Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Terima kasih Pn Diyanah Rahmat,
Saya ter dapat noti dari FB dan saya kongsikan di sini ya 😃😊😊😊
Dah tengok webinar percuma mengenai pendidikan seksualiti anak yang limited 5 hari berakhir Khamis ini ?

Link daftar webinar di sini :-

https://maznahibrahim.com/pendidikan-seksualiti-anak-bila-dan-bagaimana-nak-mula/
Anak anak bergaduh sebenarnya nak didengari aja...

Maznah Ibrahim

Jom join telegram channel saya untuk psikologi anak anak dan keibubapaan positif ya

🧩🧩🧩T.mazn.me/chan
Episod Cerita / Kisah Kita dan Anak Kita

Refleksi malam hari,

Ketahuilah dan sedarilah perkaitan/ pengaruh pengalaman diri sebagai seorang anak dan cara gaya keibubapaan diri kita memang ada kaitan secara signifikan.

Namun,
Zaman berubah,
kajian dan ilmu semakin bercambah,
Pilih lebih baik dan ubah.

Tuhan pun memang takkan ubah nasib kita selagi kita sendiri tak berusaha mengubahnya.

Jadilah lebih baik dari semalam
Dan esok lebih baik dari hari ini.

Ketahuilah yang Episod BAHARU sentiasa ada untuk chapter dan cerita kisah kita dan anak-anak kita.
.
.
Maznah Ibrahim.

Jemput ke Channel telegram parenting dan psikologi anak di sini

🧩🧩🧩 T.mazn.me/chan
Wanita Memang Suka Berkorban dan Mendahulukan Orang Lain (Anak dan Pasangan), Kan?

Ia tak salah sama sekali. Cuma perlu pastikan kita juga ada Me Time/ Self Care untuk kesihatan mental kita. Jatuh kita, boleh jatuh semua 'batu bata bangunan keluarga' tu tau.

InsyaAllah esok saya akan berbicara selama lebih kurang 30-45 minit secara live untuk model 'self care' bagi memperkasakan wanita ibu-ibu yang merupakan jantung hati sesebuah keluarga 😊😊😊 (haa.. jantung terus kau).

Amalan 'self care' apa-apa pun tak ada masalah asal kita buat untuk diri sendiri tu berkesan/sesuai/suit dengan diri. Lain orang lain / sesuai caranya.

Hatta berborak lama dengan kawan bff pun, me time or we time pun boleh bantu diri, atau jenis yang suka bersendirian depan tasik sorang-sorang atau window shopping sensorang tanpa gangguan pun boleh 😉 (lantak la orang nak kata apa, kita tahu diri kita, kita kenal diri kita, kitajagakita).

Dan model 5+1 saya ini simple aja, mudah ingat, nanti sendiri isikan apa boleh buat untuk self care diri itu dalam 6 kategori itu ya. Tak pernah share live visual lagi di mana-mana melainkan kepada ahli alumni EHSABAR dulu 😊 (special gitu).

Asasnya juga boundary/batasan perlu ada. Kalau tak, tak bantu tapi boleh mudarat (cakap terlebih banyak dengan bff, boleh jadi gossip/tambah dosa bukan lagi release ok).

*Ia untuk ahli YLEO dan jemputan kepada ahli ehsabar, dan support group pembeli ebook saya sahaja. Ia percuma dan infaq sharing ilmu saya untuk para wanita yang amat berharga ini.
.
Jumpa esok.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Selamat bersama keluarga di hari Ahad semua .

Kita ajari diri, dan anak anak untuk

🏑 fokus kepada kesyukuran dan nikmat walau kecil

🏑 jauhkan dari rungutan kecil atau besar

🏑 agar dapat menambah nikmat dan kebahagiaan

Kerana anak belajar direct dari kita,
Mereka ada teropong ajaib,

Zoom in, copy cut paste : behaviour / respons kita kepada persekitaran

.

Maznah Ibrahim

Join telegram parenting dan psikologi anak di

T.mazn.me/chan
Apa Yang Anak Paling Ingat Pasal Kita ?🤔

( 1 Signature Touch Kecil Namun Berharga )

Jum beri 1 aksi kecil yang luar biasa dan pasti anak-anak suka, sebab mungkin jarang buat😊.

Itulah yang jika dijadikan rutin, bina bonding kuat dengan anak-anak,
Dan mereka ingat momen tu sampai besar tau.
.

Contoh :

Mak saya sebelum tidur dia ajak main lawan geletek geletek sampai saya surrender 🙅‍♀️,

Ayah saya tiap kali nak hantar sekolah ajak adik beradik saya lawan berlari siapa sampai kereta dulu (atau masuk bilik air untuk mandi dulu)👨👍,

Mak saya suka main kejar2 dengan kami guna suara binatang yang kelakar sangat 😄

.

Baca Idea di Poster 😍.
Anda pasti ada signature touch lain yang lagi menarik, kan? Tulis di komen, sama-sama kawan nak baca.
.

*Nota. Biasanya yang anak ingat ialah yang super kelakar, yang fun, dan elemen play, bukan yang formal formal education tu sangat tau 😁.

.

CARE♥️,
Maznah Ibrahim
.

Join telegram channel ini untuk keibubapaan positif dan psikologi anak :

t.mazn.me/chan