Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
ANAK TAKUT NAK BUAT, JANGAN KONDEM DIA.

Tapi ajarkan anak-anak skrip tegas diri (‘Self Affirmation’) pabila mereka sedang hadapi isu takut atau tidak yakin diri, bermula usia 3 tahun.

Caranya kita sebutkan ayat, minta dia ulang.

Contoh :

🍦Anak nak beli aiskrim dan kurang berani. Maka saat itulah digunakan untuk PECAHKAN BARRIER DALAM DIRI DIA dia sebab dia nak sangat aiksrim tu.

- Ajar dia sebut :

“M (nama dia) berani beli aiskrim sendiri” (sambil tepuk dada kiri dia)

- Tunggu dan observe aja.
- Puji bila berjaya.
- Temani bila dia tak berjaya, cakap kat dia: "Tak apa, NANTI M (nama dia) boleh beli lagi.
.
.

⚽️ Anak kecil kita nak main bola sepak dengan abang besar:

- “Saya berani main bola sepak dengan abang-abang”.
.
.

🏊‍♀️ Anak nak berenang tapi takut tenggelam:

- “M berani berenang di kolam besar. M berjaya terapung. M berjaya berenang”.
.
.

Skrip tegas diri ini bantu terapkan yakin diri kerana bermula dengan perkataan ‘Saya’ atau ‘Nama dia’,
dan disusuli dengan perbuatan tingkahlaku spesifik yang mereka mahu,
pada saat mereka sangat mahu,
dan pada lokasi yang sesuai (tepat).
.
.

Ia lebih berkesan berbanding dipaksa atau disuruh di saat mereka belum bersedia ;)
.

CARE ♥️,
Maznah Ibrahim.
.

p/s Kongsikan dengan pasangan anda ya, kita saling peringatkan.
.
--------------------------------------------
.

Cabaran RM1
°°°°°°°°°°°°°°°°
Ini cara kami terapkan pada anak sulong kami, Fateh. Masa usia dia 2 tahun 8 bulan, saya bagi dia peluang beli sendiri bila dia nak sangat beli aiskrim kat kedai runcit, tapi dia pulang dengan RM1 layang-layang.

Setelah kejadian itu, siri kejayaan membeli sendiri berulang dan saya namakan 'Cabaran RM1' dan meningkat ke RM2 dan seterusnya.
.

Kaedah 'Self Hypnoscript'
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Dia mula ada 'rasa' takut bila usia 3 ke atas (sebab usia 3 sudah mula berfikir), maka saya gunakan skrip 'Self Affirmation' ini untuk bantu dia. Next dia boleh train adik dia Khairunnisa' pula. (Gambar lama Julai 2018)

.

Ebook Premium Skrip Hypno bagi Isu Anak Usia 0-18 Tahun

Https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch200220
Tips #39

( Anak Agresif Perlukan Batasan Selamat, TIME IN )

Sama ada anak sangat mencabar ibu bapanya,

Kelihatan sengaja atau tidak sengaja,

Pastikan tetap berada di sisi dia,

Berikan pilihan lebih selamat untuknya,

Asal tak cederakan diri,
Tak cederakan anda,
Tak rosakkan barang sekitar.

TIME IN namanya.

Dia perlukan bimbingan bukan penolakan (rejection).

Usaha positif, OK.

Saya beri contoh:

Dia hentak kepala ke dinding,
Peluk dia bagi dia hentak kepala ke badan kita (lebih selamat badan anda dari dinding keras)
(The better choice that time)

Sambil bagitahu betapa anda amat care dia dan sayang dia maka tidak mahu dia sakit/cedera,
Dan betapa anda tetap tidak akan beri apa dia mahu kerana anda ambil berat dan sayangkan kesihatan mata/badan dia.

Jika sebaliknya = anda mengalah dan beri apa dia mahu,
Pasti dia guna strategi sama,
Sebab dia tahu anda akan mengalah..

Maka berikan dia pengalaman untuk 'tidak dapat'
dalam suasana sakit hati tetapi selamat.

Batasan selamat / safe boundary diberi/dikekalkan.

"Tidak semua yang dia suka adalah baik untuknya,
Dan tidak semua yang dia tak suka adalah tak baik untuknya", kan?

CARE❤️
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Tips #40

(Beri Salam Bila Memasuki Rumah)

Mudahan kaki kanan yang melangkah,
Dan anak-anak yang menyebut sekali salam penuh itu,
Akan bersama-sama membawa aura yang positif seisi rumah,
Serta meninggalkan yang tak positif di luar rumah.

CARE ❤️,
Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan
Tips #41

( Fahami Sebab Anak Buat Hal dan Cara Bantu Anak )

Anak buat hal ada sebabnya.

Bukan dia saja-saja suka, nak beri 'masalah' atau 'puzzle' kepada ibu bapanya.

Fahami mereka, fahami puncanya, dan tangani dengan bijak dan hikmah.
.

CARE❤️,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Tips #42

( Jadi Yang Terbaik Untuk Anak Sendiri )

Kerapkali kita mudah terbanding diri dengan ibubapa lain.

Tidak perlu sebenarnya.

Kerana pada anak-anak kita, it doesn't matter.

Apa yang penting pada mereka,
anda adalah dunia mereka,
anda adalah kehidupan mereka.

Hatta corak keibubapaan yang kurang baik pun,
pada anak itu adalah 'betul', 'as it is'.
.

Fokus kepada diri anda sebagai #ibubapakini,
Fokus kepada anak-anak anda sendiri,
Lihat model lain sebagai inspirasi.
Kemudian TIRUVASI (tiru mana baik dan inovasikan/improvise ikut corak keluarga anda sendiri),
Terus ke depan tak payah tengok kanan kiri 😊.

CARE❤️,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Tips # 43

( Self Care atau Me Time IBU )

Penting sangat ibu dapat rehat sekejap,
Agar tak 'burn out'.

Bila ibu-ibu sihat emosi,
Ayah juga senang hati,😍
Keluarga pun harmoni.

CARE❤️,
Maznah Ibrahim

T.mazn.me/chan
Tips #44

( ELEMEN SPIRITUAL )

Mendengar dan membaca perkhabaran sahabat,
Sama ada jauh atau dekat,
Kenal rapat atau tidak,

Banyak membantu kita sedar akan satu aspek.

Hidup ini memang 'unexpected'.

Tanggungjawab kita hanyalah perbuat seperti apa disaran Tuhan,
Segala ilmu baik mengenai pemakanan, senaman, emosi dan mental semuanya kita usaha amalkan,
Selagi ia sesuai dan diberitakan pakar sebagai baik (ilmu Tuhan semuanya).

Hasil, memang Tuhan tetapkan.

Syukur, dan terus Syukur apa yang ada.
Usaha, terus Usaha, selagi daya.
Serah, terus Serah dan Redha.
.
Hargai sesiapa yang kita ada.

CARE❤️,
Maznah Ibrahim
1. Berapa tahun tak dapat duduk sebelah My Prince.

Sebab anak-anak kecil, kan.

Kali ni dapat laaa merasa, Alhamdulillah.😊

2. Usia 40 dah kami ni (2020),

Nampak macam sweet 20 lagi kan.
Kena ada rasa 'perasan'.
Walau selalu cakap kat Mr Prince, diri ini macam tak larat layan keletah bijak CikYumna tu haha😂.

Mr Prince kata perlu fikir mummy muda. Mummy sihat. Pasti boleh 😚😍.

3. Tazkirah My Prince antaranya :

"Seorang ibu adalah pintu gerbang kepada kesihatan keluarga. Sebab macam pintu masuk. Ibu akan menapis, memilih, masakkan, latih, beri pendidikan, semua berkaitan makanan yang masuk ke dalam rumah. Ibu perlu masak makanan sihat. Anak-anak akan ikut". (Dulu : Kita kan nak hidup sampai tua dan sihat. Nak round satu dunia lagi InsyaAllah)

Teringat Fateh bila kita pernah tanya pasal apa yang Fateh suka tentang Mummy dan Ayah,

Katanya :

Mummy pandai pemakanan sihat,

Ayah pandai pasal baiki dan eksperimen. Semua Ayah mesti boleh buatkan.

Terharu, speechless masa tu pasal Mummy,
Sebab pasal Ayahnya kitorang memang tahu.

Kena kredit kat Coach Makanan sihat saya Pn Mizhana Padzi 😊😊😊😘 dan pada Khairunnisa' sebab kerana dia kami belajar banyak pasal makanan baik. Dan pasti kepada Allah sebab berikan ujian ini bersebab dan berserta solusi sekali..

#MummyFatehKNYumna
#CoupleTime
Tips #45

( Idola Anak Lelaki Adalah Ayah dan Cinta Hatinya Adalah Ibunya )

Dalam perkembangan peringkat Phalic (Psikoseksual) anak lelaki usia 3-6 tahun,
Ayah adalah idola untuk ditiru manakala ibu adalah cinta hati pertama anak lelaki.
.

Jika kita ingatkan cinta pertama anak lelaki kita adalah semasa dia peringkat remaja nanti, kita silap kerana mereka mula menyukai individu berlawanan jantina sewaktu usia pra sekolah lagi, ibunya sendiri.
.

Saya menyedari perlunya saya lebih berlemah lembut apabila saya terpaksa meletakkan anak-anak ke rumah sahabat-sahabat baik apabila saya ada kerja / kursus dan suami juga ada kursus lain,
.

Yang mana apabila anak berada di rumah sahabat saya, anak saya menilai sendiri bezanya ibu ini, ibu ini dan ibu dia sendiri.
.

Anak menegur saya agar boleh berlemah lembut dari segi tutur kata, nada, dan layanan sama seperti ibu itu.
.

Saya tersentak dan mula berfikir dalam
(tak ingat bila momen ini, dalam usia anak sudah mula bersekolah kinder khalifah, mungkin usia dia 5 masa tu),
.

Saya menurunkan ego saya untuk mendengar kata dia dan menilai point maksud dia.
.

Ya, saya berubah.
Bila saya sedar betapa pentingnya untuk saya berubah.
.

Walau spontannya saya kadangkala boleh ter kasar bila nak cepat, dan bila emosi wanita sedang melanda.
.

Maka tiada mustahil untuk anda juga berubah,
Impian ciri /karektor ibu yang ideal dan mithali itu sekurang-kurangnya boleh anda gambarkan, dan terjemahkan melalui tingkahlaku.
.

Pause.
Breath.
Lakukan dari hati.
Femininiti anda ada.
Kerana anda adalah wanita.

Halus, dan ada kekuatan emosi yang dalam,
Jika tidak manakan mungkin anda mampu mengandung, melahir dan menyusukan dengan sabar seorang anak kecil.
Ketegasan dalam kelembutan itu pasti ada
.

CARE❤️
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan
Tips #46

( Kekalkan Corak Kepimpinan Yang Baik dan Positif untuk Hidup Anak Anda )

Dengan perubahan tak terjangka,
Oleh arus perdana dunia hari ini,
Yang terbaik untuk anda fokuskan adalah
Diri anda Sebagai Pemimpin Anak-Anak.

Kekalkan corak yang anda fikir terbaik dan paling sesuai,
Jadi Konsisten dan Sentiasa Tambah Baik,
Kerana Kuasa di Tangan Anda.

Pastinya dari Ilmu yang Benar,
Dan Bimbingan dari yang Haq.

Maznah Ibrahim

t.mazn.me/chan