Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
SEMINAR EHSABAR 01
29 JULAI 2017, SHAH ALAM
8.30AM - 5.30PM

[UPDATE] Yuran Early Bird untuk seorang tamat esok.

Daftar dengan pasangan untuk lebih penjimatan.

Maklumat Lanjut Seminar dan Konten EHSABAR

klik link>>> Bit.ly/t_ehsabar
Bismillah,

Anda Ada Soalan/Kemusykilan Nak Tanya Saya?
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Alhamdulillah,

mungkin atas niat nak mudahkan orang bertanya soalan,

selepas saya ada buat link form ini, (namun saya tidak announce umum, hanya reply komen 1 sahaja), saya sudah dapat 2 orang isi form ini untuk bertanya soalan,

namun serentak itu saya terima banyak juga persoalan secara medium lain (whatsap, messenger dan page massage),

Doakan saya mampu reply dari pertanyaan di saluran form ini, kerana mereka semua setuju ia di upkan secara umum jawapan nya, tujuan utk pelajaran bersama.

p/s Bukanlah jawapan apa, sekadar sedikit penilaian dan feedback dari pengamatan saya sahaja berkenaan kemusykilan untuk rujukan kita bersama.

Sahabat boleh kemukakan di sini,
soalan / kemusykilan berkenaan psikologi anak-anak kita yang berusia 0-18 tahun, atau juga berkenaan keibubapaan iaitu diri kita sendiri.

bit.ly/tanyamaznahibrahim
.
.

Yang saya paling terkesan, dari form ini, soalan berkenaan anak besar iaitu usia sekolah rendah menengah, (alhamdulillah pengalaman klien sahaja yang bantu saya fahami jiwa anak remaja ini dan bantu kita ibubapa anak kecil cegah kesilapan mungkin berlaku)
.

dan soalan berkenaan kes seksualiti kanak-kanak (sexualised behaviour, masturbation, liwat, cabaran youtube/tv/games),
.

LUA Seksualiti Kanak-kanak
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

LUA (Law Of Attraction) kes seksual kanak-kanak yang mana saya amat passionate pula,
.

semalam saya dapat berita mengenai Annual Scientific Conference IMAM 2017 pada 29 Sept - 1 Oktober di Perlis,

saya akan terlibat sama dalam membantu,

di assign pula bantu slot Simposium 1 berkenaan child sexual abuse & pedofilia 😱, means saya akan berjumpa la dengan Syed Azmi insyaAllah. 😃
.
.

Sini Link Form nya jika anda ada soalan nak tanya saya ya:
.
Bit.ly/tanyamaznahibrahim
Lama saya nak menyedut / share skrip teknik betul ni kepada sahabat semua,

silakan baca, hadam dan share ya.

skrip asertif banyak saya sentuh di dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi Siri 2 dan dalam EHSABAR Level 2.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=767468136761106&id=477691842405405
Punca Kepada Tingkahlaku Tak Menyenangkan ialah Emosi / Hati

Saya sedut sedikit part akhir dalam filem Moana,

rupanya hati dia telah dicuri,

1000 tahun,

dan si amarah itulah Te Fiti, yang hatinya telah dicuri oleh Maui 1000 tahun lalu.
...

dan pabila hati telah dikembalikan,

fullfilled,

berubah jadi baik / kembali asalnya.

dari kaler merah panas membahang dan hitam diri bila tak merah,

kepada hijau, hidup, semerbak warnai bajai seluruh alam.
.
.

Sama juga iceberg, anak-anak, isteri, suami,

bila sikap jadi lain macam :- agresif, marah-marah, tuduh, panas membahang, buat hal,

ada hati yang terluka,

atau tangki emosi menyusut,

penuhi keperluannya.

Refleksi,
Maznah Ibrahim



Jum belajar urus emosi dengan cepat tepat dan efektif,

pengurusan emosi ibubapa alaf baru

maklumat lanjut di

Bit.ly/ehsabar

Hubungi Pn Farah untuk pertanyaan lanjut:

www.wasap.my/60177080038
KN excited menunjukkan skill melipat 'kainnya' (penutup kepala renang abg Fateh)

Fasa usia 2 thn juga ialah fasa MENUNJUK kan skill mereka,

memanjat, menumbuk alu, melompat, apa saja kerja sendirinya

kerana ia fasa AUTONOMI, buat dengan cara aku sendiri,

dan jika tidak dibenar/dirai, akan boleh mencipta kepada rasa RAGU-RAGU (doubt). RAIKAN.

perhatikan KEYWORD mereka:

"mami, ayah, tengok ni, tengok ni"

(nak tunjuk skill apa apa la 😂)
.

di sudut sana, abgnya sibuk tunjukkan skill juga, menjadikan gasing laju berpusing dengan jayanya,

Fasa INITIATIVE (berusaha) dengan pelbagai gaya usaha, jika tidak dirai, boleh mencipta RASA BERSALAH kerana telah usaha tetapi tidak disokong malah dimarahi ats usahanya.
.

raikan.
maznah ibrahim.

video KN melipat 😂😂

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=769854836522436&id=477691842405405
Fasa 2-6 tahun
============

Oh ya, penulisan yang atas ini👆


Fasa Autonomi ialah dalam lingkungan usia 1.5-3.0 tahun
.

Manakala Fasa Initiative ialah usia dalam 3.0-6.0 tahun
.

Fateh 5.4 tahun manakala KN (Khairunnisa' ialah 2.4 tahun),


Fasa 2-6 tahun ini amat penting overall untuk konfiden, harga diri, efisien diri,
.

yang mana ia akan muncul semula mungkin (kebanyakan kes),
.

isu, pabila masuk usia remaja, 13-17 tahun,
.

ditambah faktor usia remaja hormon kurang stabil,
.

dan cabaran konflik/ keliru identiti, serta faktor tekanan rakan sebaya amat tinggi.
.

anak yang jatidiri tinggi ialah anak yang dipenuhi keperluan perkembangan emosi dan sosialnya semasa usia 2-6 tahun,
.

dan ia sebenarnya bermula dari asas yang stabil dan konsisten,

bermula pabila usia 0-2 tahun (percaya kepada penjaga /ibubapa --> membentuk security/rasa selamat kepada persekitaran),
.

berlanjutan dengan yakin diri dan aspek sosial perlahan-lahan semasa usia 2-6 tahun ini.
.

Hmm... ok kah?
.

Maznah Ibrahim
Bukan Mudah Menjadi Ibu Tiri pada ketika anak sudah berusia 10-11 tahun seperti ini.

Namun, insyaAllah bonding tetap boleh berjaya dibina.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=770788969762356&substory_index=0&id=477691842405405
Peringkat Usia 2 Yang Mencabar, Sebenarnya Fasa Kritikal untuk Jaya Diri dan Estim Diri.
.

Perasan kan, anak usia 2 lebih strong willed, mahu itu ini dengan cara dia sendiri.
.

Itu dipanggil fasa autonomi vs ragu-ragu.
.

Sokong, dia rasa best dan puas sebab dapat buat sendiri
.

Dihalang, dia akan jadi ragu-ragu, eh boleh ke aku buat ni?
.

Ingat lagi fasa usia Fateh setahun lebih dan seterusnya, rupanya ibubapa Intuiting macam saya memang akan beri ruang dan peluang.
.

✓Masak nasi (ceduk beras, basuh dan petik api periuk elektrik),
✓Potong sayur dengan pisau sebenar,
✓Tumbuk alu,
✓Mengacau masakan panas dengan senduk/sudip,
✓Blender,
✓Menyapu, mengemop bagai,
✓Menggunting gunting sebenar,
✓Menyidai baju,
✓Gosok gigi sendiri, mandi sabun sendiri
.

Semua lah yang orang dewasa buat.
.

Key nya saya mahu dia experienced. Berpengalaman. Alami.
Pengalaman mahal dan tak boleh diganti,
since dia minat nak buat sama, kan?
Fitrah anak usia sebelum 2 minat amat kerja orang dewasa yang dia nampak.
.

Hasil, memang dia expert dan boleh buat.
Tunggu besar nanti aja sudi buat dengan tak kekok 😋 untuk berdikari asrama/ nanti bantu isteri.
.

KN juga sama.
.

Semua atas tu dia ada buat juga.
.

Sebenarnya memang ada halang sedikit, tapi,
10% dari seluruh kerja itu dia cuba buat,
Kita beri ruang dan peluang,
90% itu kita murnikan kerjanya, of course.
Dia cuma nak merasa saja....
Lepas merasa biasanya dia tinggalkan.

Beri ruang.

Video KN gunting dan say gud words about herself susulan post ini ya.


Maznah Ibrahim
Macam Mana Nak Dorong Anak Jadi Yakin Diri?
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-

Kita Jadi/ Buat Apa Yang Kita Nak Anak Jadi / Buat.
.

Saya bukanlah sempurna.

Namun memang jelas, ayat di atas (tajuk post ini), dalam sehari-hari saya.
.

Suami saya selalu berkata, jika kita nak anak jadi kelakar, tak serius sangat, fun dan menyenangkan, kita jadilah seperti itu.
.

Kita mahu isteri/suami kepada anak kita tak stres sangat dengan anak-anak kita, biar mereka gembira memiliki pasangan yang menyenangkan hati, lawak / gembira, dan ciri positif lain, maka mulakanlah dari sekarang heheh.
.

Petang tadi, saya terkesan semasa merakam Khairunnisa' menggunakan gunting, dia ucapkan skrip self recognition - rasakan diri berjaya, dan hargai diri.
.

"Mami, Adik berjaya gunting !". (dengan bangganya.
.

Dari mana rasa percaya itu boleh timbul?,
.

sebenarnya saat sebelum itu, saya raikan skil menggunting kecil dia -
.

"Waah 😍😍 Adik berjaya gunting" (walau of course tak sempurna, dan beberapa kali dia nak kita guntingkan, kita tunjukkan, akhirnya kita puji hasil kejayaan kecil dia.
.

Kan? Sejibik ayat dia.
.

*Nota.
.

1) Fikirkan, Rasakan, Ucapkan yang baik-baik kepada anak, exactly sama seperti apa yang kita mahu dia jadi fikir, rasa dan ucap juga.
.

2) Peringkat usia 2 ialah autonomi, iaitu buat cara sendiri, dan egosentrik bermula, dia saja betul dan dia saja punyai semua.
.

Namun, sebalik dari ini, jika dihalang, dan atau dimarahi, boleh membentuk rasa 'ragu-ragu',
.

- boleh ke aku buat, nanti silap kang? jatuh kan? sakit kang? (segala yang buruk tu dari ayat kita jika kita sering ucapkan ayat menakut-nakutkan untuk halang dia cth: jangan panjat nanti jatuh).
.

3) jadinya dia memang terhalang dari lakukan sesuatu yang dia berhasrat awalnya nak buat (anak kecil otak kanan akan redah sebenarnya),
.

dan jadilah ragu-ragu, yang mana,
mahukah kita, anak kita menjadi seorang dewasa yang tidak yakin diri,
dan sering ragu-ragu?
Belum cuba sudah fikir dan rasa negatif. Jadi tak buat langsung pun 😅
Ramai tak di kalangan kita macam ni?
Ada kemungkinan masa kecil usia 2-3 camtu dihalang lakukan banyak perkara sehari-hari...
Gosok gigi, mandi, panjat, makan sendiri. dll.
.

4) Jadi, lepas ni, bantu dan beri ruang peluang, puji saja usaha mereka. 😃 OK.
Kita juga sebagai manusia bila terniat terdetik nak lakukan sesuatu dan diizinkan, disokong, dan bila dah buat orang puji kita berjaya lakukan ia, 😍 wah bukan kah kita juga rasa semangat nak cuba lagi? Berkobar-kobar, kan heheheh.

.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Video KN say gud words abt herself:


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=772662286241691&id=477691842405405