Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
14 HARI LAGI RAMADHAN, BERSEDIAKAH KITA?

Ramadhan bakal mendatang,
Sedar tak sedar sebenarnya banyak kita belajar di sepanjang tempoh PKP ini sebagai persediaan untuk menghadapi Ramadhan 1441H / 2020, yang saya kira amat unik dan istimewa.

Di sini 8 NILAI PENTING yang kita boleh bawa/teruskan sebagai persediaan Ramadhan nanti:-
.

1. Kita Lebih Banyak berSABAR.

Duduk di rumah atau kerja dari rumah, dan pergerakan terhad banyak mengajar kita untuk sabar lebih tinggi.
Bersabar dengan kerenah anak, bersabar dan toleransi dengan tuntutan majikan/kerja, persekitaran, orang lain, sistem dan suasana semasa.
Manisnya, kelak Ramadhan nanti kesabaran kita akan diteruskan malah steady aja. 😊😊😊
.

2. Kita Lebih KREATIF dalam Problem Solving Harian Kita

Hatta memasak pun kita mula pandai berkreatif dan buat macam-macam benda baru. Atau strategi agar tak penat memasak dan dalam masa sama anak juga tak lapar. Tak masuk lagi dengan aktiviti bersama anak-anak, susun atur perabot rumah untuk aktiviti fizikal anak dan penyelesaian konflik suami isteri, konflik anak-anak dan konflik anak-ibu-ayah.

Kreativiti ini akan memudahkan kita kelak dalam penyusunan menu, bajet kewangan dan aktiviti semasa Ramadhan nanti.😍
.

3. Kita Lebih PANDAI MEMILIH YANG BETUL DAN TEPAT dari sumber yang benar.

Kita banyak dihidangkan dengan berita yang berkemungkinan sia-sia, viral dan isu semasa yang buatkan kita mula tahu kepentingan memilih sumber maklumat yang tepat/ sohih dan sah.

Maka memilih untuk membaca, mendengar perkara yang baik dan betul juga boleh diteruskan semasa Ramadhan kerana semua anggota badan amat dititikberatkan dan dipertanggungjawabkan dalam latihan diri dan kepada anak-anak kelak.πŸ˜ƒ
.

4. Kita Lebih BIJAK dalam PENGURUSAN MASA, iaitu menyusun atur aktiviti bermanfaat sebaiknya.

Masa amat banyak sebenarnya. Sehinggakan kita digalakkan untuk buat aktiviti bermanfaat, bersenam dan tidak membazir masa. Dahulu tak sempat menanam sayur mungkin kini mula menanam sayur di pasu. Dahulu tak sempat memasak, banyak makan di luar atau beli, kini kita mula memasak dan menyusun aktiviti untuk dihabiskan dengan sebaiknya.

Jadi kita akan teruskan melakukan aktiviti bermanfaat semasa Ramadhan nanti termasuk menghabiskan bacaan Quran kita. ☺
.

5. Kita Juga Lebih Pandai MEMBUAT BAJETING KEWANGAN Bila Memikirkan Cabaran Ekonomi Masa Depan

Secara tidak langsung ujian pandemik Covid-19 ini dan tempoh PKP banyak mengajar kita erti berjimat cermat, membuat bajeting, dan perancangan awal bagi perbelanjaan keluarga. Ia sangat baik diteruskan sampai bila-bila sekali pun. 😍
.

6. Kita Lebih DEKAT DENGAN KELUARGA yang kita in charge iaitu anak dan pasangan dan mungkin keluarga luas yang duduk serumah.

Jika dahulu kita sub anak pada pengasuh, taska atau sekolah kan, kini sepenuhnya kitalah pengasuh, kitalah guru, dan kitalah pembimbing rakan sebaya atau rakan cilik si anak untuk bermain bersama atau buat kerja sekolah bersama.

Kita juga lebih kenal anak sebenarnya sebab banyak masa selama ni anak di luar rumah dengan orang lain, maka peluang ini boleh digunakan untuk lebih mendekati anak, menambah bonding kerapatan dengan mereka dan membimbing mereka dalam aspek tertentu seperti mungkin latih toilet training, latih solat lengkap, fokus kepada minat/passion mereka dsb.

Nanti tak kekok lah kita untuk buat aktiviti homeschooling Ramadhan dengan anak-anak. 🀩
.

7. Kita Telah HIDUPKAN RUMAH KITA SENDIRI, sekaligus menguatkan satu sistem organisasi terkecil, iaitu institusi keluarga kita sebagai sebahagian dari NEGARA.

Jika dulu tak sempat nak solat jemaah, kini kita ada masa dan ruang untuk solat jemaah dalam rumah sendiri sehingga 5 kali waktu solat fardhu pun.
Dahulu rumah sunyi dan mengemop tidak 3-4 kali sehari, kini lebih kerap kita membelai dan membelek rumah kita.

Nanti tak kekoklah kita bila nak imarahkan rumah dengan solat terawikh di rumah sendiri pula. πŸ₯°
.

8. Kita Telah Menjadikan SUAMI/BAPA sebagai KETUA KELUARGA Yang Berperanan Penting Untuk Menjaga Keselamatan Kita dan Wakil Keluar Membeli Barang

Maka lebih tinggi hormat kepada ka
um bapa, dan suami/bapa main peranan lebih untuk aktiviti luar (makro) dan isteri/ibu di rumah (mikro). Kembali seperti zaman dahulukala. Nanti senanglah ketua keluarga kita nak jadi imam masa solat terawikh nanti.
.

Apapun syukur dan besarkan kegembiraan kecil-kecil agar lebih nikmat akan dirasai. 😊😊😊
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

t.mazn/me/chan
TIPS KEIBUBAPAAN #73
(SABAR SIKIIIIT AJA LAGI)

Dalam apa jua usaha dilakukan berkaitan strategi keibubapaan anda,
Sebenarnya memerlukan satu amaun yang paling tepat dan sesuai dengan kondisi khusus anda, anak anda dan persekitaran keluarga anda.

Dan biasanya, 10% terakhir itulah yang paling utama dan kritikal.

Jika anda berjaya teruskan, anda akan berjaya (succeed),
Jika anda mengalah, anda akan sama ada start dari square one semula atau anda pun mengalah taknak teruskan (effect motivasi sendiri) atau anda atau anak jadi lagi tak ok (damage pula).

Jadi sabar tu perlu terus PERKUATKAN lagi kesabaran,
bukan berhenti ketika itu.

Muscle kesabaran anda dan darjah kesabaran anda perlukan pengalaman hit the right number, kemudian sikti aja lagi buat benda yang sama tu, akan berakhirlah fasa pertama usaha dari strategi anda itu.

Contoh anda nak latih anak wean off susuibu,
anda pun hypnoscript, cukup hit the number untuk anak anda (contoh dia perlu 6 bulan konsisten), kemudian anda buat 3 malam aja secara tegas all out, terus succeed.

Tapi bila anda stop sebab tak cukup kuat, anda jadi lagi lemah dan tak berapa semangat.

Saat saat genting nak sampai ke garisan penamat tulah yang paling mencabar.

Kaedah hypnoscript juga memerlukan kesabaran dan kepercayan yang tinggi,
Ramai ter stop di pertengahan usaha mereka,
Dan tidak tahu bila perlu bertahan buat.
Saya kata buat aja, ia mungkin makan masa 2 minggu, atau 3 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 1 tahun setengah, guideline nya ada dikongsikan. Besar usia anak, lagi makan masa bertahun, kecil usia anak, insyaAllah sekejap aja Cuma perlu konsisten.

Dan latihan sabar untuk tak letus marah pada anak juga sama, sikiit aja lagi perlu sabar,
bila anda mengalah, anda akan jadi lagi pemarah besar (lagi teruk, kan?).

