Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Peringkat Usia 2 Yang Mencabar, Sebenarnya Fasa Kritikal untuk Jaya Diri dan Estim Diri.
.

Perasan kan, anak usia 2 lebih strong willed, mahu itu ini dengan cara dia sendiri.
.

Itu dipanggil fasa autonomi vs ragu-ragu.
.

Sokong, dia rasa best dan puas sebab dapat buat sendiri
.

Dihalang, dia akan jadi ragu-ragu, eh boleh ke aku buat ni?
.

Ingat lagi fasa usia Fateh setahun lebih dan seterusnya, rupanya ibubapa Intuiting macam saya memang akan beri ruang dan peluang.
.

✓Masak nasi (ceduk beras, basuh dan petik api periuk elektrik),
✓Potong sayur dengan pisau sebenar,
✓Tumbuk alu,
✓Mengacau masakan panas dengan senduk/sudip,
✓Blender,
✓Menyapu, mengemop bagai,
✓Menggunting gunting sebenar,
✓Menyidai baju,
✓Gosok gigi sendiri, mandi sabun sendiri
.

Semua lah yang orang dewasa buat.
.

Key nya saya mahu dia experienced. Berpengalaman. Alami.
Pengalaman mahal dan tak boleh diganti,
since dia minat nak buat sama, kan?
Fitrah anak usia sebelum 2 minat amat kerja orang dewasa yang dia nampak.
.

Hasil, memang dia expert dan boleh buat.
Tunggu besar nanti aja sudi buat dengan tak kekok 😋 untuk berdikari asrama/ nanti bantu isteri.
.

KN juga sama.
.

Semua atas tu dia ada buat juga.
.

Sebenarnya memang ada halang sedikit, tapi,
10% dari seluruh kerja itu dia cuba buat,
Kita beri ruang dan peluang,
90% itu kita murnikan kerjanya, of course.
Dia cuma nak merasa saja....
Lepas merasa biasanya dia tinggalkan.

Beri ruang.

Video KN gunting dan say gud words about herself susulan post ini ya.


Maznah Ibrahim
Macam Mana Nak Dorong Anak Jadi Yakin Diri?
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Kita Jadi/ Buat Apa Yang Kita Nak Anak Jadi / Buat.
.

Saya bukanlah sempurna.

Namun memang jelas, ayat di atas (tajuk post ini), dalam sehari-hari saya.
.

Suami saya selalu berkata, jika kita nak anak jadi kelakar, tak serius sangat, fun dan menyenangkan, kita jadilah seperti itu.
.

Kita mahu isteri/suami kepada anak kita tak stres sangat dengan anak-anak kita, biar mereka gembira memiliki pasangan yang menyenangkan hati, lawak / gembira, dan ciri positif lain, maka mulakanlah dari sekarang heheh.
.

Petang tadi, saya terkesan semasa merakam Khairunnisa' menggunakan gunting, dia ucapkan skrip self recognition - rasakan diri berjaya, dan hargai diri.
.

"Mami, Adik berjaya gunting !". (dengan bangganya.
.

Dari mana rasa percaya itu boleh timbul?,
.

sebenarnya saat sebelum itu, saya raikan skil menggunting kecil dia -
.

"Waah 😍😍 Adik berjaya gunting" (walau of course tak sempurna, dan beberapa kali dia nak kita guntingkan, kita tunjukkan, akhirnya kita puji hasil kejayaan kecil dia.
.

Kan? Sejibik ayat dia.
.

*Nota.
.

1) Fikirkan, Rasakan, Ucapkan yang baik-baik kepada anak, exactly sama seperti apa yang kita mahu dia jadi fikir, rasa dan ucap juga.
.

2) Peringkat usia 2 ialah autonomi, iaitu buat cara sendiri, dan egosentrik bermula, dia saja betul dan dia saja punyai semua.
.

Namun, sebalik dari ini, jika dihalang, dan atau dimarahi, boleh membentuk rasa 'ragu-ragu',
.

