Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.29K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Maznah Ibrahim:
12.30pm nanti saya akan publish video baru di page. Jangan lupa tengok ye :)

Link ini πŸ‘‡


https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/1452771784859812/
Pilih untuk 'Respond' kepada Situasi Anak-anak Bukan 'React'
=============================================

'Respond' ni bermaksud, pause seketika dan respon dengan positif (sebaiknya).
.

'React' ni maksudnya kita balas dengan spontan, dan ber reaksi kepada tingkahlaku si anak
.

Contoh:

1. Adik berhenti menangis sekarang! (Arahan mengejut)
.

--> Tukar ke: Adik nampak sangat sedih. Adik nak mak peluk? (atau Adik nampak sedih sangat, meh sini mak peluk)(Time In).
.

2. Kalau awak berdua tak berhenti bergaduh sekarang, Mama patah balik kereta ni. (Ugutan)
.

--> Tukar ke: Mama tak selesa dengar bising macam ni. Mama berhenti kereta sat, bila kereta ni dah senyap, Mama akan sambung memandu semula. (luahan asertif dan solusi)
.

3. Apa? Adik tumpahkan lagi air jus ni? (herdikan)
.

--> Tukar ke: Ok ow, air dah tumpah, jum ambil kain dan kita lap. (solusi)
.

4. Memang betul tak adil. Hidup ni tak adil. Adik kena biasakan diri dengan keadaan macam ni. (tertutup,pasrah)
.

--> Tukar ke: Mama tahu adik sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Hidup ni adakalanya tak semua yang kita nak kita akan dapat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. (perspektif baru)
.

5. Dapat C lagi? Apa tak kena dengan awak ni ya? (Questionning)
.

--> Tukar ke: Nampak macam kakak ni susah sedikit dengan subjek Math. Ada apa-apa yang Mama boleh bantu kakak tak? (tawar bantuan)
.

6. Cukup-cukup dah lah tu...... adik ni asyik merengek/minta minta aja... (mengeluh)
.

--> Tukar ke: Boleh tolong gunakan suara rendah skit masa minta mama sesuatu? (beritahu option baru) (atau: Mama tak faham bila adik merengek macam tu, tak jelas. Boleh tak adik bagitahu Mama betul-betul, apa yang adik nak?) (option baru)
.

7. Mak dah tak tahan dah dengan adik ni. (keluhan dan pasrah tertutup)
.

--> Tukar ke: Mak rasa kecewa sekarang. Mak nak jalan kejap untuk tenangkan diri mak. Nanti dah tenang mak datang balik. (so anak tahu mak berlalu pergi semata untuk tenangkan diri bukan meminggirkan / abaikan dia) (option / kefahaman/ asertif)
.
.
.

Translasi dan edit oleh,
Maznah Ibrahim.
.
.
It's Not Your Fault - Tak, Bukan Salah Kamu.
-------

Tahukah anda, anak kecil mudah salah faham, yang mereka punca kepada permasalahan orang lain terutama orang dewasa, ibubapa mereka sendiri.
.

Ini peringkat perkembangan kanak-kanak usia 3-6, guilty vs initiative.
.

Apa jua reaksi sekeliling, mereka mudah rasa bersalah dan rasa mereka puncanya.
.

Contoh, air tumpah, oops saya salah, saya tak hati-hati.
.

Ya, benar, namun yang lebih utama ialah usaha mereka nak solusikan isu/perkara itu, dengan i) mengaku dan ambil tahu kesilapan sendiri, ii) mengambil tisu dan lap - itu yang perlu fokuskan (initiative).
.

Usaha itu adalah peringkat perkembangan positif, amat wajar diberi perhatian, pujian, berbanding tak diberi apa-apa pengesahan dengan kata-kata (words assurance), lalu mereka akan salahkan diri sendiri.
.

Contoh saya perhatikan Fateh 5 tahun, bila dia tak dapat reward macam rakan, dia sendiri kata "sebab Fateh tak solat elok-elok, Fateh x baik".
.

Hmm..
πŸ€” jadi peranan maknya untuk mengesahkan, dengan words encouragement, "Tak, ia mungkin sebab semua budak bagus dan hadiah tak cukup nak diberi kepada semua. Jadi buat kerana Allah, bukan kerana nak hadiah, ok. Mami tetap sayang kan Fateh sebab Fateh anak Mummy yang soleh, dengar kata teacher, dan ingat, usaha tu yang Allah pandang lebih lagi".
.

Dua hari lepas, dapat reward sebab solat elok-elok pula. 😁.
.

