Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Photo from Maznah
Suami berpesan :

Inilah masanya yang paling sesuai untuk hypnoscript anak berkenaan keperluan makanan sihat.

Untuk tingkat imun badan.

πŸ™‹β€β™‚οΈ Fateh faham. Terima. Dah besar boleh fikir.

πŸ‘§ KN memang terima sebab kondisi eczema dia buatkan dia memang makan yang agak bagus la (walau ada sikit cheating, iaitu cheese cake, lain semua dia tak makan makanan tak berapa sihat)

πŸ‘Ό CikNa paling terror sebab lahir lahir aja persekitaran makanan sihat sudah tersedia dalam keluarga, dan so far dia enjoy makan makanan sihat buah sayur vitamin semua dengan selamba aja😁

Suami request air lemon madu,
Mummy add halia, sebab suka halia,
So air Halia Lemon Madu untuk orang dewasa ya (rasanya CikNa confirm nak try air ni)


Maznah Ibrahim

#anyeducationstartfromhome
SEBENARNYA TIADA ISTILAH ANAK EKSIDEN KALAU IBU AYAH TAHU MERANCANG.
.
.
Merancang keluarga merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan kestabilan emosi ibu, kestabilan ekonomi keluarga dan kualiti setiap anak.
.
.
Benar...setiap anak yang keluar itu rezeki
Tapi rezeki yang tidak dirancang dan kemudian tidak terurus dengan baik itu pun kita taknak juga.
.
.
Dr Muhammad Izzat kongsikan dalam Toddible Baby Summit betapa pentingnya merancang keluarga dengan baik especially untuk ibu-ibu supaya betul-betul dapat berehat dan sembuh dari kehamilan terdahulu.
.
.
Banyak sebenarnya kaedah merancang ni. Ada yang kaedah natural dan semulajadi. Tapi itulah kalau nak pilih yang natural ni, keazaman kena tinggi dan biasalah cycle wanita ni boleh berubah bila stress, bila ada tekanan - maka efficiency pun kurang juga.
.
.
Bila guna hormon - sama ada makan, cucuk, etc pula - efficacy lebih baik. Tapi itulah tak semua sesuai dengan hormon - ada yang wajah naik jerawat, ada yang berat badan bertambah, ada yang migrain sampai guling-guling di lantai.
.
.
Saya memang ada sahabat yang tidak sesuai makan pil perancang, Setiap kali makan memang akan muntah, kepala pusing dan lembik. Kesian sangat!
.
Hebat pengorbanan wanita nak merancang keluarga ni!
.
.
Ada tak kaedah merancang melibatkan lelaki ni?
Apa kaedah merancang yang sesuai untuk wanita - sebab setiap wanita ini sungguh berbeza!
.
.
Jom dengar kupasan Dr Izzat tentang Family Planning dalam Toddible Baby Summit 2020. Gagal merancang bererti merancang kegagalan.
.
.

Tulisan ini adalah dari :
Dr Amalina Mohd Daud,
Founder Toddible
.........................................

Jom join online event ini pada 23-27 Mac 2020,
Percuma untuk ibubapa di seluruh Malaysia
Duduk di rumah atau lockdown juga masih boleh tonton seisi keluarga

Daftar di

https://go.mazn.me/ToddibleSummit
https://go.mazn.me/ToddibleSummit
https://go.mazn.me/ToddibleSummit
.
.
#SHARE kan ya!
.
.
#toddiblebabysummit2020
Didoakan anda semua kuat dan positif dalam situasi semasa kini,
Berusaha membentuk kesabaran dlm diri anda setiap hari ❀️

Kerana setiap ujian itu,
Anda MAMPU DAN LAYAK hadapinya,
Dengan sebaiknya,

Berbekalkan kebijaksanaan dan sumber yang ada dalam diri dan sekeliling anda.

CAREβ™₯️
Maznah Ibrahim.
Photo from Maznah
Harus gunakan masa dan peluang ini untuk 'bond' dengan anak-anak dan mak pak perlu jadi kreatif ok πŸ˜πŸ˜ŠπŸ‘πŸ˜Š

Semoga semua kita terpelihara oleh Nya, stay positive and calm ok.


Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Apa Nak Buat dengan Anak Cuti Panjang Yang PerGerakan Amat Terhad Ini?

Saya share soalan jawapan di komen,
Mungkin beri sedikit idea pada tuan/puan.

Cuma memang,
Ia tidak semudah mana,

Asal ada aktiviti nak buat,
Rendahkan rigidity (super clean / kemas) = fleksibiliti
And go with the flow,
OK dah πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ˜Šβ™₯️

Yes anak kecil tak ikut flow/plan kita sangat,

Choice ada:

Sama ada mak ikut anak yang style freedom (normal young kids),

Atau mak maintain personaliti mak yang plan bagai berjadual tu (which is good sangat),

Cuma mak terima ia akan jadi keluar dari kotak jadual,

Dan aim kan at least 1 aktiviti bermanfaat telah berjaya dibuat / hari, sudah memadai (rendahkan target, starts will small first ya).

Dan anak jenis Thinking pula sebenarnya perlu jadual (seawal usia 2 sudah nampak keperluan jadual dia, cuma saya mak yang jadual dalam kepala dan spontan),

Maka, buatlah sebaik anda,
InsyaAllah asal tak berlebihan,
Ia no harm, kan 😊


Maznah Ibrahim

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Takkan Nak Tunggu Sampai Anak Ketiga Keempat Baru Kita Lebih Baik dalam Parenting?

Ramai saya perasan, anak pertama ada saja kesilapan dilakukan, dan disusuli anak kedua, ketiga, keempat semakin baik dalam cara pelaksanaan keibubapaan.

Juga tak kurangnya yang anak pertama mungkin sedikit mudah, namun lebih teruji dengan anak kedua (second child syndrome).

https://maznahibrahim.com/takkan-nak-tunggu-sampai-anak-ketiga-baru-kita-lebih-baik-dalam-parenting/
Forwarded from Aisyaana
Since many kids are/will be home from school, sharing an awesome list of ideas from a parent who homeschools.

Online resources:
- BrainPop
- Curiosity Stream
- Tynker
- Outschool
- Udemy
- iReady
- Beast Academy (Math)
- Khan Academy
- Creative Bug
- Discovery Education

YouTube Channels:
- Crash Course Kids
- Science Channel
- SciShow Kids
- National Geographic Kids
- Free School
- Geography Focus
- TheBrainScoop
- SciShow
- Kids Learning Tube
- Geeek Gurl Diaries
- Mike Likes Science
- Science Max
- SoulPancake

Lots of board games, library books (and Kindle), tinkering/upcycling with household junk, etc.
Some resources to help with kids at home:

*Scholastic has created a free learn-from-home site with 20+ days of learning and activities.

https://classroommagazines.scholastic.com/support/learnathome.html

*Pretend to travel the world..Go on a virtual tour of these 12 famous museums.

https://www.travelandleisure.com/attractions/museums-galleries/museums-with-virtual-tours

*This is the awesome free curriculum that we use. Everything from preschool activities to 12th grade is here!

https://allinonehomeschool.com/

*List of thinking games by grade: https://allinonehomeschool.com/thinking/

More awesome free learning websites that we like to use

https://www.starfall.com/h/

https://www.abcya.com/

https://www.funbrain.com/

https://www.splashlearn.com/

https://www.storylineonline.net/

https://pbskids.org/

https://www.highlightskids.com/

https://kids.nationalgeographic.com/

https://www.coolmath4kids.com/

http://www.mathgametime.com/

https://www.uniteforliteracy.com/

http://www.literactive.com/Home/index.asp

http://www.sciencekids.co.nz/

https://www.switchzoo.com/

https://www.seussville.com/

https://www.turtlediary.com/

https://www.e-learningforkids.org/

Please feel free to share this with anyone who you think may benefit from this
Untuk anda yang saya hargai,
Saya nak beri hadiah ni,
Siapa nak?
Boleh komen NAK di sini ya 😍😍😍

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1414408052067108&id=477691842405405
Aktiviti Lumba Katak dengan Anak πŸ’
🐸🐸

Boleh jadi aktiviti simple menarik dengan anak-anak ok.

Nanti dah siap, tag la saya 😊

Step by step cara buatnya (macam air tangan ibu la)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211941056774163&id=1004411173
PENGUMUMAN πŸ—£
12 Tengahari, RABU 18 Mac 2020

Saya Nak Beri Hadiah Kepada DUA Orang Sahabat Follower Saya Ni ☺️ 😱😱😱
.

Boleh baca lanjut dan lengkap di sini ya πŸ˜ŠπŸ‘


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1414902782017635&id=477691842405405
πŸ‘† Untuk anda, storytelling kepada anak mengenai situasi semasa berkait Stay At Home dan Covid-19 ini.

Mudahan ia beri serba sedikit idea untuk bagaimana jelaskan kepada anak, ya 😊.

Thanks to a friend, Puan Ding.

Saya, cuma tunjukkan video youtube virus covid macam mana rupanya dan beritahu status statistik semasa kepada si anak anak Thinking,

Yang mana Thinking, sesuai info konkrit visual yang akses di internet dan cerita ada bernombor.

Kongsikan pdf file ini ya,

Maznah Ibrahim
Aktiviti kami yang total berpuasa Stay At Home, tak keluar walau jenis tiap hari gi taman permainan sebelah rumah aja.
.

1. Lukisan haritu kita potong besar-besar bentuk rawak, bagi depa dua selesaikan puzzle tu, pertandingan siapa siap dulu. Fateh lah siap dulu πŸ’β€β™€οΈ

*kertad A3 lama dah saya beli, sebab ia besar, beli 1 rim RM30 ada 400 sheet tak silap, ini memang toolkit yang semua anak kecil suka, boleh buat apa apa aja.
.

2. Lukis lagi apa saja nak lukis, Fateh lukis laluan kereta, panjang, tak sempat tanya lanjut. Kemudian Mummy dan KN kalerkan, lupa snap gambar. KN lukis yg dia suka, kepompong, ulat bulu semua. Memang pandai dia lukis sendiri tanpa diajar πŸ˜ŠπŸ‘. Siap nak baca buku Ummi Tun yang dari telor jadi pupa then jadi butterfly tu, dan nyanyi lagu seekor ulat jadi kepompong pastu pecah jadi rerama tu ☺️😁
.

3. Mereka nak faham coronavirus, rupa camna, kita cari di youtube dan tunjukkan, cerita serba sedikit. Mereka faham sikit2 kenapa kena Stay At Home takleh keluar jumpa sesiapa.

* Anak anak Thinking, perlu info visual konkrit, jelas dan info tepat.
.

4. Aktiviti kemas, kutip sampah, menyapu mengemop mana2 anak nak rajin buat, kita beri dia buat. Sebab kebersihan tanggungjawab bersama. Walau sepah, pastikan bersih. Walau sepah itu kreatif, jika lebih dari skor 5-6 / 10 tu kita perlu lakukan something - cegah dari lagi sepah, sebab sepah buat mata dan jiwa dan minda rasa serabut, nanti lagi cepat mak nak marah, kan 😊 Islam ajar kekemasan, dan indah, bersih semua.
.

5. Ubah sikit sikit kedudukan perabot, agar luas lagi sebab nak bagi ruang aktiviti fizikal. Memandangkan semalam sempat beli tricycle si Yumna, semua 3 orang ni seronok berkayuh satu rumah πŸ˜† gilir / rebut, sampai kita beri laluan bawah meja makan lagi, kasi cabar sikit, esp Yumna, belajar tundukkan kepala agar tak sakit.
.

6. KN saya beri tahu dia statistik semasa, dia minat nak tahu, bila tahu 2 sudah kematian, dia tahu ini serius punya.
.

7. Masak cekodok pisang bila KN request nak makan dan request nak buat. Kita beri arahan dari jauh sebab handle si Yumna. Kopek pisang, buang kulit, masuk bekas besar, lenyek guna garfu. Pehtu mummy mai lepas lama dah penyek (sebab tidurkan Yumna), sambung kerjakan bancuhan cekodok pisang bersama sama...

8. Pagi nasi goreng nasi semalam, cakap ulang kat Fateh, makan apa ada, sebab dia bising nak nasi lemak. Akhirnya tengahari tu dia sudi makan, baru tahu sedap Mummy masak πŸ˜†.

Bukan taknak beli tapi tunggu orang nak anta gas tak sampai2 (80% masak nasi goreng tetiba gas habis, sambung ke periuk noxxa). Hadiah dia menang lawan selesai puzzle ialah masakkan dia pasta dan sos spageti merah ayam kisar keteringinannya dan semua orang pun boleh makan kecuali KN tak makan.
.

9. Pokoknya apa jua buatlah, asal ada benda nak buat. Duduk rumah sesama, mana mak handal mak lah buat, mana boleh sub pada anak, beri lah anak buat, sikit sikit tu, latih. Esp bila dia minat nak buat, kan, beri peluang. Hidup dalam syurga di rumah walau havoc makan 10 kali, sepah 20 kali, sapu 2-3 kali, gaduh 30 kali ibaratnya ☺️ kan......

#MummyFatehKNYumna