- boleh ke aku buat, nanti silap kang? jatuh kan? sakit kang? (segala yang buruk tu dari ayat kita jika kita sering ucapkan ayat menakut-nakutkan untuk halang dia cth: jangan panjat nanti jatuh).
.

3) jadinya dia memang terhalang dari lakukan sesuatu yang dia berhasrat awalnya nak buat (anak kecil otak kanan akan redah sebenarnya),
.

dan jadilah ragu-ragu, yang mana,
mahukah kita, anak kita menjadi seorang dewasa yang tidak yakin diri,
dan sering ragu-ragu?
Belum cuba sudah fikir dan rasa negatif. Jadi tak buat langsung pun 😅
Ramai tak di kalangan kita macam ni?
Ada kemungkinan masa kecil usia 2-3 camtu dihalang lakukan banyak perkara sehari-hari...
Gosok gigi, mandi, panjat, makan sendiri. dll.
.

4) Jadi, lepas ni, bantu dan beri ruang peluang, puji saja usaha mereka. 😃 OK.
Kita juga sebagai manusia bila terniat terdetik nak lakukan sesuatu dan diizinkan, disokong, dan bila dah buat orang puji kita berjaya lakukan ia, 😍 wah bukan kah kita juga rasa semangat nak cuba lagi? Berkobar-kobar, kan heheheh.

.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Video KN say gud words abt herself:


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=772662286241691&id=477691842405405
Kerapkali cara penulisan saya ada mesej terselit, kaedah/tips komunikasi, cara alternatif handle anak syurga comel kita 😍.

Maaf menulis panjang. 😁😅

Saya baru seharian bersama sahabat kkm dalam modul untuk kesihatan keluarga, selit psikologi perkembangan bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, keumuran, dan kurang upaya.

Jadinya masa go thru nota modul tersebut, saya pelajari dan refleksi diri lagi.

Banyak yang kita boleh ubah responds (bukan react) bila kita ada sedikit pengetahuan sebenar berkenaan satu-satu perkara.

Suami saya selalu berkata, With Knowledge, Fears Gone.

Kita akan ada kebimbangan, ketakutan, kerana kita tidak tahu.

Jadi, dapatkan elemen 'tahu' itu.

Kemudian apply,

Share / kongsi,

Baru jadi Tahu Yang Bermanfaat.

Keep sharing and empowering ya semua.


Seminar EHSABAR masih ada penjimatan daftar berdua hingga Rabu depan 26 Julai 2017, dan kembali kepada tiada promo selepas itu.


bit.ly/ehsabar

* saya teruja alumni ehsabar saya dengan sedikit ilmu dikongsi dalam seminar, aplikasi, dan keep sharing dalam support group telegram, mereka ibarat 'transform' - teringat klien kanak-kanak saya dulu amat suka lukis 'rama-rama' - ya, ia metafora kepada kebebasan, kegembiraan, dan capai impian dia,

dan saya suka guna burung helang sebagai diri saya dan kaunselor terapis saya Sudhakudva namanya, banyak bantu saya dahulu (zaman bujang kerja NGO dulu) untuk transform fan terus lakukan kebaikan untuk ramai orang.

Sebelum tu matafora saya ialah si Penyu - rupanya ia unik, gagah, berani, dan survival tinggi, untuk redah alam lautan luas.. 😂 tak da orang bantu coaching kita, kita biasanya tak nampak.... diri kita.
.

Maznah Ibrahim.
Betul ke Sensitif Takleh Kena Marah Saya Ni Sebab Saya Kena Marah Banyak Masa Kecil?

Soalan:

1.apakah yg d maksudkan Psychological triggers

2.bgmnkah ciri2 org yg ada Psychological triggers ok,biasa2,atau kritikal.

Tqsm k.maz.

-----

Jawapan.

1.apakah yg d maksudkan Psychological triggers

trigger secara psikologi ni libatkan emosi dan pemikiran

bila libat emosi, libat deria.

deria libatkan: lihat, bau, rasa, dgr, sentuhan.

cth :

kawan akak dulu ni ada trigger warna putih sahaja sebab bekas bf dia mat salleh. so bila apa apa sahaja warna putih walau lantai marmar, dia akan trigger, datang emosi marah sedih geram semua sbb isu sexsual abuse walau kena masa awal dewasa, bukan kanak-kanak.
.

seorang kanak-kanak yang akak kenali akan trigger ciri i) lelaki ii) kepala botak, maka dia akan alami otomatik serangan rasa takut kerana kejadian sexual abuse oleh orang tak dikenali ini memiliki ciri ini.

.
contoh lain, katakan audio. seorang dewasa trigger bila suara nyaring berulang, sebab mak dia masa kecil membebel marah suara tinggi nyaring berulang. jadi katakan wife atau bos dia perempuan style mcm tu dia akan trigger dan jadi cepat sangat marahnya. sebab trigger.

.
emosi ada masa kecil, dah besar baru meletus tak boleh control sebab tak di 'manage' atau tak diajar / latih diri untuk kawal atau lepas dengan kaedah selamat dari awal masa kecil. ia amat diterima sebab kanak-kanak sukar luah emosi negatif yang diterima dengan baik oleh orang dewasa kelilingnya. banyak gaya ialah nafikan perasaan negatif ditunjukkan, kan?
.

2.bgmnkah ciri2 org yg ada Psychological triggers ok,biasa2,atau kritikal.

trigger biasa ok - contoh nampak parut kat lengan, kerana abang tikam dengan parang masa kecil/remaja - ingat memori itu, tapi rasa marah dendam dah tiada
.

trigger x ok - tengok aja parut di lengan, ingat krisis dengan abang punca parut sebab gaduh, tetak parang, terus shoot anger rasa marah sangat tiap kali ternampak bekas parut, apatah lagi kalau berjumpa depan mata. contoh la..
.

seorang yang saya kenali ni jadi anger shoot ke no 10/10 (maksimum), bila masa dia asking for help, minta tolong wife masa dia rasa sesak nafas, wife buat tak endah, kebetulan mereka tengah gaduh.
.

buat tak endah, layanan dari wife ni adalah trigger diri dia semasa dia kecil, dia dibuli teruk oleh sepupu-sepupu dan dia trying to ask for help dari parents dia, parent tak dengar / tak percaya / tak bantu. dia rasa marah dan tak didengari.
.

sebab tu shoot terus no 10 ibarat termometer emosi marah, termometer terus naik ke no 10 terus.

----

Oooo trma kasih byk2 kak.. mcm saya ni adkh mudah triggers apbl org tegur/mrh diri sbb masa kck2 sllu kena mrh n serba xkena apa/stp tndkn anis.. bole jadi kah sbb itu.

-----
sgt tepat. ia mmg triggered namanya. ia impulse control, maksud otomatik jadi anger shoot camtu. ia juga kita namakan bahasa mudah, sensitiviti / kepantangan seseorang.
.

boleh ke akk share soalan jawapan xx ni ke page akak?

---
boleh kak.
--
.

Nota Tambahan:

1. memang kita perlu cekap identify trigger point dalam diri kita agar bila dah kenalpasti, akan hadir terima (acceptance) dalam diri, dan anger shoot akan tidak terlalu tinggi,
.

ini kerana kita aware dari mana ia datang / berpunca. Ia berpunca dari dalam diri, bukan dari luar. Ingat tu.
.

2. Orang luar kita tak boleh ubah, tapi diri kita, kita boleh usaha dengan ilmu dan praktik, untuk belajar camana kawal diri, manage emosi itu, dan ia perlulah latihan berterusan. Dalam proses terapi ada proses khasnya.
.

3. Journaling, proses peristiwa itu, fahami ia pada konteks si pelaku dan empati dengan diri yang lama (contoh diri yang kecil) itu, maafkan, letting go, akan sangat banyak membantu.
.