Maksud saya di sini, anak kecil tanpa disuruh fikir lebih dalam, otomatik mereka akan mudah rasa bersalah.
.

Jika penceraian atau perbalahan berlaku antara ibubapa, ramai juga saya perhatikan anak kecil ini rasa mereka jahat, salah, bad, maka ibubapa bercerai kerana mereka.
.

Ingat lagi buku omputeh, cara dia explain ke anak kecil mengenai perpisahan ibubapa, ditekankan mengenai ia isu ibubapa (orang dewasa), dan bukan sebab / punca si anak maka mereka bercerai. Ia tiada kena mengena.
.

(Ini juga sangat common untuk kanak-kanak sexually abused, mereka rasa mereka punca kejadian buruk itu berlaku, sedangkan totally NO, mereka kecil dan tanggungjawab dan kesalahaan sebenarnya atas pelaku yang lakukan itu).
.

=============

Petikan Boss Baby
.

"You see, babies are not getting as much love as we used to".
(Si boss baby beritahu dengan tegasnya kepada tim dia).
.

Si Stacey ni terus judge "Why? Have we been bad?".
.

"No, bla bla bla bla ", terang si Boss Baby dengan tegas nya...

-------
.

Jadi pesanan dan peringatan dari saya, sentiasa bantu ubahkan sisi pandangan anak kecil, yang dia tidak salah, dan ada perkara lain lagi yang merupakan punca kepada permasalahan /perkara lain berlaku.
.

Ayat mudah seperti "Tak, awak tidak bersalah", juga amat power untuk orang dewasa sahabat keliling kita, pabila mereka dirundum rasa bersalah. Berikan ayat ini kepada mereka.
.

I am bad mother.
Beritahu mereka. No, you are wonderful mother (petikan ayat pengesahan dan supportif di kalangan Alumni EHSABAR).
.

Amat berkemungkinan besar ramai antara kita yang dimarahi dan dipersalahkan atas usaha kita semasa kecil yang membawa kepada rasa salah dahulu.
.

Key words, Its Not Your Fault, Bukan Salah Anda, Anda Tak Salah, bla bla bla.
.
.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Selamat Tahun Baru 2019
Semua sahabat channel
😍

Apa Azam dan Semangat Baru Kita bab Parenting Anak Anak Kita ?

Niatkan ❀️
Tuliskan πŸ“
Lakarkan πŸ–
(Masuk Law of Universal Attraction Anda)

Tuhan Bantu,
InsyaAllah.

Saya doakan semua beroleh
Kekuatan
Kepositifan
Dan Istiqamah dalam
Pelaksanaan Tindakan dari Sedikit Ilmu



Maznah Ibrahim.
Kerapkali Kita Dahagakan Perhatian dari Pasangan, Bos, Ibubapa, Rakan Sekerja...
.

Anak anak pula dahagakan perhatian ibubapanya...
.

Bagaimana jika kita tukar mind set dan cari aktiviti untuk penuhkan tangki emosi kita yang bab spiritual.
.

Craving for Allah's Attention.
.

Tambah list to do/achieve everyday untuk bahagian spiritual bagi tahun baru 2019 ini,

Contoh,

1⃣ Zikir Astaghfirullah 100 kali/sehari (700 kali/Minggu)

2⃣ Solat Taubat 1/Minggu

3⃣ Quran Ayat dari Allah (7ayat/Minggu)

⏩ Dan upkan kuantiti dan kualiti bila dah capai konsisten.

βœ… Namanya review / checking balik

βœ… Elak statik aja selamanya di situ

Apapun, semua energi positif berpusatkan Tuhan.❀️

Maznah Ibrahim
Saya mohon jasa baik sahabat untuk share kepada seramai mungkin kenalan anda, sekiranya anda telah tonton dan rasa ia perlu diketahui ramai orang kerana ia penting. Jzzkh saya dahulukan. ☺️
.

(1) - Perkembangan Seksualiti Kanak-kanak, 0-6 Tahun, Apa Ibubapa Perlu Tahu

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787123134795606&id=477691842405405
.
.

(2) Seksualiti Kanak-kanak: Personal Safety, Peraturan Sentuhan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787200204787899&id=477691842405405
.
.

(3) Seksualiti Kanak-kanak, Personal Safety, Peraturan Sentuhan (sambungan)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=787215634786356&id=477691842405405
PABILA ANAK MENANGIS PAGI TAK MAHU KE SEKOLAH,

ELAK ❌

1. Berleter
2. Marah
3. Sindir
4. Pukul
5. Jerit
6. Paksa

FOKUS PADA SOLUSI, kerana anda bermain dengan masa pagi yang pantas berlalu.

LAKUKAN βœ”:

1⃣. Tanyakan dia, apa boleh buatkan dia mahu ke sekolah (Permintaan Dia).

2⃣. Nyatakan permintaan anda pula (contoh: i) siap cepat ke sekolah, ii) gembira ke sekolah)

3⃣. Penuhi Permintaan dia (buat sementara waktu).

4⃣. Hantar dia ke sekolah pantas. (sebab dia dah setuju ke sekolah) - sela masa pantas ini bantu untuk leading anak ke tujuan / matlamat kita.

Selepas pulang dari sekolah, waktu tenang:

1⃣. Puji dia dulu kerana telah berjaya ke sekolah hari ini dan nyatakan perasaan anda: β€œBagus, kakak berjaya ke sekolah hari ini. Mama bangga”.

2⃣. Beritahu perasaan ada : β€œMama bimbang juga bila kakak mula tanda taknak ke sekolah”.

3⃣. Beritahu permintaan anda untuk lain kali : β€œBoleh Mama nak minta kakak bangun pagi dengan gembira nak ke sekolah. Mudahkan Mama ya sayang”.

4⃣. Boleh juga terokai apa yang buat dia terganggu masa pagi tu, bincang cara solusi.

Contoh: β€œKakak mimpi la Mama, mimpi kata jangan pergi sekolah tau. Sekolah tak best”.

Solusi: β€œOK, Kakak jangan lupa baca doa sebelum tidur dan fikir elok-elok untuk pagi esok, sekolah best dan kakak gembira ke sekolah”.
.

Malamnya masa baring baring nak tidur:

1⃣. Hypnoscript anak anak siap siap selalu sebut, yang anak gembira ke sekolah, anak suka sekolah, anak gembira dengan kawan baru dan guru, anak teruja dengan kelas baru dan sebagainya.

2⃣. Tambah usaha spiritual, Doa zikir Ya Allah Ya Bait's, Bangkitkan semangat anak, Ya Aziz Ya Qawiy Ya Matin, Allah perkasakan, perkuatkan dan perteguhkan jatidiri anak untuk menempuh alam persekolah baru dengan baik dan gembira.
.

Oleh: MI

#HypnoscriptAnak
Perkataan Yang Baik dan Tepat Amat Penting Bagi Menangani Puzzle Anak Kita

Baru ni saya tonton 1 video orang sukses (lupa nama apa),
Cara beliau berfikir dan melihat sesuatu berkaitan 'masalah'.
.

'Problem' diganti dengan 'Puzzle'.
.

Maka di situ kita akan mula fokus kepada bagaimana nak selesaikan 'puzzle' itu,
.

Ia seperti 'game', ada usaha, ada cara, ada pecahannya.
.

Minggu lalu kami mula dalam committee sekolah anak,
.

'Problem' sekolah diganti dengan 'Puzzle',

Pelan pelan, segala isu mula nampak ada jalannya,

Ada keratan berbeza yang perlu disambungkan,

Dan semua ibubapa dan guru akan main peranan untuk menyambungkan 'Puzzle' ini.
.

Apa yang saya nak sampaikan ialah,
Perkataan perlu tepat dan positif.
Ia beri kesan besar pada sistem otak dan emosi kita tatkala mula mendengar dan memikirkannya.
.

Guru menyatakan sesuatu mengenai si anak saya yang strategis ini,
Anak bercakap tidak benar untuk capai hasrat / objektif nya,
Kemudian anak mengakui dan meminta maaf kepada guru.

Saya fikir, ramai bertanya mengenai ini,
Berkenaan 'Anak Menipu', dan saya perasan di rumah anak kerap label kami ibubapa tipu dia.
Saya selidik, dia belajar term ini dari rakan rakan seusianya.
.

'Tipu' saya minta guru fokus kepada 'Bercakap Tidak Benar' kerana ada perkataan 'Benar' di situ,
.

Anak kecil tidak perlu dilabel dengan perkataan tidak elok seperti menipu, malas, cuai dan sebagainya,
.

Namun disebut dengan perkataan lebih baik.
.

Tidak Benar sekurangnya ada perkataan 'Benar' iaitu kita bermatlamat anak akan berusaha sentiasa bercakap benar kerana Allah suka, Rasul suka, Ibu Bapa suka, Guru suka, Kawan suka.
.

Perkataan berulang pastinya adalah satu doa,
Dan semua kita mahu yang baik baik untuk anak kita.
.

Dalam Ebook Hypnoscript semuanya saya susun perkataan positif yang nak diucapkan di tatkala anak buat 'puzzle' untuk kita. Hehe. 😊.
.

Maznah Ibrahim.

#EbookHypnoscriptAnak
Untuk Bantu Anak, Sebenarnya Fokuslah Kepada Punca Iaitu Akarnya...

Apa bendasing nak dikeluarkan (remove),
apa nutrien nak ditambahkan (add on).
...

Hmm.. simptom tingkahlaku anak yang nampak berlainan,
Biasanya ibubapa boleh rasa 'sesuatu'.
Maka ibubapa akan bertanya pada pakar, kan?
.

Once dah dapat confirmation dari pakar (jumpa dan diagnosed),

Go for punca akar - remove bendasing yang berkemungkinan buat anak jadi kelainan (contoh anak banyak bergajet, kurangkan pelan pelan bukan off terus),

Atau bertanya pada yang arif dan nampaknya berkemungkinan anak ok saja, normal (contoh anak kemungkinan jenis personaliti introvert, maka dia akan tak berapa bercampur dan main dengan adik dia sahaja di taska),
.

Then tambah stimulasi bersesuaian:

REMOVE (-) ❌
Kurangkan tempoh masa gajet katakan dari 4 jam kepada 3 jam setengah (anak tak berapa perasan pengurangan ini tapi dos ini akan bantu perlahan lahan stimulasi hidup tanpa bergantung gajet dan berganti perkara lain),
.

ADD ON (+) βœ”
Tambahkan masa bermain dengan anak tanpa gajet langsung, untuk 30 minit yang dia dah dikurangkan masa bergajet,
.

Buat secara planning, konsisten dalam seminggu,

Review semula,

Untuk pengurangan ini tak nampak anak resah melampau, dia tak perasan malah dia happy juga dapat main dengan parents,

okay,...

Upkan Dos main kepada 30 minit dua kali (1 jam)
Dan Kurangkan Dos gajet kepada 3 jam,
(serentak REMOVE ❌ AND ADD ON βœ”)

Buat seminggu lagi.
.

contoh lain,
Untuk anak kurang sosial dengan kawan,

Kurangkan (-) ❌ tiada apa apa bendasing ganggu kecuali akar dia sebab/punca lain, kes camni akarnya ialah just personaliti sahaja, (cuma kurangkan / tinggalkan risau pasal anak bermasalah antisosial ke apa ke, tak perlu label dia apa-apa, anak ini perfectly normal, jenis observe lebih, react kurang),

Tambahkan (+) βœ” planning aktiviti,
Ajak kawan berkerluarga yang ada anak sebaya usia datang makan di rumah,
Katakan anak kita dua orang,
Anak kawan 2 orang,
So dah ada 4 kanak-kanak,
Beri aktiviti bermain untuk mereka berempat ni sesuai dengan usia,
dan observe dari jauh mereka bermain (asal selamat).
.

Ini bantu sebab anak kecil lihat ibubapa dia dan ibubapa budak lain tu berkawan, bersembang, makan sama, gelak bagai,
So budak kecil baru dua orang itu 'can be trust' la πŸ˜„.
.

Dia pun mula belajar berkawan dengan kanak kanak lain,
.

Berbanding di taska tu banyak bilangan kanak-kanak dan keluarga (maybe dalam 10 families kan, tak ke haru energi untuk 10 kanak-kanak yang berbeza, berlainan sistem keluarga masing-masing duduk satu tempat, bagi budak introvert benda ni tidak mudah nak 'cope').

KEYnya,

Bila rasa sesuatu tak ok,
Kita perlu bantu anak kecil,
sebab dia kebergantungan tinggi pada kita,

Buat sesuatu (u done something),
You will help your child.

Tak buat apa-apa,
Simptom yang anda bimbang akan bertambah lebih tak ok,
(ingat entropy dan parenting yang pernah saya tulis).

Sebab jika anda bantu awal,
Pasti akan ada perubahan - iaitu positif,
Namanya intervensi.
πŸ˜ƒ
InsyaAllah, boleh bantu,
Sabar dan berhemah aja,
perlu guna the right strategies... kan.

.
❀
Maznah Ibrahim
Selamat berhujung minggu dengan anak anak dan suami serta keluarga anda,

Niatkan untuk 5 R,
.

βœ… Rest - RnR rehat

βœ… Release - Lepaskan segalanya, lapangkan segala kekusutan untuk kelancaran matlamat anda, buat aktiviti yang anda suka

βœ… Refresh - Aktiviti weekend selain rutin weekdays untuk refresh bonding sekeluarga

βœ… