Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Maznah Ibrahim's Channel:
Jum Beristighfar minima 100 kali pada waktu sahur!
.

Amalkan Istighfar minima 100 kali sehari,
.

Selain terus mendidik diri untuk sabar, dan kuatkan kesabaran kita (3:200) dalam mengasuh dan mendidik anak syurga kita semua.
.
.
InsyaAllah amalan istighfar ini berupaya buatkan kita seperti terpelihara dari nafsu emosi negatif.
.

Rasa macam in control aja.. 😂🤗
.
.
.
NAMPAK MUDAH, NAMUN HAKIKATNYA TIDAKLAH MUDAH,
.

Tak dinafikan bila emosi datang menyirap (macam sirap pula ya, hirup serap terus😓),
.

kadangkala kita mudah terbabas.
.

Pasti kita juga tak mahu, kan😓
.

Kita mahu sentiasa berkata-kata baik, bertingkahlaku baik, melayan anak-anak dan pasangan dengan baik... sebaiknya.... penuh hemah.
.

Pasti ada jalan.
.

Antaranya, 'Sharing'.
.

Berkongsi lah dengan orang lain..
.

Usah pendam.
.

Luah kepada:
.

1) Allah.

Dia Maha Tahu diri kita ini sebab dia yang mencipta kita dan memberi ujian ini.
.

Maksud, kembali kepada Bos besar kita. InsyaAllah Dia bantu. Dia Maha Penyayang lebih dari kita manusia biasa yang penyayang ini.
.

2) Kepada manusia yang kita rasa boleh dipercayai.

.
Ini pun bukan mudah dan bukan semua orang kita boleh rasa percaya nak luah (share).

.
Bertanya Allah Dahulu (B.A.D - idea asal dari Insyirah Azhar), mohon diberi peneman, pembimbing dan penasihat dari kalangan manusia yang baik, sesuai, serasi, insyaAllah.

.

Semasa hadapi serangan emosi,
.

Ingatkan diri untuk bernafas!
.

Tutup mata, Bernafas dengan baik walau sekali!
.

Breath In - Oksigen
Breath Out - Karbon Dioksida
.

Breath in - baik baik (sabar, sabar)

Breath out - yang buruk-buruk (marah, marah).
.

Kalau rasa nak nangis, nangis lah tak apa.

Asal energi stres itu 'keluar'.
Kasi ringan sedikit.
.

InsyaAllah lega.


Saya ada banyak cara untuk urus emosi secara segera dan tidak segera.


Secara segera saya beri dalam Seminar EHSABAR level 1, terdekat pada 29 Julai 2017, Shah Alam.
.

Jemput daftar:
.

Bit.ly/t_ehsabar
.

(Secara teknik panjang tak segera dalam ehsabar level 2 atau coaching individu).

.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.



۞ قُلْ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; {3:15}



الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّار 

(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”; {3:16}




الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ 

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. {3:17}
Cara guna stress ball.

Ciri energy marah anda adalah di tangan.

👆
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=748566981984555&id=477691842405405
Khasiat Swing / Buai,

Contoh Aktiviti Rebonding Ibubapa-Anak

👇

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=748687188639201&id=477691842405405

Happy betul semua kanak-kanak bila dapat naik buai, kan?
Contoh Cara Buaikan Anak di Taman Permainan
----------------------------+
.

Biasa kita tolak buai mereka dari arah belakang, kan?
.

Semalam, saya nampak suami saya buaikan Khairunnisa' dengan kedudukan dia duduk antara dua sujud, dan menolak buai itu, dari arah depan si anak.
.

Nampak sweet n gooood sangat.😘
.

Dia punya mata dan anak - sama paras.
.

Saya lihat ia amat 'indah' sekali
.

(amat dan sekali, double umph maksud indah itu😅).
.

Saya nak snap momen itu, tetapi tiada hp di tangan (Fateh pula buai dengan saya di tempat buai lain, si ayah dengan KN buai nun di sana).
.

Saya doa saya dapat rakam lagi sekali momen itu di lain masa sebagai contoh / idea untuk sahabat semua.
.
Saya cari gambar di google image di internet, tak jumpa posisi kedudukan exactly sama macam suami saya buat tu.
.

Waah memang jarang orang buat camtu kot?
.

Gambar terbaik/terdekat seperti di bawah saya photogrid kan.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
Seimbang / Balance.
÷÷÷÷÷××××××××++++++++------

Dalam apa jua ilmu kemanusiaan,
.

perasan tak semua berbalik kepada keseimbangan/ bersederhana/ balance kan semula segala elemen dalam kehidupan kita?
.

Sememangnya Allah telah meminta kita untuk jaga keseimbangan yang telah diciptakanNya..
.

