Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
MAINAN, ANAK, DAN ERTI KASIH SAYANG
==========================

Saya selalu melihat nilai dan kekuatan kasih sayang akan mengatasi apa sahaja kelukaan dan permasalahan.

Namun, kasih sayang manusia sebenarnya berbatas,

Jadi, carilah dan dapatkan,
Rasai,
Kasih sayang dari Pencipta.
Ia tak terbatas malah amat besar, luas, kuat, mendalam. dan paling suci, benar.

Itulah kasih sayang paling tinggi, tiada tandingannya.

Sebab kasih sayang manusia ni kadangkala boleh mudarat,
Tersilap percaturan.
Pabila terlalu kasih dan sayang,
dan turutkan anak,
Jadilah macam Anakku Sazali (Permissive Parenting),
Anak boleh binasa di tangan dan emosi kita sendiri.
(yang kita ingatkan dah terbaik dah sebab sayang).

Contoh menurutkan semua kehendak anak,
Dan anak jadi terlalu 'demanding' dan peroleh semua yang dia mahu.
Ia tak membantu pun untuk perkembangan terbaik dan 'survival skill' dia.

Contoh kerana kasih dan sayang pada anak,
maka mahu belikan mainan untuknya.

Nilaikan kasih sayang itu,
Kasih Sayang Pada Anak dan Beli Mainan Dia Sukai?
Kalau tak beli, tak sayang pada anak?
(Bab ni kita perlu fahami 5 tangki kasih sayang ok).

Paling TERBAIK sebenarnya,
Letakkan Tuhan / Pencipta sebagai paling utama dalam pembuatan satu satu keputusan.

Apa Pencipta kata?

Pencipta kata:
Mungkin sesuatu yang kamu BENCI mungkin AMAT BAIK untuk kamu.
dan sesuatu yang kamu SUKAI mungkin AMAT BURUK untuk kamu,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 216).

-------

Mainan yang anak sukai,
Adakah ia amat baik untuknya?

Dan adakah mungkin kita amat benci nak beli mainan untuk anak namun ia mungkin amat baik untuk si anak?
(kita pun tak tahu/tak pasti).

Siapa yang lebih arif untuk menilainya?
Antara anak, ibubapa atau Tuhan?

Kanak-kanak usia 3-4 tahun,
Dengan ibubapa usia 30-an tahun.

Ingatlah, Tuhan adalah sentiasa lebih arif dan kenal anak ini dan ibubapanya.
Sebab Tuhan yang ciptakan dan pair kan anak ini dan ibubapanya.
Bukan kita sendiri.

Jadi,
1 tips dan cara yang saya selalu pakai:

Katakan anak minta dan anda tak tahu atau tak dapat buat penilaian dan keputusan,

Cara mudah saya selalunya berkata kepada si anak:

"Fateh tanya Allah, Fateh doa pada Allah,
Mungkin Allah akan bukakan hati Mummy untuk beli.
Minta pada Allah bukan pada Mummy, OK.
Sebab kalau ikut Mummy, Mummy memang taknak beli".

Dan ya, masa dia kecil dahulu (baru belajar menanggug keinginan),
Dia doa dan minta pada Allah on the dot saat itu,
Dan saya tanyakan selepas itu, apa jawapan Allah.

Menariknya dalam monolog dia kepada Allah (saat itu jua),
Dia selalunya akan menjawab:
"Hmm, Allah tak beri la Mummy".

(Kat sini saya dapati ia kerana dia berjaya 'activatekan' instict benar dia sebagai anak kecil yang suci mulus, dan dia sendiri tahu permintaan beli mainan itu adalah tidak tepat, atau tidak wajar).

.
Hehe, Selesai saat itu.
😃

Kadangkala, saya akan belikan apa dia mahu sangat tu (saya searching dulu, lama) dan ia jadi suprise untuk dia,

Dia akan amat sukai dan bertanya:

"Mesti Allah bukakan hati Mummy untuk beli untuk Fateh,
Sebab hari ni Fateh buat benda baik. Fateh tolong teacher ...xxxxyyyzz / harini Fateh tolong kawan / harini Fateh tahan marah dan tak balas kawan".

Saya pun perkukuhkan ikatan erti kasih sayang kami dengan berkata:
"Ya, apa apa Fateh mahu, Fateh boleh beritahu Mummy,
Dapat ke tak dapat, Allah tentukan.
Tapi, peranan Fateh, selalulah beritahu Mummy hasrat Fateh tu, usah pendam/simpan, ok.
Ingat, beritahu Mummy apa apa sekali pun,
Walau benda baik atau benda tak baik.
sebab Mummy suka nak tahu".
.

Hmm...
Jadi sahabat semua,
Dapat sesuatu dari perkongsian saya hari ini?

Selalu relatekan dengan Allah, Pencipta kita sahaja di saat kita buntu sebab kita pun tak pasti ianya amat baik atau amat buruk untuk diri kita atau anak kita.

InsyaAllah biasanya cara ini kita tidak akan silap.

😊

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
...
Ramai beritahu mereka terlepas untuk earlybird minggu lepas,


Ebook Mudahnya Anak Mendengar Kata dengan Hypnoscript
.

Link Pembelian Ebook Mudahnya Anak Mendengar Kata Dgn Teknk Hypnoscript sudah dibuka.
.

boleh terus dapatkan ebook, gunakan link ini ▶️▶️▶️


https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch

Boleh tolong share dengan rakan dan kenalan anda ya 😊
HYPNOSCRIPT UNTUK ADIK BERADIK BERGADUH JUGA ADALAH AJAR ANAK BESAR SKRIP UCAP KEPADA ADIKNYA
...

Anak yang buat salah tidak perlu dimarahi teruk di depan adik beradiknya, kerana ia akan mengundang rasa tak best dan kurang hormat adik beradik kepadanya.

Contoh: Abang pukul/cubit adik dan anda nampak.

Tarik nafas, hembus. ‘Respond’, elak ‘react’.

Ibu: Abang, mari sini ibu nak cakap sikit.

Setelah anak datang.

Ibu : Abang buat apa tadi kepada adik? ('kenapa' tukar kepada 'apa').

Abang : xxyyzz (luahan/komplen si abang mengenai si adik)

Ibu : Okay, Abang marah sebab adik tak dengar nasihat abang untuk xxyzy.

Abang : Iyerlah Mama, geram betul Abang kat adik tadi.

Ibu : Macam ni, abang cuma perlu sabar seperti mana Mama sabar dengan Abang juga dulu. Kini Abang sabar untuk adik pula. Nanti adik akan sabar dengan adik baby pula. Memang macam tu budak kecil usia cam adik tu, sebab dia tu kecil lagi beza berapa tahun dengan abang (Abang usia berapa? 6, adik usia berapa? 3, mana lagi besar? 6). Abang pun macam tu dulu tak ikut cakap Mama, tapi Mama faham yang abang tu kecil lagi, belum faham sepenuhnya apa Mama minta.

Abang : Ya ka Mama.

Ibu : Iyer.. betul. Abang tahu tak, nak cakap macam mana dengan adik bila dia tak dengar kata abang?

Abang : Nak, nak tau Mama.

Ibu : Abang cakap macam ni: “Adik yang comel, adik minta izin dulu, tanya macam ni: "adik nak main boleh bang?" Abang akan bagi, bukan dengan rampas aja, ok”. Ajarkan skrip kepada adik, itu aja caranya.

Abang : Owh….Baiklah Mama, abang cuba.

Ibu : Anak soleh Mama adalah Abang yang sabar dan bijak ajar adiknya 

Latih (train) anak besar untuk didik adik dia. Perturunkan ilmu keibubapaan anda kepada anak besar anda.
Kepimpinan melalui tauladan 

Maznah Ibrahim.


Contoh skrip lain untuk situasi anak anak usia 0-18 ada di dalam Ebook Terbaru Mudahnya Anak Mendengar Kata dengan Hypnoscript di sini:

https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch
HYPNOSCRIPT
ANAK TAKUT KE SEKOLAH SEBAB GURU GARANG?
.

Ya, sebenarnya memang ada segelintir kanak-kanak jenis lembut hati dan mudah terusik walau cikgu marah murid lain.
.

Namun beritahu berulang ulang kepada si anak akan perspektif baru untuk meningkatkan semangat dan keyakinan dirinya: -
.

“Guru bersuara kuat sebab nak bagi semua murid dengar. Bila perlahan, murid yang ramai ni tak dapat dengar”. (Perspektif Baru)
.

