Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Sesuatu yang baik,
Bila nak mulakan langkah pertama dan jadi habit,
Memang mengambil masa.

If cepat jadi, dan magic magic,
hanya dengan kuasa Tuhan saja,
dan ia memang hadiah dari Tuhan untuk kita,
untuk motivate diri kita terus perbuat bukan duduk senang saja lepas tu.

Serentakkan dengan percaya kepada Tuhan
dan usaha berterusan
Hasil tidak difokuskan.

Sangka Baik
Senyum
Sabar
Senam
Spiritual
Sentiasa Positif

Ok.

Chill.

Care ,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
Jemput ke Restream
Webinar Parenting

Pendekatan Sukses dalam Parenting

Malam ini, Jumaat,
9.00 mlm,

Di page ini:

facebook.com/maznahibrahimofficial

Dan di FB Personal

Noorhasline Bt Mohd Sholeh
Nurul Sazmi Rosani
Siti Mashitah Sarif
Keynote Sakinah
"Bad woman, bad woman..." selalu bilang nya....

Anak ini berkelakuan pelik, memukul, meludah, pemarah sehingga ibunya rasa bingung dan berjumpa saya.

Terjadi selepas beberapa minggu tinggal dengan ibu saudaranya.
Bukan seperti anaknya yang biasa.

Selepas berjaya kenalpasti isu sebenarnya, saya gunakan teknik Therapeutic Storytelling....

....Berjaya...tiba-tiba.."I love you Mommy" terpacul dari mulut anak ini, terkejut ibunya.

Nak tahu bagaimana saya lakukannya? Siapa "Bad Woman" ?

Saya percaya setiap ibu bapa boleh lakukannya....mudah...seronok.

Gunakan teknik ini untuk bantu pengaruhi tingkahlaku anak supaya menjadi lebih baik seperti yang kita mahukan.

(WEBINAR PERCUMA)
--------

Tajuk: Therapeutic Storytelling: Skil Mendorong Perubahan Tingkahlaku Anak

DAFTAR>> https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
*Promosi Early Bird*
bakal berakhir hari ini (*20.12.2020*)

Jemput sertai kami,
Secara online dalam...

🌷*Seminar MENGENAL KARAKTER dan POTENSI Diri*
(Program Intro STIFIn -PIS)
yang akan berlansung pada:

🗓Tarikh: *26.12.2020 (Sabtu)*

Masa: *9 pagi- 2.30 petang*

💻 Medium: *Aplikasi Zoom*

🌺Speaker:
*Pn Nur Sakinah Ibrahim* (Feeling)
*Pn Siti Mashitah Sarif* (Instinct)
*Pn Maznah Ibrahim* (Intuiting)

(*Ketiga2nya adalah Certified Trainer STIFIn Malaysia)
.
.
Lain-lain Info:-

💵Bayaran: *RM 100 shj*
(untuk *pertama kali*)
❗️Promo : *RM 90*
(Untuk *early bird sebelum 20 Disember*)

♻️ *Refresher : RM 30 shj*
(pernah hadir program PIS sebelum ini)

▶️Bayaran boleh dibuat ke akaun:
152125072666
Maybank
Nur Sakinah Ibrahim
.
*Nota fizikal hanya akan diposkan* kepada para peserta yang *mendaftar sebelum/pada tarikh early bird* insyaAllah.
.
Jemput mendaftar dengan menekan link di bawah
(Selepas membuat bayaran),

https://bit.ly/seminarkarektor26dis

Selamat Mengenal Karakter Diri,
Untuk menyerlahkan Potensi Diri dan seisi keluarga 💖🌷


▶️
Link whatsap group bagi yang berminat sertai seminar ini untuk dapat update program di sini :

https://chat.whatsapp.com/BJzHeSoBpfRJrNQPchxj0V
Kekuatan akal fikiran yang baik dari hati yang berniat baik.

Bila ada emosi negatif kecil mendatangi, cara melawannya adalah kembali kepada kekuatan berfikiran positif.

Audio podcast #10 saya di spotify hari ini adalah mengenai ini.

Boleh dengarkan ya 😊😍

CARE 💗,
Maznah Ibrahim

******⚘⚘⚘*****

PS: Jangan lupa daftar Webinar Parenting bulan Disember kali ini berkenaan 'Therapeutic Storytelling' untuk Anak dari Ibubapa ya : 25 Disember 2020, 9.30 malam

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
.
.
Sekiranya sahabat ada alami ketidakjayaan mengisi pendaftaran, boleh cuba lagi dengan cara menaip email add secara manual bukan automatic filled, ok 😊👍🏼InsyaAllah akan sukses selepas itu.
Kisah Pelajaran Malam Tadi
Dari Anak Melalui Mak Untuk Anak
Sewaktu Santai Sebelum Anak Tidur
.

Kisah 1 :
Fateh kata : Bau pampers Baby Yumna busuk.
Yumna tak sedar ke ?
.

Saya kata macam tulah,
orang lain saja boleh beri maklumbalas tentang diri kita,
Kita biasanya tak sedar pun.
.

Orang lain cermin diri kita,
Contoh kalau kawan atau guru kata rambut Fateh busuk,
Maka mungkin benarlah,
Sebab Fateh tak boleh bau sendiri.
.

Kalau kawan kata Fateh marah,
Fateh rasa tak,
Sebab Fateh fikir 'marah ialah dengan pukul sekali',
Tapi kawan dengar suara Fateh tegas dan dia pun ada persepsi dia sendiri,
Maka perlulah kita berubah pada gaya suara..
.

Jadi bersifat terbukalah,
Bersedia terima kritikan.
Okay?
.

Dia angguk.
.
-------------------

Kisah 2 :

Khairunnisa' (KN) nak campur kertas dia potong yang besar tu dengan bintang comel yang Mummy buat,
Masuk dalam botol.
(Kami buat projek bintang bintang di langit)
.

So bintang comel pun tak nampak lah.
.

Saya keluarkan kertas potongan besar,
tinggalkan bintang sahaja,
tanya KN:
.

"Nampak bintang comel tu? Cantik tak?"
.

"Nampak. Cantik!".
.

Okay, saya campur semula kertas potongan besar lain tu, dalam balang sama.
.

"Sekarang nampak bintang tak?"

"Taaak. Bintang dah tenggelam". (Kata KN dengan kosa kata mengagumkan hehe😅)
.

"Betul.
Jadi, benda baik dan tak baik,
tak boleh campur.
Bila campur, benda baik mudah tenggelam sebab benda tak baik tu pengaruh dia besar.
.

Macam Fateh, nanti besar bergaul, berkawanlah dengan kawan yang betul dan baik.

Jika tidak, 'bintang' potensi Fateh akan tenggelam. OK".
.

Faham tak faham Fateh separa faham dan angguk jela hehe.😀😀😀
.
.
====================
Nota.

1. Bila ada situasi anak bercakap sesuatu, dan perlu dikaitkan dengan pelajaran kehidupan dia yang unik tersendiri tu, terus berikan pelajaran / mesej itu. Sebab ia 'fresh' dia tengah tanya dan 'engage' dalam situasi itu.

Macam Fateh sebelum ni meluah pada saya yang kawan kata dia marah sedangkan dia rasa tak, marah ialah dengan pukul sekali dan dia tak pukul orang. Saya kata maybe sebab suara Fateh tegas dan kelihatan marah. Macam sekarang ni. So marah juga ialah dari suara (verbal) dan atau pukul (perlakuan).

Guru pernah kata "Fateh, shampoo rambut" dengan muka serius seperti gurau.

Ayah Fateh selalu minta dia shampoo rambut sebab rambut dia berbau (dia kan rambut lebat hitam), dia pun shampoo la. Namun saya tak pernah rasa rambut dia ada bau semerbak ke apa 😂😂😂.
.
.

2. Biasanya dengan tunjuk metafora macam ni (bintang dalam balang) anak lebih jelas perbezaan depan mata dan boleh berfikir, boleh memilih, boleh buat keputusan dengan lebih tepat dan baik.
.

3. Ibubapalah yang merupakan guru kehidupan anak anak. Sentiasa didik dan bimbing dengan penuh kasih sayang, dengan kaitkan on the spot situasi mereka sewaktu MOOD BAIK dengan ISU MEREKA yang masih puzzle pada minda mereka saat mood baik itu
.

4. Biasanya mood baik tu sebelum tidur, santai santai beraktiviti dah nak tidur dah .. Grounding Technique.

.

Maznah Ibrahim
15 April 2019

****⚘⚘⚘***

PS: Jangan lupa daftar Webinar Parenting bulan Disember kali ini berkenaan 'Therapeutic Storytelling' untuk Anak dari Ibubapa ya : 25 Disember 2020, 9.30 malam

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
.
.
Legasi Keibubapaan

Sambung yang baik
dan putuskan yang kurang baik -->♡ bina yang baru,

Dalam diri setiap insan itu berpotensi untuk menjadi yang lebih baik,
InsyaAllah.

1. Niatkan (+doa dulu)

2. Cari jalan. Kadangkala boleh self help sendiri kadangkala perlu bantuan luar.

3. Work out 1 cara/jalan secara konsisten dulu.

4. Review perubahan /progres, raikan diri.

5. Kekalkan dan tingkatkan usaha yang baru.


Care 👏⚘,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

P/S: Sudah lebih 800 orang mendaftar untuk Webinar Parenting Therapeutic Storytelling. Anda sudah ?

**⚘⚘⚘*****

25 Disember 2020, 9.30 malam, room tertutup.

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
.
.
Yakin dan Gembira

Saya rasa dua elemen perasaan ini agak mahal juga nilainya.

Yakin - buat kita jadi tenang. Ada kaitan dengan kepercayaan.

Kalau fikir dalam lagi ada kaitan dengan asas keperluan seorang manusia apabila mula-mula menginap di dalam rahim ibunya dengan penuh kasih sayang.

Rasa selamat, rasa tenang, rasa yakin : iaitu yakin kepada ibunya.

Ia fitrah. Kita perlu rasa selamat dan yakin.

Anak yang sudah mobile pula akan menjadi seorang yang yakin diri apabila dia memperoleh rasa kepercayaan dari ibubapanya kepada dirinya semasa dia nak terokai dunia sekitarnya kan (akan muncul lagi isu ini bila anak remaja).

[Anak mula rasa selamat sejak dalam rahim dan diteruskan bila dia lahir - disediakan semua keperluan asasi untuk dia hidup makan minum bersih tenang].

Untuk orang dewasa macam kita ni, dengan ilmu / info yang betul banyak ketakutan atau kebimbangan boleh hilang. Maka carilah sumber maklumat yang betul dan tepat.

#Gembira

Semua manusia mahu rasa gembira. Kadang manusia juga sekat diri daripada rasa gembira tanpa dia sedar juga.

Kadang sukar nak kecapi gembira sebenar apabila ada beban bersarang dan berat di dada. Ada juga gembira sekadarnya, seminimanya, sepura-puranya demi kebaikan.
.
.

Saranan saya,

Kembalilah kepada Tuhan Yang Merupakan sumber segalanya. Apa jua masalah, Dia tahu dan dia paling tahu bagaimana solusinya.

Yakin dan percaya kepada Nya. Sebab kita bukan lagi janin yang bergantung tali pusat ibu dan rahim ibu untuk hidup riang gembira seperti dulu lagi.

Kemudian bukalah hati untuk rasa gembira, segembira seorang anak kecil yang mudah let go dan kelihatan tiada masalah.

Takkan ibubapa mahu anak mereka mewarisi cara gaya emosi mereka yang berat bersarang dan sukar nak kecap bahagia? Walau tanpa sedar itulah yang diserap dan disampaikan kepada sang anak tanpa kita mahu.

Kadangkala atau biasanya orang dewasa perlu lebih banyak belajar dan serap tenaga ringan lepas bebas dan gembira teruja kanak-kanak ni.

Bermainlah dengan mereka, masuklah ke dalam dunia mereka.

Rendahkan diri dan bergolek atau berbaringlah bersama mereka juga.
.
.

Yakin dan Gembira.

Datanglah kepada mereka yang membaca ini.
Yakinlah ada sumber untuk kita memohon bantuan dan bersandar, ia sentiasa ada. Iaitu Tuhan kita yang sentiasa ada dekat dengan kita. Mohonlah padaNya sentiasa ya. :) Dia sangat Pemurah dan Penyayang.
.

*sedang mode membaiki slide lama untuk Therapeutic Storytelling. Pastinya versi baru sebab saya pun dah semakin 'berusia', heheheh.

Sudah cecah 1000 orang mendaftar. Jangan lepaskan peluang ya, ia live dan ia limited dan istimewa untuk kita semua.

25 Disember 2020, 9.30 malam, room tertutup.

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t

Care 🧡,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
Memandangkan usia anak kecil memang penuh dengan imaginasi dan seangkatan dengannya,

Maka sebagai ibu ayah kepada anak usia emas,
Kita perlu juga belajar untuk menjadi sedikit kreatif,

Agar mendekatkan diri kita (kecilkan jurang) dengan fasa perkembangan mereka dari sudut pemikiran, emosi dan sosial.

.
CARE 💗😍,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

....... 🌱🌱🌱 ......

[Webinar Parenting: Therapeutic Storytelling]

Sudah lebih 1000 orang mendaftar. Jangan lepaskan peluang ya, ia live, ia limited dan ia istimewa untuk kita semua.

25 Disember 2020, 9.30 malam, room tertutup.

https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t