Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Sedap nampak kek kan 😹

Craving for benda manis ni bahaya,
Just sesekali, ikut tekak dan lidah (taste, 1 of 5 senses untuk self care) tu tak mengapa, tak mudarat, asal tahu limit, nama pun sepotong kan....

Cuma makanan emosi secara psikologi banyak berbentuk input dari manusia : perkataan (juga soothing words from Tuhan), layanan, masa, sentuhan (juga dari sentuhan pet dipelihara), dan hanya 1 dari benda (material).

Untuk tahu kita paling craving mana satu antara 5 tangki emosi manusia tu,
Ada soalannya,
Lepas dah jawab, kira, baru tahu,
Oh patutlah.... oh ok, hmm...

So after tahu, kita perlu usaha dapatkan sendiri sama ada beritahu pasangan untuk dia bantu penuhi, atau kita buat sendiri atau dapatkan sendiri aja 😊..

Jum nanti bersama sesi webinar tertutup eksklusif bersama saya, Jumaat malam 10pm hingga 11.30 pm untuk terokai bab ini.

Lepas ni tak da dah sesi LIVE tajuk ni (cuma sesi rakaman akan berbayar),
Mudahan kita cakna kenal diri bab ini ya.

#selfcareibu
#tangkiemosiibu
#hqwebinarmaznah

Maznah Ibrahim

Channel telegram saya untuk keibubapaan positif dan psikologi anak anak di sini :

T.mazn.me/chan
Kaedah tukar peranan kami lakukan semasa anakanda pertama usia 2 tahun lebih.

Kerjanya dia ni jenis tak sabar. Macam mak dia juga 😁, cuma kita dah dewasa ni boleh la coped dengan situasi, kan.

Si anak mahu cepat, susu botol. Dia ni campur susu botol sejak usia 4 bulan, ilmu tak cukup mantap masa zaman anak pertama, kan. Tapi dapatla menyusu badan dia tu sampai usia 2 thn 6 bulan.

So dia nak cepat. Dia menekan-nekan (push), nak nak nak, sekarang juga.

Simple aja, kami ajak main role play tukar peranan.

Saya jadi Fateh, anak usia 2 tahun lebih,
Fateh jadi mummy.

Saya pun tekan tekan, paksa paksa, rengek rengek, nak susu sekarang, ulang ulang ulang sama cara gaya dia.

Sampai dia tersengeh, tersedar, dan rasa marah walau dia dah jawab ya, mummy buat ni 😆.

So lepas tu saya explain

1. macam tu lah Mummy rasa. Mummy bukan tak boleh beri sekarang, tapi sabar lah sebentar, kita pun ada kerja.

2. Walaupun begitu, memang kami suami isteri saling peringati sesama sendiri, latih diri agar respon segera untuk permintaan anak. Paling mudah dan cepat ialah acknowledge aja dulu permintaan dia,

Contoh Khairunnisa' kata Mummy kakak nak makan laksa. Ok baik kakak, Mummy buat kejap lagi ya, Mummy tengah basuh cawan ni (itupun dah ok sangat kan walau audio aja, dapat bagi dia tengok muka kita lagi bagus, tapi masa amat terhad dengan aktiviti kerja kita).

3. Dia pun kurang sedikit menekan ibubapanya. Usia 4, baru tahu dia Thinking ekstrovert menakluki ibubapa, memang style dia akan tekan dan paksa memaksa, kan. Hmm sabar mak ayah kadang terlepas juga marah tegur dia. Juga Thinking ekstrovert ni nak hasil cepat cepat depan mata short term, bukan lambat long term macam kami Intuiting relak aja kan (mana orang Thinking tak geram kott 😆).

Ok.

Kesimpulan :

1. Anda boleh cuba switch role. Tukar. Main role play, mak jadi anak, anak jadi mak. So mak buat la macam style si anak. Tujuan bagi dia rasa real sikit apa kita rasa.

2. Namun, anda juga akan mula rasai bagaimana perasaan si anak, meminta, menunggu, memerlukan.

3. Ada situasi memang perlu tindakan atau respon pantas, sebab ia menjadi banchmark kepada trigger emosi positif atau negatif. Belief system akan terbina. Contoh pernah klien dewasa saya trigger marah isteri sebab lambat bantu dia sedang tercekik makanan (lepas tu dia ok), jadilah pergaduhan dan kekasaran. Punca, didapati sewaktu kecil, ada insiden sebagai anak yang tinggal dan membesar di rumah saudara, dia dibuli dan dibiarkan tertekan tanpa bantuan dan sokongan sewaktu amat memerlukan; buli fizikal yang salah satu ialah hampir sama perlakukan dicekik itu. Ia trigger sistem otak 'rage' (amuk, marah) itu.

4. Respon juga walau dengan suara, ayat pendek dan aksi immediate sudah memadai, berbanding diam (SILENT treatment), saya dapati ia lagi mengundang salah faham sampai ke besar sebab tiada assurance dari segi perkataan (ni tangki emosi perkataan).

5. Respon dengan perlakuan segera ialah bawah tangki emosi 'layanan, treat, tindakan'. Memang keperluan tangki emosi manusia.

5. Nanti moh masuk kelas webinar eksklusif kita fahami tangki emosi kita yang mana amat kita prefer, cenderung, mahu, perlu.

Link webinar :
https://hqwebinar.com/v4/events/registrant/5f0eb6bd2891dc3c6d6a02fd/dmlld2Vy

Mudahan anda dapat pelajari sesuatu dari pelbagai sudut melalui perkongsian saya ini, walau poster ini lawak lawak aja kan.😊
.

Maznah Ibrahim

Channel telegram saya untuk keibubapaan positif dan psikologi anak di sini :

T.mazn.me/chan
Tangki Emosi Ibu (Self Care)

Setiap orang tidak sama,

Kebanyakan ibu perlukan 'act of service' dari pasangan,
namun ada juga yang paling dambakan sentuhan,
atau perkataan (sokongan, pengesahan),
masa istimewa,
mahupun material dari pasangan.

Jum kenali tangki emosi kita sendiri.

Maznah Ibrahim
10 malam ini ya semua, bukan 2 pm 😊
Maaf atas kesulitan.
Sistem tidak keluar number +8.00 😁
Alhamdulillah tahniah yang telah berjaya bersama saya dalam Sesi Webinar Eksklusif - 'Me Time, Know Myself' dengan saya sebentar tadi.

Seramai 300 lebih orang telah mendaftar, namun rezekinya yang dapat masuk sekitar hampir 100 orang sahaja,

Mungkin ada kekangan dan ujian lain (tertidur, line internet, ada urusan lain, tak berapa arif sistem ini dan sebagainya).

Tidak mengapa, rezeki ilmu tetap akan ada, telah tertulis alamatnya. Ada rezeki boleh bersama lagi kemudian nanti (nantikan announcement saya aja ya - tapi rakaman maybe berbayar caj minima).
.
.

Apapun, saya gembira dan bersyukur dapat bersama anda semua, bukan sahaja majoriti ibu tetapi ada sedikit bapa. 👍😍

Dan kenali tangki emosi keperluan utama kita ini bukan saja membantu kita kenal diri malah kita akan ada point nak cakap kepada pasangan kita akan keperluan kita.

Mudahan dipermudahkan lisan berbicara memberitahunya....

Teruskan juga berkongsi manfaat yang anda dapat dari sesi itu agar lebih ramai dapat bersama tidak ketinggalan ilmu basic ini ya. (Link review ramai juga dah isi, nak tambah di komen pun sy suka aja bacanya ).

Doa saya sentiasa bersama anda semua


Maznah Ibrahim.

*Kita sama-sama belajar online learning bagaimana caranya, saya juga belajar dan perlu adapt.

*Terima kasih banyak Pn Mar, Pn Wiefa dan Dr Wan snapkan gambar ini ya (saya ambil yang paling besar share di post ini).
Lawak petang untuk mak mak anak kecil kan.
Siapa pernah atau sedang alami situasi camni ?

Saya pun ada sangat. Bukan masa mandi aja. Masa bebila aja 😊.
(Mandi tu sebab bimbang tak dengar suara dia sebab bunyi air kan 😁)

Especially bila dia tengah tidur dan kita tengah nak buat kerja apa-apa, harap tidur la lama sikit tetiba dengar macam ada budak nangis😆,
satu rumah menderu pergi kepadanya.
(Kadang budak rumah belakang).

Say " I " siapa ada alami ni. Normal sangat tu😊
.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Seringkali kita terlupa mengenai keperluan perkembangan anak kita.

Kita berharap dia boleh berfikir dua kali atau lebih baik dari apa yang dia dah lakukan.

Hakikatnya maturity (kematangan) dia akan seiring atau sampai jua masanya nanti, lebih baik dari apa kita jangkakan apabila kita :

🏑 benarkan dia buat silap (pecah kaca, pukul adik, tumpah serbuk susu, etc)

🏑 didik berterusan (sebut hypnoscript)

🏑 refleksi sebelum tidur beserta bedtime social stories berkait isu kanak-kanak dan coping skill nya

🏑 maafkan dia dan move on (kita lah, dia cepat lupakan dan move sepantas neuron otaknya beranak pinak, kita slow dah sel baru nak bercambah)

InsyaAllah matang lah dia (kalah anda).
Hmm. Boleh ?
Sabar dan terus didik diri = Sabar dan terus didik anak indirectly..

Pesanan penaja ni bukan untuk anda aja, tapi diri saya juga. 😊 Cycle anak kecil ni berulang aja 💓💓💓
.

Maznah Ibrahim

Join telegram channel saya untuk sama sama kita remind diri, dan sentiasa positif ya ;

T.mazn.me/chan
.

Ebook Hypnoscript Premium dengan 74 situasi mencabar anak ikut tahap usianya di sini :

Https://hypnoscript.cc/?utm_source=200718
Pillow Talk Session bukan saja bila anak buat silap (nak tegur dia),
Malah sesuai bila mak juga buat silap kat anak.

Ia untuk lindungi maruah anak, maruah mak, emosi lebih tenang dan fikiran juga lebih stabil.

Sama ada betul betul di bilik dengan bantal, atau 'we time' dalam kereta berduaan dengan si anak.

https://maznahibrahim.com/time-out-anak-buat-salah-dengan-kaedah-time-in-pillow-talk/
Pagi tadi saya ada terbuat silap pada si anak pertama yang strong will dan menakluki kami ni, maka saya meminta maaf kepadanya dan selesaikan segera dengan kaedah Pillow Talk saya (sebab perlu explain lebih sedikit kepadanya punca trigger saya).

Ia jarang saya buat, sesekali buat tu maknanya memang amat penting dan perlu sekali. Saya taknak ia berbekas di hati dan berpanjangan / melarat.

Saya transfer ke bentuk poster untuk kita sama-sama peringat diri ya.😊😘

*sesuai untuk anak dah boleh berkomunikasi dua hala dan matang berfikir sedikit sekitar usia 5 ke atas.
.

Maznah Ibrahim

Telegram Channel parenting dan psikologi anak :

T.mazn.me/chan