Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
It's Not Your Fault - Tak, Bukan Salah Kamu.
-------

Tahukah anda, anak kecil mudah salah faham, yang mereka punca kepada permasalahan orang lain terutama orang dewasa, ibubapa mereka sendiri.
.

Ini peringkat perkembangan kanak-kanak usia 3-6, guilty vs initiative.
.

Apa jua reaksi sekeliling, mereka mudah rasa bersalah dan rasa mereka puncanya.
.

Contoh, air tumpah, oops saya salah, saya tak hati-hati.
.

Ya, benar, namun yang lebih utama ialah usaha mereka nak solusikan isu/perkara itu, dengan i) mengaku dan ambil tahu kesilapan sendiri, ii) mengambil tisu dan lap - itu yang perlu fokuskan (initiative).
.

Usaha itu adalah peringkat perkembangan positif, amat wajar diberi perhatian, pujian, berbanding tak diberi apa-apa pengesahan dengan kata-kata (words assurance), lalu mereka akan salahkan diri sendiri.
.

Contoh saya perhatikan Fateh 5 tahun, bila dia tak dapat reward macam rakan, dia sendiri kata "sebab Fateh tak solat elok-elok, Fateh x baik".
.

Hmm..
πŸ€” jadi peranan maknya untuk mengesahkan, dengan words encouragement, "Tak, ia mungkin sebab semua budak bagus dan hadiah tak cukup nak diberi kepada semua. Jadi buat kerana Allah, bukan kerana nak hadiah, ok. Mami tetap sayang kan Fateh sebab Fateh anak Mummy yang soleh, dengar kata teacher, dan ingat, usaha tu yang Allah pandang lebih lagi".
.

Dua hari lepas, dapat reward sebab solat elok-elok pula. 😁.
.

Maksud saya di sini, anak kecil tanpa disuruh fikir lebih dalam, otomatik mereka akan mudah rasa bersalah.
.

Jika penceraian atau perbalahan berlaku antara ibubapa, ramai juga saya perhatikan anak kecil ini rasa mereka jahat, salah, bad, maka ibubapa bercerai kerana mereka.
.

Ingat lagi buku omputeh, cara dia explain ke anak kecil mengenai perpisahan ibubapa, ditekankan mengenai ia isu ibubapa (orang dewasa), dan bukan sebab / punca si anak maka mereka bercerai. Ia tiada kena mengena.
.

(Ini juga sangat common untuk kanak-kanak sexually abused, mereka rasa mereka punca kejadian buruk itu berlaku, sedangkan totally NO, mereka kecil dan tanggungjawab dan kesalahaan sebenarnya atas pelaku yang lakukan itu).
.

=============

Petikan Boss Baby
.

"You see, babies are not getting as much love as we used to".
(Si boss baby beritahu dengan tegasnya kepada tim dia).
.

Si Stacey ni terus judge "Why? Have we been bad?".
.

"No, bla bla bla bla ", terang si Boss Baby dengan tegas nya...

-------
.

Jadi pesanan dan peringatan dari saya, sentiasa bantu ubahkan sisi pandangan anak kecil, yang dia tidak salah, dan ada perkara lain lagi yang merupakan punca kepada permasalahan /perkara lain berlaku.
.

Ayat mudah seperti "Tak, awak tidak bersalah", juga amat power untuk orang dewasa sahabat keliling kita, pabila mereka dirundum rasa bersalah. Berikan ayat ini kepada mereka.
.

I am bad mother.
Beritahu mereka. No, you are wonderful mother (petikan ayat pengesahan dan supportif di kalangan Alumni EHSABAR).
.

Amat berkemungkinan besar ramai antara kita yang dimarahi dan dipersalahkan atas usaha kita semasa kecil yang membawa kepada rasa salah dahulu.
.

Key words, Its Not Your Fault, Bukan Salah Anda, Anda Tak Salah, bla bla bla.
.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Setiap Gaya Keibubapaan Kita Memang Unik, Berbeza dan Ikut Otak Dominan Processor Kita
----------------------------------------------

Pabila refresh lagi Ilmu Stifin Parenting,
Lagi jelas,
Memang benar dan tepat,
Kata orang "Tidak Syak Lagi",
.

KENAL diri, pasangan, setiap anak,
TAHU apa kita nak dalam hidup, apa ANAK perlu.
.
.

