Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Pilih untuk 'Respond' kepada Situasi Anak-anak Bukan 'React'
=============================================

'Respond' ni bermaksud, pause seketika dan respon dengan positif (sebaiknya).
.

'React' ni maksudnya kita balas dengan spontan, dan ber reaksi kepada tingkahlaku si anak
.

Contoh:


1. Adik berhenti menangis sekarang! (Arahan mengejut)
.

--> Tukar ke: Adik nampak sangat sedih. Adik nak mak peluk? (atau Adik nampak sedih sangat, meh sini mak peluk)(Time In).
.

2. Kalau awak berdua tak berhenti bergaduh sekarang, Mama patah balik kereta ni. (Ugutan)
.

--> Tukar ke: Mama tak selesa dengar bising macam ni. Mama berhenti kereta sat, bila kereta ni dah senyap, Mama akan sambung memandu semula. (luahan asertif dan solusi)
.

3. Apa? Adik tumpahkan lagi air jus ni? (herdikan)
.

--> Tukar ke: Ok ow, air dah tumpah, jum ambil kain dan kita lap. (solusi)
.

4. Memang betul tak adil. Hidup ni tak adil. Adik kena biasakan diri dengan keadaan macam ni. (tertutup,pasrah)
.

--> Tukar ke: Mama tahu adik sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Hidup ni adakalanya tak semua yang kita nak kita akan dapat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. (perspektif baru)
.

5. Dapat C lagi? Apa tak kena dengan awak ni ya? (Questionning)
.

--> Tukar ke: Nampak macam kakak ni susah sedikit dengan subjek Math. Ada apa-apa yang Mama boleh bantu kakak tak? (tawar bantuan)
.

6. Cukup-cukup dah lah tu...... adik ni asyik merengek/minta minta aja... (mengeluh)
.

--> Tukar ke: Boleh tolong gunakan suara rendah skit masa minta mama sesuatu? (beritahu option baru) (atau: Mama tak faham bila adik merengek macam tu, tak jelas. Boleh tak adik bagitahu Mama betul-betul, apa yang adik nak?) (option baru)
.

7. Mak dah tak tahan dah dengan adik ni. (keluhan dan pasrah tertutup)
.

--> Tukar ke: Mak rasa kecewa sekarang. Mak nak jalan kejap untuk tenangkan diri mak. Nanti dah tenang mak datang balik. (so anak tahu mak berlalu pergi semata untuk tenangkan diri bukan meminggirkan / abaikan dia) (option / kefahaman/ asertif)
.
.
.

Translasi dan edit oleh,
Maznah Ibrahim.
.
.
Anak Ingin Didengari Sahaja Bukan diHukum atau Dinilai Salah Betulnya
-----

.
Saya kerap terkesan bila berhadapan dengan klien dewasa yang menghadapi masalah dalaman 'hurt'/ 'pain' emosi yang tidak dapat dinyatakan dengan jelas apa dirasakan,
.

kerana luka atau kesakitan itu di dalam hati.
.

Antara pattern yang dialami ialah perkataan negatif.
.

Perkataan ibarat satu pukulan pedas, kasar, yang menyakitkan jiwa...

.

Anak-anak hanya mahu didengari, ingin luahkan sahaja, kepada kita, ibubapa,
.


sama macm kita nak luah pada pasangan/rakan apa kita alami atau lalui, panjang cerita nya,
.

maka bukan dinilai salah betul atau dikutuk/dipersalah.
.

Usaha untuk mendengar (listen) bukan dengar (hear).

.

Maznah Ibrahim.

* gambar petikan buku Umi Rosmaria Say It Right.
Autonomy Stage 2-3 Tahun Anak-Anak
°°°°°°°

Fasa 2 - 3 tahun untuk anak kami:

1) sediakan untuk wean off (tempoh 6 bulan untuk Fateh selesai berjaya wean off susu ibu, 2.6 tahun stop susu ibu �, namun fm dia sampai 4 thn lebih).

Penulisan penuh di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211007640599342&id=1004411173
Alhamdulillah.

Benarlah, bersyukur sahaja adalah satu nikmat.

Walau bahagia, walau ujian bertimpa-timpa, walau senang walau susah.

Ucapkan Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah atas nikmat / ujian ini. Bimbinglah aku sentiasa ya Allah, sesungguhnya daku lemah dan buntu.
..

Al Qamar 54: 35
Sebagai nikmat daripada Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang bersyukur.

.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Maznah Ibrahim's Channel:
Jum Beristighfar minima 100 kali pada waktu sahur!
.

Amalkan Istighfar minima 100 kali sehari,
.

Selain terus mendidik diri untuk sabar, dan kuatkan kesabaran kita (3:200) dalam mengasuh dan mendidik anak syurga kita semua.
.
.
InsyaAllah amalan istighfar ini berupaya buatkan kita seperti terpelihara dari nafsu emosi negatif.
.

Rasa macam in control aja.. 😂🤗
.
.
.
NAMPAK MUDAH, NAMUN HAKIKATNYA TIDAKLAH MUDAH,
.

Tak dinafikan bila emosi datang menyirap (macam sirap pula ya, hirup serap terus😓),
.

kadangkala kita mudah terbabas.
.

Pasti kita juga tak mahu, kan😓
.

Kita mahu sentiasa berkata-kata baik, bertingkahlaku baik, melayan anak-anak dan pasangan dengan baik... sebaiknya.... penuh hemah.
.

Pasti ada jalan.
.

Antaranya, 'Sharing'.
.

Berkongsi lah dengan orang lain..
.

Usah pendam.
.

Luah kepada:
.

1) Allah.

Dia Maha Tahu diri kita ini sebab dia yang mencipta kita dan memberi ujian ini.
.

Maksud, kembali kepada Bos besar kita. InsyaAllah Dia bantu. Dia Maha Penyayang lebih dari kita manusia biasa yang penyayang ini.
.

2) Kepada manusia yang kita rasa boleh dipercayai.

.
Ini pun bukan mudah dan bukan semua orang kita boleh rasa percaya nak luah (share).

.
Bertanya Allah Dahulu (B.A.D - idea asal dari Insyirah Azhar), mohon diberi peneman, pembimbing dan penasihat dari kalangan manusia yang baik, sesuai, serasi, insyaAllah.

.

Semasa hadapi serangan emosi,
.

Ingatkan diri untuk bernafas!
.

Tutup mata, Bernafas dengan baik walau sekali!
.

Breath In - Oksigen
Breath Out - Karbon Dioksida
.

Breath in - baik baik (sabar, sabar)

Breath out - yang buruk-buruk (marah, marah).
.

Kalau rasa nak nangis, nangis lah tak apa.

Asal energi stres itu 'keluar'.
Kasi ringan sedikit.
.

InsyaAllah lega.


Saya ada banyak cara untuk urus emosi secara segera dan tidak segera.


Secara segera saya beri dalam Seminar EHSABAR level 1, terdekat pada 29 Julai 2017, Shah Alam.
.

Jemput daftar:
.

Bit.ly/t_ehsabar
.

(Secara teknik panjang tak segera dalam ehsabar level 2 atau coaching individu).

.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.



۞ قُلْ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَٰلِكُمْ ۚ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; {3:15}



الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّار 

(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka”; {3:16}




الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالْأَسْحَارِ 

(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. {3:17}
Cara guna stress ball.

Ciri energy marah anda adalah di tangan.

👆
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=748566981984555&id=477691842405405
Khasiat Swing / Buai,

Contoh Aktiviti Rebonding Ibubapa-Anak

👇

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=748687188639201&id=477691842405405

Happy betul semua kanak-kanak bila dapat naik buai, kan?
Contoh Cara Buaikan Anak di Taman Permainan
----------------------------+
.

Biasa kita tolak buai mereka dari arah belakang, kan?
.

Semalam, saya nampak suami saya buaikan Khairunnisa' dengan kedudukan dia duduk antara dua sujud, dan menolak buai itu, dari arah depan si anak.
.

Nampak sweet n gooood sangat.😘
.

Dia punya mata dan anak - sama paras.
.

Saya lihat ia amat 'indah' sekali
.

(amat dan sekali, double umph maksud indah itu😅).
.

Saya nak snap momen itu, tetapi tiada hp di tangan (Fateh pula buai dengan saya di tempat buai lain, si ayah dengan KN buai nun di sana).
.

Saya doa saya dapat rakam lagi sekali momen itu di lain masa sebagai contoh / idea untuk sahabat semua.
.
Saya cari gambar di google image di internet, tak jumpa posisi kedudukan exactly sama macam suami saya buat tu.
.

Waah memang jarang orang buat camtu kot?
.

Gambar terbaik/terdekat seperti di bawah saya photogrid kan.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
Seimbang / Balance.
÷÷÷÷÷××××××××++++++++------

Dalam apa jua ilmu kemanusiaan,
.

perasan tak semua berbalik kepada keseimbangan/ bersederhana/ balance kan semula segala elemen dalam kehidupan kita?
.

Sememangnya Allah telah meminta kita untuk jaga keseimbangan yang telah diciptakanNya..
.

Pabila manusia mula mengurangi mana-mana bahagian/ elemen dalam kehidupan,
.

memang jadi 'kacau' kan? 😓
.

Konteks parenting, pasangan, kekeluargaan, kewangan, kehidupan kerja-keluarga-bisnes, semua la..
.

pabila rasa 'kacau' sikit aja,
.

cek semula bahagian kehidupan kita,
.

ada mana-mana terkurang tak?
.

✓ tangki emosi ada 5 bahagian, seimbang tak, ada mana-mana terkurang/melimpah kah?
.

✓ layanan kita pada semua anak, adil tak?
.

✓ ada mana-mana perkara dalam perlakuan dan pertimbangan, pemberian, hukuman, rewards, ada terlebih atau terkurang tak?
.
.
.

Go and aim for balance.
.

* kebetulan sahaja baca terjemahan tadarus, surah Ar Rahman, trigger bab seimbang/balance ni.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Jemput Share sekiranya bermanfaat.

----
Jika kita mendedahkan 100 words HFW english pada anak,

ia bersamaan dengan 1/2 dari perkataan yang kita baca dan tulis setiap hari 😱.

anak usia 0-2 sangat mudah dan tiada perlu usaha untuk menarik mereka minat membaca, kerana mereka sentiasa eager, everything is new learning n fun for them.

°°°°°°°

(saya sharekan file HFW english untuk sahabat semua),
.

Alhamdulillah Khairunnisa' usia 2.3 tahun sangat mudah membaca apa jua perkataan baru, English, BM, Al Quran berkat kaedah Glenn Doman sejak usia bayi hingga kini.
.

Fasa 0-2 tahun fasa pantas serap tanpa tapis kan?
.

Hadiri Kursus Inst Nury,

Fahamkan pasal kemampuan otak manusia,

Dah jelas baru boleh decide nak teruskan atau tidak program belajar sambil bermain untuk anak ini.
.

Terpulang.
.

Berbuat dengan ilmu, kefahaman jelas, dan kesanggupan diri, selari dengan impian dan hasrat masing-masing.
.

Mahu mudah atau susah?
.

Mudah, memang ajar masa bayi 😂, sangat mudaaaah.

Susah, masa sibuk nak ajar usia dah 5-6 tahun,

Keberkatan ilmu, cara mudah juga mak ayah tunjuk contoh rajin membaca dan menuntut ilnu semasa bersama anak-anak.


Parenting untuk di enjoy, dinikmati dalam diri sekeluarga, bukan untuk dikejar kejar dibanding-banding dengan orang lain.

Saya hanya berkongsi nikmat ajar dari bayi..
.

,
Maznah Ibrahim.