Tapi sebelum maafkan dan letting go biasanya perlu ke proses 'kefahaman' kepada situasi itu dari sudut pelaku dan kefahaman dari sudut diri yang lama/kecil itu.
.

4. Doa berterusan dan aim untuk overcome / atasi isu peribadi ini demi kesejahteraan dan kesihatan diri, dan demi orang keliling yang kita sayangi yang kita tak mahu mereka kena tempias dari isu kita. Contoh anak
yang tak bersalah dan suami yang juga tak bersalah.
.

Kerana, mereka tiada kena mengena dengan kehidupan masa lalu kita, mereka adalah memori kini yang kita nak bentuk suatu memori positif, harmoni dan berkesan secara positif dalam keluarga nukleus yang kita sedang lalui fasa penting nya.

Refleksi,

Maznah Ibrahim

* Jemput pelajari bersama urus emosi cepat tepat efektif untuk ibubapa, dan bagaimana bantu diri/ anak dari kecil untuk luah emosi negatif dengan kaedah selamat, di dalam seminar ehsabar pada 29 Julai ini di Shah Alam.

* Info lanjut di bit.ly/ehsabar
Break The Cycle.

Dari jauh nampak anak sekitar 2 tahun lebih itu mumbling marah-marah, sunguh marah betul. Macam comel aja. 😂

Terfikir, dari mana dia belajar membebel macam tu. Marah pula macam marah betul. Kecil-kecil memang comel, jika besar gaya macam ni ? Haruuu 😅.. takda siapa nak dekat / kawan.

.......

Di situasi yang lain nampak pula si adik usia sekolah rendah, mengamuk dan membantai teruk abangnya pula sampai berdarah-darah, gaya macam gangster.

Allah. Bukan ibubapanya gangster, tapi ibubapa kerap marah teruk dan ada pukul.

Emosi terpendam, macam gunung berapi, tak tahu bila ianya trigger lalu meletus teruk, 😟😩 sukar dikawal.
............

Di keadaan lain, biasa, seorang dewasa bila bercakapnya, dengan alasan nak mengajar, mendidik, menggunakan gaya keras, konon tegas, tapi sarcastic orang kata, berdezuss menusup jantung tanpa tapis. Tak ramai suka.

.......

Senang aja, what you experienced, you act back.

'Experienced' ni - boleh jadi dua, samada melihat, atau mengalami.

Lalu jadi tingkahlaku yang sama.

Kes 1, anak 2 tahun kerap melihat, walau tak alami untuk dirinya, kerana mak bebel untuk si abang kakak, maka dia aksikan semula.

Kes 2, anak alami, pendam, tak balas, balas di tempat lain, bila trigger. Juga sebab pernah melihat (tv/cerita gaya kasar yang membelasah-dia rakam di memori bawah sedar). Sukar nak kontrol diri bila anger dia shoot up terus level 10 tak sempat stop tangga no 5 macam di lift.

Kes 3, orang dewasa ini sudah biasa alami sepanjang hidupnya, jadi skrip kehidupan dia, sukar nak ubah gaya.... Memang begitu lah dia... kecuali dia muhasabah diri dan usaha berubaha, ada caranya.

.....

Kita mahu Break The Cycle.

Warisi yang lebih baik, terbaik kita mampu walau bukan sempurna, of course, untuk anak-anak kita.

Alam ini perlukan model yang baru beramai-ramaian untuk bentuk semula generasi yang lebih baik, penuh berhikmah.

Jika anda pernah dimarah teruk 100%, mungkin anda ada gaya 50% marah macam mak/ayah anda, dengan plus usaha untuk jadi lebih sabar dan baik,

kini sekurangnya dengan usaha lebih baik, doanya anak-anak anda jadi 5% aja gaya macam anda, bukan 100% macam anda dan 50% macam nenek/atuknya yang baran.

.
Usaha. Kita Pelajari, Kita Amal.
Allah Bantu.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

*seminar ehsabar - pengurusan emosi ibubapa daftar di sini: bit.ly/ehsabar
Pernah Tak Rasa, Tak Percaya pada Anak atau Suami atau Sesiapa?
----------------------------------

Huhu, begitulah manusia.
.

Hmm.. saya trigger bab tak percaya ni sebab sahabat saya, pabila buka AlQuran untuk mesej Allah Al Haq (satu teknik last dalam EHSABAR), dapat ayat ini, Al Anfal: 62, atas sekali.
.

Berdezuss ke hatinya, biasanya memang akan menangis la sesiapa buka dan baca ayat cinta Allah ini....sebab Allah tahu kondisi kita, kalamullah ini tak pernah silap.
.

Itu isu dia, berkaitan suami, rasa suami selalu tipu?, jadi pengajaran yang dia dapat, percaya kepada Allah sahaja, ikhlas. Buat dengan ikhlas dan cari cinta Allah sahaja, bukan buat kerana manusia.
.

Dia baru rasa. Pertama kali. Rupanya.
.

Syukur ada antara kita sudah rasa Allah dalam hati lebih awal. Doakan untuk semua orang Islam boleh 'rasa' Allah, kasih sayang Allah, magic Allah... segalanya berpusat kepada Allah. Pasakkan ke dalam hati anak-anak juga. Teringat buku ADHA Dr Ujilah manis yang baik.
.

Okay, untuk saya, ada dua kisah berkenaan ini.
.
.

Kisah 1:
.

Ahad lalu ada satu insiden, Fateh menangis meraung-raung dan berkata : "Mummy percaya kat abang tu, tak percaya kat Fateh...
.

Dahsyat la dia nangis tu.
.

Puas la saya meminta maaf sungguh-sungguh. Kesal nya ya Allah....
.

Al kisahnya, dia kan suka menguji kesabaran kita ni, tengah nak tangkap gambar, dia sengaja berdiri di depan kami halang kamera (macam gambar ni, heheh). Itu minor lagi. 😅 Mak dah biasa sikap terbalik dia tu.
.

Kisah sebenar dia ngamuk-ngamuk tu ialah dia kecewa kerana 2 sebab:
.

1) ada sorang abang ni usia 10 tahun, janji ada 1 gula2 nak beri pada sesiapa yang buat baik kot. Dia duk berharap. Tetiba bila dia nak, dah tak da gula2 tu dah, cek tanya abang tu, abang tu dah makan. So kecewa sebab si Thinking ni dah letak expectation. Itu kelebihan dan kelemahan dia, kami tahu style otak dia berfikir sebab dah test stifin personaliti genetik melalui imbasan capjari 10 jari. Dia Thinking Ekstrovert.
.

2) dia demand (anak menakluki mak ayah memang macam ni gaya dia), dia nak sekarang juga kasut beroda macam kawan (dia pernah beritahu hasrat dia dulu dulu, saya tak berapa nak beri sungguh lagi, dan dia ok pula masa tu, rupanya dia pendam nak kot).
.

So masa tu saya tolak untuk sekarang, tapi nanti, insyaAllah. Ajar dia sabar dan tahan keinginan, berpuasa. Asalkan dia dah bagitahu hasrat dia, saya okay saja, bila qadarnya tu, Allah sahaja tahu. Ikut insting saya selalunya. Syukur semalam Isnin, dia sendiri berkata: mami, hari ni kita tengok saja, bukan beli lagi. esok baru beli. (wah bagusnya anakku hypnotise diri sendiri heheh).
.

So masa mengamuk merajuk tu pasal 2 perkara di atas (kecil pada kita besar pada dia), wajahnya ke lantai, dari jauh tetiba diberitakan si abang lain ni kepada saya, basah lantai sebab air liur dia.
.

Saya terus percaya la, sebab kita kenal anak kita kan, kalau buat hal tu pernah juga la dia keluarkan airliur dia, ingat-ingat semula tidak selalu, tapi pernah berlaku dan saya sangat marah, saya sendiri trigger. Huhu.
.

Jadi masa datang dekat dia, saya beritahu pasal airliur tu. Tu dia mengamuk (trigger), nangis meletus, Mami tak percaya kat Fateh...
.

OK berakhir nya kisah tersebut, dia berjaya kool down sendiri (sebab usia pun dah 5 tahun kan), pakai kasut dan masuk kereta (sebelum tu macam ala-ala baling la selipar dia, uncle lain nampak, uncle tu kata ni kes dah biasa menang, tak boleh terima kekalahan la ni (hehe yelah tu, sebab nama Al Fateh, The Fath, Kemenangan, part ni memang dari usia dia 2 lebih kami cuba latih terima kekalahan tu).
.

Tetiba dia ok dan masuk kereta, tak lama pastu dia dah tidur. So tangki emosi penuh masa tu ialah kepenatan fizikal dan emosi.


Penat Thinking dia pula sebab dia cepat judge orang, trigger marah sebab kasut roda dah lama minta tapi tak berapa memaksa untuk saya beli, saya pula tiada janji apa-apa pasal nak beli pun.
.
.

Kisah 2 saya:
.

Suami. Pernah tiga kali rasanya perang dingin sekejap (kami jenis sekejap dan terus cepat settled - saya selalu remind peserta untuk tak lebih 16 saat, ca
baran 16 saat 😂), tapi berulang, tu maksudnya memang saya ada isu trust😄 anggapla ada sesuatu tu ya. Saya tahu dari mana puncanya ia.
.

Kesimpulan dari 3 kejadian sepanjang 7 tahun perkahwinan ni, percayalah pada suami, dia memang baik dan memang sentiasa berikan yang terbaik untukmu wahai isteri...
.

Pesanan sama saya ingat lagi dari seorang YB perempuan ni di Perlis, kalau suami kata takda, takdalah. Ni duk provoke, huhu para isteri, berhentilah.
.

Bukan pasal perempuan ke apa, kes saya ni pasal isu saya tak sabar dan ekpektasi nak laa tu laa tu juga. Pastu salah judgement. Tuduh dia itu ini. Walhal suami ni sangatla tidak begitu, sungguh dia ada hal lain.
.

Sah, menurun ke anak. Ambik la ya, kena handle dan layan, kan😂😂😂. Heheh...
.
.

Kesimpulan:
.

dari ayat Al Quran ini, jelas, jika kita terfikir, orang nak menipu kita, let go kan sahaja, sebaiknya tak yah fikir, 'CUKUPLAH ALLAH MENJADI PELINDUNG KITA', percaya kepada Allah SAHAJA.
.

Lain tu, serah sahaja pada Allah Al Bari menguruskan semuanya.
.

Saya lihat, banyak kes begini.
.

Solusinya, Selari dengan teknik nabi, tidak perlu menyiasat dan cuba pejam mata pada kesalahan,
.

Jika dikorek dan difikirkan banyak-banyak, penat otak dan emosi. Masa ter buang. Syaitan menyucuk-nyucuk dengan happynya. Banyak kes cerai berai usia muda laa ni, kan.
.

Kalau tak percaya pada budak minta sedekah, buang jauh-jauh fikiran ini, sedekah untuk diri, fokus pada diri nak sedekah, bukan pada budak yang nak disedekah, pastinya ada ganjaran atau balasan amat setimpal oleh Allah,
.

sebab hanya DIA yang Layak menge 'judge' dan hanya DIA yang Tahu, siapa lah kita nak lebih-lebih menge judge ini.
.

Hidup ni terlalu banyak nak difokuskan kepada perkara baik bermanfaat, berbanding benda negatif macam ni.
.

Jum breath in, tenang
Breath out, kusut (masai 😂😂)
.

3 kali out di mulut
3 kali out di hidung.
.

Let go.
Move on.
.

Percaya Allah saja,
(Percaya diri pun kadang tak berani sebab diri hamba insan biasa, berubah, lupa, macam-macam lagi).
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
.

