi untuk motivasi luaran sahaja.

Usahlah dilihat/dibanding dengan anak orang lain,

Hanya ukurkan perbandingan diri anak dengan dirinya sendiri.

Anak tahun lalu usia 5 anak kini 6 tahun,
Anak dahulu usia 8 kini 9 tahun contohnya.
.

Sejujurnya Fateh saya tidak pernah berpuasa penuh/sempurna semasa prasekolah 4-6 tahunnya.

Tiada paksaan pun, dari kami, hanya beri galakan (ibubapa Intuiting kan fasilitasi objektif si anak, kita masukkan nilai nilai kebaikan aja dari kecil melalui uswah tingkahlaku kita dan cerita ceriti).

Usia 7 nya barulah dia mahu berpuasa, asbab persekitaran sekolah, kawan-kawan dan guru menggalakkan. Orang ekstrovert kan, mudah terpengaruh. Syukur.

Ada harinya dia berbuka, tak tahan tengok adik KK (prasek) makan (ni masa dia darjah 1, hari awal berpuasa dulu rasanya),

Kita terima dan perkukuhkan aja niat nya sendiri mahu mencuba dan berusaha berpuasa. Jika mahu puasa esok, maka perlulah bangun makan sahurnya nasi. Maka fahamlah si anak trick nak tahan puasa, antaranya.

Tak penuh tak apa,

Pengalaman yang penuh tu once berlaku, kita perkukuhkan dengan ayat-ayat benar dari Allah.

Antara yang saya ingat tahun-tahun lalu,

Fateh berkata : betul la kata Mummy,
memang gembira best betul waktu berbuka puasa, dapat makanan kegemaran kita.

(sebab kita selalu sebut kegembiraan / nikmat paling besar orang berpuasa ialah sewaktu berbuka. Bila tak berpuasa, berbuka tu biasa aja rasanya, kurang nikmat. Ada hari dia berbuka tu, dia makan sekali sahaja selepas pulang sekolah, lepas tu dia tak makan dah apa-apa, ala-ala berpuasa, tapi dikira tidak berpuasa penuhlah hari itu kan. Tapi dia belajar dari experience dia sendiri lelah puasa penuh dengan lelah puasa yangyuk dia. Hehe.

Tahun lalu dia penuh, alhamdulillah.

KN pula, usia 6, tidak mahu berpuasa lagi tahun ini, sebelum ini juga tidak pernah.

Tak apa, masa isi form sekolah, ditandakan KN tidak akan berpuasa, manakala Fateh akan berpuasa penuh (boleh tick, tak puasa, puasa half, puasa penuh, boleh beri makan atau tidak dll).
.

Hari ini KN 'puasa' la ibaratnya.

Tapi mudah aja matematik kiranya,
Dia makan sebelum pergi sekolah.
Dia tak makan masa sahur walau telah bangun bersama.
Dia tak niat nak puasa pun.

Tapi hari ini pengalaman hari pertama, dia berbangga beritahu dia berjaya 'berpuasa', tak makan apa-apa pun 😃.

Memang tak suprise sangat sebab KN sejenis kalau tak nak makan, memang dia akan tak makan di sekolah pun (sebab memilih makanan, kan, lagipun dia dah breakfast di rumah).
Kesimpulannya, lebih mudah kejayaan bila anak ada kesedaran (usia 7 ke atas), dan kita ikut kemahuan dan kesanggupan dia (walau usia bawah 7).

Kita sentiasa mengajak, tetapi tidak perlu memaksa.
.

Memaksa.

Sebab kita tak mahu ibadah ini jadi suatu paksaan dan anak 'associate' dengan emosi 'sakit'. Sakit hati, sedih, marah, keliru, diasing, ditolak (rejection), dihukum dll lagi.

Biarlah ikut fitrah anak-anak yang bersemangat 'mengikut-ikut' orang dewasa berpuasa, bersolat dsb

Dan ibadahnya kelak hingga dewasa adalah dengan 'rasa'. Rasa nikmat melaksanakan ibadah.

Oh ya, strateginya perlu ada juga, seperti trick, menu tertentu yang bantu anak menahan lapar lebih lama, seperti kurma, susu, kekacang kalau ada (blend, penutup sahur), dan berkuah. Banyakkan air masak.

Hari ini mak intuiting terlupa beli kurma semalam, maka anak Thinking ni memang minum air masak aja lah lepas makan nasi sahur tu. Dia memang hebat, minum air masak ja, offer air coklat buatan mummy pun dia tak mahu. Tapi siangnya bila berbual dia ingat yang tahun lalu dia tahan puasa sebab menu mummy dia yang bijak tu, penutup perlu ada kurma, hehehe. Sorrylah anakku, mummy beli
harini ya, maryami kurma. Blend siap siap untuk pati kurma kita.

Coretan
MummyMaz
#makpakintuitinganakthinking
Anak Berpuasa, Tidak Memaksa Namun Menggalakkan Sahaja.

Fokus kepada usaha anak untuk mencuba berpuasa, atau mencuba bangun sahur, hatta berniat 'nak puasalah'.

"Alhamdulillah tahun ni anak aku ada bangun waktu bersahur walau tak makan apa pun".

"Alhamdulillah anak aku ada kata nak cuba puasalah Mama, walau dia berbuka tak lama lepas tu".

"Alhamdulillah tahun ni anak aku puasa sampai 11 pagi tahun lalu sampai 9 pagi aja".

Beri pujian dan dorongan agar motivasi berpuasa sentiasa ada untuk hari keesokannya sama ada hari ini berjaya atau tidak berjaya sekalipun. Kita ada 30 hari untuk terus berlatih 😉

"Abang dah berjaya tahan makan minum sampai petang ni, sikit aja lagi, apa kata abang main sekejap agar dapat isi masa lapang dan lupa pasal nak makan tu".

Pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan anak tahun lalu dengan Ramadhan anak tahun ini, pasti ada beza dan peningkatan selari dengan usia, kan, jadi highlightkan peningkatan dirinya bukan dengan individu lain hatta adik beradiknya sekalipun.

Kita mahu positif begini sebab mahu memori berpuasanya adalah yang indah dan baik, seronok dan bahagia bukan sebaliknya.

Kita tidak mahu anak mengaitkan ibadah puasa itu dengan emosi kurang enak seperti susah, sakit hati, kena marah, kena hukum, kena banding dsb. Susah sedikit + sokongan serentak adalah ok untuk kebaikan dirinya 😀.

Matlamat kita biar memori berpuasanya penuh dengan hikmah dan pendidikan kendiri, dari pengalaman dirinya sendiri yang kita kukuhkan saja.

"Abang berbuka dan rasa gembira sangat makan makanan kegemaran kan? Ha inilah yang Allah sebut sebagai kegembiraan bagi orang berpuasa ialah sewaktu berbuka puasa".
.

Care,
Maznah Ibrahim

Jemput join telegram channel keibubapaan positif dan peringatan untuk diri kita ya:

T.mazn.me/chan
( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK)

Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau 😍.

Otak kita akan merembeskan hormon serotonin,
iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser).
Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi.
Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin,
lebih dekat kepada kemurungan (depression).

Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine,
iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan,
Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati).

Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari,
Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan.

Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda,
dan positif emosi.
Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami,
sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi 😊😊😊.
Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasama👍
Mak pak pun kurang stres sebab mereka.

Buat ya?

Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga.

Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah.

Buat ya😃💪

CARE ,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan

Jum segera daftar Webinar Penat Emosi, Strategi dan Teknik pada 24 April 2021, Sabtu 9am-1pm di sini ya:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t
Kuat Sungguh Ujian Emosi Kita Ibubapa di Bulan Ramadhan...

Waktu bulan ramadhan inilah kita akan lebih diuji emosi, kerana apa? Kerana pertama perkataan Ramadh itu sendiri bermaksud panas. Kedua kerana kita ada niat nak didik hati dan diri jadi lebih baik, dan istiqamah baik, sabar dsb. Maka di situlah kita diuji untuk lebih dekat dan bergantung kepadaNya, agar mudahan diganjari reward setingkat dari sebelum ini akan perkara yang kita hasratkan.

