Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati โค emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Sekiranya sahabat ada alami ketidakjayaan mengisi pendaftaran, boleh cuba lagi dengan cara menaip email add secara manual bukan automatic filled, ok ๐Ÿ˜Š๐Ÿ‘๐ŸผInsyaAllah akan sukses selepas itu.
Kisah Pelajaran Malam Tadi
Dari Anak Melalui Mak Untuk Anak
Sewaktu Santai Sebelum Anak Tidur
.

Kisah 1 :
Fateh kata : Bau pampers Baby Yumna busuk.
Yumna tak sedar ke ?
.

Saya kata macam tulah,
orang lain saja boleh beri maklumbalas tentang diri kita,
Kita biasanya tak sedar pun.
.

Orang lain cermin diri kita,
Contoh kalau kawan atau guru kata rambut Fateh busuk,
Maka mungkin benarlah,
Sebab Fateh tak boleh bau sendiri.
.

Kalau kawan kata Fateh marah,
Fateh rasa tak,
Sebab Fateh fikir 'marah ialah dengan pukul sekali',
Tapi kawan dengar suara Fateh tegas dan dia pun ada persepsi dia sendiri,
Maka perlulah kita berubah pada gaya suara..
.

Jadi bersifat terbukalah,
Bersedia terima kritikan.
Okay?
.

Dia angguk.
.
-------------------

Kisah 2 :

Khairunnisa' (KN) nak campur kertas dia potong yang besar tu dengan bintang comel yang Mummy buat,
Masuk dalam botol.
(Kami buat projek bintang bintang di langit)
.

So bintang comel pun tak nampak lah.
.

Saya keluarkan kertas potongan besar,
tinggalkan bintang sahaja,
tanya KN:
.

"Nampak bintang comel tu? Cantik tak?"
.

"Nampak. Cantik!".
.

Okay, saya campur semula kertas potongan besar lain tu, dalam balang sama.
.

"Sekarang nampak bintang tak?"

"Taaak. Bintang dah tenggelam". (Kata KN dengan kosa kata mengagumkan hehe๐Ÿ˜…)
.

"Betul.
Jadi, benda baik dan tak baik,
tak boleh campur.
Bila campur, benda baik mudah tenggelam sebab benda tak baik tu pengaruh dia besar.
.

Macam Fateh, nanti besar bergaul, berkawanlah dengan kawan yang betul dan baik.

Jika tidak, 'bintang' potensi Fateh akan tenggelam. OK".
.

Faham tak faham Fateh separa faham dan angguk jela hehe.๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
.
.
====================
Nota.

1. Bila ada situasi anak bercakap sesuatu, dan perlu dikaitkan dengan pelajaran kehidupan dia yang unik tersendiri tu, terus berikan pelajaran / mesej itu. Sebab ia 'fresh' dia tengah tanya dan 'engage' dalam situasi itu.

Macam Fateh sebelum ni meluah pada saya yang kawan kata dia marah sedangkan dia rasa tak, marah ialah dengan pukul sekali dan dia tak pukul orang. Saya kata maybe sebab suara Fateh tegas dan kelihatan marah. Macam sekarang ni. So marah juga ialah dari suara (verbal) dan atau pukul (perlakuan).

Guru pernah kata "Fateh, shampoo rambut" dengan muka serius seperti gurau.

Ayah Fateh selalu minta dia shampoo rambut sebab rambut dia berbau (dia kan rambut lebat hitam), dia pun shampoo la. Namun saya tak pernah rasa rambut dia ada bau semerbak ke apa ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.
.
.

2. Biasanya dengan tunjuk metafora macam ni (bintang dalam balang) anak lebih jelas perbezaan depan mata dan boleh berfikir, boleh memilih, boleh buat keputusan dengan lebih tepat dan baik.
.

3. Ibubapalah yang merupakan guru kehidupan anak anak. Sentiasa didik dan bimbing dengan penuh kasih sayang, dengan kaitkan on the spot situasi mereka sewaktu MOOD BAIK dengan ISU MEREKA yang masih puzzle pada minda mereka saat mood baik itu
.

4. Biasanya mood baik tu sebelum tidur, santai santai beraktiviti dah nak tidur dah .. Grounding Technique.

.

Maznah Ibrahim
15 April 2019

****โš˜โš˜โš˜***

PS: Jangan lupa daftar Webinar Parenting bulan Disember kali ini berkenaan 'Therapeutic Storytelling' untuk Anak dari Ibubapa ya : 25 Disember 2020, 9.30 malam

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
.
.
Legasi Keibubapaan

Sambung yang baik
dan putuskan yang kurang baik -->โ™ก bina yang baru,

Dalam diri setiap insan itu berpotensi untuk menjadi yang lebih baik,
InsyaAllah.

1. Niatkan (+doa dulu)

2. Cari jalan. Kadangkala boleh self help sendiri kadangkala perlu bantuan luar.

3. Work out 1 cara/jalan secara konsisten dulu.

4. Review perubahan /progres, raikan diri.

5. Kekalkan dan tingkatkan usaha yang baru.


Care โค๐Ÿ‘โš˜,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

P/S: Sudah lebih 800 orang mendaftar untuk Webinar Parenting Therapeutic Storytelling. Anda sudah ?

**โš˜โš˜โš˜*****

25 Disember 2020, 9.30 malam, room tertutup.

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
.
.
Yakin dan Gembira

Saya rasa dua elemen perasaan ini agak mahal juga nilainya.

Yakin - buat kita jadi tenang. Ada kaitan dengan kepercayaan.

Kalau fikir dalam lagi ada kaitan dengan asas keperluan seorang manusia apabila mula-mula menginap di dalam rahim ibunya dengan penuh kasih sayang.

Rasa selamat, rasa tenang, rasa yakin : iaitu yakin kepada ibunya.

Ia fitrah. Kita perlu rasa selamat dan yakin.

Anak yang sudah mobile pula akan menjadi seorang yang yakin diri apabila dia memperoleh rasa kepercayaan dari ibubapanya kepada dirinya semasa dia nak terokai dunia sekitarnya kan (akan muncul lagi isu ini bila anak remaja).

[Anak mula rasa selamat sejak dalam rahim dan diteruskan bila dia lahir - disediakan semua keperluan asasi untuk dia hidup makan minum bersih tenang].

Untuk orang dewasa macam kita ni, dengan ilmu / info yang betul banyak ketakutan atau kebimbangan boleh hilang. Maka carilah sumber maklumat yang betul dan tepat.

#Gembira

Semua manusia mahu rasa gembira. Kadang manusia juga sekat diri daripada rasa gembira tanpa dia sedar juga.

Kadang sukar nak kecapi gembira sebenar apabila ada beban bersarang dan berat di dada. Ada juga gembira sekadarnya, seminimanya, sepura-puranya demi kebaikan.
.
.

Saranan saya,

Kembalilah kepada Tuhan Yang Merupakan sumber segalanya. Apa jua masalah, Dia tahu dan dia paling tahu bagaimana solusinya.

Yakin dan percaya kepada Nya. Sebab kita bukan lagi janin yang bergantung tali pusat ibu dan rahim ibu untuk hidup riang gembira seperti dulu lagi.

Kemudian bukalah hati untuk rasa gembira, segembira seorang anak kecil yang mudah let go dan kelihatan tiada masalah.

Takkan ibubapa mahu anak mereka mewarisi cara gaya emosi mereka yang berat bersarang dan sukar nak kecap bahagia? Walau tanpa sedar itulah yang diserap dan disampaikan kepada sang anak tanpa kita mahu.

Kadangkala atau biasanya orang dewasa perlu lebih banyak belajar dan serap tenaga ringan lepas bebas dan gembira teruja kanak-kanak ni.

Bermainlah dengan mereka, masuklah ke dalam dunia mereka.

Rendahkan diri dan bergolek atau berbaringlah bersama mereka juga.
.
.

Yakin dan Gembira.

Datanglah kepada mereka yang membaca ini.
Yakinlah ada sumber untuk kita memohon bantuan dan bersandar, ia sentiasa ada. Iaitu Tuhan kita yang sentiasa ada dekat dengan kita. Mohonlah padaNya sentiasa ya. :) Dia sangat Pemurah dan Penyayang.
.

*sedang mode membaiki slide lama untuk Therapeutic Storytelling. Pastinya versi baru sebab saya pun dah semakin 'berusia', heheheh.

Sudah cecah 1000 orang mendaftar. Jangan lepaskan peluang ya, ia live dan ia limited dan istimewa untuk kita semua.

25 Disember 2020, 9.30 malam, room tertutup.

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t

Care ๐Ÿงก,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
Memandangkan usia anak kecil memang penuh dengan imaginasi dan seangkatan dengannya,

Maka sebagai ibu ayah kepada anak usia emas,
Kita perlu juga belajar untuk menjadi sedikit kreatif,

Agar mendekatkan diri kita (kecilkan jurang) dengan fasa perkembangan mereka dari sudut pemikiran, emosi dan sosial.

.
CARE ๐Ÿ’—๐Ÿ˜,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

....... ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ๐ŸŒฑ ......

[Webinar Parenting: Therapeutic Storytelling]

Sudah lebih 1000 orang mendaftar. Jangan lepaskan peluang ya, ia live, ia limited dan ia istimewa untuk kita semua.

25 Disember 2020, 9.30 malam, room tertutup.

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
Live Webinar Parenting
Therapeutic Storytelling: Skil Mendorong Perubahan Tingkahlaku Anak

Berjumpa kita pada malam ini insyaAllah 9.30 malam.

Didoakan semua dipermudahkan untuk hadir.

1. Sediakan pen dan buku nota untuk mencatat perkara penting buat diri kita sendiri ya.
.

2. Link masuk webinar room hanya diberi melalui email berdaftar (periksa spam/promotion folder sekiranya tiada).
.

Care ๐Ÿ’—,
Maznah Ibrahim

Yang belum mendaftar, sempat lagi melakukannya. Telah 1174 orang mendaftar setakat ini.

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke webinar class Jumaat malam lalu.

Review anda semua amat amat saya hargai.
Sejujurnya saya selalu segan dan taknak baca, tapi diminta membacanya untuk beri motivasi pada diri saya sendiri.

Dan sejujurnya setelah baca saya memang termotivasi dan jadi semangat (sejenis ekstrovert juga kan perlu ada external dorongan pengesahan luaran, serta rasa dihargai, diiktiraf ilmu disampaikan dari hati ini, Alhamdulillah).

Doa saya sentiasa bersama kalian.

๐Ÿ’–๐ŸŒฑ Moga dikurniakan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati ayah bonda, anak soleh solehah mendoakan kita (saham akhirat),

๐Ÿ’–๐ŸŒฑ Moga bonding dengan anak semakin rapat maka mudah kelak hadapi fasa remaja mereka

๐Ÿ’–๐ŸŒฑ Moga isu struggle anak dapat dibantu mudahkan, mereka pelajari coping skill strategies baru dan sekaligus... (sambung bawah)

๐Ÿ’–๐ŸŒฑ Moga ibu ayah semakin mudah atasi isu hubungan ibuayah dengan anak, atau isu anak dengan individu lain (kawan, guru, adik beradik), dan isu peribadi dalaman anak sendiri.

๐Ÿ’–๐ŸŒฑ Moga klien/murid anda juga terkesan dan dapat dibantu isu mereka di setting education.

Saya berbesar hati sekali ilmu ini dimanfaatkan dan dikongsi untuk kegunaan kita sendiri,

Dan ingat, dari sebakul buah saya hidangkan, dapat digigit 1 gigitan, dikunyah, dan dihadam di perut, menjadi darah daging kalian, mood kalian, tingkahlaku kalian,

Saya amat bersyukur dan suka hati... ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ

*Maaf semua review tak dapat dimasukkan ke poster, namun semuanya saya amat hargai dan saya ucapkan terima kasih berbanyak, 4 bintang atau 5 bintang saya tetap akan terus memberikan terbaik saya dalam setiap penyampaian (lebih 10 bintang saya beri).

Care and Love โคโคโค,

Maznah Ibrahim

P/S Link rakaman telah diberi malam tadi untuk akses tonton selama 3 hari

P/S yang terlepas daftar, saya mohon maaf sesangat, nanti jangan terlepas lagi untuk dapatkan (saya akan announce kemudian, ia akan dicaj sedikit)

P/S kita jumpa lagi dalam webinar khusus bulan Februari

P/S yang mendaftar Webinar Dengarlah Anakku kita jumpa 9 Januari live 2 jam setengah, ada workbook pdf keyword diberikan sekali ya.

P/S yang nak tanya soalan boleh pm di page ini memang saya baca dan jawab sendiri soalan / isu anda


Sedutan Review Webinar di sini :-

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1666996316808279&id=477691842405405
Ingat prinsip terapeutik dari Milton Erickson masa webinar lalu?

The shortest distance between two points MAY NOT be a straight line - move indirectly towards an objective

Selamat meneruskan perjalanan keibubapaan kita untuk tahun 2021 nanti dengan sebaiknya insyaAllah.

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
Jika anda hadapi isu marah anak tak habis-habis lagi kerana satu perkara yang khusus (sama),

Dan anak pun berulang buat perkara yang sama yang buat anda marah,

Cuba untuk buat kontra.

Tidak marah anak dah berkenaan perkara yang dia selalu buat anda marah itu,
Dan ganti dengan:

Teknik Give In dan Time In.

: beri apa dia mahu (selagi apa dia mahu itu tidak mudarat kesihatan dan keselamatan)
: dekati dia bukan jarakkan lagi diri dengan dia
: sambil beritahu dia skrip hypnoscript mengenai apa anda mahu.

Contoh:

Anda selalu marah bila anak minta botol susu kerap, anda membebel-bebel.

Sekarang anda diam dan beri aja apa dia mahu (susu botol),
Kemudian semasa memberi dia botol susu itu dekati dia dan beritahu: Nanti adik tak minum susu botol dah, tapi adik minum air masak dalam cawan ya (bergantung kepada apa anda mahu)

Sabar dan berubahlah,
Cuba pendekatan lebih tenang dan mendidik dengan proses, bukan menghukum (reward negatif).

Care โค,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Syabas Umi Noranisa atas usaha mencuba kaedah ini, dengan mudah dan kreatifnya ๐Ÿ˜๐Ÿ‘๐Ÿผ

Saya yakin semua ibuayah akan dapat idea dari penulisan mudah faham oleh Pn Noranisa ini ya โคโš˜

Tq pn anisa. Teruskan ya selit selit bila bila masa dengan semua anak ya โค๐Ÿ˜

Yang peserta lain, silakan share dan tag saya ya โค๏ธ.
.
.

Dengarkan kisah beliau :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3524253340944364&id=100000791993494
Semoga kita sentiasa dapat menjaga tubuh badan kita dengan berfikir, berasa, mengucapkan, melakukan yang baik dan perlu untuk pertumbuhan anak-anak kita.

Careโค,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan

*dengarkan audio podcast saya berkenaan 1 tips yang baik bagi self hypnoscript diri untuk self control: link di telegram ya โš˜
Apakah Kita Sama Saja Semalam dan Hari Ini?

Sesuatu yang kita bawa untuk masa akan datang adalah momen: sama ada kesilapan untuk tidak diulang kembali mahupun yang baik dan elok kita mahu ulang / tambah baik lagi.

Saya merasakan masa itu sememangnya mahal dan terlalu banyak masa saya tidak diisi dengan baik, sebaiknya seperti saya hasratkan dan Tuhan mahu.

Sesuatu yang amat saya hargai adalah kesanggupan saya untuk komit kepada sesuatu yang telah saya tanggung ('pain') lama, iaitu kesukaran untuk fokus dan konsisten, dan buat awal.

Itulah yang saya pelajari mulai November 2020, saya hargai dan saya bawa spiritnya untuk tahun baru, hari ini dan setiap hari seterusnya.

Untuk anda yang saya hargai,
saya doakan anda semua sentiasa positif dan dalam keadaan sihat, baik, sejahtera serta sentiasa sedar dengan apa jua tindakan, kerana telah berada dalam kawalan diri yang baik,
ia tentunya kerana dengan izin dan rahmat dari Nya yang tidak putus-putus kepada hamba yang mahu kembali kepada Nya.

Care โค๐ŸŒน,
Maznah Ibrahim.

Telegram saya untuk reminder kita dalam parenting dan psikologi anak:
T.mazn.me/chan
.

Webinar Live Dengarlah Anakku Batch ke 3 pada 9 Januari 2021 telah dibuka kembali, jangan lepaskan peluang, boleh mula daftar di sini:

https://webinarv2.maznahibrahim.com/dengarlah-anak-ku-live?utm_source=t
Hadiah untuk semua๐Ÿ‘‡ untuk tahun 2021 ya. Terima kasih Pn Ili Hazwani kerana bertanyakan maka saya membuatkannya ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š