😍 Teruja nota updated, jemputan untuk anda daftar ehsabar last call.
.

daftar dan info lanjut di sini:

>>>>>> bit.ly/ehsabar
It's Not Your Fault - Tak, Bukan Salah Kamu.
-------

Tahukah anda, anak kecil mudah salah faham, yang mereka punca kepada permasalahan orang lain terutama orang dewasa, ibubapa mereka sendiri.
.

Ini peringkat perkembangan kanak-kanak usia 3-6, guilty vs initiative.
.

Apa jua reaksi sekeliling, mereka mudah rasa bersalah dan rasa mereka puncanya.
.

Contoh, air tumpah, oops saya salah, saya tak hati-hati.
.

Ya, benar, namun yang lebih utama ialah usaha mereka nak solusikan isu/perkara itu, dengan i) mengaku dan ambil tahu kesilapan sendiri, ii) mengambil tisu dan lap - itu yang perlu fokuskan (initiative).
.

Usaha itu adalah peringkat perkembangan positif, amat wajar diberi perhatian, pujian, berbanding tak diberi apa-apa pengesahan dengan kata-kata (words assurance), lalu mereka akan salahkan diri sendiri.
.

Contoh saya perhatikan Fateh 5 tahun, bila dia tak dapat reward macam rakan, dia sendiri kata "sebab Fateh tak solat elok-elok, Fateh x baik".
.

Hmm..
🤔 jadi peranan maknya untuk mengesahkan, dengan words encouragement, "Tak, ia mungkin sebab semua budak bagus dan hadiah tak cukup nak diberi kepada semua. Jadi buat kerana Allah, bukan kerana nak hadiah, ok. Mami tetap sayang kan Fateh sebab Fateh anak Mummy yang soleh, dengar kata teacher, dan ingat, usaha tu yang Allah pandang lebih lagi".
.

Dua hari lepas, dapat reward sebab solat elok-elok pula. 😁.
.

Maksud saya di sini, anak kecil tanpa disuruh fikir lebih dalam, otomatik mereka akan mudah rasa bersalah.
.

Jika penceraian atau perbalahan berlaku antara ibubapa, ramai juga saya perhatikan anak kecil ini rasa mereka jahat, salah, bad, maka ibubapa bercerai kerana mereka.
.

Ingat lagi buku omputeh, cara dia explain ke anak kecil mengenai perpisahan ibubapa, ditekankan mengenai ia isu ibubapa (orang dewasa), dan bukan sebab / punca si anak maka mereka bercerai. Ia tiada kena mengena.
.

(Ini juga sangat common untuk kanak-kanak sexually abused, mereka rasa mereka punca kejadian buruk itu berlaku, sedangkan totally NO, mereka kecil dan tanggungjawab dan kesalahaan sebenarnya atas pelaku yang lakukan itu).
.

=============

Petikan Boss Baby
.

"You see, babies are not getting as much love as we used to".
(Si boss baby beritahu dengan tegasnya kepada tim dia).
.

Si Stacey ni terus judge "Why? Have we been bad?".
.

"No, bla bla bla bla ", terang si Boss Baby dengan tegas nya...

-------
.

Jadi pesanan dan peringatan dari saya, sentiasa bantu ubahkan sisi pandangan anak kecil, yang dia tidak salah, dan ada perkara lain lagi yang merupakan punca kepada permasalahan /perkara lain berlaku.
.

Ayat mudah seperti "Tak, awak tidak bersalah", juga amat power untuk orang dewasa sahabat keliling kita, pabila mereka dirundum rasa bersalah. Berikan ayat ini kepada mereka.
.

I am bad mother.
Beritahu mereka. No, you are wonderful mother (petikan ayat pengesahan dan supportif di kalangan Alumni EHSABAR).
.

Amat berkemungkinan besar ramai antara kita yang dimarahi dan dipersalahkan atas usaha kita semasa kecil yang membawa kepada rasa salah dahulu.
.

Key words, Its Not Your Fault, Bukan Salah Anda, Anda Tak Salah, bla bla bla.
.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.