“Guru tegur kesalahan sebab nak bagi murid buat betul dan elok. Cuma mungkin suara dia kuat dan tegas sedikit, itu cara dia mengajar”. (Baik sangka)
.

“Jika guru silap, adik boleh beritahu apa yang sebenar berlaku kepada guru dengan cara baik, bukan diamkan sahaja. Bila kita tak beritahu, guru tak faham dan boleh mudah salah sangka". (Skil baru)
.

-- “Teacher, sebenarnya tadi kawan ni nak padamkan papan hitam, lepas tu mereka berebut sebab nak padam”. –
.

Bertindak asertif.
2 Skil yang anak belajar ini adalah:
.

Memberi perspektif baru kepada kotak pemikiran kecil si anak yang selalu kecil dan mudah silap.
.

Mengajar anak skil komunikasi asertif, iaitu pertahankan hak diri dan kebenaran. Ia amat penting untuk anak ke depan nanti. Jelas dan benar.


Maznah Ibrahim.

📕Ebook Evergreen Hypnoscript Anak Usia 0-18 Tahun,

🎉🎊Harga SuperJimat
Tinggal 4 Hari Lagi
.

https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch2
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch2
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch2
Hero Heroin Kategori Manusia untuk Si Anak... Biarlah Ibu Ayahnya Sendiri
....


Gambar Fateh tengah cuci barring ni.

Er entah betul ke ejaan
Dia nak buat Spinner sendiri
Ayah yg kreatif tu lah yang jadi kejaran dia
untuk direalisasikan target si anak Te ini,
Ada barang barang lain lagi dibeli selepas itu.
.

Menariknya masa Fateh Te buat teka teki dalam kereta (menunggu si Ayah beli spare part untuk Spinner ni),
salah satu teka teki ciptaan dia spontan ialah:-

"Siapa yang boleh mencipta, buat xx, yy, zz..."

Mummy jawab,
"Manusia"

(sebab sebelum tu soalan dia siapa cipta alam, etc, Mummy jawab Allah, betul).

Dia kata "Salah".

Jawapan dia, "Ayah lah".

😱MasyaAllah,
Bangga Mummy,

Sebab Ayah Fateh kekal sebagai Superhero dia 😊👍 yang dia paling kagumi...
.

Kalau Mummy, ialah yang dia paling percayai untuk dia share dan bincang "Rahsia Selamat dia" heheheh..

Tabarakallah.
Alhamdulillah.


Maznah Ibrahim

Fasa pertama 0-7 anak adalah Raja kepada Kerajaan Bermain, sudah selesai kami lalui,
Ya benar,
Anak menjadi mandiri, dan
sangat kreatif, yakin diri.

Walau rasanya banyak juga kesalahan Mak Ayah kepada Fateh ini,
Namun..
Alhamdulillah.

Menjadi mandiri, EQ yang strong dan boleh berfikir, berinisiatif.
Pagi yang sangat indah
warm colour-merah pink
bulan sabit di nun sana

Assalamulaikum
Salam Sejahtera
Selamat pagi
Positivity for all of us today
InsyaAllah.

Maznah Ibrahim
KETAHUI DAN PERCAYAI, SETIAP ANAK KITA BERBEZA KELEBIHAN DAN POTENSINYA - KELUARKAN BINTANG DALAM DIRI ANAK
.

Tak suka tapi selalu push anak agar capai tahap terbaik diri mereka, kan?
.

Namun seringkali kita meletakkan ekspektasi tinggi dan lebih kepada berpusat diri kita, bukan anak. Minat kita, bukan minat anak.
.

Jadi, ini mungkin cara yang lebih harmoni untuk kita dan anak :-
.

1⃣. Beritahu diri, diri kita pun tak suka dipaksa. Fitrah manusia lebih suka disokong akan apa yang kita minat dan boleh kuasai satu satu skil itu secara sukarela, seperti minat cerita korea, mahu tonton siri itu dan tidak mahu dipaksa tonton wayang cerita perang.
.

2⃣. Perhatikan minat anak bidang apa, iaitu bila dia buat, dia nampak gembira dan siap awal.

Contoh ke kelas renang dia teruja dan dia siap dulu (tapi jika kelas matematik dia lambat lambat siapnya).

Maka jadikan kelas yang dia minat itu sebagai ganjaran pabila dia lakukan apa kita minta pada kadar dia mampu buat (contoh solat lengkap minima 2 kali sehari atau siap kerja sekolah 5 hari, adik dapat ke kelas renang Sabtu ni).
.

3⃣. Laburkan sedikit duit untuk kelas mereka minat ni sebagai terapi diri mereka, iaitu emosi mereka seimbang bila dapat buat apa mereka minat.
.

Ingat, pelaburan ilmu untuk anak kuasai itu adalah selamanya berguna, takkan sia sia,
..

manakala harga emosi anak juga amat penting dan tidak ternilai dengan wang ringgit kita, untuk kesihatan mental mereka kelak.
.

Jadi sentiasa pastikan anak seimbang dari segi tanggungjawab IQ, EQ dan SQ nya. Kita bimbing mereka.
.

❤️
Maznah Ibrahim.

Esok last harga earlybird superjimat untuk Ebook Hypnoscipt Anak:-


https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3
CARA GALAK ANAK BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL

.

CARA 1⃣: Beri anak pilihan antara dua, sejak dia usia 2. Devan usia 2 ni dah peringkat autonomi iaitu buat sendiri ikut apa dia rasa dan fikir betul.

“Adik hari ni nak pakai baju Biru atau Hijau ni?”
“Adik nak makan sekarang atau 5 minit lagi”
“Adik nak pergi senaman di taman depan tu atau di taman sebelah?”

.

CARA 2⃣: Puji bila anak buat pilihan, walau apa jua pilihan dia.

“Hmm Mama suka adik boleh buat pilihan iaitu nak makan nasi bukan mee. Mudah lah Mama nak memasak makanan yang adik akan makan”.

.

CARA 3⃣: Bimbing dia ke arah keputusan yang betul seperti kita tahu ia adalah keputusan lebih tepat buat masa itu.

“Adik pilih, sama ada nak dapat mainan ni minggu depan atau bulan depan?” (bukan sekarang).

“Bagus sebab adik berjaya tangguh keinginan adik, tak semua kita nak tu boleh dapat sekarang, kan?”


Cubalah.

Maznah Ibrahim.
.

p/s: Pastikan dapatkan Ebook Hypnoscript sebelum ia meningkat harga lagi, jum sharekan dengan rakan dan kenalan anda. 😊😃

https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4

https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4

https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4
Tiada satu anak pun yang 'menyusahkan',
'takkan jadi',
'takkan boleh',
dan bermacam lagi negatif,

kerana fitrah setiap kejadian anak itu adalah memang 'juara' dan 'pemenang'.

Yakin dan percaya ini,
cuma belum tiba masanya,
cari karpet merah laluan mereka,
bantu mereka,
lorongkan mereka.

Bermain puas puas, (usia 0-7)

Bimbing elok elok, (usia 7-14)

Beri Portfolio Manage Tugas & Tanggungjawab (usia 14-21)


Maznah Ibrahim
Usaha kecil anda setiap hari untuk beri 'signature touch' kepada anak-anak (walau 1 perkara aja), seperti:

memasak untuk mereka makan di rumah

buat air panas untuk alas perut mereka sebelum ke sekolah

usap mereka semasa tidur dengan ucapan tertentu

peluk mereka sebelum tidur dan bangun tidur

doa untuk setiap anak dalam doa anda

isikan air masak dalam botol mereka untuk mereka sedia minum

main dengan mereka walau 5 atau 10 minit

ajar mereka walau 1 ayat/perkataan
.

tetap akan berbaloi,
.

Sebab ia umpama meletak air siraman kepada pokok,
.

Ada input diberi, setiap hari, untuk kelangsungan kehidupan mereka,
.

Nanti, pohon ini akan berbuah/ berhasil / hidup memanjang.
.

Tiada yang sesia di sisi Tuhan,
.

Perumpamaan jelas dalam Quran,
.

Mengenai pokok dan buah, dan akar yang teguh (14:24-25).
.

Siraman anda untuk anak itu ibarat nutrien, yang akan meneguhkan akar,
.

dan pohon itu adalah anak anda,
.

Teguh, dengan kasih sayang anda bersama mereka.
.

Ia sangat HEBAT tau.
.
.

Maznah Ibrahim

p/s: termasuk cakap elok-elok kepada mereka semudah :

"Sabar..",

😊"Cakap elok-elok",

👫"Lemah lembut dengan adik adik",

💝"Main sama-sama, elok-elok, share"

dan lain lain lagi.
.

Ucapan hypnoscript untuk situasi khusus anak usia 0-18 tahun,

Dalam Ebook Hypnoscript:

https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5

https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5

https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5
Adakah Anak Kita 'A Wanted Child' ?
.

Seringkali bila saya kesibukan,
mengurus urusan dalam rumah, dan serentak itu si kecil bayi Yumna yang masih 'high dependant' kepada ibunya,

memanggil-manggil, bersuara, merangkak ke arah saya,

saya akan alami rasa bersalah sedikit.
.

https://maznahibrahim.com/adakah-anak-kita-a-wanted-child-2/
Untuk Permulaan Perubahan Sikap atau Tingkahlaku,

.
Mulakan dengan melakukan apa yang anda paling tak suka buat (hampir benci buat laa.. hehe).

.
Kat situ sebenarnya nanti anda akan berjaya lepasi tembok halangan dalam diri.

.
HALANGAN DALAM DIRI.

Contoh:

😁 Paling benci nak lipat baju. Cabar diri lipat baju selesai 3 bakul.


😁 Paling rasa malas nak bangun malam semata nak selesaikan barang berkotak sebab pindah rumah. Bangun, selesaikan ia.


😁 Paling malas nyaaaa lah nak berjalan kaki senaman di pagi hari lewat, jalan aja lah 1 round padang besar.


😁 Paling malas nya nak bangun tengah malam membaca artikel jurnal kajian, bangun jelah baca 2 artikel.


😁 Paling tak berkenan bercakap dengan orang ni, tapi kena cakap juga sebab kerja. Cakap jela..
_ _

Sebaik sahaja anda berjaya lakukannya,


Halangan pertama telah direntasi.

😍😍😍

Maka siap sedia untuk istiqamahkan,

Dan kemudian baru tambah halangan kedua.

.

Secara psikologinya,


1⃣ Anda melawan diri anda sendiri,
Battle atau konflik dalam diri.

Bukan melawan orang lain yang dah nun di jauh sana.

2⃣ Anda nak latih diri, minda, hati (emosi) dan badan (tingkahlaku) untuk buat sesuatu di luar kebiasaan. Yang membezakan manusia berjaya dan tidak berjaya ialah tindakan mereka. Tahu tapi tak pernah buat. Tahu pernah buat tapi tak teruskan. Dan latihan ini untuk register program tindakan baru yang positif. Keluar dari 'comfort zone'.

3⃣ Anda nak berjaya menjadi rol model kepada anak-anak, mulakan dengan diri dulu. Baru layak dikatakan ibubapa ketam mengajar anak ketam berjalan dengan betul.


Hmm. Buat ye.

Maznah Ibrahim.


p/s: Masa saya berjaya bangun malam untuk settlekan barang dalam rumah sebab pindah rumah tu kan, saya fikir kalau tak curi masa malam, memang sampai ke sudah barang tu tersadai di ruang awam camtu. Saya bangkit dengan niat semasa bangkit: Ya Allah jika ikutkan aku, aku memang malas nak bangun dan kemas, ya Allah. Tapi aku bangkit ini sebab aku tahu Engkau suka bersih, kemas, indah dan teratur. Sahaja aku bangun untuk mengemas kerana Engkau Ya Allah.

p/s: Pagi tadi saya malas betul nak berjalan senaman sebab dah lewat. Saya kuatkan diri dan ingat yang semalam saya cakap kat klien yang makan ubat depression tu, atasi malas (seluruh badan) dengan buat sesuatu yang paling benci dan stuck, cth kemas rumah, letgo barang lama tak ingat, bagi clear minda dalam dengan cara clear luaran fizikal. Setiap item barang kita ada energi sendiri dan perlu 'rumah' ruang dia, baru semua happy *termasuk barang dalam rumah. Nampaknya beliau setuju dengan contoh itu, maknanya ramai alami ini. (Tengok Marie Kondo).
Assalamualaikum
selamat pagi
Hari yang lebih baik dari semalam
Dan positif menuju kebaikan.
.

Usaha senyum sampai telinga ok😃😃😃
Maznah Ibrahim.