Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Selamat berhujung minggu dengan anak anak dan suami serta keluarga anda,

Niatkan untuk 5 R,
.

Rest - RnR rehat

Release - Lepaskan segalanya, lapangkan segala kekusutan untuk kelancaran matlamat anda, buat aktiviti yang anda suka

Refresh - Aktiviti weekend selain rutin weekdays untuk refresh bonding sekeluarga

Reenergise - Aktiviti khusus untuk masukkan semula energi positif dalam diri kita seperti senaman, panjat bukit, basikal, main lama dengan anak, masak istimewa hujung minggu

Reorganise - Susun semula mana tak cukup buat seperti kisah baju bajuan, cleaning, makanan dan persiapan untuk minggu depannya.
.

👨‍👨‍👧‍👦
Maznah Ibrahim
Makin godek ilmu,
makin banyak tak tahu ...

Itulah fitrah menuntut ilmu...

Ilmu takkan habis diterokai,
Ibarat setitis air dari lautan dijadikan dakwat pena,
Begitulah ilmu Allah,
Sangat luas.

Rajinkan diri untuk mencari ilmu,
doa agar ilmu nya yang terbaik paling sesuai untuk kondisi kita saat ini.

Dan satu perkara yang pasti,
Dengan ilmu yang spesifik,
Banyak yang kita boleh short cut the process,
dan bantu capai impian spesifik,

1⃣ lebih cepat capai matlamat kita

2⃣ kurangkan rasa 'anxiety' kebimbangan yang kita tak ketahui hala tuju dan punca (mungkin)

3⃣ meningkatkan skil baru dalam kehidupan dan peranan kita.
.

Maka, 'masalah' adalah puzzle,
Hanya yang bermotivasi sahaja berminat nak selesaikan 'puzzle' dia,

Selalu bertanya kepada Dia pengizin puzzle ini,
InsyaAllah ada jalannya...

Ikut saya zahirkan rasa dari bait ayat ini bersama sama :-

"Ya Fattah,
Bukakan jalan untukku,
Sesungguhnya daku lemah dan buntu.."

-(zikir Asmaulhusna, Prof Dr Wan Maseri)
.

InsyaAllah jalan, solusi, alternatif, akan terbuka satu demi satu.

😊
Maznah Ibrahim.
Anak Anak Sebenarnya Beri :
'Puzzle' Pada Kita Untuk Bantu Kita Jadi Lebih Kreatif Inovatif dalam Perjalanan Parenting Kita

❤️❤️❤️

Dan Setiap Anak Adalah Berbeza Dalam Menangani Keperluan dan Tuntutan Yang Ditunjukkan Mereka ...


Sabar dan Terus Berusaha
Untuk Selesaikan dan Sambungkan Pecahan Puzzle Itu Ya 😘


InsyaAllah Skil Keibubapaan Kita Akan Meningkat Seiring dengan Perkembangan Anak dan Usia Kematangan Kita Juga...😉😇


Short Cut,
Tanya Pakar Samada Profesional Atau Yang Lebih BerPengalaman,
InsyaAllah Langgar Tembok Tersilap Tu Akan Kurang Bilangannya...

❤️
Selamat Berhujung Minggu dengan Keluarga Tersayang,
Maznah Ibrahim
Mudahnya Anak Dengar Kata dengan Teknik 'Hypnoscript'


Sharekan video ini kepada pasangan dan kenalan anda.


https://facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/232861874300686
Kita Sentiasa Ada Dua Pilihan
.

Jalan kebaikan untuk dijalani,
Jalan keburukan untuk dijauhi.
.

Ingat pasal Entropi dan Parenting yang saya tulis,

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=806427102865209&id=477691842405405


Jika tak buat pilihan, tak buat apa-apa,
Confirm mudah aja yang negatif akan masuk, akan menjadi, dan akan kuasai kita.
.

Sebab itu perlu ada intervensi (buat sesuatu),
Barulah boleh jadi positif.
.

Berusaha, jika tak berusaha apa-apa,
Pasti akan jadi negatif, kan.
.

Rupanya Tuhan sudah buatkan pilihan untuk kita,
Bila yang buruk kita jalani dan yang baik kita jauhi,
Kita akan rugi,
Sebab buat apa yang bukan Tuhan suruh.
.

Contoh, sembang kosong, fikir kosong, tak buat apa-apa,
biar sahaja,
Duduk duduk saja pun akan rugi buang masa,
Tak pilih channel tv, atau fb membaca,
Confirm aja akan terbaca, terlihat yang buruk saja...
.

Jum, pilih yang baik untuk kita jalani👍😃
.

Dan yang buruk dijauhi atau kata sebenarnya ialah
Elak tidak buat / pilih apa-apa.
Pilihlah yang baik saja. 😊
.

Refleksi,
Maznah
Forwarded from Parenting Maznah Ibrahim
7 LANGKAH KENDALI SAAT SUKAR DENGAN ANAK [SIRI 1]
.

Saya gunakan ‘term’ ‘TIME IN’ - berhadapan dengan anak, bukan ‘TIME OUT’ – tinggalkan anak dengan aksi mencabarnya tanpa pemantauan.
.

Beza Time Out ialah, energy marah dia tidak diabsorb oleh manusia, di absorb (serap) oleh benda katakana dia baling barang dan sebagainya,
.

Kepuasan manusia ialah bila dia dapat lepaskan pada manusia, jika yang dia marah tu ialah manusia. Terutama ibubapa sendiri.
.

Banyak kes remaja/kanak-kanak/ orang dewasa sekalipun, saya dapati, punca kemarahan adalah kepada ibubapa sendiri. Bukan sedikit, tapi majoriti.
.

Contoh, marah kepada staf yang menuduh tak kemas barang elok-elok di pantry, hakikatnya ia trigger kerana banyak dikomen dikritik oleh ibu pasal tak kemas elok-elok barang dalam rumah. As simple as that, but BIG IMPACT kini, untuk mental health.
.

Ini 3 Manfaat Besar Bila Anda Buat 7 langkah Time In dengan anak saat sukarnya, walau ia hanya dalam 5-10 minit maksimum, TAPI kesan baik bertahun-tahun:-
.

1) anak akan settled (selesai emosi tak puas hatinya) untuk saat itu, kelebihannya untuk masa depan di point ke dua,
.

2) iaitu dia tak mudah trigger dan meletus shoot ke no.10 bila sensitiviti isu sama berulang, dia akan lebih cepat kool down.
.

Contoh mak ambil lambat lagi, marah kali ni no 6 sahaja berbanding jika tak ‘resolved’, marah dia shoot no 10/10 tu.
.

3) Mengajar solusi dari perspektif ibu dan anak, untuk perubahan dan tidak berlarutan, ini skil yang anak boleh guna nanti dalam problem solving dengan rakan atau pasangannya kelak. Iaitu berhadapan isu/masalah, dan selesaikan segera tidak drag ke esok esok seterusnya atau berpuluh tahun (selesai 10 minit lebih mudah dari nak selesaikan isu terpendam 20 tahun) :
.
.

Dari mana idea 7 Steps ini datang?
.

7 Langkah ni saya biasa latih staf untuk komunikasi bagi kendalikan customer yang sukar.
.

Hakikatnya customer yang sukar ini memang sengaja testing staf sebab nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kita, dan kedua, bila mereka boleh dikendali dengan baik, mereka boleh turn to jadi customer yang sangat loyal (setia), penyokong setia organisasi anda 
.

Saya modify untuk situasi dengan anak, yang mana saya selalu guna tanpa sedar dan saya share kan di sini.
.

Saya teringat nak modify untuk anak sebab bila staf saya berulang kali present 7 steps ini untuk kes berbeza, saya ternampak ia sesuai sekali untuk anak-anak kita sebenarnya.
.

Bersambung.

Maznah Ibrahim.
APLIKASI KES SEBENAR 7 STEP: TIME IN KENDALI TINGKAHLAKU ANAK MENCABAR.
.

Saya suka dengan sharing ini sebab, saya tak tulis on 3 layer otak tu, saya mention dalam sesi online coaching sahaja. (Juga dalam Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi Siri 2).
.

Benar, masa anak tak ok, mak tak ok, tak boleh apply step no 2-7, jadi begini caranya.

.
Repost.
===============

5.8.17 (ahad)

⚠️⚠️Kes: Sumayyah tidak mahu mandi tapi paksa rela mandi juga.

5 langkah terawal untuk Time In dengan anak yang sedang menguji kesabaran ibunya.

☑️ Langkah 1:
Set Minda

Kata positif, baik, yakin diri, sabar, tenang

" Ok. Aku tenang. Aku tahu mayya menangis sebab tak puas hati kerana terpaksa mandi. Jadi sabar.
Aku boleh handle mayya. "

Selepas mandikan mayya, mayya menangis berterusan. Mama hanya pakaikan pampers dan biarkan mayya menangis kejap. Masih tantrum masa ni. Tenang tenang mama ye. Tarik nafas.

Mama keluar sekejap. Mandi. Dan tak lama kemudian terdengar mayya panggil mama, mama. Yusuf pon datang ke bilik mandi bagi tahu yang adik nak mama. Ok. Good sign. Petanda mayya dah ready untuk dipujuk oleh mama. (Ni style mayya.) Selalunya kalau mama pujuk mayya awal awal memang tak jalan. Beri dia ruang untuk menangis dahulu. Nanti dia akan panggil mama. Masa tu lah mama akan pujuk dan dia ok.

Mama pon peluk dan angkat mayya. Dan offer mayya. Nak "La Illah spin" ke? (Dalam posisi cradle, hayunkan mayya sambil zikir laillah...ha illallah..) mcm mcm ragam kan. Layan je la. Dia terus stop menangis.

Puan maz kata, salah satu cara nk redakan emosi adalah dengan cara bergerak. Dukung anak kalau anak di posisi rendah di bawah. Ia memudahkan kita hentikan emosi sedih itu. Jadi, mama dukung dakap mayya sambil jalan dalam bilik. Mayya terus stop nangis. Mudah.

Dah selesai mayya tenang. Mama beri buku stiker dan biarkan mayya main dahulu. Sebab waktu maghrib nak habis dah ni. Gegas segera solat. Mama beritahu mayya mama nak solat sekejap.

Solat maghrib dahulu. Lepas solat baru mama buat step 2.

Buat step ke 2 bila anak sudah rasional ya.

Otak ada 3 level.

i) Level 1. Bahagian bawah sekali. Ni masa anak rasa terancam, tak puas hati. Dipanggil "reptilian brain".

ii) Level 2. Bahagian tengah. Bahagian ni digunakan ketika anak menunjukkan emosi mereka. "Emotional brain" Menangis,tantrum, sedih, merajuk, mengamuk, pukul, tendang, buang barang, etc.

Jangan biarkan anak terlalu lama di level ini. Sebolehnya ubah mereka ke level 3 secepat yang mungkin. Dengan cara bergerak atau bernafas (teknik bernafas yang kita belajar)

iii) Level 3. Bahagian paling atas. "Rational brain". Yes. Kita mahukan anak dalam situasi rasional. Anak boleh menjawab soalan kita. Baru masuk ke step 2.

☑️ Langkah 2:
Dengar melalui telinga, mata dan hati

Selepas itu, offer soalan "cepumas".

Lepas mama solat. Mama duduk di sebelah mayya yang masih bermain dengan stiker nya.
Mama tanya soalan pada mayya (walaupun sudah tahu tapi tetap tanya)

" Mayya tadi marah sangat ye. Chba mayya beritahu apa yang mayya marahkan, mama nak faham. Boleh? "
Pause. Tunggu anak jawab apa.

(Ni kadang kala mama yang kene teka tau. Kalau mama sendiri tak tahu apa sebabnya. Mayya suka nak suruh mama teka. 😂 Nak perhatian. Kalau anak F suka begini. Huhu Ambil masa sket la nak tau punca. )

3 kali mama tanya. Nasib Mayya jawab. Kalau tak mama kene teka lah. Huhu

Mayya: Adik tak nak mandi. Adik nak tengok tv. (Isu sangat besar untuk si anak tau).

☑️ Step 3
Ulang semula apa dikehendaki oleh anak

- highlight dan fokus pada emosi anak sebab mudah nak rasa hubungan bonding dengan si anak. Elak dari guna fakta.

"... Ok. Mayya rasa marah dan geram ye sebab mayya kene mandi juga tadi..."

