Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Sahabat mahu dengar terjemahan Al Quran secara audio, setiap hari di bulan Ramadhan untuk khatam mendengar satu naskah kisah dan mesej cinta dari Allah?

Saya rasa amat gembira dan teruja nak berkongsi, Telegram Channel oleh sahabat wangi saya Irina Rahman.

Setiap hari mendengarnya di ofis juga dalam kereta dan di rumah sejak minggu lalu. Sudah 3 juzuk nampaknya.

Fateh mendegar semasa otw pulang dari sekolah ke rumah,

bertanya pasal apa didengarinya.

Dia darah O memang kekuatannya pada audio (jika STIFIn, otak Feeling), dia akan senyap dan menghayati kisah dalam Quran ini.

Suami saya pula kagum sebab katanya dia selalu cuba cari tapi tak jumpa terjemahan macam ni. Bila pasang dari Telegram, ia berterusan tak henti walau buka apps lain.. Allahu Akhbar.

Ia dipecahkan kepada mukasurat, 1 juzuk kan 20 mukasurat? So ada 20 file dipecahkan namun ia play otomatik aja berterusan ikut mula mana kita klik.

Sahabat wangi Irina telah siapkan file audionya mengikut pecahan, sangat ohsem.. 😭 pahala berpanjangan untuk beliau.

Memahaminya secara diperdengarkan terjemahan nya, memang 2 in 1 kerana nak tunggu baca sendiri mushaf AlQuran, perlu kekuatan dan masa, kan?

Sambil-sambil drive tu, dengar pun dah pahala (insyaAllah).

Sambil buat kerja tu, dengar pun dah best sungguh.

Jum.
Di sini:

https://t.me/joinchat/AAAAAEF3UcZ-F3iJIRz5rA
Saya diminta oleh ramai orang untuk menulis bagaimana ibubapa dapat beri perisai terbaik, cegah anak dari dibuli.
.

Khusus untuk ibubapa anak kecil (mahupun dah besar sedikit).
.

InsyaAllah esok saya akan post kan.
.

Maznah Ibrahim.
Jemput memahami mesej penting saya ini, di sini:
.

berkenaan cegah buli, perspektif latihan ibubapa sejak anak kecil,
.

dan latihan ibubapa ajar ke anak sejak dari kecil.
.

3+3 skill.
.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=751621311679122&id=477691842405405
Mahu tahu warna emosi Fateh bila marah dan dah tenang di badannya?
.

Ia spontan dan saya tak sangka, hehehe. Kelakar pun ada. Betul pun ada. Anak anak sangat jujur dan bijak jauh dari jangkaan kita.
.

👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211080894190636&id=1004411173
Selamat Menyambut Hari Nuzul Al Quran.
.

Semoga diri kita, pasangan, dan anak-anak akan sentiasa menjadikan Al Quran sebagai Nur dalam kehidupan:
.

1) Petunjuk (Hudan),

2) Memperhatikan dan mendapatkan penjelasan dari muka bumi (Bainat) serta

3) Mampu membuat keputusan yang betul dari pembedaan antara Haq dan Bathil (Furqan)

Maznah Ibrahim.
Depression: Let's Talk

InsyaAllah esok saya akan beri teringkas yang mungkin on depresi dan cara cegah, atau support individu depresi,

dan ketahuilah, ia penyakit no 1 nanti jangkaan WHO pada tahun 2020 (sebelum ini ia no 2, no 1 jantung),😱

menandakan isu kesihatan mental semakin membimbangkan,
.
.


Fahami Depression / Kemurungan (hanya diagnosed by Psychiatrist ya sebab depresi adalah satu masalah kesihatan mental)

pabila kesedihan berpanjangan (ibarat graf turun tak naik-naik),

hilang minat dalam aktiviti yang biasanya anda enjoy,

disusuli dengan ketidakupayaan untuk lakukan aktiviti rutin harian,

>>> dan ia berlaku sekurang2nya 2 minggu ya (berterusan)

>>> Jika kita biasa-biasa ni kejap down kejap up, itu ok lagi ok .

Beberapa simptom yang biasanya mereka ada:

- hilang tenaga
- perubahan selera makan
- tidur berlebihan atau kurang
- kebimbangan lebih
- konsentrasi menurun
- tak boleh buat keputusan
- keresahan
- rasa tak berguna, rasa bersalah, rasa tiada harapan
- terfikir nak bunuh diri atau cedera diri.