Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Malam ini kita restream Live, Sabtu 6 Februari 2021, 9.30 malam ya.

InsyaAllah saya ada bersama boleh jawab di komen live nanti.
Anak-anak memahami emosi ibu kerana mereka ada keupayaan merasai...

Bukan memahami reason pada level pemikiran logik orang dewasa..

Warkah dari anak untuk Ibu pula ya....
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

.
T.mazn.me/chan

..........⚘............

Webinar penat emosi akan dinaikkan harga pada Isnin ini ya (8 Feb)

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210206
Fahami sebab kepada mengapa anak-anak buat hal di dalam rumah

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
Kita dan Anak Kita,


Kita guru anak,
dan anak guru kita.

Tuhan sayang kita maka beri 'sign' dari 'guru kecil' kita depan mata, kesannya terus nampak.

Kadang kita lupa atau buat-buat tak nampak 'sign' itu,

Maka jadilah kebanyakannya dah jadi hampir buluh baru kita tersedar sebab terhantuk kuat.

🤦‍♂️😓

Ingat, yang Tuhan itu amat penyayang, pemaaf dan penuh hikmah,

kita buka hati dan terus berubah,

tidak pernah terlambat.

Pasti ada jalannya.
.
Refleksi,

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
.........
Webinar penat emosi akan dinaikkan harga pada Isnin ini ya (8 Feb)
https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210207
Mahu Tahu Macam Mana Nak Manage Salah Laku Anak Kecil Terutama Bawah Usia 3 ?
.

1. Jika anak memang biasa pukul, cubit, tumbuk orang --> beri dia alatan untuk buat aktiviti sama tetapi bukan kepada manusia, kepada alatan yang selamat (punching bag, bantal, etc) (sediakan medium atau setting nya saja)
.

2. Jika anak suka cakap benda tak baik, marah-marah, sebut badwords ke --> ajar dan latih anak untuk tarik nafas dan hembus di mulut lama-lama / nyanyi / sebut astaghfirullahalazim 10 kali
.

3. Jika anak mudah naik kaki --> sediakan alat menyepak dan suruh anak tendang bola, tendang angin, jalan laju / lari / kayuh basikal banyak round
.

Ia management untuk emosi kanak-kanak
Dengah saluran dan cara yang selamat dan sihat,
.

1 : Cara spontan dan
2: Secara latih (by training),
.

Hakikatnya anak kecil masih dalam proses belajar regulasi emosinya (urus emosinya),
.

Bukan dimarah, dihukum, diherdik, dikritik,
.

Key nya

1: Urus tingkahlaku,

2: Bukan Label Orangnya (seperti degil tak dengar kata, nakal dsb)
.

At least bila beri alternatif tindakan,
Maka dia tak

i. cederakan orang /
ii. rosakkan barang /
iii. dan cederakan dirinya sendiri.
.

Doa banyak-banyak juga sebab doa ibubapa maqbul kan.
.

Ibubapa diuji untuk skill baru.
.

Last But Not Least
.

4. Ibubapa wajib tak buat macam tu pada anak (naik tangan, naik kaki, mencemuh memaki dsb) - Hakikatnya anak belajar dari ibubapa sendiri, monkey see monkey do, anak alami atau diperlaku, anak buat balik pada orang.
.

Jika ibubapa pernah terlepas laku seperti 3 jenis di atas,

Ibubapa boleh astaghfirullahalazim banyak-banyak,

dan solat sunat taubat aja,

InsyaAllah boleh masuk on track betul balik.
.
.

Share kan.

Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Berkata yang baik, benar, dan tegas adalah apa yang antara manusia perlukan, bukan yang melampau ekstrim sindir, kritik, marah dan seangkatan dengannya.

Asal ia dibuat dengan penuh kesedaran, kita ok.
Bila tak sedar aja biasanya terlajak terus macam peluru berpandu berterusan, kan? (emosi kawal kita bukan aqal kawal kita)

KAWALAN EMOSI yang baik, secara spontan datang dari hati yang tenang
dan pengamalan skil PENGURUSAN EMOSI harian.....

Semoga dipermudahkan semua urusan kita dalam mendidik permata hati kita.

Refleksi malam,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

'Emosi baik biasanya komunikasi juga baik' - saya selalu ucapkan begini.

Silakan daftar Webinar Penat Emosi di sini ya bagi yang memerlukan, kita sama-sama berusaha menjadi ibu bapa yang sabar seperti yagn anak-anak kita dambakan:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210209
Semoga dilancarkan bicara dan memberi manfaat kepada kita semua ibu bapa yang cakna mengenai kesihatan emosi anak-anak kita insyaAllah..

https://www.facebook.com/bernamaradio/videos/440840690453657/
Ada beza api marah merah menyala dengan api marah namun biru warnanya.


Saya juga merefleksi diri untuk perkembangan anak-anak. Masa tulis ni Fateh 4 tahun dan Khairunnisa' 1 tahun.

Awesome. Sebab sekarang ni Yumna 2 thn 8 bulan sangat rajin 'membant' memasak di dapur dan menuntut kesabaran yang amat tinggi untuk proses ini, heheheh.

https://maznahibrahim.com/marah-anak-untuk-mendidik/
Mengapa Anak Lebih Baik Kepada Guru Berbanding Ibu Ayahnya Sendiri?

Kadangkala atau biasanya saya lihat anak akan lebih berlemah lembut dengan guru kerana guru juga lebih menyantuni anak kita dari kita kepada anak,

Dan kita juga lebih menyantuni anak orang lain lebih baik dari anak kita sendiri.

Maka, solusinya (agar anak dengar kata dan berlemah lembut kepada ibu bapanya):

Ibu ayah melayani anak sendiri dengan cara terbaik, seolah ini anak vip dipinjamkan sebentar kepada kita, tapi lama sebab siang dan malam ya 😊 sehingga dia dikembalikan kepada pemilik kekalnya... iaitu Tuhan.

***The best of us is for our own children, not for other children.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Hmm tarikh yang unik,

Baru tersedar bila baca orang share di whatsap,
iaitu

12022021

Depan ke belakang, belakang ke depan sama. MasyaAllah...

Fikir kembali, banyak macam ini, kan.

Alhamdulillah kita dapat melalui banyak nikmat walau kecil atau besar kita akan sentiasa mendapati hari-hari dan momen-momen boleh saja jadi unik.

Cuma kita selalu lupa.

Maka petunjuk seperti ini adalah untuk membawa kita kepada mengingati yang Maha Mencipta, Berkuasa dan Menjadikan semuanya... 1 itu adalah Allah.

Maka banyakkanlah mengingati Allah, yang mana kita akan kembali kepadaNya nanti. Central kepada diri kita ialah soul/jiwa/ruh yang kekal...

Maznah Ibrahim
Bila nak buat perubahan besar, sebenarnya bermula dengan satu aja perubahan kecil, cuma lakukan ia secara konsisten.

Semudah dah pandai diam dan senyum aja pun dah besar maknanya tu kerana beri kesan kepada energi seluruh rumah yang ada anak dan ibu bapanya.

Ibu bapalah yang mulakan dulu.

Nak marah aja, diam,
tarik nafas sekuranya satu kali,
dan ganti dengan senyum aja....

Anak insyaAllah akan terkesan sangat dengan perbezaan respon itu. 😁😁😁

Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
Kucing Pun Lari? 😵🤔

Hmm pernah tak sampai anak beritahu dia nak lari? (lari dari rumah, atau pergi jauh ke tempat lain?)

Jadinya baikilah sahaja apa yang perlu, segera, dan jadikan rumah kita tu tempat yang anak akan rasa aman bahagia dan nak duduki....

InsyaAllah, pelan-pelan ok.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

Webinar penat emosi seminggu lebih aja lagi, masih dibuka penyertaannya ya :

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210213
Pening memikirkan anak remaja saya ni. Bila ditanya nanti nak sambung belajar bidang apa? Jawapannya... “Entah la Mak, abang pun tak tahu” 😢
.

Saya minat nak sambung ni, mak ayah saya suka saya masuk bidang ni. Boleh tak mak ayah saya tahu yang bidang yang saya minat ni sebenarnya memang sesuai dengan personaliti diri saya?
.

“Puas saya bertukar dari satu kerja ke satu kerja sebelum ni. Ada ke cara saya nak tahu kerjaya apa yang betul betul sesuai dengan keupayaan sebenar saya?”
.

“Saya sedang mencari-cari peluang kerja tambahan untuk bantu keluarga. Saya masih tercari-cari apa yang kena di jiwa saya”

🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹

Pernah mendengar persoalan-persoalan sebegini?

Mungkin perkongsian dari Panel Jemputan yang istimewa ini akan membantu anda memahami lebih akan karektor profesyen atau kerjaya yang sesuai dengan diri anda atau anak-anak anda.

Jemput bersama-sama untuk mendengar perkongsian live pada tarikh berikut:

Siri 1: 15 Februari 2021 (Isnin) - Dr Mahyudin dan Dr Nurul
(Dominan Otak Kiri: Sensing dan Thinking)

Siri 2: 17 Februari 2021 (Rabu) - Pn Maznah dan Pn Zulaikha
(Dominan Otak Kanan: Intuiting dan Feeling)

Siri 3: 19 Februari 2021 (Jumaat) - Tn Zainal Abidin
(Dominan Otak Tengah: Insting)

Perkongsian pengalaman yang mungkin tidak pernah dibongkarkan oleh panel jemputan hebat ini, dari mereka kanak-kanak, remaja sehingga dewasa dengan kerjaya profesyen masing-masing.

Bagaimana mereka mengecapi kepuasan dalam kerjaya dengan mengaksikan lagi kekuatan dan potensi diri setelah mengenali personaliti diri sendiri melalui ilmu STIFIn asas sahaja?

Jum share dan pastikan kita bersama-sama dalam FB Live ini ya 😍😍😍👍 di Page https://www.facebook.com/stifinmalaysiahq/
Sesuatu yang besar kita boleh belajar sebagai #IbuBapaKini dari apa yang diluahkan oleh 'Pesalah Muda' ini adalah

Berkemungkinan anak-anak ini hunger atau craving for :

💝 Tangki Perkataan Mengesahkan (Word of Affirmation) :

Mama Ayah sayangkan kamu, apa jua kamu lakukan, Mama Ayah tetapkan sayangkan kamu. Hanya perlakuan tertentu kamu A/B/C saja yang Mama Ayah tak berkenan, maka Mama Ayah tegur untuk perbetul kesilapan

💝 Tangki Perbuatan/perlakuan/layanan (Act of Sevice):

Sambutan hari lahir anak. Seandainya ibu ayah kurang mampu, memadai masak special dan nyatakan dengan jelas, ini yang ibu ayah mampu, sempena meraikan hari lahir kamu (jika mampu, buatlah kek hari jadi dsb kan 😊)

💝 Tangki Masa Istimewa :

Anak nak rasa 'special'. Macam mana? Buat 'Special Time One to One' dengan setiap anak, waktu berbeza dengan ibu ayah, sebab kita ibu ayah satu, anak ramai, kan?

Sesuai untuk anak paling besar sebab mereka banyak rasa terpinggir sejak adik adik lahir.

10 min mencukupi istimewa setiap anak asing, dapat 30 min lagi baik (seminggu 1 kali?). Anak nak masuk remaja boleh dating mak ayah sama jantina, dan banyakkan kongsi hal perhubungan rakan sebaya, isu semasa, seksualiti, perasaan, badan dsb
.

Terima kasih dan
Kredit kepada Prof Madya Dr Rahim, Pakar Kriminologi, UKM.

Saya ketahui Juvenile Delinquent (pesalah jenayah juvana/muda), ada kaitan dengan attachement yang rendah/lemah sewaktu awal kehidupan (kajian),
Dan saya percaya parenting banyak main peranan untuk bantu bentuk empati, dan sikap baik dalam diri setiap anak yang merupakan kain putih ini...

Sama sama kita sentiasa ambil tindakan untuk pencegahan.

Care
Maznah Ibrahim

#BreaktheCycle
#BetterParentingforBetterMentalHealthofChildren
#repost
Mengapa Marah Tak Sudah-Sudah?


Melihat kepada cycle kemarahan yang tidak kesudahan ini mengingatkan diri saya sendiri apabila saya ada apa-apa kemarahan melanda yang belum selesai perasaannya.

Banyak kaedah untuk 'release' atau salurkan kemarahan, dan juga menyejukkan kemarahan, namun kerapkali juga ia belum cukup untuk 'menyelesaikan' dengan cukup baik/bersih.

Biasanya saya akan breath in secara spesifik, atau EFT (bila tak habis keluar) atau lebih lagi brisk walking (jenis ekspres tenaga keluar cepat), atau solat sunat taubah (untuk jenis bertenang dan menghayati rasa kesal, mohon maaf, dan pernyataan azam dalam diri kepada pencipta).

EMOSI ini amat kompleks, puncanya juga pelbagai dan amat dipengaruhi oleh pengalaman dalam diri sendiri yang bersiri, bertimpa-timpa dan amat kasihan apabila individu tidak sempat menghayati dan mengenali punca trigger dalam diri, iaitu ia ada dalam diri sendiri bukan orang lain. Ini kerana jantung kalbu itu milik diri, kesannya kepada diri bukan kepada orang lain. Emosinya 'makan' diri sendiri. Nah, setujuilah untuk lepaskan ia dengan cara yang lebih selamat bukan pendam (supress) atau lepaskan secara tidak selamat berulang kali tanpa sedar, kerana kasihan orang keliling mendapat tempiasnya.

Untuk Webinar Penat Emosi nanti, ia adalah solusi dan bukan satu terapi, namun ia akan membantu secara pantas insyaAllah.

Untuk kenalpasti punca dan terapikan ia biasanya kita perlukan satu psikoterapi yang spesifik secara individu kerana setiap individu cara menginterpretasi pengalaman yang sama adalah berbeza.

Silakan untuk mendaftar Webinar Penat Emosi : Strategi berserta Teknik untuk kita latih dan lakukan terus insyaAllah.
Boleh daftar di sini ya:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210214

Sekurangnya dengan strategi yang dikongsikan dan teknik yang dilatih bersama ini dapat memberi satu memori baru kepada sel dalam diri kita untuk mengalami satu rasa baru yang ianya boleh diurus dengan cara baru yang selamat, mudah, percuma, dan berkesan, asalkan kita lakukannya dengan sungguh-sungguh dan konsisten kelak...

We Share because We Care ,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan