MACAM MANA NAK RESPON BILA ANAK ADA 'NEGATIVE SELF TALK'
Bila anak mula ada skrip tak berapa baik berkenaan dirinya, peranan ibubapalah untuk bantu betulkan semula.
Pasakkan skrip yang baik-baik dan positif sehingga akhirnya dia PERCAYA dan ada 'POSITIVE SELF TALK' mengenai dirinya.
Sistem kepercayaan dalam dirinya berubah.
Ini mudah untuk anak kecil-kecil, sebab self esteem anak kecil sememangnya sedia ada sangat tinggi.
Mereka yakin diri, mereka berani redah, mereka tiada ketakutan kerana kurang pengalaman dan tekanan.
Sebaik mula masuk alam persekolahan, cabaran negative self talk akan mula melandai.
Macam Mana IbuAyah Boleh Bantu?
Ajarkan anak-anak skrip tegas diri (‘Self Affirmation’) apabila mereka sedang hadapi isu takut atau tidak yakin diri, bermula usia 3 tahun.
Caranya kita sebutkan ayat, minta dia ulang.
Contoh :
Situasi 1: Anak nak beli aiskrim dan kurang berani. Maka saat itulah digunakan untuk PECAHKAN BARRIER DALAM DIRI DIA dia sebab dia nak sangat aiksrim tu.
- Ajar dia sebut :
“M (nama dia) berani beli aiskrim sendiri” (sambil tepuk dada kiri dia)
- Tunggu dan observe aja.
- Puji bila berjaya.
- Temani bila dia tak berjaya, cakap kat dia: "Tak apa, NANTI M (nama dia) boleh beli lagi.
.
.
Contoh Situasi 2: Anak kecil kita teringin nak main bola sepak dengan abang besar, tapi ada ketakutan/kebimbangan kepada penolakan :
- “Saya berani main bola sepak dengan abang-abang”.
.
.
Contoh Situasi 3: Anak nak berenang tapi takut tenggelam:
- “M berani berenang di kolam besar. M berjaya terapung. M berjaya berenang”.
.
.
Skrip tegas diri ini bantu terapkan yakin diri kerana bermula dengan perkataan ‘Saya’ atau ‘Nama dia’,
dan disusuli dengan perbuatan tingkahlaku spesifik yang mereka mahu,
pada saat mereka sangat mahu,
dan pada lokasi yang sesuai (tepat).
.
.
Ia lebih berkesan berbanding dipaksa atau disuruh di saat mereka belum bersedia ;)
.
.
p/s Kongsikan dengan pasangan anda ya, kita saling peringatkan.
.
--------------------------------------------
.
Cabaran RM1
°°°°°°°°°°°°°°°°
Ini cara kami terapkan pada anak sulong kami, Fateh. Masa usia dia 2 tahun 8 bulan, saya bagi dia peluang beli sendiri bila dia nak sangat beli aiskrim kat kedai runcit, tapi dia pulang dengan RM1 layang-layang.
Setelah kejadian itu, siri kejayaan membeli sendiri berulang dan saya namakan 'Cabaran RM1' dan meningkat ke RM2 dan seterusnya.
.
Kaedah 'Self Hypnoscript' Untuk Anak
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Dia mula ada 'rasa' takut bila usia 3 ke atas (sebab usia 3 sudah mula berfikir), maka saya gunakan skrip 'Self Affirmation' ini untuk bantu dia. Next dia boleh train adik dia Khairunnisa' pula dan adik lain seterusnya.
Bila usia dia 6,7 tahun, dia ada halangan dalam diri belum boleh membaca lancar.
Kami cuma cakapkan padanya:
Fateh bukan tak boleh membaca, Fateh belum membaca. NANTI Fateh akan lancar membaca dan laaaagi laju dan jauh boleh tahu banyak perkara dari kebolehan membaca tu.
Usia 8 baru dia betul lancar membaca, alhamdulillah. Kami sabar dan sentiasa menyokong dirinya. Esteem dirinya perlu dipelihara selalu dan peranan kitalah yang senantiasa memasakkan kata-kata yakin itu.
.
Boleh dapatkan Ebook Premium Skrip Hypno bagi Isu Anak Usia 0-18 Tahun bagi konsep, dan cara membina ayat dan contoh ayat positif disediakan.
Https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch200220
CARE ❤,
Maznah Ibrahim.
.
Telegram channel parenting dan psikologi anak di sini:
T.mazn.me/chan

Bekerja dari rumah memang tidak mudah.
Dengan keperluan anak kecil amat tinggi, dan keperluan majikan juga ada ekspektasinya.
Perkongsian dari video ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.
https://youtu.be/7VNMc3ttaFA

YouTube
[Bahagian 4] Stres Bekerja Dari Rumah Tempoh PKP
Bekerja dari rumah juga tidak lari dari tekanan. Karenah majikan, anak-anak dan pembahagian masa yang tidak bijak dilihat kadang kala membawa kepada tekanan. Apa langkah yang sepatutnya diambil?
Saya kongsikan mengenai psikologi bekerja di rumah, apakah…

Kerapkali Terlepas Marah Anak Tanpa Sedar, Kan?
Boleh cuba 5 cara segera ini.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1565909936916918&id=477691842405405
InsyaAllah saya akan present dalam webinar secara percuma esok berkenaan pengurusan emosi wanita esok Sabtu, ya (31/10). Stay tune.
Care ❤,
Maznah Ibrahim

Jemput membaca perkongsian Pn Ainini dan mudahan dapat kita pelajari sesuatu, InsyaAllah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3350719521687942&id=100002497810368

Sahabat Alumni EHSABAR, Pn Yasmin Sari, juga aparentis IbuRose; jemput baca penulisan bermakna beliau ya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158017110388192&id=685028191

Webinar pagi ini, bicara santai bersama moderator Cik Aisyah Bahari. Boleh klik
https://bit.ly/webinarpengurusanemosi
sekiranya mahu masuk dengar live.
Lepas isi form dapat link ke fb group penganjur.

Positif, positif, positif.
Setiap ujian keibubapaan yang kita hadapi setiap hari, sesuai dengan kemampuan kita.
Set ujian itu khusus untuk kita,
mengikut kapasiti kita,
dan support yang kita mampu akses sebenarnya.
Gali potensi dari dalam diri dan dari luar,
pasti ada.
Move on setelah proseskan ia,
iaitu refleksi, dan pelajari.
Hidup amat singkat untuk kita kenang yang kurang indah,
tetapi cukup panjang untuk kita fikir kebaikan pada masa akan datang hingga hujung usia dan kehidupan selepasnya.
CARE 💗
Maznah Ibrahim
Jum join telegram positive parenting dan psikologi kanak-kanak di sini:
T.mazn.me/chan
#keluargaladangpahala

Anak Tidak Pandai Meluah Kepada Ibubapa.
Ini antara harapan banyak ibubapa, anak reti meluah kepada mereka.
Apakah antara faktor yang membolehkan anak meluah /berkongsi kepada ibubapa?
Apakah kesan bila anak jenis simpan perasaan dan peristiwa dialaminya sehari-hari? Kesan hingga remaja, hingga dewasa? (Lihat diri kita dan pasangan kita).
Bermaksud mereka tidak simpan ke dalam diri mereka saja.
Ia memerlukan satu latihan dan modelling berterusan, sekiranya ibubapa sendiri bukan jenis meluah.
InsyaAllah akan dicover dalam Webinar Parenting bulan November ini.

Nak latih anak pandai luah perasaan? Mulakan dengan perkenalkan vokabulari perasaan asas kepada mereka sejak bayi (mereka dengar, mereka alami), awal kanak-kanak (mereka lihat, alami, mereka ciptakan), dan terus hingga besar. Setiap hari pun ada perasaan melanda kan.
Macam Mana Nak Bantu Anak Regulasi Emosinya – Fokuslah kepada Kemahiran EQ – Maznah Ibrahim
https://maznahibrahim.com/%e2%80%8b5-level-eq-untuk-anda-tahu-dan-fokuskan-kepada-anak-anak-lebih-dari-iq/

Rendah atau tinggi
Berwarna cerah terang atau kelam
Jelas besar menonjol atau amat kecil tersembunyi
Setiap anak unik
Dan terbaik kejadiannya,
Kerana setiap mereka adalah ciptaan Allah Yang Maha Mencipta dan terbaik ciptaannya.
Peranan kita memastikan ia dibawa keluar potensinya hingga menjulang tinggi jauh,
InsyaAllah.
Refleksi,

Elak Toxic Parenting
Reminder bersama petang ini.
Kenali diri, jaga diri, hargai diri, selesa diri.
Pilih yang baik,
Amal yang betul ok.
.
.
Care ❤⚘,
Maznah Ibrahim
.
Join telegram channel saya untuk keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di

Assalamualaikum wbt
Dan salam sejahtera semua.
Berita baik untuk semua pembeli ebook Hypnoscript.
Slot khusus khas untuk para pembeli Ebook Hypnoscript,
Anda dijemput untuk menghadiri Webinar Premium: Fast Track Hypnoscript,
Yang mana ianya adalah bagi membantu para pembeli Ebook yang:
😫 Tidak sempat membaca
😥 Tidak tahu macam mana nak mula
😅 Baca tapi tak habis
😳 Kurang yakin nak guna/apply macam mana
😌 Dan lain-lain yang berminat nak tahu dan tambah ilmu diri
Ianya percuma dan registration link akan diberi kepada email anda (seperti mana anda mendapat link Ebook Hypnoscript ini ya).
Boleh beritahu sahabat anda yang membeli ebook ini dan mungkin tidak berada di dalam support group ebook tersebut.

Macam Mana Nak Bantu Anak Kendalikan 'Big Emotion'nya?
'Big emotion' ni adalah emosi yang besar dan 'real', sebenar bukan dibuat-buat.
Anak-anak masih belajar mengurus, meluah/menunjukkan emosinya, terutama dah masuk usia 1.8 hingga 3.0 (memang meletus tanpa ditahan, pastikan dia selamat ok aja), manakala usia 3-6 tu masih immature lagi pun, tapi berita baiknya boleh dikomunikasikan bersama akan emosinya (dibawa kepada rasional sedikit).
Sama ada dia luah agresif, dia luah asertif atau dia pendam (diam, nafikan, freeze dia nya emosi), itulah 3 caragaya luahan emosi manusia.
Kita akan mudah rimas bila dia punya big emotion tu melampau-lampau reaksinya seperti menangis merengek kuat (kesakitan fizikal/sedih kecewa), mahupun melepas-bebas emosi marah secara agresif.
Yang nak dibawa halatuju akhirnya adalah dia asertif, luah dengan baik dan lega. Dia rasa didengari, dihargai perasaannya dan dia sendiri rasa 'heal' bila difahami/di'acknowledge' perasaan real dia tadi tu (latih seawal usia 2 hujung hingga seterusnya).
So, langkah 3 di poster adalah paling utama, tidak dibiarkan berakhir tanpa solusi/balutan tetapi dibawa kepada perbincangan secara jelas, terbuka dan baik.
Bunyi macam nak ajar anak bernafas kan langkah 1, tetapi sebenarnya nak dilatih tu ialah ibu ayah sendiri untuk bernafas dalam-dalam untuk 'induce' tenang dan level rasional 😄😄😄.
Sambil tu bergeraklah buat kerja yang perlu disudahkan (alert dengan kondisi anak selamat ke tak, itu aja).
Lepas dah tenang (mungkin dua dua pun dah tenang sebab core nya ibu ayah dah tenang sedikit), barulah bawa kepada langkah 3 tu ya.
Hasilnya anak memang belajar untuk luah, tak simpan, sebab disediakan platform nya untuk didengari, meluah tu.
Dia belajar yang dirinya penting, emosinya tadi tu penting dan benar, tidak dinafikan. Dan jika perlu tahap bermaafan satu sama lain (isu konflik perhubungan), buatlah dalam keadaan baik setelah didengari. Walaupun yang meminta maaf itu mungkin ibu ayah sendiri kepada anak ya.
Cubalah.
Sebenarnya modelkan dan sediakan suasana selamat untuk luahan rasa itu saja. Syaratnya ibu ayah sangat tenang dan terkawal emosi (bukan emosi kawal ibuayah ya).
Breathe tau.
Care ❤🌹,
Maznah Ibrahim
Jum join telegram channel saya berkenaan keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di :
t.mazn.me/chan