Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Alhamdulillah😍👍🏼
Hampir 12 malam kita malam tadi.
Maaf atas kesulitan line dan suara/gambar pada peringkat awal.
801 telah mendaftar dan telah berjaya masuk dalam dekat 200. Syabas 🌟😍👍🏼

.
Tim saya positif untuk terus berkongsi dalam webinar dan dalam masa sama pertingkatkan bab keupayaan teknikal/tool. Selebihnya boleh saja rakam elok-elok, namun live ni tetap ada keistimewaannya (participants support each other, soalan dijawab terus, peserta consume habis dan tak tangguh).
.


InsyaAllah rakaman akan diberi kepada yang mendaftar, melalui email dalam masa 24 jam (so boleh la tengok malam ni ya, lajukan yang tak ok depan depan tu).
.

Maklumbalas dan doa kalian semua buat saya rasa amat bersyukur, gembira, dan beri kekuatan untuk terus berkongsi. Berkongsi bukan saja untuk kebaikan orang lain, namun lebih lagi untuk diri saya sendiri 😍.

Alhamdulillah.

Care
Maznah Ibrahim

*Amalkan ya, walau sedikit 1 aspek
Pukul 12.05 am email telah dihantar oleh sistem untuk reseat webinar rakaman semalam ya 😀👍🏻👍🏻. So no worries yang tertinggal. Masih ada peluang. Saya lihat tadi ada 837 telah mendaftar, mungkin masih ada mendaftar selepas webinar berlangsung.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat pagi semua.

Jika kanak-kanak dalam satu kelas pun mudah rasa tersaing antara satu sama lain,
Apatah lagi anak anak kita dalam satu rumah, kan ?

Lebih mudah urus kanak-kanak (adik beradik) di rumah sebenarnya sebab usia mereka berbeza,

Nak bersaing pun keupayaan / kemampuan berbeza,
Cuma Mak Ayah aja sama 😄😄😄

Satu dari cara berfikir yang saya gunakan semasa anak kedua lahir, ialah:-

🏑Tiada sesiapa merampas kedudukan nombor anak no 1,
Sebab dia tetap abanglong, anak no 1,

🏑Manakala anak no 2 ni tetap kedudukan anak no 2 yang tiada boleh dirampas sesiapa juga,
Maksudnya setiap anak dia ada kedudukan unik dan tidak mugnkin tergugat (bagi kes bukan kembar, jika kembar pun ada kakak/abang dan adik, kan),

🏑Tiap satu dianugerahkan 100% atau mungkin anda katakan sebagai 300% kasih sayang 'full' tak berbelah bahagi, sebab kedudukan masing masing berbeza di kerusi berbeza.

Setiap anak unik.

Kini sudah 3 anak,

Tiap satu pun sangat comel dan tersendiri,

Ada kelebihan, keunikan tersendiri,

Walau sama Thinking semuanya tapi tetap tak samaaaa 😄😄😄😆.

Dihadiahkan kasih sayang 100% sama setiap seorang semenjak terjadi atau tercambahnya benih kejadian mereka.

Kasih sayang mak ayah mereka tiga ni semakin berkembang melimpah ruah,

Tak kurang sikit pun bila anak yang baru lahir,

Semakin lama semakin banyak
Ia anugerah Tuhan, mencampakkan rasa kasih sayang dan Cinta dari Nya kepada kita, dan dariNya kepada si anak ini... dan melaluiNya dari kita kepada anak-anak.

Ada 7 tips mudah saya tulis dulu,
Mungkin boleh bantu anda,
Untuk atasi isu anak / adik beradik gaduh & tak ngam.

Ebook.maznahibrahim.com/ngam

CARE ,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Ramai PM tanya kata tidak dapat tengok rakaman,

Tim saya sedang berkerja keras untuk siapkan rakaman edited, InsyaAllah akan diemail manually (versi telah kemas) kepada semua yang telah daftar, OK.

Doakan. Terima kasih.

Maznah
"Saya cuma tegur anak saja, anak pukul saya semula. Saya jadi marah dan amat sedih" : luah antara ramai ibu kepada saya. Situasi sebegini amat common.

Saya juga ada alaminya sewaktu anak kecil kecil dahulu. Mari kita fahaminya.

Apakah psikologi di sebalik anak yang memukul ibubapa ?

https://maznahibrahim.com/pelik-marah-kenapa-anak-kecil-saya-pukul-saya/
Apakah Itu Teknik Give In Untuk Anak Usia 2 Yang Banyak Aksinya Ini ?

Kisah Time In, Give In

https://maznahibrahim.com/ada-teknik-give-in-untuk-anak-usia-2-apa-tu/
"Na mari sini"
"Na, pegang tangan kakak" - kakak KN sangat seorang penjaga yang baik, Thinking introvert.

"Na, kakak tau Na boleh buat" - beri semangat dan keyakinan kepada si adik yg adik boleh lakukan

MasyaAllah.

Lain, takda dalam video.

"I know u can do it".

MasyaAllah. Bagusnya kakak KN.

Hasil hypnoscript, dialah budaknya dari bayi till now. Positif sekali. Selalu positif.

Keyakinan diletakkan kepada orang lain di saat Yumna rasa tak yakin turuni gelongsor panjang putar ini.
.

Maznah Ibrahim
Rasa Gagal Sebagai Ibu Ayah

Sebagai ibu ayah normal, kita akan pernah rasa ‘down’ pada satu-satu ketika dalam ‘parenting journey’ kita.

Rasa teruk.
Rasa salah.
Rasa tak cukup bagus (incompetent)/ gagal.
.

Itu adalah ‘perfectly normal’.

Saya pernah rasa juga…😞
.

Cara overcome ialah :

🌼Rasakan : rasakan perasaan down atau incompetent itu. Feeling tak ok namanya.

🌼 Nafaskan perasaan itu : tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan.

🌼 Fikirkan : Allah cipta Manusia sebagai ciptaan Terbaik.
Sebenarnya aku ini adalah Ibu atau Ayah yang terbaik untuk anak-anakku yang terbaik.
Mana mungin anak hebat ini dijagai oleh ibu ayah yang tak fit dengan dia.
Tak apa aku buat silap, atau tak cukup bagus, sebab aku akan ULANG lagi, buat lebih baik.

🌼 Badan : Senyum sambil cerahkan mata, pandang ke depan.

MOVE ON.
.
.

Ia bisikan atau gangguan syaitan jeneral dari department keibubapaan aja sebenarnya.
Meruntuhkan estim diri ibubapa hebat semua 👊
Kasi syaitan kalah sikit, ok.

Bila rasa lemah,
Barulah kita tahu / sedar kita ni memang manusia kerdil,
Perlu kembali kepada Pencipta kita,
Maha Sempurna, Maha Tahu,
Rujuk dan kembalilah kepadaNya untuk tenang
( 87 : 27-30 )
.
.

CARE,
Maznah Ibrahim.

*Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di

t.mazn.me/chan
Alhamdulillah,
Recorded webinar link telah dihantar ke email yang telah mendaftar webinar minggu lalu.

Sekiranya tiada di inbox, boleh periksa di folder spam/ promotion ya. Sekiranya tiada bermaksud ada salah masuk email semasa mendaftar hari itu (typo).

Bagi yang belum / tidak sempat mendaftar dan berminat, kami akan buka form pendaftaran baru kelak.

Selamat menonton seorang diri atau dengan pasangan ya 😃


Maznah Ibrahim

#SalamMerdekaEmosi
Antara review yang sempat kami masukkan ke dalam sistem.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1573080236199888&id=477691842405405

Terima kasih semua atas sokongan berterusan, kesabaran, dan kepercayaan kepada saya dan tim.

Walau berapa bintang diberi pun tidak mengapa sebab saya tetap akan sentiasa berikan/ sampaikan yang terbaik 9/9 bintang 🌟🌟 dan pertingkatkan kualiti sistem penyampaian saya 😍🥰😊.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

#WebinarPenatEmosi
Selamat membentuk anak-anak dan generasi kita,
Menjadi sihat dan seimbang fizikal, emosi, intelektual, spiritual,
Berkarektor baik, bersahsiah, berhemah, empati.

Oleh anda ibubapa positif yang bijaksana dan penuh hikmah, InsyaAllah.
.

Moga anak anak kita semua juga
MERDEKA dari jajahan/ taklukan
Pemikiran silap serta layanan yang tidak enak dari kita yang kadangkala terlepas pandang, silap, terbelenggu dengan pengalaman lalu,
.

Pada zaman anak generasi Alpha yang serba mencabar ini,
Mulakan dari institusi dalam rumah kita,
Iaitu kita bebas dari apa jua anasir lama yang tidak baik,
Hasil ilmu terkini yang kita usaha raih,
Teroka dan aplikasinya dengan istiqamah.

Kami bersyukur selalu,
Terima kasih Tuhan.


InsyaAllah.
.
.

CARE,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
5 LANGKAH PABILA ANAK MEMUKUL ATAU MENENDANG KERANA APA DIMINTA TAK DAPAT,

1. Tahan tangan atau kakinya agar tidak berjaya cedera atau sakitkan badan anda.
.

2. Pandang matanya dan sebut dengan jelas, tegas:

“Kaki untuk buat benda baik, berjalan dan berlari, bukan untuk pukul orang” atau

“Tangan untuk buat benda baik bukan sakitkan atau cederakan orang”. (Skrip peraturan umum ini ‘applied’ untuk semua orang, bukan skrip untuk kesalahan dia sahaja).
.

3. Tambah lagi: “Ayah rasa sakit, ayah tak suka Abang buat macam ni”

-- (beritahu perasaan genuin kita, fokus pada PERASAAN si IBU/AYAH kesan dari tindakan si anak, BUKAN fokus kepada KESALAHAN TINGKAHLAKU si ANAK).
.

4. Akhiri dengan: “Ayah minta Abang stop sekarang dan pergi pukul bag/bantal/tilam sana”

-- (Channelkan energi di tangannya kepada objek lain yang selamat. Objek selamat adalah yang lembut dan boleh ‘absorb’ pukulan kuat, bukan objek keras tak selamat seperti dinding atau meja/kerusi).
.

5. Bincang dengan anak akan tingkahlaku dia tadi bila dia dah tenang. Teroka apa perasaan dan pemikiran dia. Ada berkemungkinan dia ada isu terpendam yang bukan berpunca dari Ibu Ayah tapi orang lain seperti guru / rakan di sekolah. Ini namanya ‘tips of Iceberg’.

OLEH:

MAZNAH IBRAHIM

t.mazn.me/chan