Juga solat sunat taubat digalakkan buat tiap hari bila tiap hari marah anak. Ia perlu dibuat lagi dan lagi hingga anda betul-betul lebih calm dan in cotrol 😊.. Buat ajalah. At least adalah pahala lebih sikit tunaikan solat sunat tambahan tu kan.

Sedang nak ajak anak solat secara berhemah dan istiqamah pun perlukan 3 tahun (usia 7-10) atau 5000 lebih kali, iaitu satu number yang besar, apalah sangat if baru tegur atau beritahu anak 'banyak kali dah'. 'Banyak kali' tu berapa kali ??? πŸ€”
.

Kesimpulanya:

SABAR DAN PERBUAT YANG SAMA ITU SIKIIIIT AJA LAGI.😊
GO, GO, GO. πŸƒβ€β™€οΈπŸ’ͺπŸ‘

*Seperti Fasa 3 PKP, perlu sedikit lagi kesabaran dan perkuatkannya untuk menang, InsyaAllah.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
TIPS KEIBUBAPAAN #74

(MENJERIT VS BERBISIK)

Fateh, siap sedia kita nak solat - jerit saya dari jauh bila waktu solat dah nak masuk.

Anakanda masih tidak bergerak. Tidak dengar barangkali.

Tahu, dan pasti, dia memang tak dengar, tidak fokus kepada perkataan dalam jeritan sepintas lalu kita yang bercakap sambil lalu lalang buat kerja rumah.
.

Okay, tukar pendekatan.

Hampiri si anak, tundukkan badan, pandang wajahnya, berkata sambil menyentuh belakang bahunya, "Fateh, jum solat".

Suara direndahkan nadanya,
perkataan dikurangkan, hanya yang penting (keyword dia sudah tahu sebab kita sudah setuju kita mahu solat awal waktu),
kontak mata panah terus ke matanya,
dan hati sungguh-sungguh menyampaikan mesej ini.

Ya, anakanda mengangguk dan terus stop kan rancangan tv youtubenya untuk mengambil wudhu'.

....

Ramai yang email atau pm saya berkongsi rasa sedih, kecewa, bersalah, kerana anak yang telah mula meninggi suara, menjerit, tidak dengar kata dan mencipta lebih kemarahan kepada ibu. Anak-anak ini sekitar awal remaja usia 12 begitu. Tak kurang juga yang sudah alami kini sewaktu usia anak 5-6 begitu.

Bezanya ibu anak usia awal remaja baru berjumpa dengan saya sewaktu fasa ini,
manakala ibu anak usia prasekolah sudah jumpa saya ketika awal begini.

Namun yang samanya adalah,
Mereka jua akui sewaktu anak-anak ini kecilnya, mereka kerap menjerit marah kepada si anak,
Maka kini mereka sedang menerima kembali apa yang ditanam semai dahulu.

Sudah pasti mereka tidak terfikir untuk cara lain,
kerana gaya ini adalah automatik,
macam SOP mulut akan bertindakbalas sebegitu caranya (spontan),
bila marah dan mahu meminta sesuatu dilakukan si anak, perlu jerit marah marah baru anak gerak
(Ini kerana anak juga marah, atau takut atau just buat sebab taknak dengar bebelan jeritan berpanjangan, bukan rela).
.

Ya, ia diwarisi. Persekitaran yang membentuk amat kuat dahulu, non stop dari nenek moyang kepada kita kini.

Kini kita semakin ada kesedaran, dan mula berkongsi isu / puzzle yang sama (problem kita tukar kepada puzzle sebab nak fokuskan selesai) kepada group atau individu yang sama berfikir mahu dan perlu #breakthecycle.

Kita mula ada hasil penyelidikan sains neuro otak, sains emosi, dan sains tingkahlaku manusia.

Kita mula tahu (atau ada tidak tahu) yang 1 herdikan boleh matikan berjuta neuron berbanding 1 pelukan membentuk trilion sel otak,
namun kita juga serentak dengan itu automoatik lebih mudah melepas marah pada anak berulang kali berbanding memeluk anak walau sekali secara penuh dada ke dada.

Kesimpulannya:

πŸ‘Bercakaplah dengan NADA SUARA yang RENDAH dan baik,

πŸ‘menggunakan PERKATAAN yang tepat, bukan membebel atau menyindir, dan

πŸ‘dengan CARA yang BETUL dan EFEKTIF, ada eye contact dari badan yang rendah bukannya mak ayah berdiri anak duduk/berdiri yang ketinggiannya jauh lebih, dan ada sentuhan sekali.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

Dapatkan Ebook Hypnoscript Premium Anak Usia 0-18 Tahun Di Sini:

https://hypnoscript.cc/?=utm_source200412
Saya faham,
Nenek moyang,
Dan kebiasaan orang ramai ialah begitu πŸ‘‡

Namun, adakah 'cukup banyak' kali, dan konsisten, kita berhemah dan menyantuni anak kecil ?

Jawapannya saya yakin tak cukup istiqamah, baru sekali dua cuba cakap berlemah lembut, kita mudah frust kan dan tak teruskan cara baik dah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1436454066529173&id=477691842405405

Sedangkan istiqamah adalah kuncinya.
Cantik kan bunga bunga di atas tersusun sebegini?

Walau hanya bunga kecil lalang mungkin, ia jadi indah bila kita fokuskan kepada kebaikan kecil πŸ˜ŠπŸ‘


Maznah Ibrahim
TIPS KEIBUBAPAAN #75
( Cari, Cipta Positiviti di Setiap Sudut Tingkahlaku Anak )

Saya baru selesai menonton adinda saya Pn Hidayah di Bicara Naratif di RTM.

Saya suka pesanan akhir beliau iaitu:

i) Cipta Positiviti
ii) Cipta Kreativiti
iii) Elak Negativiti

Dalam pada menangani setiap saat kerenah anak-anak,
kita memang perlu melihat sudut pandang tembus ke dalam gitu.. πŸ˜„

Malam ini tiba-tiba Yumna taknak tidur dan nak itu ini,
Saya sempat bertanya dalam diri : apa keperluan fisiologi dia belum cukup? Makan minum rehat aktiviti? Apa keresahan dia sehinggakan meminta itu ini?

Kaedah divert paling mudah sebab anak ini masih kecil. 😊

Jika besar sekitar usia 4, saya boleh saja tanyakan soalan cepumas, "Yumna nampak macam resah gelisah aja, ada saja benda tak kena, apa yang ganggu Yumna sebenarnya ya?"

(Tidak salah sama sekali bertanya si anak kecil sebab otak dia adalah bukan otak kita, lain proses pemikiran dan pengalaman dia... 😊)

Soalan ini pernah ditanyakan kepada anakanda sulong Fateh dahulu sewaktu dia usia dekat 5 tahun, dan rupanya benar, dia ada struggle tak settle lagi peristiwa di sekolah.

Ada post lama saya: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=677042305803690&id=477691842405405

Namun untuk Yumna yang belum usia 2 tahun, sebenarnya dia sendiri pun akan tidak tahu apa yang tak kena,
Tambahan lagi dia belum mampu menjawab persoalan dengan baik (kemampuan kognitif dia).

Mujur kaedah distract atau divert ke aktiviti menarik dia masih boleh makan saman heheh 😁 iaitu ajak dia panjat chin bar berlapis 4 yang baru dicipta/dibina hari ini.

......

Untuk setiap tingkahlaku anak,
amat penting untuk kita raikan,
besarkan kesyukuran,
sudut pandang positif selalu.

Pasti ada kebaikan kecil di sebalik aksi negatif dan mencabar mereka.

Seperti setiap bunga di bawah dalam poster ni,

Jikalah ianya di celah semak samun hutan terpelihara Secret Garden πŸ€β˜˜πŸŒΏπŸƒπŸ‚πŸ,

Mencarinya pasti tidak mudah, kan?

Namun, sebaik saja jumpa, dan
Bunga bunga ini disusun,
ditonjolkan secara satu persatu dan tegak,
Ia dapat dilihat secara individual...

MasyaAllah...
Ia sangat sangat UNIK dan INDAH.
Pastinya bunga-bunga sebegini adalah INDAH, CANTIK dan beri aura positif, kan?

.
.

Jadilah mata lebah,
Melihat, mencari madu di sebalik semak samun,
Bukan mata lalat yang mencari negativiti iaitu sampah walau di celah kebun bunga indah sekali pun.
.

*Rindu nak lawat Secret Garden yang saya dah cipta/bina dalam Creative Visualisation dengan Monica Jephcott masa belajar Play Therapy lebih 10 tahun dulu 😊😊😊

*Fateh memang suka solat gaya dia, namun ayah dia bagus sentiasa puji kebaikan kecil dia dan pejam mata pada kesilapan dia (yang sabar aja mak eh)

-- harus SYUKUR dia mahu solat πŸ˜ŠπŸ‘

*Khairunnisa' masih gatal eczema sebab pemakanan kurang seimbang, campur trauma dia dulu-dulu darah-darah nanah tangan dan kaki maka tidak mahu mandi, mandi aja menjerit kuat macam kena dera πŸ˜…, namun hypnotise pelan-pelan dia setuju makan kari ikan nanti ayah dia beli ikan nyuk nyuk. Sebulan PKP ni dia tak pernah makan nasi dan lauk macam-macam yang saya masak pun 😊. Dia hanya makan makanan tertentu saja.

-- harus SYUKUR kulitnya luka sikit dan kami pandai manage sapuan dan alert apa boleh apa tak boleh. Dan emosi dia, dia adalah a happy child

*Yumna maybe rindu nak keluar luar pagar, bermain di rumah pengasuh yang izinkan dia 'main game'? hp di rumah pengasuh dan kami keep the rule tidak boleh: satu saat ni dia tanya elok-elok: "Ayah nak game boleh?" - ayah terkesima perkataan 'boleh' yang dia ucapkan - masih mencuba nasib kot kot dapat, dan kami sentiasa kata tak boleh dan dia ok aja tiada pemberontakan. Namun dia ada insiden resah sesekali once in a blue moon atas suasana PKP stay at home ini, namun semuanya masih boleh dilayan dan dihandle lagi dengan baik, Syukur Alhamdulillah

-- harus syukur peluang ini untuk latih dia detox no hp gajet, dan dia masih kecil, manakala growth dan perkembangan fizikal, kognitif, dan emosi sosial dia amazing untuk anak yang belum usia 2.
.
.

Anak kecil sebenarnya ada stres nya akibat PKP dan kita l
ah yang kena handle dengan baik. Kita yang utama sekali dalam kesihatan mental perlu jaga diri, self care sebab kita dan pasangan adalah 2 pokok 🌳🌳 tempat anak berteduh, bersandar, bergayut dll lagi (dengan gembiranya atau dengan stresnya 😁).
.
.

Take Home Message:

i) Cipta positiviti - jadi mata lebah, cari kebaikan unik setiap tingkahlaku misteri / puzzle anak

ii) Cipta kreativiti - dalam apa ada, rumah kecil atau besar tidak jadi isu, ciptalah apa saja untuk kegembiraan diri anda dan keluarga termasuk anak-anak

iii) Elak Negativiti - pilih yang baik, dan decide untuk NO pada yang tak baik, sebab tak baik tu kalau tak tolak, ia sedia ada otomatik di sekeliling kita - entropi
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
Saya suka perkongsian Pn Ehsaniah. Mudahan beri idea dan sokongan kepada anda semua ya πŸ˜ŠπŸ‘
Saya juga kadangkala guna teknik silent pause ni, tenung anak dengan niat besarkan kasih sayang dan ingat momen the best mereka iaitu masa lahir 😁, memang terus switch emosi kita dan dia juga terus stop behavior pelik dia, dan tanya napa mummy tengok Fateh / Kakak (Kalau Yumna dia terus sorok muka malu β˜ΊοΈπŸ˜‚)
TIPS KEIBUBAPAAN #76
( SEBARKAN GOOD VIBES DALAM KELUARGA SENDIRI)

Ramai yang pm saya berkongsi mengenai tenaga mereka sudah hampir nak 'habis', bila nak masuk Fasa III PKP ini,

Tak masuk lagi tenaga dan reaksi anak-anak mereka yang semakin mencabar,
bermakna anak-anak turut terkesan setelah berkurung dalam rumah hampir 1 bulan.

Ia perlukan satu kekuatan luar biasa, terutama jenis ekstrovert yang sudah biasa berjumpa orang dan berbual secara 'live'.

Sebenarnya peluang yang saya nampak ialah sesi online dari banyak pakar atau ikon yang sesuai dengan skop kerja kita, amat amat membantu.

Katakan anda minat skop parenting,
mendengar slot perkongsian selama 38 minit dengan Ummi Profazz pun saya sudah sangat bahagia, termasuk slot ikon lain di dalam Mom's Kingdom baru-baru ini.

Baru-baru ini online supervision dengan supervisor dan sahabat seperjuangan yang melaksanakan kajian penyelidikan dengan supervisor yang sama juga amat amat refreshing dan memenuhi tangki emosi dan minda saya, sekaligus rasa motivated (sama macam Dr Nurhaya terus rasa endorphines banyak selepas sesi saya share di Mom s Kingdom).

Sebentar tadi pula saya attend sesi dengan 2 pensyarah yang arif dalam kajian kualitatif dari UUM, juga amat-amat memberangsangkan jiwa dan semangat 😊😍
.

POKOKNYA:

CARI.
PILIH.

Cari dan pilih untuk slot perkongsian online yang positif dan perlu sahaja.

Tidak perlu banyak atau semua.

GET MOTIVATED.

Kemudian akan spread the good vibes kepada ahli keluarga kita pula, ok.
.

ANAK BAGAIMANA?

Anak-anak ekstrovert pula biasanya suka sangat video call dengan sepupu, keluarga, atuk, nenek, makcik pakcik semua, juga sama. Elemen penuhi tangki emosi 'connection with people'.

Apa yang adanya adalah visual dan audio, live vid call.

Itu aja pun sudah harus syukur besar, banyak-banyak.
.

Okay, ada perkongsian spesifik dari saya yang anda mahu/perlu?

*Tajuk managing stres ibu ibu di rumah boleh dapat dari Private Group Mom s Kingdom (Daftar di: https://forms.gle/QjU1oft7VAZGrH3N7 ),

manakala sharing skop stres umum dan mental health di Youtube Channel saya
https://www.youtube.com/playlist?list=PLq4UkD8znwpLxHJgu9T5wRagzNR-nTKUm,

lain consultation saya biasanya saya banyak buat kepada pembeli ebook saya di support group telegram secara audio reply 😊😊😊

Spread the good vibes,
start with ourselves first,
then barulah kepada ahli keluarga kita okay.

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan

Tuliskan di komen skop perkongsian spesifik dari saya yang anda mahu, mungkin boleh saya lakukan secara umum nanti ya, doa doanya diizinkanNya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1438051723036074&id=477691842405405
Anak Pun Stres Juga Seperti IbuAyah Sepanjang #DudukRumah Ni.

Kita bersama bincang pasal kanak-kanak dan stres mereka sepanjang duduk di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan ni.

Sudah nak masuk Fasa 3 mulai Rabu ini.

Tanda-tanda sudah mula kelihatan. Soalan-soalan sudah mula masuk dan rujuk kepada saya.

Bukan aja parent boleh burnout, anak juga boleh.

