Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Photo from Maznah
InsyaAllah penampilan saya di Astro Prima, Mingguan Wanita (segmen saya sekitar 1230 ke atas) pada hari ini, dan kita bicarakan mengenai Depresi di Kalangan Kanak-kanak.
Anak Menolak Ke Sekolah? Lakukan Persediaan Ini Setelah Cuti Lama PKP

Ada anak-anak anda yang kelihatan tidak mahu ke sekolah? Tidak bersedia nak sekolah sebab lama cuti PKP di rumah ke?

Macam Mana Nak Buat?

Jum baca penuh di sini.

https://maznahibrahim.com/persediaan-anak-ke-sekolah-setelah-cuti-lama-pkp/

*alhamdulillah sempat menulis ini, mudahan membantu anda semua ya. Kongsikan kepada ramai org lagi.
Fitrah kita manusia suka lihat yang cantik, indah, unik, baik-baik gambarnya kan?

Cuba kita lihat tingkahlaku anak yang mencabar tu sebagai sesuatu yang 'cantik' (beauty),

Pasti ada satu keindahan unik di sebalik tingakahlaku mereka ini yang mengajar kita untuk jadi bijak dan kreatif dalam penyelesaian 'puzzle' yang mereka tonjolkan 😄😃😉😍.

Selamat pagi semua.

Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Fitrah anak anak kita
Dengan sedikit ilmu yang tepat/sesuai,
Sebenarnya kita akan lebih mampu untuk 'pause',

Ada sharing mengenai seluruh peringkat perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja anak kita.

https://maznahibrahim.com/keibubapaan-didik-tanpa-marah-tunjuk-tanpa-arah/
Setuju ?


Semoga kita menjadi #IbuBapaKini yang humble,
sporting dan disayangi malah dihormati oleh anak-anak semua 😊 👍.

Maznah Ibrahim
Masa anak usia emas (golden age 0-6 tahun) memang emas kan !!!

Masa kita dah warga emas (> 60 tahun) pula adalah waktu meraih nilai 'emas' sewaktu anak usia emas itu....

Hmm

Maznah Ibrahim

Jum sama sama remind diri untuk hargai momen parentinghood kita, join telegram channel saya di sini 😊

🧩🧩🧩 T.mazn.me/chan
Segmen Saya di
Live Astro Prima Mengenai Depresi Di Kalangan Kanak-kanak

Terima kasih kepada anda semua yang selalu memberi semangat dan inspirasi kepada saya secara berterusan, melalui apa jua cara. Semoga kita semua sentiasa cakna mengenai isu kesihatan mental anak-anak kita yang merupakan bakal pemimpin dunia akan datang dan mampu memberi sokongan kepada anak-anak kita pada masa kini dan akan datang pada saat mereka memerlukan...

https://maznahibrahim.com/depresi-kanak-kanak-perspektif-keibubapaan/
Kelas Webinar PERCUMA Ini Dibuka Untuk Lima Hari Saja Bermula Hari Ini (5-9 Julai 2020)

Pendidikan Seksualiti Anak: Bila dan Bagaimana Nak Mula?
...

Seksualiti adalah satu ilmu kemanusiaan dan merupakan suatu 'human beings' atau seiring dengan kejadian/fitrah manusia itu sendiri.

Ia bukan asing. Ia sama seperti ilmu perkembangan kanak-kanak dalam aspek lain seperti perkembangan fizikal (pertumbuhan, ketinggian, gigi dll), kognitif (pemikiran), emosi-sosial, bahasa dan moral. Ia juga turut meliputi semua anak tidak kira normal/tipikal atau anak istimewa/berkeperluan khas.

Baca lanjut:

https://maznahibrahim.com/pendidikan-seksualiti-anak-bila-dan-bagaimana-nak-mula/
Bila ditanya, bila boleh mula puji anak?

Seawal yang boleh, kat saya.

Hatta dalam kandungan (contoh semasa dia respon kepada cahaya yang anda suluhkan atau lagu-laguan spritual/stimulasi yang anda perdengarkan, atau anda sedang makan makanan gembira anda dia summersault berpusing dan dia respon bila ayah dia atau adik beradiknya tiup 'bubble' di perut anda),

Mahupun semasa di labour room setelah berjumpa live dengan dia,
Dia pandai menyusu anda secara semulajadi tanpa diajar,
Dia kelihatan mendengar sewaktu anda berbicara,

Ataupun sewaktu pantang anda,
Bermacam tingkahlaku baiknya,

Mahupun sewaktu usia mobile nya,
Menjulur merangkak berjalannya,
Hmm bebila masa aja.

*contoh-contoh kecil ini adalah sebahagian dari momen sebenar yang saya lakukan untuk ketiga-tiga anak saya sejak dalam kandungan lagi
.
.

Cuma,
pastikan puji usaha dan kelakuannya,
Bukan orangnya.
Biar spesifik bukan umum.
Jelas.

Dan ia berterusan, sampai dia besar.
.
.
Sebab kecil-kecil banyak nak dipuji,
Besar besar banyak nak dimarahi/ditegur kan?
.

Jadi sesekali anak dah besar tu, panggil dia dan nyatakan apa yang anda kagum kepadanya sangat.
.
.
Tengahari tadi,
Saya peluk kuat-kuat Khairunnisa', cium tepi dahinya dan nyatakan kepadanya betapa saya kagum dengan kesabaran dan kelembutan dia bila Yumna 2 tahun tarik rambut dia, dia tak balas dan tak marah Yumna,
Bila dia kuat semangat dan boleh happy go lucky walau dia ada momen amat sedih dan menjerit kesakitan (mummy pun rasa sakit hati sedih bila dengar jeritannya) bila mandi kerana kesan garuan ekzemanya sesekali.
.

Fateh juga walau amat tegas, garang dan sesekali kasar, namun amat bertanggungjawab dan akan melaksana apa jua arahan, tugasan, mahupun peraturan rumah yang diingatkan,
walau dalam keadaan mulut dia mengomel ngomel bising,
kami nyatakan kebaikan uniknya kepadanya selepas solat jemaah kami sekeluarga bersama.

Dan Yumna yang amat bijak, manis, suka makan buah, panjang akal dan berusaha, untuk fasa autonomi dan 'explorace'nya itu, dia sendiri akan menunjukkan hasilnya (show off budak kecil usia ni), pujian terus diberi untuk hasil kerja, juga selalu dapat ciuman dan tepukan diberi tanda sokongan kepada fasanya ini.
.
.

Setiap anak ada kekuatan, keunikan,
Cari kebaikan kecil dia dan puji besar-besaran,
Ia tangki emosi 'words of affirmation'.
Biar dia penuh dengan penjelasan dalam dirinya, dan fikirannya akan apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka tentang perilakunya, dan makna teguran kita,
bukan yang penuh dengan kekeliruan apabila dimarahi tak bertempat tak kira masa, apa aku buat ni semua salah aja ke.
.

Puji.
Berterusan.
Dengan kaedah pujian yang betul.

Ia tak luak, tak mengulit mimpi anak,
Kerana ia diletakkan pada tempat dan haknya,
Ia tangki pengesahan perkataan yang ramai orang dewasa masih terkial-kial mencari dan cuba mendapatkan dari orang lain,
Tiada keyakinan diri, mencari-cari nilai diri.
Asbab masa kecilnya tidak dapat pujian dan pengesahan dari sang Ibu Ayah yang sebenarnya wajib nyatakan kepadanya.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Jom join telegram channel saya untuk sama-sama reminder bagi keibubapaan positif dan supportive di sini :

t.mazn.me/chan