Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Adakah Kita Rasa Anak Kita Ni Seorang Yang Keras Kepala?

Anak keras kepala ni macam ala-ala anak ‘ketegaq’ la bak kata orang tua/utara.

Pada saya, degil, 'ketegaq', keras kepala ('stubborn'), melawan cakap, semuanya adalah satu tanda anak tidak bersetuju dengan kita, #ibubapakini.

Fahami 'nature'nya agar respon / tindakbalas kita kepada anak ini adalah berpendekatan lebih positif apabila kita memahaminya lebih baik.

Baca lanjut:

https://maznahibrahim.com/anak-keras-kepala/
Tips Keibubapaan #59

( Frasa Magis Nak Ucap Kat Anak Bagi Strategi Disiplin Lebih Tenang dan Berkesan)

Berbanding marah-marah atau hukum,
Cubalah ubah dengan beberapa pendekatan berbeza dari kebiasaan.

Saya selitkan nota dan contoh di setiap gambar ya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1408894799285100&id=477691842405405

Semoga bermanfaat.

CARE ♥️,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
INPUT dari PAKAR untuk BANTU Anda Jadi #IbuBapaKini Yang Lebih Baik

Suami saya selalu kata" "Dengan Ilmu, Ketakutan Akan Hilang".

Maksud dia, kita ni banyak tak sure, tak pasti, maka akan takut itu dan ini. Orang tu kata itu, orang ni kata ini, bila tahu kebenaran sebenar, kita jadi sure, terus ok sebenarnya kan 😅.
.

Jadi ibubapa ni jika semudah google google dan baca-baca aja, memang mudah, namun berisiko, sebab kita akan mudah terikut tren kebanyakan orang, yang mungkin ia bukanlah yang betul dan terbaik untuk diri kita, anak kita, keluarga kita, dan situasi kita.

Namun mendengar sendiri input dari pakar yang banyak pengalaman dan telah consult ramai orang juga tidak mudah diperoleh sebab keterbatasan mereka nak sampai maklumat kepada kita.
.

Nah, telah dihimpunkan lebih daripada 20 orang Pakar yang anda boleh belajar, dan tambah ilmu / strategi penting mengikut kesesuaian diri anda.
.

Ibarat duduk dalam satu seminar sehari, biasanya kita dapat dengar dari 3 speaker macam tu. Perlu arrangement tinggal anak dengan pasangan/ pengasuh, dan mobiliti ke tempat seminar nun di Lembah Klang sana.
.

Dalam kursus ni, terdapat 27 SPEAKER yang setiap satunya akan berkongsi selama lebih kurang 1 jam atau lebih yang akan berbicara tentang topik khusus yang mereka arif.
.

5 HARI Parenting Course untuk anda, Toddible Baby Summit (TBS) 2020 diadakan julung-julung kalinya semenjak tahun 2017 foundernya teringin nak menganjurkannya, ha.. baru kini mendapat (tahun 2020).
.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dr Amalina dan team TBS kerana telah bersusah payah menghimpunkan, dan mengumpulkan seramai 27 speaker tempatan dalam pelbagai topik untuk kita, #IbuBapaKini,
.

Dari permulaan kehamilan, kelahiran, penjagaan bayi, parenting dan pemakanan.

MasyaAllah Tabarakallah.
.

Saya teruja bila mula mendapat tahunya 😍😍😍, sesuatu yang telah difikirkan lama namun saya sendiri tak mampu lakukannya.
.

Setiap proses itu ada keterkaitannya dari kehamilan hingga anak telah selamat lahir dan membesar dalam dunia serba mencabar ini, kan?
.

Jemput daftar untuk tak ketinggalan ilmu yang seumur hidup berguna, tapi kena laksana sekarang juga bukan nanti nanti.
.

Ia akan berlaku secara online selama 5 hari pada 23-27 Mac ini.
.

Dr Amalina sendiri semasa menjadi host kepada setiap slot itu, telah banyak belajar sesuatu, apatah lagi kita juga, saya pasti kita semua akan belajar banyak.

Ilmu yang kita harap telah tahu awal dulu-dulu masa anak belum lahir lagi, huhu 😣.
.
.

Tapi tak apa, tiada istilah terlambat, the matter of just do it aja ok 😉.

Kongsikan dengan adik adik anda, junior anda, dan kenalan anda, akan berita baik ini.
.

Info penuh dan pendaftaran di sini:

https://go.mazn.me/ToddibleSummit
https://go.mazn.me/ToddibleSummit
https://go.mazn.me/ToddibleSummit
.

p/s: Saya ajak anda kerana saya sayang anda semua dan nak sama-sama raih ilmu penting ini sama-sama. Kita jumpa live nanti sebagai peserta dalam Summit ni ya.
.

CARE ,
Maznah Ibrahim
Kenapa Penting Bercakap Elok-Elok Kepada Anak ?

Ramai yang membaca penulisan saya sedar dan tahu, untuk bercakap dengan perkataan yang betul kepada anak, selalunya ia sedikit panjang, 'proper' dari segi susunan ayat dan perlu fikir dahulu baru ucapkan.

Anda ada rasa begitu? Saya juga rasa begitu 😊.

Baca hingga habis:

https://maznahibrahim.com/kenapa-penting-bercakap-elok-elok-kepada-anak/
Semalam Fateh anak saya berkata :-

Mummy mesti bangga dapat anak macam Fateh yang pertama mandi pagi dan petang.

Wah apa lagi saya pun ucapkan semula ayat pengesahan (words of affirmation : Tangki Emosi Perkataan) :

"Mummy dan Ayah memang amat bangga, syukur dapat anugerah anak soleh macam Fateh yang rajin mandi, jadi orang pertama sekali mandi waktu pagi dan petang tanpa disuruh".

......

Fikir semula, macam mana dia boleh ucapkan sebegini?

Pastinya dari tangki words tertentu yang Mak Ayah dia selalu ucapkan iaitu 'Proud' / Bangga (walau dia Thinking selalu juga cakap dia tak suka dengar Mummy dia cakap banyak,banyak 😅).

.....

Kemudian dia beritahu :

Kawan Abang cemburu sebab Abang ada Mak Ayah macam Mummy dan Ayah.

Owh hooo camana tu, saya tanya ?

Dia sebut nama kawan dia, X iaitu adik kepada abang Y ni, terkejut dan kelihatan cemburu bila dia beritahu atau cerita yang dia dapat apa dia nak (mainan spesifik) setiap bulan bila dia minta pada Mummy (hmm shopee Mummy ler tew 😅😅😅🙊).

.....

Tangki material : saya adakan 1 kali sebulan sebab dia layak atas setiap usaha kecil dia lakukan setiap hari sama ada di sekolah, atau di rumah.

Dan tangki material saya dapati banyak didambakan oleh kanak-kanak kerana mereka menilai kasih sayang dengan memperoleh apa dia teringin

(selain tangki lain yang lebih utama, namun sila limitkan ia agar :

👉 jadi special,

👉 sentiasa tunda / tangguhkan keinginan tidak dapat on the dot dia minta, didik dia sabar dan berdoa,

👉 sentiasa ada sebab kepada hadiah material itu, tiada percuma,

👉 sentiasa penuhkan tangki lain juga iaitu masa, sentuhan, layanan/perbuatan, dan perkataan dengan sangat TIPTOP sebab material tidak boleh ganti sama sekali 4 tangki lain ini).
.

Dan ya, perkongsian pengalaman dia dengan kawan buatkan dia sedar rupanya ada kawan dia tak dapat macam apa dia dapat dari mak ayah dia...
.

Syukur Alhamdulillah Tabarakallah, Allah tunjuki dia.

.

Saya kongsikan tips perkataan power agar anak akan beremosi positif dan seterusnya bertingkahlaku positif ya.😍

....

BINA/TINGKAT SELF ESTEEM ANAK:
GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK
.

Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka.
.

🏆 Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri - harus disebut jelas spesifik)
.

🏆 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, .. SUKA buat yang mendengar akan SUKA hati juga 😊🥰)
.

🏆 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah.
.

🏆 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik.
.

🏆 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara.

🏆 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia.
.

🏆 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math).
.

🔜 PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga.
Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti ;)
.

🔜 Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak.
.
.
.
😍😍 Semoga dapat sesuatu untuk parenting journey anda pula 👍👍

❤️
Oleh : Maznah Ibrahim

p/s: Dalam ebook Mudahnya Anak Mendengar Kata Dengan Teknik Hypnoscript, saya ada kongsi lebih 200 skrip positif yang berpengaruh, yang boleh tuan puan gunakan pada situasi tertentu (73 situasi common harian)

Boleh rujuk website ini untuk maklumat lanjut.

👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313
👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313
👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313

.
.
Dr Khairunnisa' jadi 'doktor vet' 2 hari lepas,

Kisahnya si Oren ni kena buli, jerkah, diserang si kucing otai kawasan hampir setiap hari.

Sampai demam, behaviour changed - kurang selera makan, berak amat kurang, pernafasan laju - stress (degupan jantung kencang sentiasa-macam dalam mode sedia sentiasa- fight/flight mode atau anxiety), murung - tidur selalu, kelihatan tak ceria sangat, tak cergas macam biasa
.
.

Menariknya bila diperhatikan body language si kucing otai 'pembuli', dia sampai tahap kita jerkah pun dia relek aja :

👉Jalan menonong kool
👉Kepala tegak ke atas
👉Tak takut / lari pun

Sungguh, saya teringatkan if pembuli manusia, macam tulah gayanya tak kisah pembuli kecil kanak2 atau dewasa 🤔🧐😬. Huhu

Banyak kita belajar dari alam - binatang, hidupan dll.


Maznah Ibrahim
Tips #60

( Anda Adalah PENTING dan MELENGKAPKAN Semua )
.

CARE ♥️,
Maznah Ibrahim
Tips Keibubapaan #61

(Mindset Bagi IbuBapa Yang Anak Belum Lancar Membaca - Anak Anda Akan Lancar Membaca)

Peranan kita,
Ada,
Besar sekali
Di saat orang sekeliling mungkin tidak supportive atau memahaminya.

Yuk.

Semoga belajar sesuatu, kongsikan.
.

CARE♥️
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Tips Keibubapaan #62

(Perkataan Silap Yang Makna Sebenarnya Lain)

Sama seperti bila orang dewasa (yang kemudian kanak-kanak tiru) bila marah,
Perkataan / ayat bad words itu tidak menggambarkan makna sebenar.

Ni nanti bila anak dah boleh bercakap dan luah perasaan kepada anda kelak,

Beritahu diri yang dia sebut lain, sebenarnya😊.

Ini akan bantu anak reconnect dengan mereka dan penuhi keperluan emosi mereka, ok.

*klik gambar untuk penerangan lebih jelas di caption.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1411918262316087&id=477691842405405

CARE ♥️,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Photo from Maznah
Suami berpesan :

Inilah masanya yang paling sesuai untuk hypnoscript anak berkenaan keperluan makanan sihat.

Untuk tingkat imun badan.

🙋‍♂️ Fateh faham. Terima. Dah besar boleh fikir.

👧 KN memang terima sebab kondisi eczema dia buatkan dia memang makan yang agak bagus la (walau ada sikit cheating, iaitu cheese cake, lain semua dia tak makan makanan tak berapa sihat)

👼 CikNa paling terror sebab lahir lahir aja persekitaran makanan sihat sudah tersedia dalam keluarga, dan so far dia enjoy makan makanan sihat buah sayur vitamin semua dengan selamba aja😁

Suami request air lemon madu,
Mummy add halia, sebab suka halia,
So air Halia Lemon Madu untuk orang dewasa ya (rasanya CikNa confirm nak try air ni)


Maznah Ibrahim

#anyeducationstartfromhome