Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Pening memikirkan anak remaja saya ni. Bila ditanya nanti nak sambung belajar bidang apa? Jawapannya... “Entah la Mak, abang pun tak tahu” 😢
.

Saya minat nak sambung ni, mak ayah saya suka saya masuk bidang ni. Boleh tak mak ayah saya tahu yang bidang yang saya minat ni sebenarnya memang sesuai dengan personaliti diri saya?
.

“Puas saya bertukar dari satu kerja ke satu kerja sebelum ni. Ada ke cara saya nak tahu kerjaya apa yang betul betul sesuai dengan keupayaan sebenar saya?”
.

“Saya sedang mencari-cari peluang kerja tambahan untuk bantu keluarga. Saya masih tercari-cari apa yang kena di jiwa saya”

🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹

Pernah mendengar persoalan-persoalan sebegini?

Mungkin perkongsian dari Panel Jemputan yang istimewa ini akan membantu anda memahami lebih akan karektor profesyen atau kerjaya yang sesuai dengan diri anda atau anak-anak anda.

Jemput bersama-sama untuk mendengar perkongsian live pada tarikh berikut:

Siri 1: 15 Februari 2021 (Isnin) - Dr Mahyudin dan Dr Nurul
(Dominan Otak Kiri: Sensing dan Thinking)

Siri 2: 17 Februari 2021 (Rabu) - Pn Maznah dan Pn Zulaikha
(Dominan Otak Kanan: Intuiting dan Feeling)

Siri 3: 19 Februari 2021 (Jumaat) - Tn Zainal Abidin
(Dominan Otak Tengah: Insting)

Perkongsian pengalaman yang mungkin tidak pernah dibongkarkan oleh panel jemputan hebat ini, dari mereka kanak-kanak, remaja sehingga dewasa dengan kerjaya profesyen masing-masing.

Bagaimana mereka mengecapi kepuasan dalam kerjaya dengan mengaksikan lagi kekuatan dan potensi diri setelah mengenali personaliti diri sendiri melalui ilmu STIFIn asas sahaja?

Jum share dan pastikan kita bersama-sama dalam FB Live ini ya 😍😍😍👍 di Page https://www.facebook.com/stifinmalaysiahq/
Sesuatu yang besar kita boleh belajar sebagai #IbuBapaKini dari apa yang diluahkan oleh 'Pesalah Muda' ini adalah

Berkemungkinan anak-anak ini hunger atau craving for :

💝 Tangki Perkataan Mengesahkan (Word of Affirmation) :

Mama Ayah sayangkan kamu, apa jua kamu lakukan, Mama Ayah tetapkan sayangkan kamu. Hanya perlakuan tertentu kamu A/B/C saja yang Mama Ayah tak berkenan, maka Mama Ayah tegur untuk perbetul kesilapan

💝 Tangki Perbuatan/perlakuan/layanan (Act of Sevice):

Sambutan hari lahir anak. Seandainya ibu ayah kurang mampu, memadai masak special dan nyatakan dengan jelas, ini yang ibu ayah mampu, sempena meraikan hari lahir kamu (jika mampu, buatlah kek hari jadi dsb kan 😊)

💝 Tangki Masa Istimewa :

Anak nak rasa 'special'. Macam mana? Buat 'Special Time One to One' dengan setiap anak, waktu berbeza dengan ibu ayah, sebab kita ibu ayah satu, anak ramai, kan?

Sesuai untuk anak paling besar sebab mereka banyak rasa terpinggir sejak adik adik lahir.

10 min mencukupi istimewa setiap anak asing, dapat 30 min lagi baik (seminggu 1 kali?). Anak nak masuk remaja boleh dating mak ayah sama jantina, dan banyakkan kongsi hal perhubungan rakan sebaya, isu semasa, seksualiti, perasaan, badan dsb
.

Terima kasih dan
Kredit kepada Prof Madya Dr Rahim, Pakar Kriminologi, UKM.

Saya ketahui Juvenile Delinquent (pesalah jenayah juvana/muda), ada kaitan dengan attachement yang rendah/lemah sewaktu awal kehidupan (kajian),
Dan saya percaya parenting banyak main peranan untuk bantu bentuk empati, dan sikap baik dalam diri setiap anak yang merupakan kain putih ini...

Sama sama kita sentiasa ambil tindakan untuk pencegahan.

Care
Maznah Ibrahim

#BreaktheCycle
#BetterParentingforBetterMentalHealthofChildren
#repost
Mengapa Marah Tak Sudah-Sudah?


Melihat kepada cycle kemarahan yang tidak kesudahan ini mengingatkan diri saya sendiri apabila saya ada apa-apa kemarahan melanda yang belum selesai perasaannya.

Banyak kaedah untuk 'release' atau salurkan kemarahan, dan juga menyejukkan kemarahan, namun kerapkali juga ia belum cukup untuk 'menyelesaikan' dengan cukup baik/bersih.

Biasanya saya akan breath in secara spesifik, atau EFT (bila tak habis keluar) atau lebih lagi brisk walking (jenis ekspres tenaga keluar cepat), atau solat sunat taubah (untuk jenis bertenang dan menghayati rasa kesal, mohon maaf, dan pernyataan azam dalam diri kepada pencipta).

EMOSI ini amat kompleks, puncanya juga pelbagai dan amat dipengaruhi oleh pengalaman dalam diri sendiri yang bersiri, bertimpa-timpa dan amat kasihan apabila individu tidak sempat menghayati dan mengenali punca trigger dalam diri, iaitu ia ada dalam diri sendiri bukan orang lain. Ini kerana jantung kalbu itu milik diri, kesannya kepada diri bukan kepada orang lain. Emosinya 'makan' diri sendiri. Nah, setujuilah untuk lepaskan ia dengan cara yang lebih selamat bukan pendam (supress) atau lepaskan secara tidak selamat berulang kali tanpa sedar, kerana kasihan orang keliling mendapat tempiasnya.

Untuk Webinar Penat Emosi nanti, ia adalah solusi dan bukan satu terapi, namun ia akan membantu secara pantas insyaAllah.

Untuk kenalpasti punca dan terapikan ia biasanya kita perlukan satu psikoterapi yang spesifik secara individu kerana setiap individu cara menginterpretasi pengalaman yang sama adalah berbeza.

Silakan untuk mendaftar Webinar Penat Emosi : Strategi berserta Teknik untuk kita latih dan lakukan terus insyaAllah.
Boleh daftar di sini ya:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210214

Sekurangnya dengan strategi yang dikongsikan dan teknik yang dilatih bersama ini dapat memberi satu memori baru kepada sel dalam diri kita untuk mengalami satu rasa baru yang ianya boleh diurus dengan cara baru yang selamat, mudah, percuma, dan berkesan, asalkan kita lakukannya dengan sungguh-sungguh dan konsisten kelak...

We Share because We Care ,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Time In dengan Anak Merajuk
- Bantu Cipta Bonding Kuat dan Positif

Anak kecil kuat merajuknya.

Dengan belum cukup kematangan, kerap silap faham, amat mencabar kesabaran ibubapa.

Nak nak anak jenis 'strong willed' (kemahuan kuat).

Kita ada dua pilihan.

1) BIARKAN DIA MERAJUK.
Tak kuasa layan kehendak dia.
Banyak nor 'demand' itu ini.
Kecil-kecil lagi dah banyak kerenah.

- ini saya namakan Time Out.
- Time Out diri mak sebab taknak lah jika stay lagi di situ, bimbang lebih mudarat ke anak. Termarah lebih, terkasar fizikal dll.
- Juga Time Out diri anak: denda anak untuk berhenti bercakap, berhenti meminta, berdiri tak bergerak dsb.

2) PUJUK DIA.
Luangkan sedikit masa dalam 5 minit untuk bersama si anak, temani tempoh 'geram' --> berubah jadi 'bertenang' dia.

- ini saya namakan Time In.
- Time In diri mak untuk dengari dengan baik / betul-betul, apa kehendak /kemahuan si anak, fahami betul-betul apa maksud dia sebenarnya ni?
- Time In diri anak untuk diberi peluang sampaikan, atau beritahu apa dia nak sebenarnya, apa maksud dia sebenarnya. Walau reason dia tak logik pada kita, tapi logik pada diri dia.
.

Dahulu saya kerap Time Out diri, (saya amat jarang Time Out anak). Saya perlu bertenang.
.

Selepas memahami lebih karektor si anak Thinking yang strong will dan menakluki si ibu Intuiting,
.

dan dapatkan konsultasi dengan Pengerusi Stifin, Datuk Baha, saya ubah kepada banyak pujuk dia, Time In.
.

Ini untuk melurut emosi dia agar tak patah jiwa kerasnya,
.

dan demi saya tidak mahu dia dan saya 'SEMAKIN JAUH' bila dia semakin besar nanti :disappointed_relieved::cry:.
.

Alhamdulillah, ia adalah solusi paling kena untuk situasi macam saya.
.

HASIL:

1) anak lebih GEMBIRA kerana didengari, dihargai pandangannya,
.

2) anak lebih MENDENGAR KATA kerana tangki emosi 'special time' dipenuhi di saat dia berkeras menyampaikan apa yang dia mahu.
.

3) ibu pun lebih LEGA dan SELESA kerana boleh rasa koneksi antara ibu-anak lebih jelekit/kuat.
.
.

Bahasa mudah saya, SEDEKAH.
.

Sedekah masa untuk anak.
.

Tidak lama.
.

Hanya 5-10 minit sahaja, berbanding 'damage' luka hati terhiris berulangkali berlaku, dan menjadi semakin dalam lukanya, tak cantik dan sukar nak licinkan kembali hirisan itu...:anguished:..
.

Ibarat nak baiki berpuluh tahun atau selamanya kesan di hati seumur hidup?
.

Allahu.
.

Mohon Ampun Ya Allah.
.
.
.

Ya, ANDA TIDAK TERLAMBAT.
.
.

Rebonding dengan anak.
.

7 Langkah dalam Ebook "Teknik Rebonding" memang saya lakukan selama 4 hari berterusan semasa cuti Isnin Selasa dahulu.
.

Saya dapat rasai, kami semakin RAPAT, UTUH, dan paling mahal rasa GEMBIRA dan RINGAN emosi diri dan si anak.
.

Emosi ibubapa-anak ini timbal balik tau.
.

Sama.
.

Ibu rasa tenang happy, anak juga rasa berganda tenang dan happy.
.

Ibu rasa geram marah, anak rasa berganda geram marah malah KONFLIK KELIRU lagi.
.

Konflik keliru sebab mereka kecil lagi, tiada kefahaman nyata jelas.:confounded:
.

Jadi mereka develop pemikiran dan sebab sendiri. Komunikasi breakdown, mesej tak sampai sepenuhnya.
.

Maka peranan kita cuba penuhi sebaik mungkin keperluan emosi mereka bagi 'settled'.
.

Cuba ya.

Maznah Ibrahim.

#repost

* Pagi tadi sebelum sekolah kinder khalifah dia, saya Time In sebentar dengan KN yang merajuk.

Bila berkomunikasi, rupanya kecil aja (tapi besar pada dia). Puncanya dia kecil hati sebab saya puji abang dia, saya jelaskan yang saya puji kaedah abang yang betul, bukan kata kakak salah, sebab abang tegur dia elok-elok, bersuara rendah (amazing sebab abang dia sejenis Tegas Thinking selalu drastik kali ni sangat soothing hahahah).

So selesai merajuk dia dan bersiap ke sekolah bila kita acknowledge feeling + thoughts dia dan kita jelaskan maksud kita - the way of communcation aja, bridge the two person's perspective....
.
.

Telegram parenting dan psikologi anak:

T.mazn.me/chan
Semoga kita terus dapat membekalkan diri dengan kesabaran dan ketekalan diri yang positif.

Makanan rohani itu datang dari sumber yang Haq,
maka kembalilah kepada Dia untuk segala bentuk bantuan yang kita perlukan.

Pastinya haq anak juga adalah perlu untuk dipenuhi dahulu
Kerana mereka ni belum mampu memproses dan memahami dunia dari sudut pandang kita yang berpuluh tahun sudah hidup ini.

Cuma, tidak juga ketepikan kemampuan mereka dalam memahami kerja kita di rumah. Mereka boleh 'faham' bila diberitahu baik-baik dan ditunjukkan kerja apa itu, dan dibayar kembali hutang masa kita dengan memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya.

Care 💝,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

Webinar Penat Emosi beberapa hari lagi, segera mendaftar bagi yang belum mendaftar ya 😍😍😍👍:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210216
KENAPA ANAK SAYA BUAT HAL

Sebenarnya apabila kita UGUT anak, tanpa sedar kita telah teraktifkan otak primitif/reptilian di bawah otak anak, yang mana ia mencipta lebih amukan, agresif dan pemberontakan... (distress tantrum).

Ia sama seperti dinasour 🦖 jika dikacau tempat habitatnya, akan react dan agresif, bertujuan untuk protection, lindungi dirinya dari sebarang ancaman dan keadaan tidak selamat agar sentiasa aman.

UGUT, adalah mudah dan cepat. Itu solusi kita selalu ada di jari.

Manakala ganti teknik lain, perlukan kekuatan dan sedikit ilmu yang strategik berkesan...

Ada dijelaskan dinamik ugutan ini dan solusinya di dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi.

Saya kongsikan di sini, TUKAR aja plan /tindakan ugutan kepada dua ini:

OPTION 1️⃣ : Dorongan dengan sebutkan terus REWARD akan dapat.

Contoh : Adik TAK berhenti tengok TV sekarang, Mama Ayah tutup terus tv, tak boleh tengok dah sampai bila-bila (haaa kau, takda limit terus)

👉Anak nampak 'BERHENTI tengok tv' sebagai utama dan kesan negatifnya, perkataan 'TAK' tu tenggelam.

TUKAR Kepada : Abang BERHENTI tengok TV sekarang Mama Ayah bagi tambahan 30 minit TV time lepas solat Zuhur.

👉 Anak nampak REWARD lebih menggoda iaitu tambahan masa menonton TV
.

OPTION 2️⃣ : Sebutkan dua dua, dorongan/ REWARD disusuli CONSEQUENCE sekali

Contoh: Kakak taknak mandi nanti Kakak tak dapat / tak boleh makan lempeng madu kegemaran kakak.

👉 Keyword TAKNAK disebut dua kali, utama dan jelas sekali kesan negatifnya,
👉 Ia bersifat satu hala, directive dan tiada pilihan pun melainkan mandi.
👉 Ia juga fokus kepada ANAK, ANAK, ANAK: anak rasa sempit/sesak/stres.

TUKAR Kepada : Kakak mandi sekarang, Mama masakkan lempeng madu kegemaran Kakak, Kakak tak mandi, Mama rasa taknak lah buat lempeng madu kakak....

👉 Ini agar anak boleh buat pilihan yang baik, yang lebih menguntungkan. Mereka dihidangkan dengan OPTION/Pilihan baik dan buruk.
👉 Ada peranan mak sekali di situ, ia berbentuk kerjasama yang baik antara anak-ibubapa.

.
Boleh ya Parents semua.. Kita pause dan susun ayat sikit aja, keyword aja semua tu bukan membebel panjang pun, ok 😉
.

CARE ,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan

Webinar penat emosi beberapa hari lagi, silakan daftar jum 😍👍 :

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210217
Nak tak nak perlulah kita belajar juga dan kuasai ilmu pengurusan emosi, saya juga mempelajarinya for years dan masih belajar lagi dan lagi... Ilmu Allah itu luas dan takkan habis kita belajar lagi.
.
Hanya dengan emosi baik komunikasi akan menjadi baik.
InsyaAllah.
.
Saya doakan semua yang membaca ini berada dalam mood baik dan positif selalu 😍 senyum lebar lebar ya.
.
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
.
.
2 hari lagi webinar kita akan berlangsung, sempat lagi mendaftar ya:
.
https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210218
The PARENT HUT Audio Podcast Kembali Lagi😍😍😍

Season 2 Episod Teaser untuk Podcast / Audio Post

Season 2 adalah mengenai isu anak-anak, dan akan berlangsung selama 30 siri bermaksud 30 isu anak-anak yang kerap kita hadapi permasalahannya.

Sekiranya tidak berlaku lagi kepada kita, dengarkan saja kerana mungkin satu hari ia akan kita alami ;)

Silakan:

https://open.spotify.com/episode/6f3uCmIqhITQDZguGzR6Ar?si=CtGHnX12Tn6lUQA6AmYdSQ
Audio Post THE PARENT HUT PODCAST

Season 2 Episod 1: Anak suka tawar menawar, meminta tangguh dan membantah. Bagaimana kita sebaiknya respon kepada stail komunikasi jenis ini???


https://open.spotify.com/episode/6Q3FZevEFZNzuyHTZqkQzh?si=lrivNZPQTda99QXFVHPO9w
Memilih Emosi

Emosi dan tindakan boleh dipilih sebenarnya.

Cuma bila kita badan fizikal penat, emosi sendiri tak terlayan, tu mudah membiarkan emosi negatif tu memimpin kita, tanpa sedar.

Fikiran dan sudut pandang pun mudah aja berprasangka tak baik, judge.

Semasa marah, sama ada diam atau lepaskan marah dengan mulut.

Pilihlah diam.

Emosi pula pilih rasa marah atau nak rasa tenang.

Pilih tenang.
.
.

Sewaktu diam tu tarik nafas dalam dalam.

InsyaAllah emosi yang Terpilih (macam Intan Terpilih) adalah TENANG.

😁😊😊😚

GO 💪 Choose our emotion ok.

Care ⚘,
Maznah Ibrahim

Join telegram channel parenting dan psikologi anak-anak di sini ya :-

T.mazn.me/chan
Peserta Live Webinar Penat Emosi esok, sudah terima Workbook melalui email, semalam ya 👍🏼👏.

Sama kah ianya dengan tahun lalu? Tidak sepenuhnya kerana konten saya tambah berganda lagi insyaAllah.

Jumpa esok nanti ya.

Jika ada lagi mahu mendaftar, sempat lagi ya, untuk webinar esok 9am.

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=fp2102109
LIVE Webinar Penat Emosi 🎉🎊

Syabas dan tahniah lagi kepada para peserta semua yang telah berjaya hadir tadi.

Saya doakan anda semua peroleh kebaikan, manfaat bukan saja untuk diri malahan tempias nya kepada individu terdekat kita semua.😊
.

Teruskan perbuat.

Eh lama juga hingga 1pm lebih saya buat sesi Live tadi, nanti boleh tonton rakaman ya, akses 30 hari.
.

Terus maju ke depan setelah memahami, menerima dan nanti 'adjust' ya.
.
.

Temujanji seterusnya webinar premium mendorong anak dengan bahasa cinta/tangki emosi, 12 Mac, malam, dan Dengarlah Anakku, stay tune saya buka pendaftarannya.

Doa saya sentiasa bersama kalian semua.
.

Care
Maznah Ibrahim.