Pabila manusia mula mengurangi mana-mana bahagian/ elemen dalam kehidupan,
.

memang jadi 'kacau' kan? 😓
.

Konteks parenting, pasangan, kekeluargaan, kewangan, kehidupan kerja-keluarga-bisnes, semua la..
.

pabila rasa 'kacau' sikit aja,
.

cek semula bahagian kehidupan kita,
.

ada mana-mana terkurang tak?
.

✓ tangki emosi ada 5 bahagian, seimbang tak, ada mana-mana terkurang/melimpah kah?
.

✓ layanan kita pada semua anak, adil tak?
.

✓ ada mana-mana perkara dalam perlakuan dan pertimbangan, pemberian, hukuman, rewards, ada terlebih atau terkurang tak?
.
.
.

Go and aim for balance.
.

* kebetulan sahaja baca terjemahan tadarus, surah Ar Rahman, trigger bab seimbang/balance ni.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Jemput Share sekiranya bermanfaat.

----
Jika kita mendedahkan 100 words HFW english pada anak,

ia bersamaan dengan 1/2 dari perkataan yang kita baca dan tulis setiap hari 😱.

anak usia 0-2 sangat mudah dan tiada perlu usaha untuk menarik mereka minat membaca, kerana mereka sentiasa eager, everything is new learning n fun for them.

°°°°°°°

(saya sharekan file HFW english untuk sahabat semua),
.

Alhamdulillah Khairunnisa' usia 2.3 tahun sangat mudah membaca apa jua perkataan baru, English, BM, Al Quran berkat kaedah Glenn Doman sejak usia bayi hingga kini.
.

Fasa 0-2 tahun fasa pantas serap tanpa tapis kan?
.

Hadiri Kursus Inst Nury,

Fahamkan pasal kemampuan otak manusia,

Dah jelas baru boleh decide nak teruskan atau tidak program belajar sambil bermain untuk anak ini.
.

Terpulang.
.

Berbuat dengan ilmu, kefahaman jelas, dan kesanggupan diri, selari dengan impian dan hasrat masing-masing.
.

Mahu mudah atau susah?
.

Mudah, memang ajar masa bayi 😂, sangat mudaaaah.

Susah, masa sibuk nak ajar usia dah 5-6 tahun,

Keberkatan ilmu, cara mudah juga mak ayah tunjuk contoh rajin membaca dan menuntut ilnu semasa bersama anak-anak.


Parenting untuk di enjoy, dinikmati dalam diri sekeluarga, bukan untuk dikejar kejar dibanding-banding dengan orang lain.

Saya hanya berkongsi nikmat ajar dari bayi..
.

,
Maznah Ibrahim.
sedutan ebook dari brillkids.
.

make it fun (baca yang bold tu).
.

kalau bayi tak suka sesi tu, kemungkinan besar mak ajar teknik tak betul, dan mak stres/memaksa.
.

Tiada istilah memaksa, kerana bayi sangat suka belajar sebenarnya.😘
Sahabat mahu dengar terjemahan Al Quran secara audio, setiap hari di bulan Ramadhan untuk khatam mendengar satu naskah kisah dan mesej cinta dari Allah?

Saya rasa amat gembira dan teruja nak berkongsi, Telegram Channel oleh sahabat wangi saya Irina Rahman.

Setiap hari mendengarnya di ofis juga dalam kereta dan di rumah sejak minggu lalu. Sudah 3 juzuk nampaknya.

Fateh mendegar semasa otw pulang dari sekolah ke rumah,

bertanya pasal apa didengarinya.

Dia darah O memang kekuatannya pada audio (jika STIFIn, otak Feeling), dia akan senyap dan menghayati kisah dalam Quran ini.

Suami saya pula kagum sebab katanya dia selalu cuba cari tapi tak jumpa terjemahan macam ni. Bila pasang dari Telegram, ia berterusan tak henti walau buka apps lain.. Allahu Akhbar.

Ia dipecahkan kepada mukasurat, 1 juzuk kan 20 mukasurat? So ada 20 file dipecahkan namun ia play otomatik aja berterusan ikut mula mana kita klik.

Sahabat wangi Irina telah siapkan file audionya mengikut pecahan, sangat ohsem.. 😭 pahala berpanjangan untuk beliau.

Memahaminya secara diperdengarkan terjemahan nya, memang 2 in 1 kerana nak tunggu baca sendiri mushaf AlQuran, perlu kekuatan dan masa, kan?

Sambil-sambil drive tu, dengar pun dah pahala (insyaAllah).

Sambil buat kerja tu, dengar pun dah best sungguh.

Jum.
Di sini:

https://t.me/joinchat/AAAAAEF3UcZ-F3iJIRz5rA