1) Kenali gaya parenting kita

Kami, Intuiting Ekstrovert (Parent Leader Saya dan Dipantau Suami),
Gaya Kanan, Atas, dan Produksi,

Jika anak pertama kami, Te, gaya dia Kiri (tak sama), Atas (sama), dan Organisasi (tak sama) - Tapi isunya dia bukan Parent ya πŸ˜‚, ni saja mak Intuiting pi jauh membayangkan anak T ni camana.
.

2) Kenali Kunci drive kita, kami sama - Ekstrovert sumber rangsangan dari luar, falsafah hidup dimotivasi (sisi syurga), Cara Memotivasi - Dilengkapkan/diberikan.
.
.
3) Create atau wujudkan atmosphere itu. Sebab kita nak lead atau BERAKSI di rumah kita, sebab kita Parents adalah Leader. Perlu semangat dan motivasi sentiasa.
.

Semuanya dibentangkan benar dan tepat.
.
.

APA BEZA ILMU KEIBUBAPAAN BIASA DAN ILMU STIFIN PARENTING
----------------

Benar, dalam mana-mana ilmu keibubapaan, sama,

STIFIn perkukuhkan, perlu 1 PARENT LEADER - jika tak anak konflik, konfius dan boleh manipulasi ibu/ayah, yelah, cth minta dengan ayah, ayah bagi, minta ibu, ibu tak bagi, minta ngan ayah balik sebab ayah bagi 😁, so kena decide setujui bersama, siapa Parent Leader.
.

Juga, sangat TAK ADA di mana-mana ilmu keibubapaan, apa style / gaya parenting kita? Selain 4 Gaya Autoritative, Authoritarian, Leisure dan Permissive, kan?

ITU UMUM.
.

Juga tak ada dalam mana-mana ilmu keibubapaan, bagaimana nak tackle setiap anak yang berbeza ini, kerana drive dan mesin kecerdasan mereka tidak sama / sama dengan kita, tidak sama antara satu adik beradik dengan adik beradik lain, ditambah faktor JANTINA dan JENIS DARAH lagi, berbeza.....
.

Tuu dia.....
.

Dengan gabungan Mesin Kecerdasan (MK) Parent Leader dan anak anak berbeza, ada 25 solusi setiap satu,

Contoh kami, bagaimana dan apa nak buat bila Parent Leader PL Intuiting ditakluki anak Thinking,

ada 25 Parenting Style, jika try n error tiap satu style, mahu 25 anak? Tak mungkin, kan. Jadi kita MUNGKIN TERSILAP dalam treat setiap anak.
.
STIFIn short cut dah ada jawapan cara bagaimana. Selebihnya memang kena canai sendiri di konteks rumah masing-masing.

Menariknya untuk Parent Leader I ditakluk anak T, memang itu lah gaya kami kepada Fateh - beri alternatif dan ruang untuk gerakan dia.
.

Ingat, kini, apa-apa perlu spesifik kan?
LUA, doa kena spesifik,
Course Kerjaya kini, semua spesifik, kalau engineering dah macam-macam ada, kalau sains komputer dah macam-macam pengkhususan ada,
.

Ilmu keibubapaan terkini, juga perlu spesifik,
Dan dah ada yang spesifik,
So far HANYA dalam STIFIn Parenting.
.
.
Jadi Bagaimana Kami Nak Tahu
-----------------

Untuk ini, perlu test STIFIn dan hadiri PIS (Program Intro STIFIn seharian) kerana ia ilmu baru, memula nak faham tu perlu attend, dengar, fikir, rasa, refleksi banyak kali - ada rakan hadir 7 kali PIS, saya zaman dulu Intro STIFIn Utara hadir dengar 4 kali, Takda Istilah aku dah gi dah kursus tu, Takyah la datang lagi πŸ˜πŸ˜€,
.

STIFIn Parenting baru dua kali dengar, Teaching baru sekali, lain belum bakal menyusul.
.

---------------

Setiap kali attend, akan ada sahaja benda baru dapat.

Kini Fateh dah 5 tahun, sudah 1 tahun lebih tahu STIFIn, lagi jelas karektor dia,

dia memang kerjaya tak sesuai ngan apa yang kami fikirkan karektor dia dan dia minat, hehehee, dan nampak sebenarnya style otak dia, beza,

dia bukan Ti, tapi Te,

beza besar dua tu, plan kami kerjaya dia macamla dia sesuai, semalam, kami setuju bila dato baha guide, dia kena lain, Ya, dia sesuai manage, problem solving, controlling people πŸ˜‚ betul, jadi benda kecil teknikal, macam programmer robotik, atau cyber security, TIDAK SESUAI, betul, sebab dia bukan Ti.
.
.

Saranan saya, sahabat semua,

1) hadir STIFIn, test dan PIS, hadam dulu, boleh attend refresh percuma setiap kali program, boleh cek STIFIn Co Excellence nya FB Page,
.
2) kemudian pilih dan hadiri STIFIn tematik khusus, contoh learning, teaching, parenting, couple, hafazan, business, sihat, dll.
.

3) beramal dengan ilmu, boleh hadir banyak kali, tanya banyak-banyak kali bila tak faham tak jelas, kepada Trainer dan Master nya Dato Baha yang baik.
.
.

Go beyond what we do now because You CAN, with the right Knowledge which is available now,
.

Pada saya, Allah anugerahkan STIFIn untuk kita orang Islam,
.

Ambil dan faham, buat.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

*boleh click setiap picture, ada 1 slide saya kongsi.
Apa jua ilmu kita pelajari, laksanakan tindakan seawal yang boleh.

Buat Alumni EHSABAR dan sahabat lain,

Ingat, pohon yang bermanfaat ialah yang dijaga elok setiap hari (usaha spesifik: nak buah manis, baja buah manis, nak buah lebat, baja subur, nak bunga jadi, baja bunga), dan menghasilkan buah atau bunga untuk dinikmati (rasa di lidah, mata melihat, hidung membaunya, hati merasa senang).

Yang membezakan kita yang dah TAHU ialah laksana TINDAKAN.

Yuk.


Saya Terbaik,
Saya Sabar,
Saya Kuat,
Saya Tenang,
Saya Bersemangat,
Saya Fokus,
Saya Siap.


Maznah Ibrahim
7 LANGKAH KENDALI SAAT SUKAR DENGAN ANAK [SIRI 1]
.

Saya gunakan β€˜term’ β€˜TIME IN’ - berhadapan dengan anak, bukan β€˜TIME OUT’ – tinggalkan anak dengan aksi mencabarnya tanpa pemantauan.
.

Beza Time Out ialah, energy marah dia tidak diabsorb oleh manusia, di absorb (serap) oleh benda katakana dia baling barang dan sebagainya,
.

Kepuasan manusia ialah bila dia dapat lepaskan pada manusia, jika yang dia marah tu ialah manusia. Terutama ibubapa sendiri.
.

Banyak kes remaja/kanak-kanak/ orang dewasa sekalipun, saya dapati, punca kemarahan adalah kepada ibubapa sendiri. Bukan sedikit, tapi majoriti.
.

Contoh, marah kepada staf yang menuduh tak kemas barang elok-elok di pantry, hakikatnya ia trigger kerana banyak dikomen dikritik oleh ibu pasal tak kemas elok-elok barang dalam rumah. As simple as that, but BIG IMPACT kini, untuk mental health.
.

Ini 3 Manfaat Besar Bila Anda Buat 7 langkah Time In dengan anak saat sukarnya, walau ia hanya dalam 5-10 minit maksimum, TAPI kesan baik bertahun-tahun:-
.

1) anak akan settled (selesai emosi tak puas hatinya) untuk saat itu, kelebihannya untuk masa depan di point ke dua,
.

2) iaitu dia tak mudah trigger dan meletus shoot ke no.10 bila sensitiviti isu sama berulang, dia akan lebih cepat kool down.
.

Contoh mak ambil lambat lagi, marah kali ni no 6 sahaja berbanding jika tak β€˜resolved’, marah dia shoot no 10/10 tu.
.

3) Mengajar solusi dari perspektif ibu dan anak, untuk perubahan dan tidak berlarutan, ini skil yang anak boleh guna nanti dalam problem solving dengan rakan atau pasangannya kelak. Iaitu berhadapan isu/masalah, dan selesaikan segera tidak drag ke esok esok seterusnya atau berpuluh tahun (selesai 10 minit lebih mudah dari nak selesaikan isu terpendam 20 tahun) :
.
.

Dari mana idea 7 Steps ini datang?
.

7 Langkah ni saya biasa latih staf untuk komunikasi bagi kendalikan customer yang sukar.
.

Hakikatnya customer yang sukar ini memang sengaja testing staf sebab nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kita, dan kedua, bila mereka boleh dikendali dengan baik, mereka boleh turn to jadi customer yang sangat loyal (setia), penyokong setia organisasi anda 
.

Saya modify untuk situasi dengan anak, yang mana saya selalu guna tanpa sedar dan saya share kan di sini.
.

Saya teringat nak modify untuk anak sebab bila staf saya berulang kali present 7 steps ini untuk kes berbeza, saya ternampak ia sesuai sekali untuk anak-anak kita sebenarnya.
.

Bersambung.

Maznah Ibrahim.
Ingat, sahabat,

apa jua masalah/cabaran, ada dua pilihan.

1. hadap.

2. elak.

Strongly advised, please hadap.

Hadap pula ada dua pilihan,

1. hadap dengan positif (emosi positif, sabar, bertahan tak emosi dan tingkahlaku no 2, bawah ni.

2. hadap dengan negatif (cth marah, keluh kesah, membebel, dll)

Kesan jangka masa panjang, happines, kebahagiaan, kepuasan hidup,

pilih no 2.

hadap dengan positif.

because at the end,

masalah tu just satu batu/duri kecil di laluan,

laluan ke destinasi akhir,

syurga. syurga abadi. masa tu tak terbanding la dengan kesusahan di bumi ni 😒

semuanya yang baik baik indah indah dan positif belaka.

nothing is permanent in this wicked world,
not even our troubles
πŸ˜‰

Say, Alhamdulillah atas apa jua ujian,
Allah sayang anda.
Allah nak beri sesuatu tu.
Didikan direct dari Allah ialah ujian,
kembali kepadaNya,
sebab ujian kita pun dengan izinNya.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Alhamdulillah selesai menulis serba sedikit. Digalakkan sahabat mencuba dan latih diri dalam steps ini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=781713168669936&id=477691842405405
Ini self declaration saya di peti ais.

Kadang tak nampak pun, tak baca la.

Kadang ternampak, baca lah, dengan Nama Tuhan, Allah...

Apa jua cara adalah Okay, asal sesuai dengan gaya otak kita,

Dan reminder kepada diri.

Amin, untuk semua hasrat puan tuan dalam parenting anak-anak, didoakan Allah redha dan bantu kita semua ke arah kebaikan..

InsyaAllah..
πŸ‘† Tak nampak sebab tampal di tepi peti ais, bukan depan, depan segan la org mai rumah nampak, kan πŸ˜‚.

Lately nampak lebih lama sebab beroperasi di tepi peti ais tu ada almari air panas sejuk dan periuk noxxa ku 😁 so, hmm.. Maznah, pls read with your full heart, in the name of Allah....

Maznah Ibrahim
APLIKASI KES SEBENAR 7 STEP: TIME IN KENDALI TINGKAHLAKU ANAK MENCABAR.
.

Saya suka dengan sharing ini sebab, saya tak tulis on 3 layer otak tu, saya mention dalam sesi online coaching sahaja. (Juga dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi Siri 2).
.

Benar, masa anak tak ok, mak tak ok, tak boleh apply step no 2-7, jadi begini caranya.

.
Repost.
===============

5.8.17 (ahad)

⚠️⚠️Kes: Sumayyah tidak mahu mandi tapi paksa rela mandi juga.

5 langkah terawal untuk Time In dengan anak yang sedang menguji kesabaran ibunya.

β˜‘οΈ Langkah 1:
Set Minda

Kata positif, baik, yakin diri, sabar, tenang

" Ok. Aku tenang. Aku tahu mayya menangis sebab tak puas hati kerana terpaksa mandi. Jadi sabar.
Aku boleh handle mayya. "

Selepas mandikan mayya, mayya menangis berterusan. Mama hanya pakaikan pampers dan biarkan mayya menangis kejap. Masih tantrum masa ni. Tenang tenang mama ye. Tarik nafas.

Mama keluar sekejap. Mandi. Dan tak lama kemudian terdengar mayya panggil mama, mama. Yusuf pon datang ke bilik mandi bagi tahu yang adik nak mama. Ok. Good sign. Petanda mayya dah ready untuk dipujuk oleh mama. (Ni style mayya.) Selalunya kalau mama pujuk mayya awal awal memang tak jalan. Beri dia ruang untuk menangis dahulu. Nanti dia akan panggil mama. Masa tu lah mama akan pujuk dan dia ok.

Mama pon peluk dan angkat mayya. Dan offer mayya. Nak "La Illah spin" ke? (Dalam posisi cradle, hayunkan mayya sambil zikir laillah...ha illallah..) mcm mcm ragam kan. Layan je la. Dia terus stop menangis.

Puan maz kata, salah satu cara nk redakan emosi adalah dengan cara bergerak. Dukung anak kalau anak di posisi rendah di bawah. Ia memudahkan kita hentikan emosi sedih itu. Jadi, mama dukung dakap mayya sambil jalan dalam bilik. Mayya terus stop nangis. Mudah.

Dah selesai mayya tenang. Mama beri buku stiker dan biarkan mayya main dahulu. Sebab waktu maghrib nak habis dah ni. Gegas segera solat. Mama beritahu mayya mama nak solat sekejap.

Solat maghrib dahulu. Lepas solat baru mama buat step 2.

Buat step ke 2 bila anak sudah rasional ya.

Otak ada 3 level.

i) Level 1. Bahagian bawah sekali. Ni masa anak rasa terancam, tak puas hati. Dipanggil "reptilian brain".

ii) Level 2. Bahagian tengah. Bahagian ni digunakan ketika anak menunjukkan emosi mereka. "Emotional brain" Menangis,tantrum, sedih, merajuk, mengamuk, pukul, tendang, buang barang, etc.

Jangan biarkan anak terlalu lama di level ini. Sebolehnya ubah mereka ke level 3 secepat yang mungkin. Dengan cara bergerak atau bernafas (teknik bernafas yang kita belajar)

iii) Level 3. Bahagian paling atas. "Rational brain". Yes. Kita mahukan anak dalam situasi rasional. Anak boleh menjawab soalan kita. Baru masuk ke step 2.

β˜‘οΈ Langkah 2:
Dengar melalui telinga, mata dan hati

Selepas itu, offer soalan "cepumas".

Lepas mama solat. Mama duduk di sebelah mayya yang masih bermain dengan stiker nya.
Mama tanya soalan pada mayya (walaupun sudah tahu tapi tetap tanya)

" Mayya tadi marah sangat ye. Chba mayya beritahu apa yang mayya marahkan, mama nak faham. Boleh? "
Pause. Tunggu anak jawab apa.

(Ni kadang kala mama yang kene teka tau. Kalau mama sendiri tak tahu apa sebabnya. Mayya suka nak suruh mama teka. πŸ˜‚ Nak perhatian. Kalau anak F suka begini. Huhu Ambil masa sket la nak tau punca. )

3 kali mama tanya. Nasib Mayya jawab. Kalau tak mama kene teka lah. Huhu

Mayya: Adik tak nak mandi. Adik nak tengok tv. (Isu sangat besar untuk si anak tau).

β˜‘οΈ Step 3
Ulang semula apa dikehendaki oleh anak

- highlight dan fokus pada emosi anak sebab mudah nak rasa hubungan bonding dengan si anak. Elak dari guna fakta.

"... Ok. Mayya rasa marah dan geram ye sebab mayya kene mandi juga tadi..."

β˜‘οΈ Step 4
Simpati dan mohon maaf dengan ikhlas.

"Mama minta maaf ye mayya, kalau mama di tempat mayya mesti mama marah dan geram jugaπŸ˜” sebab masa mama nak tengok tv ada orang kacau mama suruh mandi."

β˜‘οΈ Step 5
Beri solusi

Fokus pada solusi sahaja. Ada dua jenis solusi, solusi sementara (jangka masa pendek) dan solusi kekal (jangka masa panjang)

"..okay mayya, badan mayya kotor taku
t gatal nanti masa tidur. Lain kali mama mandikan mayya awal sedikit ya supaya mayya dapat tengok cerita mayya.
Ok. Boleh tak lain kali mayya kene beritahu mama ye apa yang mayya rasa. Mudah mama nak faham. Tak perlu nangis nangis ye. Boleh tak princess mama?

Mayya senyum dan kata "okay mama". Dealed.

Alhamdulillah. Syukur.

Nota kaki:
Saya rasa lebih teratur, lebih mudah kaeal diri dan tenang. sistematik. Tahu kronologi perjalanannya bagaimana yang harus saya lalui ketika bersama anak. Lebih yakin dengan apa saya buat sebab dah ada guideline. πŸ‘ Mudah dan ringkas.

Yakin pada Allah. Usaha. Tawakal. Doa.

πŸ”œ Esok kita buat langkah 6 & 7 untuk 'closing the case'. Ini optional (tak wajib) namun untuk pengukuhan dan untuk pastikan emosi mereka betul betul ok, digalakkan buat juga ya. ✌️

❀️-mama yusuf mayya-❀️

=======

Syabas Ros,
Saya galakkan Ros buat live video untuk sahabat lain berkenaan 7 Steps ini.

Sebab bercakap explain tak sama cukup dan bestnya dengan menulis :)

Maznah Ibrahim.
Ralat:
Langkah 4: Ber Empati
(bukan simpati)