Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.06K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
“WHO AM I? WHY AM I BEING LIKE THIS?

Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Perlis dengan sukacitanya menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan dan Puan untuk menyertai Webinar:

📌 “WHO AM I? WHY AM I BEING LIKE THIS?
- 10 APRIL 2021 (SABTU)
- 9:00 AM - 12:30 PM
- Webinar Tertutup
- Bahasa Malaysia

Penyampai:

Slot 1:
🧕🏼 Cik Siti Aishah Mohamad (Social Content Specialist), Media Prima Berhad

Slot 2:
🧕🏼 Pn Maznah Ibrahim (Pegawai Psikologi & Kaunseling), Kaunselor Berdaftar, Lembaga Kaunselor Malaysia

Atasi masalah anda dengan:

Kenali kekuatan dan kelemahan diri
Meningkatkan potensi diri
Mengoptimumkan kekuatan dan potensi diri dalam pembelajaran dan pekerjaan
Mengenalpasti keistimewaan, bakat dan personaliti diri

📌 Jom sertai webinar ini ! Rujuk POSTER untuk maklumat lanjut.

YURAN:
Peserta UiTM: RM 15
Peserta Luar UiTM: RM 30

BUTIRAN AKAUN:
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama Akaun: Tetuan Kumpulan Wang Amanah UiTM Perlis
No. Akaun: 09010010056849

BUTIRAN PEMBAYARAN:
Recipient Reference: WHOAMIFSKM
Other Payment Details: NAMA PESERTA

• Pautan Pendaftaran: https://forms.gle/EH8xXkJ7m8oev6UU8

• Tarikh akhir pendaftaran dan pembayaran - 8 April 2021 (Khamis)

• E-Certificate (Semua Peserta)
• Jam Latihan (Staf UiTM)

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi:
- Dr. Huda (016 357 5660)
- Pn. Suzanawati (019 266 8284)

.........................................
This webinar is designed to help you to be more systematic in strategizing your life not only as a student but also as a son/daughter to your parents; a parent to your children; a friend, a colleague, co-worker, sub-ordinate, employer and as a community...no matter where and who you are.

Spread the words...invite your friends and relatives to join...let's become a better version of ourselves!

Don't miss out! Come join us!

Register now!
https://forms.gle/HvN6X2BaPBmC6iac8
Bagaimana Ibu Ayah Boleh Kekal Menjadi POSITIF Ya?

6 kunci ini asas.

Kita telah tahu, tetapi kita mudah lupa.

Kita perlu peringat diri selalu.

Sama-sama kita mengingatkan satu sama lain, ok?
.

1. Fikir Sabar. Kenapa perlu sabar? Untuk apa? Adakah sabar bermaksud kita telah kalah kepada kerenah anak?

Tidak. Sabar sebenarnya bermaksud kita telah tunjukkan satu model atau contoh sebagai seorang dewasa yang waras.

Usia kita berpuluh tahun beza dengan usia si anak. Maka wajarlah kita berfikir yang kita perlu sabar kerana itu cara orang yang bijak.

Sabar tiada hadnya, kuatkan kesabaran kita, ok? Malah sabar itu diganjari dengan Syurga, insyaAllah. Sabar itu juga tanda kawalan emosi kita telah berjaya. Kan kita telah belajar macam-macam teknik untuk urus emosi?
.

2. Serentak dengan itu adalah TINDAKAN kita kepada sesuatu perkara bila berkait dengan cabaran mendidik anak adalah RESPON, bukan REACT.

Bila 'react', kita turut sama naik dengan anak. Anak mengamuk, maka kita lagi lah mengamuk, nak tunjuk ego dan kuasa kan? Kita kan orang tua, telah makan garam dulu, maka anak perlu tahu reaksi kita adalah jauh lebih 'hebat' dari emosi atau tindakan si anak.

Tidak sesuai, sebenarnya. Bila kita respon bukan 'react', kita telah asertif, iaitu tengah-tengah (moderate), bukan terlalu agresif, juga bukan pasif biar tak buat apa-apa. Responlah dengan bijak. Contoh nak tunjuk kita lebih hebat mengamuk di atas tu adalah contoh agresif, anak mudah sangat belajar caragaya ini di persekitaran luar sana, marilah kita menunjukkan cara yang lebih baik.

Anak mahu aiskrim sekarang, terus belikan.
Anak mahu aiskrim sekarang, terus marah anak tuduh anak tak sabar, keras kepala, kalau nak tu sekarang, sekarang aja!
Anak mahu aiskrim sekarang, tarik nafas dan bincang (nego), boleh kita tunggu hingga sampai kedai lagi 30 minit? Boleh, anak kata.

Bila kita cakap elok-elok, 'request', kelak bila anak nak sesuatu, dia akan mudah meminta izin dan menggunakan perkataan 'Boleh'.

"Boleh tak adik nak minta aiskrim, Mama?"
Mak pun mudah jawab, "Ya boleh, tapi nanti bila kita sampai kedai ya, bukan sekarang".
"Okay", anak kata.
.

3. BICARA nya kita adalah setelah kita berjaya MENDENGAR habis dulu. Biasa berlaku kita mudah terus 'jump to conclusion'. Aduh, terlepas, terlupa, dah biasa. Lepas ni mari kita dengar sampai habis dulu baru balas bicara, ya.
.

4. 'PAUSE' dengan menarik nafas dalam walau sekali. Ini perlukan latihan. Tarik nafas dalam sekurang-kurangnya sekali; percayalah respon kita adalah jauh lebih baik dari sebelum ini ('react').
.

5. Amalkan 'SELF CARE' asas iaitu jaga makan minum kita, tidur kita mencukupi serta adakan rutin slot khusus bersenam walau 10 minit dulu (regangan, brisk walk, breathing etc), asalkan ia fokus dan dedikasi untuk itu.

Jika perlu penuhkan perut sendiri dulu, tak mengapa, makan lah dulu sebelum makankan anak-anak. 'Me time' namanya. Tidur yang mencukupi juga membolehkan otak dan emosi kita cukup rehat dan 'synchronise', selari/setara perjalanannya.

3 aspek ini paling asas untuk tubuh badan yang sihat dan seimbang (Makan, Tidur, Senaman).
.

6. Koneksi dengan Pencipta kita. Mana-mana agama sekalipun, berpegang kuatlah kepada Tuhan. Itu tali kita, bila lelah, penat, goyah, kembali kepada PENCIPTA kita, sumber segala yang kita perlukan. Minta kepadaNya. Pasti Dia akan bantu dan lorongkan jalan, dan cara yang kita perlu, bukan mahu.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Mari join Telegram Channel Psikologi Anak dan Keibubapaan Positif:

T.mazn.me/chan
Terima kasih kepada yang bertanya, ramai yang menunggu link pendaftaran rupanya.

Ya, webinar EQ Anak saya tunda, ke 28 Mei 2021.
Tiada esok malam ya.

InsyaAllah Ramadhan ini kita fokus kepada aspek spiritual diri kita, anak kita dan seluruh keluarga kita, dengan memfokus kepada pegawasan diri, dan pengawalan emosi.

Kita ambil kesempatan bulan Ramadhan dengan melatih diri, berpuasa dari segala emosi, pemikiran yang negatif yang mudah mendatangi kita selama ini.

Untuk yang mahu menghadiri Webinar Penat Emosi, Live pada 24 April boleh lakukan pendaftaran di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t

Seterusnya bagi pencipta ilmu, rasa kosong Sabtu ni, marilah kita hadiri webinar “WHO AM I? WHY AM I BEING LIKE THIS?" menggunakan Webex Cisco, Sabtu ini 11 April 2021, separuh hari boleh lakukan pendaftaran di :

https://forms.gle/EH8xXkJ7m8oev6UU8

Dan hubungi penganjur, segera tempat terhad. Ia akan memfokus kepada golongan muda, juga kita ibubapa untuk anak-anak kita kelak ya.

Maznah Ibrahim.
Untuk anak-anak kecil yang akan berlatih berpuasa penuh (usia 7 ke atas),

Saya mengucapkan selamat berpuasa, Selasa ini ya.

Ingatlah, bahawasanya kita berpuasa kerana sebab lebih dalam lagi iaitu kerana Allah. Allah suka. Mak ayah pun apa lagi, memang suka😃.

Apapun yang nak dibentuk ialah karektor di dalamnya,
Bukan sekadar objektif puasa penuh ya.

Karektor sabar,
Karektor merasai empati kesusahan orang lain,
Karektor mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat,
Karektor mengawal diri: mata, telinga, mulut, tangan, hati semua
dan banyak lagi.

Syabas kerana anak-anak ini akan berjaya puasa penuh tahun ini ya 😍. Niat, dan usaha mereka itu amat-amat kita hargai...

Salam sayang, dari
Aunty Maz.
.
T.mazn.me/chan
Dahulu anak girl kita rapat dan cinta ayahnya,
Kini remajanya dia perlukan kita untuk berkongsi banyak perkara.

Dahulu anak boy kita dengan ibunya, cinta hati ibu,
Kini dia perlukan ayahnya untuk bicara yang matang.

Dahulunya anak girl kita tiru kita bermakeup bertudung bagai,
Kini anak remaja kita perlu dating, perhatian dan pujian dari ayahnya.

Dahulunya anak boy kita meniru gaya 'pelindung' dan smart seperti ayahnya,
Kini anak boy kita perlu bersembang untuk tips kenali hati rakan perempuan dari ibunya.

Mainlah peranan kita mengikut keperluan perkembangan mereka.

Kedua-dua ibu dan ayah penting dalam fasa perkembangan si anak.
Ia untuk kefungsian, peranan kejantinaan,
Dan modelling cara menghormati perasaan diri dan orang lain.

Selamat menjadi model peranan kejantinaan untuk anak-anak kita.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di:

T.mazn.me/chan
Bagi yang ingin mendalami dan memahami kunci pengisian Al Quran mengikut Juzuk (seperti objektif anda mahu 1 juz 1 hari), file ini mungkin boleh membantu.

Saya memperoleh dari seorang sahabat dan di sini saya mahu kongsikan dengan follower saya di Channel ini.

Silakan share kepada sahabat anda yang mungkin berminat dan memerlukan bagi menambah impak penghayatan Ramadhannya tahun ini. 😊😊😊😍👍
Relaks ibu ayah semua,

Sebab anak kecil berlatih berpuasa ni adalah setahun sekali musim nya, selama sebulan, 30 hari, cukup lama namun juga amat eksklusif.

Permulaannya mereka cuma melatih diri dari keperluan badan untuk makan minum dsb.

Lama-lama keberkatan kebaikan berpuasa akan mula dihayati dinikmati perlahan-lahan secara pengalaman sendiri.

Rasa gembira, bangga, rasa ringan, sihat, dan material yang seadanya mencukupi untuk motivasi luaran sahaja.

Usahlah dilihat/dibanding dengan anak orang lain,

Hanya ukurkan perbandingan diri anak dengan dirinya sendiri.

Anak tahun lalu usia 5 anak kini 6 tahun,
Anak dahulu usia 8 kini 9 tahun contohnya.
.

Sejujurnya Fateh saya tidak pernah berpuasa penuh/sempurna semasa prasekolah 4-6 tahunnya.

Tiada paksaan pun, dari kami, hanya beri galakan (ibubapa Intuiting kan fasilitasi objektif si anak, kita masukkan nilai nilai kebaikan aja dari kecil melalui uswah tingkahlaku kita dan cerita ceriti).

Usia 7 nya barulah dia mahu berpuasa, asbab persekitaran sekolah, kawan-kawan dan guru menggalakkan. Orang ekstrovert kan, mudah terpengaruh. Syukur.

Ada harinya dia berbuka, tak tahan tengok adik KK (prasek) makan (ni masa dia darjah 1, hari awal berpuasa dulu rasanya),

Kita terima dan perkukuhkan aja niat nya sendiri mahu mencuba dan berusaha berpuasa. Jika mahu puasa esok, maka perlulah bangun makan sahurnya nasi. Maka fahamlah si anak trick nak tahan puasa, antaranya.

Tak penuh tak apa,

Pengalaman yang penuh tu once berlaku, kita perkukuhkan dengan ayat-ayat benar dari Allah.

Antara yang saya ingat tahun-tahun lalu,

Fateh berkata : betul la kata Mummy,
memang gembira best betul waktu berbuka puasa, dapat makanan kegemaran kita.

(sebab kita selalu sebut kegembiraan / nikmat paling besar orang berpuasa ialah sewaktu berbuka. Bila tak berpuasa, berbuka tu biasa aja rasanya, kurang nikmat. Ada hari dia berbuka tu, dia makan sekali sahaja selepas pulang sekolah, lepas tu dia tak makan dah apa-apa, ala-ala berpuasa, tapi dikira tidak berpuasa penuhlah hari itu kan. Tapi dia belajar dari experience dia sendiri lelah puasa penuh dengan lelah puasa yangyuk dia. Hehe.

Tahun lalu dia penuh, alhamdulillah.

KN pula, usia 6, tidak mahu berpuasa lagi tahun ini, sebelum ini juga tidak pernah.

Tak apa, masa isi form sekolah, ditandakan KN tidak akan berpuasa, manakala Fateh akan berpuasa penuh (boleh tick, tak puasa, puasa half, puasa penuh, boleh beri makan atau tidak dll).
.

Hari ini KN 'puasa' la ibaratnya.

Tapi mudah aja matematik kiranya,
Dia makan sebelum pergi sekolah.
Dia tak makan masa sahur walau telah bangun bersama.
Dia tak niat nak puasa pun.

Tapi hari ini pengalaman hari pertama, dia berbangga beritahu dia berjaya 'berpuasa', tak makan apa-apa pun 😃.

Memang tak suprise sangat sebab KN sejenis kalau tak nak makan, memang dia akan tak makan di sekolah pun (sebab memilih makanan, kan, lagipun dia dah breakfast di rumah).
Kesimpulannya, lebih mudah kejayaan bila anak ada kesedaran (usia 7 ke atas), dan kita ikut kemahuan dan kesanggupan dia (walau usia bawah 7).

Kita sentiasa mengajak, tetapi tidak perlu memaksa.
.

Memaksa.

Sebab kita tak mahu ibadah ini jadi suatu paksaan dan anak 'associate' dengan emosi 'sakit'. Sakit hati, sedih, marah, keliru, diasing, ditolak (rejection), dihukum dll lagi.

Biarlah ikut fitrah anak-anak yang bersemangat 'mengikut-ikut' orang dewasa berpuasa, bersolat dsb

Dan ibadahnya kelak hingga dewasa adalah dengan 'rasa'. Rasa nikmat melaksanakan ibadah.

Oh ya, strateginya perlu ada juga, seperti trick, menu tertentu yang bantu anak menahan lapar lebih lama, seperti kurma, susu, kekacang kalau ada (blend, penutup sahur), dan berkuah. Banyakkan air masak.

Hari ini mak intuiting terlupa beli kurma semalam, maka anak Thinking ni memang minum air masak aja lah lepas makan nasi sahur tu. Dia memang hebat, minum air masak ja, offer air coklat buatan mummy pun dia tak mahu. Tapi siangnya bila berbual dia ingat yang tahun lalu dia tahan puasa sebab menu mummy dia yang bijak tu, penutup perlu ada kurma, hehehe. Sorrylah anakku, mummy beli
harini ya, maryami kurma. Blend siap siap untuk pati kurma kita.

Coretan
MummyMaz
#makpakintuitinganakthinking
Anak Berpuasa, Tidak Memaksa Namun Menggalakkan Sahaja.

Fokus kepada usaha anak untuk mencuba berpuasa, atau mencuba bangun sahur, hatta berniat 'nak puasalah'.

"Alhamdulillah tahun ni anak aku ada bangun waktu bersahur walau tak makan apa pun".

"Alhamdulillah anak aku ada kata nak cuba puasalah Mama, walau dia berbuka tak lama lepas tu".

"Alhamdulillah tahun ni anak aku puasa sampai 11 pagi tahun lalu sampai 9 pagi aja".

Beri pujian dan dorongan agar motivasi berpuasa sentiasa ada untuk hari keesokannya sama ada hari ini berjaya atau tidak berjaya sekalipun. Kita ada 30 hari untuk terus berlatih 😉

"Abang dah berjaya tahan makan minum sampai petang ni, sikit aja lagi, apa kata abang main sekejap agar dapat isi masa lapang dan lupa pasal nak makan tu".

Pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan anak tahun lalu dengan Ramadhan anak tahun ini, pasti ada beza dan peningkatan selari dengan usia, kan, jadi highlightkan peningkatan dirinya bukan dengan individu lain hatta adik beradiknya sekalipun.

Kita mahu positif begini sebab mahu memori berpuasanya adalah yang indah dan baik, seronok dan bahagia bukan sebaliknya.

Kita tidak mahu anak mengaitkan ibadah puasa itu dengan emosi kurang enak seperti susah, sakit hati, kena marah, kena hukum, kena banding dsb. Susah sedikit + sokongan serentak adalah ok untuk kebaikan dirinya 😀.

Matlamat kita biar memori berpuasanya penuh dengan hikmah dan pendidikan kendiri, dari pengalaman dirinya sendiri yang kita kukuhkan saja.

"Abang berbuka dan rasa gembira sangat makan makanan kegemaran kan? Ha inilah yang Allah sebut sebagai kegembiraan bagi orang berpuasa ialah sewaktu berbuka puasa".
.

Care,
Maznah Ibrahim

Jemput join telegram channel keibubapaan positif dan peringatan untuk diri kita ya:

T.mazn.me/chan