Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Depression: Let's Talk

InsyaAllah esok saya akan beri teringkas yang mungkin on depresi dan cara cegah, atau support individu depresi,

dan ketahuilah, ia penyakit no 1 nanti jangkaan WHO pada tahun 2020 (sebelum ini ia no 2, no 1 jantung),😱

menandakan isu kesihatan mental semakin membimbangkan,
.
.


Fahami Depression / Kemurungan (hanya diagnosed by Psychiatrist ya sebab depresi adalah satu masalah kesihatan mental)

pabila kesedihan berpanjangan (ibarat graf turun tak naik-naik),

hilang minat dalam aktiviti yang biasanya anda enjoy,

disusuli dengan ketidakupayaan untuk lakukan aktiviti rutin harian,

>>> dan ia berlaku sekurang2nya 2 minggu ya (berterusan)

>>> Jika kita biasa-biasa ni kejap down kejap up, itu ok lagi ok .

Beberapa simptom yang biasanya mereka ada:

- hilang tenaga
- perubahan selera makan
- tidur berlebihan atau kurang
- kebimbangan lebih
- konsentrasi menurun
- tak boleh buat keputusan
- keresahan
- rasa tak berguna, rasa bersalah, rasa tiada harapan
- terfikir nak bunuh diri atau cedera diri.
Photo from imaznah
Alhamdulillah selesai sharing on Depression: Let's Talk.

Semoga saya berupaya menulis ringkas mengenai luah /share / tak pendam ini,

apa khasiatnya untuk depresi atau sebelum (bunga-bunga) nak depresi.


😍😊
Maznah Ibrahim
Moga 10 Ramadhan terakhir kali ini kita mampu istiqamah dan all out beribadah,
.

berdoa, merintih, meminta, bertanya pada Nya yang tahu semua jawapan,
.

kerana dia yang menciptakan kita, dan mengizinkan hadir nya ujian dalam hidup kita, sebagai petanda hambanya kita dan kecilnya kita,
.

sungguh, kita dipunyai (dimiliki) Nya, kita bukan siapa-siapa!

😔
.
Maznah Ibrahim
Alhamdulillah berkat malam yang baik ini,

saya berjaya share slides Kemurungan: Let's Talk saya di FB Page saya.

Ada caption penerangan di setiap picture snapshot slides presentation saya.

Jemput memahaminya, dan sharekan kepada ramai orang sebagai usaha memahami depresi dan bantu ia awal!

Link

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=754983661342887&id=477691842405405


Maznah Ibrahim
Kisah Anak Anak Bertoleransi
========================

Pen lukis magnetic board ni dah hilang (biasalah kan).

2 hari lepas Fateh inovasikan, guna batang pancing ikan untuk lukis di board ini.

berebut la si adik nak.

"Adik ni semua barang abang dia nak. Semua abang pegang dia nak".

"Iyerlah, adik umur macam ni memang macam ni, Fateh pun tahu kan. Dulu Fateh pun macam ni. Fateh perlu sabar sikiiiit aja lagi.. Bila adik besar sikit dia akan berubah".
.
.
Tak lama lepas tu,
.
.
.

Akhirnya tiba-tiba Fateh beri sendiri.

"Nah, adik". (sebelum tu dia membelakangkan si adik, pusing untuk taknak berdepan dengan si adik yang merayu nak nak).
.
.

Waah berjuta lemon pujian dan penghargaan diberi kepada Fateh oleh Mami Ayahnya sebab sudi beri, sudi share, sudi mengalah (tanpa kami minta, dia solusikan sendiri, si Thinker kan😅).
.

Alhamdulillah.
.

"Apa sebab Fateh beri pada Adik?", Saya tanya.

"Sebab Fateh tak tahan dengar suara adik, kuat, nyaring, nak nak juga. So Fateh beri lah".

"Ooh, bagus sangat Fateh boleh share, Fateh sabar, Fateh bagi adik sebab Adik kecil lagi tak faham barang tu siapa punya, kan? Abang macam Fateh ni, bukan Mami Ayah aja sayang, Adik sayang, Allah dan Rasul pun sayang Fateh sebab suka share".
.
.

Oh anak, tanpa sedar kamu sudah mengalah demi suasana. Ia bukan bererti kamu kalah, tetapi kamu 'menang' kerana kamu membuatkan suasana lebih aman damai dan ini toleransi namanya.
.
.

Adik biasanya sebentar saja mood nak nya, lepas tu dia akan tinggalkan semula dan kamu boleh main semula.
.
.

Sungguh memberi itu jauh lebih baik dari menerima. Beralah untuk menang, bukan kalah.
.
.

Okay, KN berinovasi sendiri, pegang pancing letak letak, jadi corak dot dot dan dia kata "Ant".
.

Rakam, dia kata "ulat" , lepas tu "Ant".
.

Ayah tanya : Ant nak pergi mana?

Lama dia berfikir 😂 (selalu gitu, biasanya dia akan hmm... hmm.... gaya berfikir comel tul dengan jari di tepi bibir!!)
.

Tetiba dia jawab : "Ant nak gi kerjaa"

.

Haha... pandai tul Ant pun gi kerja kan? Sebab Ant rajin kan??
.

Moga anak anak kita semua jadi manusia yang selalu bertoleransi dan rajin bekerja!💪
.

*Saya yakin KN akan belajar untuk beralah pula dengan niat untuk aman damai, seperti dia alami kini, kepada adiknya kelak, insyaAllah.
.

*Selalu notice kan good behaviour anak-anak, acknowledge kan, dan beri recognition berbentuk words pujian, hugs sentuhan, dan teguhkan kebaikan untuk akan datang ciri ini as a good leader dalam komuniti besar lagi nanti.
.

Salam 10 Ramadhan Terakhir,

Refleksi,

Maznah Ibrahim

video KN dan Ant pergi kerja nya

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211144240854263&id=1004411173