Maka, banyakkanlah atau lazimkanlah diri untuk:

i) bertasbih, puji Allah, atas ujian ini, dan

ii) minta ampun kepada Allah.

Usah berlamaan menyesal. Move on.

Dua hari lepas saya diuji emosi sungguh dengan anak pertama. Nak dekat buka puasa pula tu. Allahu ...

Saya kesal, dan mohon Allah tunjuki dan pimpin saya.

Saya dapat ilham, buka Al Quran. Secara rawak di tangan saya membuka hp saya : terjemahan Quran, dua kali saya scroll. Satu untuk surah, satu untuk ayat.

Saya terpana mendapat ayat ke 3 dari surah An Nasr ini....

Sungguh bila tak boleh solat, bercuti, lagi diuji. Nak nak bila dekat berbuka puasa. Sabar dan kuatkan kesabaran, usaha lagi. Tiada yang sempurna... Allah didik kita dan bimbing kita sentiasa.

Maznah Ibrahim.

#RepostRamadhanLalu

* tasbih : subhanallaha wabihamdihi 100x

=========================
*Rujukan Tasbih Memuji Allah:

Fadhillah atau keutamaan bertasbih :

Mush’ab bin Sa’d menceritakan bahwa ayahnya pernah mengatakan, Rosulullah Sab bersabda,”Apakah seseorang diantara kamu kuat setiap hari melakukan 1.000 (seribu) kebaikan?”, sahabat menjawab,”Bagaimana seseorang diantara kami dapat melakukan 1.000 (Seribu) kebaikan ?, Rosulullah Saw menjawab,”Yaitu mengucapkan tasbih 100 (seratus) kali, maka akan dituliskan untuknya 1.000 (seribu) kebaikan dan akan diampuni 1.000 (seribu) kesalahannya” (HR. Muslim, Nasa’i dan disahkan oleh Tirmidzi)

Abu Hurairah ra menungkapkan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa mengucapkan ‘Subhanalloh wa bihamdihi’ 100 kali dalam sehari semalam, maka ia akan diampuni segala dosanya, sekalipun dosanya itu sebanyak buih dilautan” (HR. Muslim dan Tirmidzi)

Abi Umamah ra menyatakan, Rosulullah Saw bersabda,”Barang siapa yang terhalang oleh malam untuk dapat bangun atau terhalang oleh harta untuk memberi infaq atau takut kepada musuh dalam perang, maka hendaknya ia memperbanyak membaca ‘Subhanalloh wa bihamdihi’, karena sesungguhnya ucapan ini lebih dicintai oleh Allah dibandingkan segunung emas yang ia infaqkan dijalan Allah” (HR. Thobroni, tetapi sanadnya lemah)

Abu Huroiroh ra mengemukakan, Rosulullah Saw bersabda, “Dua kalimat yang ringan diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan sangat dicintai oleh Tuhan Yang Maha Rahmat, yaitu ‘Subhanallo wa bihamdihi subhanalloohil azhiim’ (HR. Bukhori dan Muslim)

.............................................

t.mazn.me/chan

Jum segera daftar Webinar Penat Emosi, Strategi dan Teknik pada 24 April 2021, Sabtu 9am-1pm di sini ya:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t
APAKAH TANGKI EMOSI MASA BERKUALITI YANG PALING BERKESAN WAKTU PKP DAN RAMADHAN INI?

Dulu ramai bertanya bab tangki emosi 'masa istimewa' bagaimana untuk anak yang ramai seperti 5-7 orang,
Saya menjawab, DUA (2) sahaja keadaan membolehkan pukul rata semua anak terlibat,

'then' boleh lah beri ala ala 'tazkirah' / nasihat kepada anak secara general (isu tertentu seperti tanggungjawab setiap anak, hormat menghormati, azam, matlamat keluarga, tanya khabar dll) :-
.
1️⃣ Solat berjemaah (part ni suami perlu sporting dan yakin untuk lead solat keluarga ini),

2️⃣ Waktu makan berjemaah (part ni perlu sabar untuk setting dan tunggu makan bersama - andaikan / bayangkan saja suasana berbuka puasa, ia amat 'mahal' dan 'manis' kan ? (bersama syarat tiada hp dibawa bersama).
.
Boleh buat, kan ?