Entiti kecil yang bernaung di bawah 'Kerajaan Keibubapaan Anda',
Entiti paling fragile sebab belum sepenuhnya mengerti dan pegang sebarang tanggungjawab besar.
Entiti yang kerap dipinggirkan dan dilupakan seketika kerana ingat mereka ni kerja main aja kan, heheheh (biasanya golongan minorit yang ketinggalan sebab tak dapat bersuara lantang dan tiada akses atau tenaga nak bising kecoh ialah kanak-kanak kecil, warga emas lanjut dan yang sakit).

Mengigau, Berjalan Dalam Tidur, Mengancing Gigi Masa Tidur, Bergaduh Adik Beradik, Mengamuk Tak Tentu Pasal, Demand Macam-macam, Buat Hal Pelik-Pelik, Resah Gelisah, Diam Menyendiri, Withdrawal dari Adik Beradik, dan macam-macam lagi... Belum lagi petanda fizikal seperti sakit perut, sakit kepala, sakit dada, sakit kaki la, pening muntah, insomnia dan macam-macam lagi.

Jum kita kupas, kita fahami, kita fikirkan perspektif atau sudut pandang mereka pula, macam mana nak bantu mereka tangani stres ini.
Orang kata the struggle is real kan? Struggle dan stres kanak-kanak juga adalah real ya..... Mereka buat hal, kita akan bertambah stres tau!
.

Kongsi dengan rakan-rakan anda,
Siapkan anak awal dengan aktiviti fizikal bagi penat, settle down awal, dan masuk tidur awal sikit.
Hmm boleh juga tidurkan anak dan guna earphone untuk dengar, minimakan cahaya lampu (sebaiknya gelap gelita tapi takpa, if itu option terbaik ok 😊).

Jumpa Rabu malam nanti.
.
.
CARE β™₯,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
TIPS KEIBUBAPAAN #77

( CAHAYA MATAHARI DAN EMOSI IBUBAPA ANAK)

Sebenarnya senaman dan aktiviti di luar rumah dengan mendapat cahaya matahari adalah amat baik untuk otak dan emosi kita selain manfaat kepada badan fizikal kita tau 😍.

Otak kita akan merembeskan hormon serotonin,
iaitu hormon antistres, PENSTABIL EMOSI (mood stabiliser).
Bermakna ia positif dan baik sekali untuk emosi.
Manakala bila kurang cahaya matahari, rendah serotonin,
lebih dekat kepada kemurungan (depression).

Lepas atau semasa exercise tu, dapat pula hormon endorphine,
iaitu natural pain killer, mengurangkan persepsi terhadap kesakitan,
Kalau sakit hati dengan adik beradik bila bergaduh pun, relak aja tak sakit hati sangat, happy happy aja, emosi positif aja (yang selalu dan rutin senaman/tarian, geng ni memang positif orangnya, atau kanak-kanak yang aktif fizikal/sukan, kacau orang lagi suka suka hati).

Kalau kita perhatikan orang yang clinically depression memang tidak suka berjumpa orang, tidak mahu keluar rumah, apatah lagi bersenam di bawah cahaya matahari,
Sebaliknya mereka lebih gemar kepada berkurung diri di dalam rumah / bilik dan berada dalam kegelapan.

Tips ini baik untuk anak-anak dan #IbuBapaKini agar kekal sihat minda,
dan positif emosi.
Untuk anak, kuranglah tantrum yang kita tak dapat fahami,
sebab anak pun sudah dapat cahaya matahari, bergerak fizikal, dan dan dapat hormon antistres dia sendiri secara semulajadi 😊😊😊.
Emosi dia akan lebih positif, mood dia baik, senang beri kerjasamaπŸ‘
Mak pak pun kurang stres sebab mereka.

Buat ya?

Pagi - tak panas sangat sekitar matahari dah keluar pagi tu, lakukan sekeluarga. Ia baik untuk kulit juga.

Petang juga - sekitar tak berapa panas, pukul 6 ke atas begitu, ha mainlah di luar rumah dapatkan cahaya matahari juga ya, mandi kolam ke apa-apalah.

Buat yaπŸ˜ƒπŸ’ͺ

CARE β™₯,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan