Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Tidak ada istilah penat mendidik atau menjaga anak,
.

kerana kita berasa atau berfikir mengenai tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan kelak.
.

Maka adakala
atau kerapkalinya,
kita perlu memutuskan apa yang terbaik untuk anak,
walau ia tidak disukai oleh anak (2: 216).
.

Anak suka tonton tv lama,
kita tahu tv tak boleh lama dia tonton,
ada had masa dan batasannya (batasan dan peraturan sebenarnya baik, dan membantu mengawal agar selamat).
.

Maka tetapkanlah peraturan,
laksanakan dengan konsisten
.

Keputusan di tangan kita,
sebagai pemimpin anak,
.

anak anak kita yang dipandu sehingga dia mampu berdiri atas kaki sendiri dengan timbangan akal fikiran vs emosi yang selaras.
.

Moh kita tegas: firm with love ya 😘

😊😊😊
Refleksi,
Maznah Ibrahim
Kisah Pelajaran Malam Tadi
Dari Anak Melalui Mak untuk Anak
Sewaktu Apa Saja Kerenah Anak
.

Kisah 1: "Jawatan Pembersih Ikan"

Fateh ternampak laaa ayah dia pakai apron hitam tebal dan 'smart' tu,

"Eh ayah pakai baju apa tu?"
(terdengar nada kagum dia)

Haa.. Mak pun apa lagi, goreng la ...

"Haa.. itulah pakaian untuk pembersih ikan.
Nanti Fateh besar boleh la pakai,
tolong Mummy bersihkan ikan ya". 😍

Dia pun berlalu pergi.
(Kasi dengar dulu kikih).

=======

Kisah 2: "Yumna Makan Bintang Kakak"
.

Si Yumna baby ni biasalah,
apa saja jumpa kan masuk mulut.
.

"Mummy, Yumna makan bintang Kakak!"
(lunyai bintang kertas pink dia πŸ˜‚)
.

"Kakak, macam ni lah Yumna kita,
Makan macam macam πŸ˜πŸ˜‚
Kakak tahu tak sebab apa dia makan macam macam,
sampai cengkerik pun dia makan la,
mainan pun dia makan,
bintang kertas kakak pun dia makan 😱"

"Tak tahu.."
.

Mummy pun educate la macam biasa,
bagi KN dengar dulu.
.

"Sebab Yumna ni baby lagi,
semua baby memang belum boleh berfikir baik lagi,
belum boleh timbangkan,
bezakan,
ni makanan, ni bukan makanan,
peringkat perkembangan dia memang puas bila pegang apa apa benda,
masuk ke mulut..
Kakak dan Abang Fateh dulu pun macam tu.
So peranan kita pastikan dia selamat dan keluarkan apa dalam mulut tu".
.

"Hihi, Yumna ni kelakar lah"
(sambil nak buat Yumna gelak,
KN akan letak mulut dia kat perut Yumna,
kasi geli, terkekek kekek Yumna gelak πŸ˜„πŸ˜…

-------------

Nota.

1. Fateh ni selalu kagum dengan benda nampak hebat, macam apron hitam getah tu dia jarang nampak Mummy dia pakai. Mummy dia basuh pinggan / ikan tak pakai pun.

Plus dia suka pegang tanggungjawab, kan?

Kita beri dia idea akan datang (install / sell the idea first) yang dia akan boleh pakai bila nak tolong Mummy bersihkan ikan.
Hehe, jawatan pembersih ikan.
Mudahan mudaaah tugas bakal isteri solehah dia πŸ˜‚
.

2. Sama ada KN atau Fateh, dua dua selalu diberi pendidikan mengenai peringkat perkembangan adik mereka.
.
Macam dulu Fateh selalu 'query' kenapa KN selalu emosi, menangis, walau kini jua sesekali akan berlaku.

Saya selalu cakap masa tu
Adik ni (KN), budak umur 2 memang macam ni, akan emosi banyak, dan 'throw the tantrum', dan kalau nak tahu Fateh pun dulu camtu, Mummy Ayah sabar aja.
Dan Fateh tak nampak la sebab dia kecil lagi. Sekarang dia nampak atau menyaksikan depan mata sendiri macam tulah aksi budak usia 2.

Hasilnya dia sangat empati dan memahami, malah peringatkan kita semula bila kita hampir hilang sabar πŸ˜„πŸ˜Š

Kini KN pula, memahami Yumna peringkat bayi usia 0-2 tahu yang peringkat 'kepuasan mulut'.

Jadi semua orang dalam rumah membantu untuk memastikan tiada benda kecil di atas lantai, baby proof friendly la..

KN sangat empati dan memahami,
serta sayangkan Yumna.
Tak nampak sekecil zarah pun dia cemburu,
cukup kasih sayang kot yaaa πŸ˜πŸ˜€πŸ˜˜.

.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
.
---------------------------

Dapatkan Ebook Percuma Adik Beradik Ngam di Sini :

https://ebook.maznahibrahim.com/ngam
https://ebook.maznahibrahim.com/ngam
https://ebook.maznahibrahim.com/ngam

dan Ebook Premium Hypnoscript di Sini :-

https://hypnoscript.cc/?utm_source=t12
https://hypnoscript.cc/?utm_source=t12
https://hypnoscript.cc/?utm_source=t12
Waktu nak buat kerja tu lah, si anak minta perhatian, nak main, nak kacau ibu/ayah buat kerja.

Ibu pula jenis kerja dari rumah.

Bagaimana ni puan?

Response saya:

Wassalam, senang aja puan.

Tiap kali anak perlu perhatian,
Puan dahulukan hak anak - beri perhatian dan buat bersama aktiviti dia (yang dia suka/ dia minta / berpusatkan dia semata),
.

Dan ia diberi 'fully' dalam 10 minit,
'Then' beritahu anak (anak-anak ini), puan ada kerja sebentar (atau nak memasak sebentar, nak mandi sebentar dll) - boleh tinggalkan dia (atau mereka) habiskan kerja yang dia dah seronok 'engage' buat contoh conteng/lukis buku, merangkak lompat-lompat halangan, atau tonton video ringkas dalam 15 minit.
.

Key nya- DAHULUKAN HAK ANAK,
InsyaAllah kemudiannya si ANAK AKAN BERI HAK PUAN PULA.
.

Kerana yang pegang hati anak ialah Allah,
Allah beri semula masa puan lagi banyak sebab puan beri hak anak yang mahu masa dengan puan.
.

The more you give, the more you get.
KEYWORD di sini 'MORE'.
.

Ia memang tak dapat diterangkan secara saintifik masa kuantiti nombor,
Tapi ia secara Law of Universal Attraction.
.

Sama dalam penekanan oleh Pn Husna Haron pengasas Formula Masa,
.

Jika anda baca Quran 1 page, atau 1 juzuk makan masa xx minit,
Anda panjangkan kuantiti muka surat atau juzuk,
Anda akan rasa masa tu lapang sangat,
Berganda-ganda masanya. xxxxxx masa lagi.
.

Solat juga begitu, tambahkan solat sunat.
.

OK berbalik pada 'fulltime' beri perhatian pada anak tu,
.

Ia tak lama pun, dalam 10 mins berkualiti,
Puan akan dapat dalam 30 min berkualiti tak diganggu si anak,
.

dan bila puan tenang dapat masa 30 min tanpa gangguan tu, Insyaallah kerja penting puan tu akan selesai,
.

Dan ia dinamakan 'masa yang berkualiti sebab puan dapat fokus'.

.
Cuba ya puan.
.

Give 10 - will get 30
Give 10 again - will get another 30.
Total u will get 1 hr when u give 20 mins to your child.
Anak happy, mak pun tenang happy.
.

Maznah Ibrahim.

* sharekan dengan rakan anda yang selalu rasa tak cukup masa nak buat kerja di rumah.

* untuk saya yang bekerja pun, saya guna teknik masa ini sebaik saya ambil anak anak, masa aktiviti untuk mereka dulu (playground), jika tak berjalan, terus balik rumah, juga saya akan spend masa bermain di lantai dengan mereka dulu, baru saya settle kan diri saya (mandi, masak), then ajak anak-anak mandi bersihkan diri mereka sambil saya continue memasak.

* bila anak dah besar, dalam 5-6 tahun, anak akan sangat GIVE IN sanggup beri masa untuk saya (tolerate) atau bila anak usia 3 tahun dia akan sangat memahami masa mak untuk aktiviti rutin pendek i.e mandi solat makan saya. Sebab, masa dia kecil kita banyak GIVE IN untuk dia. Jika bayi masa pantang, memang 100% masa kita untuk dia, kan. Ia berlarutan berkurangan sedikit demi sedikit, hingga anak bersekolah, dan masuk uni esok, bekerja dan berkahwin. Masa tu mula la kita alami sindrome Empty Nest πŸ˜…πŸ˜Š, dan rindu zaman dia demand masa dengan kita.......
Kebetulan baru cakap kepada para ibubapa di sekolah menengah di Perlis tadi. πŸ˜ƒ
Ini sebenarnya psikosomatik.
dan bila tak dibantu awal,
hujungnya memang menghala kepada 'mental health issues' iaitu mereka suffer dengan anxiety, depression, panic disorder, OCD dll kelak.
Jadi, dengari dan cuba bantu anak anak yang komplen sakit kepala, sakit perut, sakit dada, sukar tidur, pening dan nak muntah.

Ia perasaan sakit fisiologi yang real dirasai mereka walau bila diperiksa dengan doktor, tiada 'bukti'.

*fear / takut, energi nya memang di perut.

Maznah Ibrahim

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1144534545721128&id=477691842405405
Dari AHS (Adolescent Health Survey), NHMS 2017,

βœ“ 2 dalam 5 anak remaja kita (usia 13-17), alami cemas (simptom anxiety).

βœ“ 1 dalam 5 depressed

βœ“ 1 dalam 10 stres
Idea
Art for Bonding Time with Children

1) Tulis Nama mereka
2) Gunting bagi tak putus bawahnya
3) Buka,
4) Tanya, nampak apa?
5) Minta mereka hiaskan

Fateh nampak 'orang' (macam topeng),
esok dia sambung kaler n hias,
nak tidur sangat dah

KN memang dah lalok nak tidur sangat sangat,
esok dia tengok insyaAllah

*setiap indvidu akan nampak 'sesuatu' dari nama sendiri

*Fateh tanya Mummy belajar dari mana? (kekaguman bunyinya)

*Mummy belajar dari Monica Jephcott president PTI / PTUK masa Play Therapy training kat Malaysia Nov 2006 dulu....

*Feelings and body remember.


Maznah Ibrahim
BULI

Responlah sebanyak mana emosi anak semasa mengadu kepada anda,

Katakan dia memberitahu dengan sungguh-sungguh

"Mama tadi kan A pukul Abang!"

Beri perhatian dengan respon sungguh-sungguh:

"Iyer.. ok lepas tu?" (Minima perkataan, dan menggalakkan anak bercerita lagi)

Kerana, hakikatnya waktu kecilnya kepada anda sajalah dia akan bercerita,

Besarnya nanti ibubapa akan mula menjadi 'pilihan akhir' untuk mereka beritahu.
.


Maznah Ibrahim


https://maznahibrahim.com/buli-anak-perlu-didengari-dan-dibantu-sejak-awal-usia/
Alhamdulillah selesai saya di Malam Pertama bersempena Pameran Dunia Media anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, 24-28 April 2019.

Santai Keluarga Bahagia ini saya diberi kebebasan memilih tajuk.

Fikir demi fikir,
saya memilih mengenai Pendidikan Keselamatan Peribadi anak anak kita di alaf baru 2019 ini,

dengan memasukkan beberapa fakta terkini,
dari Adolescence Health Survey (AHS), NHMS 2017, dan contoh sebenar dari pengalaman saya sepanjang 14 tahun dalam kaunseling kanak-kanak, remaja, keibubapaan dan kesihatan mental.

Semuanya ada kaitan,

Mental Illness di kalangan orang dewasa berpunca dari pengalaman dan gaya daya tindak mereka, serta sokongan yang mereka terima sejak kecil.

Jadi, untuk dewasa yang sihat kelak,
perlukan anak anak kita yang juga sihat, dan disokong perkembangannya.

Cegah, lebih baik sebelum parah dan perlu dirawat.

Rawatan penyakit mental,
makan kos,
masa,
tenaga
besar.

Bertahun mungkin belum habis.
Cegah, lagi mudah, masukkan sahaja ilmu personal safety dari kecil.


Tugas,
pastinya tugas ibu bapa,
sebagai yang utama.



Maznah Ibrahim
Anak anak,
walau masih kecil dan belum matang,
tak mengapa tanyakan apa dia mahu,
apa dia fikir,
apa pandangan dia (keputusan dia).
.

Namun,
keputusan AKHIR tetap dari ibubapa sendiri,
dari penilaian kita yang lebih matang dan
kenal anak anak sendiri.
.

Maka, tidaklah dinafikan sudut pandangan kecil mereka,
kerana mereka tetap ada HAK
'keterlibatan, bersuara' (PARTICIPATION'S RIGHT).
.

Bukan bermaksud mendengar dan ikut sahaja
semua yang anak kata,
.

tapi (i) MENDENGAR dahulu (sangat penting),

(ii) TIMBANG TIMBANGKAN,
(iii) kita buat keputusan,

dengan (iv) MAKLUMKAN kepada mereka dengan
penuh hikmah😊😊😊
(beri sebab yang logik dan penuh mendidik).
.

InsyaAllah,
anak akan DENGAR dan TERIMA keputusan kita tu 😊
.

KEYNYA MENDENGAR dulu,
Give in first,
You will get back.
.

Maznah Ibrahim.

*apa yang dia/kita SUKAI mungkin TIDAK BAIK untuk dia/kita, dan apa dia/kita TAK SUKA mungkin BAIK untuk dia/kita, maka sentiasalah TANYAKAN Allah dahulu (2:216)
*untuk kes Fateh anak T yang menakluki ibubapa I dia, setiap apa kami cakap dia biasanya bangkang, taknak dengar.

*Tapi sepanjang perhubungan kami, memang give in first apa dia nak, nego dan buat reflection selepas itu. Biasanya dia dapat nilai selepas itu : "betul lah apa mami kata..". saya selalu kata : "dengar cakap ibubapa selagi apa mami cakap benda betul dan tak suruh buat benda tak betul dan mudarat, insyaAllah hidup selamat nanti".

*contoh dilukiskan gambar kartunis, dia nak, lepas tu taknak sangat. kalau perasan di tangan dia ada beyblade (give in first setelah bincang +nego panjang semalamnya).

*ibubapa I fikir panjang nak gambar kenangan 20 tahun lagi, dia T fikir pendek untuk apa gambar ni πŸ˜…,

*Always find WIN WIN situation ok.😊


Maznah Ibrahim
Self Esteem atau Penghargaan Kendiri anak kita takkan boleh dibeli dengan wang ringgit.

Ia ditanam lama, dengan kaedah betul dan masa yang tepat.

Ibubapa lah yang berperanan menanamnya sejak dari dalam perut...

pabila ada saja situasi anak rasa diri tak boleh, tak cantik, tak pandai etc,

kita cek balik pujian kita kepada mereka selama ini.

puji orangnya ? βœ– (kakak bagus)
puji umum? βœ–(bagus apa?)
puji label ? βœ– (pandai, cantik, elok, bagus)
.

Pujian yang betul perlulah


βœ” Puji tingkahlaku spesifik yang betul (garis dengan lurus, sikat rambut kemas, tulis kecil dalam garisan, rajin basuh pinggan, tudung cantik sepadan baju, etc)

βœ” Puji segera tidak tangguh (sebaik anak nak buat terus puji).
.

Jum tanam self esteem anak untuk nilai diri dia terus kukuh, yakin diri dan positif.

Maznah Ibrahim

*Gambar Magic Mirror pre dan post salah seorang adik remaja dalam Pendidikan Keselamatan Peribadi Remaja, adik adik semua izinkan Kak Maznah share untuk manfaat lebih ramai orang lagi.
"......
benar ketegasan amat perlu.
ia dipanggil boundary, dalam aspek psikologi dan parenting

jika takda boundary, akan takda batas dan limit, keadaan akan worse.

jadi, puan amik kira sebagai ketegasan itu untuk keadaan jadi selamat,
dan baik untuk si anak dan surrounding termasuk diri puan

niat,
bila niat ok, cara tegas adalah penuh kasihan dan perasaan sayang kepada si anak,
bukan beremosi marah,

bila ada rasa marah,
tegas kita tu lain, memang boleh rasa tak best, rasa bukan 'al insan' dah.
ia penuh dengan ego ibubapa yang nak menang dan menguasai si anak.

jadi puan sebut dalam diri
"saya tegas to keep them safe
n healthy, bukan saja saja tak bertempat.."

Allah tahu.

Maznah Ibrahim