Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Ebook positif:

Https://hypnoscript.cc
dan
bit.ly/ebpositif

Dan kursus online komunikasi positif dengan anak:
Go.mazn.me/dengarlahanakku
Macam Mana Nak Bantu Anak Regulasi Emosinya - Fokuslah kepada Kemahiran EQ

Info asas mengenai kemahiran EQ yang boleh kita terapkan kepada anak-anak sejak usia bayi pun (bagi anak dengar), dan toddler (sewaktu isu dengan rakan cilik sebaya usia 1 lbh dan 2 lebih)

https://maznahibrahim.com/%e2%80%8b5-level-eq-untuk-anda-tahu-dan-fokuskan-kepada-anak-anak-lebih-dari-iq/
Anak Usia 8-10 Perempuan Ramai Juga Sudah Menunjukkan Tanda Pra Remaja Tu..

Sememangnya anak perempuan lebih cepat matang secara fisiologi tubuh (hormon, bahagian badan) dan juga emosi dan kognitifnya.

Maka usahlah pandang enteng akan perubahan emosinya dan sensitifnya dia. Dia mungkin sudah pra remaja, perlu dipersiapkan untuk tahap remaja yang serba tak kena kerana peringkat remaja nanti adalah 'storm and stress', maka bunga-bunga nya sudah muncul kini.... πŸ™‚

Baru tadi berbual panjang dengan kawan lama saya masa zaman belajar dulu. Di akhir dengarnya saya, saya berikan 3 perkara penting yang dia perlu tahu, iaitu:

i) anak ini sudah pra remaja, maka dia memang akan concern lebih mengenai self image, dan buli verbal kawan mengenai rupa parasnya adalah sangat penting untuk dirinya dan turut beri kesan kepada keyakinan dirinya,

ii) anak ini seperti kebanyakan anak, ada input dari media mengenai stres=>bunuh diri, maka perkenalkan 'positive coping skill' contohnya bila stress aja pi bersenam, lari keliling padang, berbasikal ke, menyanyi ke dan sebagainya asalkan aktiviti sihat & selamat bagi keluar tenaga stres dalam badan minda dan hati tu,

iii) asertif, ajarkan komunikasi tegas diri 'Saya Rasa (emosi: marah, tak suka)' dan 'Minta STOP/Jamgan' kepada kawan yang menyakitkan hati ini kemudian lari dan beritahulah kepada support system yang dia percayai, don't keep to herself.

Memang NHMS 2019 menunjukkan kanak-kanak kita usia 5-15 tahun ada isu kesihatan mental seramai 424 ribu, dan tertinggi masalah mereka ialah rakan sebaya (buli, isu perhubungan dsb). Didapati lebih tinggi berlaku kepada kelompok usia 10-15, perempuan dan luar bandar.

Kita? Dengari, empati, layani, mulalah layan/treat dia macam kawan, macam anak remaja. Ada masanya dia akan sangat macam matang remaja, dan jangan lupa ada masanya dia akan keanak-anakan, perlu dimanjakan juga πŸ˜‰

*Bantu saya dengan copy paste ayat saya ini bersama link artikel ini ya

*Channel telegram saya untuk parenting dan psikologi anak kita di sini: T.mazn.me/chan

https://maznahibrahim.com/anak-fasa-usia-7-14-siap-sediakan-dengan-ilmu-perkembangan-remaja/
Aktiviti Messy Play macam ni bila rasa renyah,
Tak perlu buat selalu,

Memadai sebulan satu kali?

Anak-anak pasti enjoy,
Anak usia kecil macam ni amatlah mendambakan aktiviti messy bersama-sama ibu dan ayah mereka, bukan saja aktiviti yang bersih teratur saja ok.

Bila saya tak larat, saya biarkan budak-budak main kinetic sand sendiri aja di kotak empat segi kayu saya tu (sandtray therapy set saya).

Memang mereka really enjoy, engage lama dan dapatlah saya buat kerja saya barang sebentar di hari weekend saya.

Sepah? Sudah pasti.

Sapu aja,

Beli extra kg sebab tahu akan berlaku ketumpahan.
Takpun yang banyak dan elok lagi saya kutip (lantai bersih) dan masukkan semula ke kotak pasir saya.

Rule saya biasanya main dalam kotak pasir aja ok.

Dulu, beri anak pertama usia 3, rasa tak mampu handle pasir tumpah dan saya tutup aja tak keluarkan (kita perlu tahu limit kita),

Keluar semula bila usia dia 5 ke atas.

Kini anak ketiga usia 2 pun kita dah beri.

See, betapa kita pun semakin fleksibel hahahah 🀣🀣🀣.

Enjoy the moment ok.

Sok sok takda dah dia nak main messy play camni,

Dari depa duk tengok tv kan?
Sediakan rule aja, setiap kali hari weekend pun ok aja.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Webinar Live : Dengarlah Anakku
Pada 22 Ogos 2020,
Syabas kepada Semua PesertaπŸ‘πŸ˜

Walau pertama kali dan ada permulaan yang kurang smooth audio nya, para peserta telah berjaya menghabiskan sesi ini sehingga akhir - 3 jam.

Sebenarnya walau saya yang menyampaikan,
Kita sama-sama belajar dan refresh,

Doanya agar semua kita akan meningkat lebih berkesan dan positif dalam komunikasi dengan anak sehari-hari.

InsyaAllah nanti boleh refresh rakaman video bagi peserta batch 1,
Dan yang lain masih boleh hadir,
Saya akan buka penyertaan nanti,
Untuk 2 lagi batch.

Saya sedang menaiktaraf aspek teknikal untuk impak dan kualiti sesi webinar secara langsung ini.

Terima kasih kepada kalian semua yang sabar dan senantiasa menyokong saya.

*sebahagian dari testimoni webinar pertama 22 OgosπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1554289111412334&id=477691842405405
6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah :
.

1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang sebarang tingkahlaku anak yang kita nampak kurang betul, kurang elok, tantrum, melawannya dan sebagainya yang tidak ikut spec kita, sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi anak.

TINGKAHLAKU = BAHASA, ada mesej yang nak disampaikan, terutama anak kecil yang belum mampu mengucapkan atau meluahkan, apatah lagi anak yang sudah besar namun sudah tahu bila dia cakap, pasti tidak dapat, atau tidak disokong, atau mungkin akan dimarahi, Maka berlakulah missbehaviour...

Missbehave = Mesej Sesuatu Nak Disampaikan kepada sekeliling dia
.

2. Anak-anak ada usahanya, kepada apa jua permintaan kita atau kita tak minta pun dia ada fitrah nak cuba melakukan sesuatu yang baik. Maka sahkah ia (validate ia) atau pastikan anak tahu yang kita terima, kita nampak, dan kita hargai usaha kecil dia.

Contoh anak kecil yang berusaha nak cuba buatkan kopi untuk mak dia (macam Yumna saya - sebenarnya dia suka nak tuang dari teko kaca tu ke mug mak dia πŸ˜…) masyaAllah rajinnya, tak perlu disuruh, atau baru sebut aja dia sibuk-sibuk nak buatkan. Tunjukkan yang kita 'perasan', akan niatnya yang baik itu. Puji 'noticed' usaha dia yang belum berlaku pun dan kesanggupan dia itu. Hmm memang anak kecil ni sesuatu yang kita belajar ialah mereka ni super duper yakin diri tau.

Apatah lagi anak besar, remaja yang cuba membantu urusan rumah apabila ada konflik ibu ayahnya dengan memasakkan nasi untuk adik-adiknya atau membelikan sayur dengan menaiki motosikalnya. Pujilah usahanya itu.

Puji, nyatakan secara jelas (Tangki Emosi: Perkataan: Words of Affirmation)
.

3. Luahkan KEYAKINAN kita kepada keupayaan anak, di saat anak ada rasa 'down feeling'nya, momen emosi konflik diri, rasa tak yakin dirinya melanda... (ni biasanya anak sudah sekolah mula akan rasa inferioriti vs. yakin diri sesuai dengan tugas perkembangan usia 6-12 kanak-kanak).

Bukan berbahasa basi, namun tunjukkan, luahkan, persepsi anda yang positif.

"Ya, Mama YAKIN abang boleh buat, hari tu Mama tengok abang usaha berjaga malam siapkan kerja Matematik Tambahan tu. Bila kita usaha, insyaAllah adalah hasilnya berbanding kita tak buat apa-apa...".

"Mama YAKIN kakak boleh present atas pentas dengan baik, berani, relaks dan fokus. Kami semua doakan. Lagipun kakak kan dah practice".
.

4. Hormatilah anak, berikan HORMAT kepada mereka seperti mana kita mahu mereka hormati kita.

Cara paling basic ialah pandang wajah mereka (beri full face - muka penuh) bila mereka mahu bercakap dengan kita, tinggalkanlah semua kerja yang sedang dilakukan, barang sebentar 10 saat pun amat bermakna untuk si anak sewaktu terujanya mereka mahu berbicara dengan kita.

Apatah lagi anak remaja yang ada pandangan sendiri, keputusan sendiri, dan tindakan sendiri, hormatilah keputusan mereka, bawalah kepada berbincang dan negosiasi bila kita tidak setuju, dengan cara bermusyawwarah ya.
.

5. Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu.

Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke - No, isunya mereka sedang rasa. Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif.

"Mama tengok tadi bila cousin datang, kakak macam serba tak kena, apa sebenarnya yang kakak rasa"(walau sebenarnya nak marah kenapa tergedik sangat anak Mama nih ya). (Berikan feedback dan dapatkan clarification dari dia).

"Tadi Ayah tertinggi suara sikit aja, apa sebab abang meraung raung menangis macam tu, hmmm Ayah rasa malu, juga pelik sebab apa abang jadi macam tu. Cuba abang bagitahu ayah, ayah nak faham". (ni waktu tenang-tenang kemudian masa - usaha fahami si anak).
.

6. Akhir, INGATLAH yang bila tingkahlaku anak Tak OK, sebenarnya ia reflek kepada perasaan Tak OK mereka juga.

Jadi sebenarnya dalam keibubapaan ini, kita sentiasa nak bawa kepada anak
memahami perasaan dia sendiri (mulakan dengan kita pun perlu fahami perasaan mereka dulu), anak perlu berasa ok dengan perasaan dan pemikiran dia, maka stabillah tingkahlaku dia ya. Biasanya mereka pun tidak faham akan diri mereka sendiri kenapa bertindak begitu.

Contohnya anak yang dimarahi teruk di rumah, akan sangat buat hal di sekolahnya.

Anak yang rasa dirinya teruk, tak pandai dsb, juga akan bertingkahlaku sesuai dengan perasaannya terhadap dirinya sendiri, jadi tidak mahu membaca, tidak mahu terlibat dengan aktiviti akademik, benci sekolah/teacher dsb.

Jadi nak baiki tingkahlaku anak, hanya perlu kenalpasti perasaan dia terhadap diri dan dunianya, bantu dia, dan kelak tingkahlaku mereka akan berubah jadi lebih baik, ok :)

CARE ❀,
Maznah Ibrahim

Jom masuk telegram channel saya mengenai keibubapaan positif dan psikologi anak-anak di sini ya

T.mazn.me/chan

Nanti saya akan buka semula penyertaan kelas webinar live tentang komunikasi dengan anak-anak, kita sama-sama tingkatkan skil komunikasi kita ya.
~REZEKI~ SATU NIKMAT

Mari kita fokus mensyukuri apa jua yang kita miliki.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan

#semuapunrezeki
Nak Tak Rezeki Kita Mengalir Tanpa Henti ?
(Rezeki ni sangat luas apa saja pun rezeki 😍)

Dah macam-macam juga buat untuk tambah pendapatan, tapi rezeki masih tersekat.

Bagi yang ada buat bisnes, dah pergi macam-macam kelas, seminar, webinar dan coaching tapi bisnes tak naik-naik juga.

Dah belajar dengan macam-macam guru tapi hidup masih tidak β€˜smooth’ dan tak tenang.

Dah baca macam-macam buku tapi susah nak terjemahkan dalam bentuk amalan.

Dah buat macam-macam amalan tapi rezeki tak berubah juga.

Dah cuba rapat dengan orang-orang kaya dan berjaya tapi takda peluang untuk berbincang dan kenalpasti bagaimana cara terbaik supaya rezeki mengalir tanpa henti.

Ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti ini baru lancar pukul 10 pagi ini.

Saya mengajak sahabat yang :

❀ Orang yang gaji atau pendapatannya selalu tak cukup

❀ Orang bisnes yang susah nak dapat sales

❀ Orang bisnes yang salesnya tinggi, tapi selalu tak takda β€˜saving’.

❀ Orang yang incomenya banyak, tapi hujung bulan selalu β€˜kering’

❀ Orang yang nak jalan β€˜short cut’ atau lebih mudah untuk kaya dan berjaya.

Ebook 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti ini baru lancar pukul 10 pagi ini. Nampaknya 100 orang yang pertama boleh dapat harga RM40 saja pakej biasa dan RM127 pakej luar biasa.

Yang bestnya,
ada saham sedekah kita di dalam ini, sebab sebahagian dari jualan setiap Ebook ini akan disedakahkan kepada yang memerlukan,
Kita buat atas nama Pn Nur Aisya, isteri penulis Ebook, Tn Zuhairi Nopiah yang sedang berada di Hosp Selayang, dalam ICU.
Siapa tahu dengan banyaknya kita bersedekah rezeki kita akan mengalir tanpa henti, insyaAllah.
.

Jemput lakukan pembelian di sini:

http://bit.ly/semuapunrezeki
http://bit.ly/semuapunrezeki
http://bit.ly/semuapunrezeki