Jadi, waktu PKP dan Ramadhan ini, dua masa ini memang sangat afdhal, dan wujud otomatik, peluang untuk laksanakan waktunya.

Care ,
Maznah Ibrahim

p/s: selain 'one to one' dengan anak tertentu yang ada isu khusus

Join telegram saya di t.mazn.me/chan
Hari terakhir earlybird, silakan jum.
Pasang surut emosi adalah normal, 'roller coaster' pun bukan 'up' aja, ada 'down' nya.


Landing lah. Bertenanglah. Muhasabahlah.

Sampai bila nak ber roller coaster, jadi hulk, jadi tiger...
Kita akan sangat penat sebab mengumpulkan sepenuh emosi kepada perkara remeh dan perkara silap.

Kita fokus kepada syukur hari ini atas segalanya walau apa berlaku tidak seperti kita mahu.

Jika semuanya sempurna, maka tiadalah peranan kita mendidik, membentuk, mengasahnya. Kita tidak teruji, kita tidak kembali kepada Ya Rabb, sedang kita adalah 'Abd', hambaNya.

Semuanya ada pasangannya. Lengkapkan ia.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
.

P/S: Sempat lagi untuk yang mahu menghadiri Webinar Penat Emosi, Live pada 24 April, boleh lakukan pendaftaran di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t
Webinar Combo JPPP Sempena Bulan Autisme 2021

Semua dijemput menyertai dan tonton webinar ini yang dibawakan khas oleh Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan HCTM UKM walau bukan staf UKM.

Pelbagai topik menarik akan disampaikan oleh terapis-terapis berpengalaman dalam menguruskan kanak-kanak autisme.

Hadiah menarik menanti peserta yang bertuah.

Mata espel disediakan.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScwH-1-58xh8lWdyeo_qatg7HS8n_iIPyoPNpFKmGt0uKPnPw/viewform
Assalamualaikum wbt.

Jadual untuk AlQuran Input Mengikut Usia Anak: 0 - 3.0 Tahun

*Tidaklah menjadi tekanan / kewajipan, melainkan dengan sedikit usaha/input dan persekitaran yang disediakan pasti akan menyokong kepada 'AlQuran Input' bagi fasa ini.

*'Learning' adalah tidak sama dengan 'Education'. Learning telah dan boleh berlaku pada bila-bila masa dengan apa jua cara, fleksibel dan tiada ekspektasi pencapaian khusus.

*Pembelajaran anak dini usia, telah berlaku sejak mereka di dalam kandungan, dan pendengaran adalah deria utama dan pertama mereka.

*Tanpa diberi input khusus (plan), anak bayi sudah pun sedia menyerap pembelajaran dari persekitarannya dengan sangat aktif hingga kita tidak akan menyangka mereka telah pun belajar banyak dari apa didengari, dilihat dan dialaminya tanpa mereka menunjukkan apa-apa output.

*Jadi ambillah kesempatan peluang ini dengan memberi input AlQuran kepada anak-anak bayi kita.

Sumber Jadual:
Puan Siti Mashitah Sarif

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222649099709499&id=1033074440

Bahan Audio dan pembelajaran boleh didapati di platform :

https://islamicparentingnetwork.net/eshop/
Ramadhan sesuai untuk kita puasa mulut dengan diam, hanya tarik nafas dan sebut perkataan yang baik-baik.

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
Apa jua mula-mula sukar,
lama-lama semakin mudah.

Refleksi latihan puasa anak kecil,
dari hari ke sehari semakin biasa.

Latihan kawalan emosi ibu juga begitu.
Mulakan amalkan latihan kawalan emosi secara konsisten.

Maznah Ibrahim

Webinar Sabtu ini, silakan untuk bersama-sama Live, daftar di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t