*p/s : Pinjam review Pn Nursya masuk ke poster ni ya, TQ Pn Nursya 😊😊😊.

*p/s : Link rakaman sudah sedia. Nantikan 4 pm nanti email akan diterima. Elak bertangguh ke saat akhir pula 😃

*p/s : Pn yang jawab kuiz betul tadi: 'emosi dan pemikiran' nanti pm la saya ya untuk claim hadiah.
Banyak ibu luah kepada saya, suami bergaya keras, marah, garang (kerana didikan diterimanya) manakala isteri berpendekatan sebaliknya sebab percaya kepada cara yang lebih berhikmah adalah perlu untuk anak-anak.
.
Saya faham kedua-dua perspektif. Dua-dua pun tidak salah.
Cuma .....
Lihatlah kepada sudut pandang apa Tuhan mahu bukan apa kita mahu.
Sebab bila apa kita mahu, ia memang pelbagai dan takkan habis berbalas bicaranya 😄😊😃.. Manusia penuh dengan traumanya, pengalamannya, kepercayaannya, cara berfikir dan berasanya, so complex.
Sentiasalah mencari jawapan dari sudut pandang spiritual, secara fitrah.
Apa secara fitrahnya manusia yang ada hati nurani perlu? Bagaimana pendekatan Rasulullah kepada anak-anak, kanak-kanak dan orang muda mahupun orang dewasa? Apa research on neurosains dan parenting kata? Tele tak dengan apa Islam anjurkan. Tegas dalam berhikmah, secara bersiri, step by step, pelan pelan bukan terus keras kerasan.
.
'Didiklah anakmu mengikut zamannya bukan zaman kamu'.
Maznah Ibrahim
.
T.mazn.me/chan
Ada Dua Cara Penuhi Tangki Emosi IBUBAPA,


Pertama ialah kenalpasti dari 5 tangki emosi itu sendiri dan penuhkan atau dapatkan sendiri.
Kedua ialah dengan lakukan 'short me time' diri anda sendiri dalam kesibukan bersama anak-anak itu.
.
Saya kongsi yang kedua tu.
Short Me Time ni = Self Care ya.
Check out sewaktu anak leka / tidur / pasangan ambil giliran.
.
Antara yang boleh dilakukan secepat 30 saat : check out, di dalam rumah ialah :-

Bernafas dalam untuk relaks - sekurangnya 5 saat dan senyum ya
Mandi bersihkan diri - dapat 10 minit tu kira lama dah kan 😍
Solat sunat 2 rakaat
Buat dan Minum air kegemaran sebentar di dapur 🥃
Membaca bahan positif kat group/channel mana anda prefer
Cakap 'positive self talk' sambil tarik nafas panjang :

Sabar, sabar sabar,

Tenang, tenang, tenang,

Positif, positif, positif,

Teratur, teratur, teratur

Hug diri (caranya dalam brain gym: berdiri stabil sambil silang dua kaki, kemudian hulur dua tangan ke depan, silangkan, pusing dua tapak tangan mengadap, genggam jari semuanya, pusing bawa ke tengah dada semuanya, tarik nafas tutup mata, hembus dan senyum) - ada share masa Kaffah Kids Live baru ni.

Duduk dan urut badan sendiri di bahu, belakang, lengan, kaki, sebut aku sayang diri aku (guna minyak bersesuaian sedikit, lagi ummph) - ini relaksasi otot
.
Ini semua sebenarnya adalah Self Care namanya.
Sayang diri, pujuk diri, treat diri.
Yang simple aja, sebab nak keluar beberapa jam mungkin tak dapat kan.
.
Takda sapa nak bagi / buatkan, buat ajalah sendiri.
.

CARE,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
............................

12 Mac, Jumaat 9.30 malam akan saya kongsikan Bagaimana Mendorong Anak dengan Bahasa Cinta, nantikan link pendaftarannya ya (percuma premium aja).