☑️ Step 4
Berempati dan mohon maaf dengan ikhlas.

"Mama minta maaf ye mayya, kalau mama di tempat mayya mesti mama marah dan geram juga😔 sebab masa mama nak tengok tv ada orang kacau mama suruh mandi."

☑️ Step 5
Beri solusi

Fokus pada solusi sahaja. Ada dua jenis solusi, solusi sementara (jangka masa pendek) dan solusi kekal (jangka masa panjang)

"..okay mayya, badan mayya kotor ta
ku

t gatal nanti masa tidur. Lain kali mama mandikan mayya awal sedikit ya supaya mayya dapat tengok cerita mayya.
Ok. Boleh tak lain kali mayya kene beritahu mama ye apa yang mayya rasa. Mudah mama nak faham. Tak perlu nangis nangis ye. Boleh tak princess mama?

Mayya senyum dan kata "okay mama". Dealed.

Alhamdulillah. Syukur.

Nota kaki:
Saya rasa lebih teratur, lebih mudah kaeal diri dan tenang. sistematik. Tahu kronologi perjalanannya bagaimana yang harus saya lalui ketika bersama anak. Lebih yakin dengan apa saya buat sebab dah ada guideline. 👍 Mudah dan ringkas.

Yakin pada Allah. Usaha. Tawakal. Doa.

🔜 Esok kita buat langkah 6 & 7 untuk 'closing the case'. Ini optional (tak wajib) namun untuk pengukuhan dan untuk pastikan emosi mereka betul betul ok, digalakkan buat juga ya. ✌️

❤️-mama yusuf mayya-❤️

=======

Syabas Ros,
Saya galakkan Ros buat live video untuk sahabat lain berkenaan 7 Steps ini.

Sebab bercakap explain tak sama cukup dan bestnya dengan menulis :)

Maznah Ibrahim.
Repost :

Alhamdulillah telah selesai dan berjaya ber FB live,

Bagi tajuk 7 langkah : how to handle difficult situation with your child,

namun terpecah 3 kali pula 😁, sebab siaran tergendala dan tak berapa handal nak live, 😊
.

boleh tonton di link page ini,
.

1)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=784139708427282&id=477691842405405
.

2)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=784153205092599&id=477691842405405
.

3)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=784164691758117&id=477691842405405


Jika tonton semuanya mungkin akan dapat maksud dan mesej yang saya nak sampaikan.
.

Silakan share.

Oh ya, yang last tu ramai pula request nak personaliti anak/diri ikut jenis darah.
.

InsyaAllah akan masuk dalam list saya tu termasuk cadangan tajuk dari monkey survey.

.

Terima kasih kepada semua yang bersama dalam FB Live tadi ya.

Moga sedikit sebanyak sahabat semua dapat idea dan input berkenaan bagaimana nak handle anak masa sukarnya/tantrumnya.


Ikhlas,
Maznah Ibrahim
👆👆👆👆👆

Sudah dengar video ini ?

Nanti akan dapat sedikit idea macam mana nak bantu anak dalam pengucapan harian terutama yang spesifik dengan isu si anak.😍

🤗🤗🤗 kongsikan dengan rakan dan pasangan anda ya.
Wah tak sabar nak guna real clay lagi, 😍😍😍

Ia sangat terapeutik, dan ala ala macam tanah tapi tanah liat,
dan kering nanti jadi keras, dan boleh bawa balik, milik anda...😃😃😃

Energi anda akan dilepaskan bersama sama clay itu.
Terutama yang negatif dan saki baki yang ada lagi dalam diri.
Truly sangat sangat luar biasa pengalaman ini.

Terima kasih Sarah sebab susah payah dapatkan clay dari kawan lama masa kerja PS The Children dulu,

Cindy, dari Clay Expression,
Dari kilang dia kat subang tu tau.. Import dari Selangor bawa ke Kedah 💪👍👍
.

Jum bersama lepaskan, bebaskan emosi negatif kita
melalui expressive art therapy,
using clay.
.

Dengarnya cukup dah 100 peserta,
Tapi kot la boleh selit lagi,😂
.
Orang last min macam saya ni suka macam ni (last min decision)

No Sarah di sini : 0134938599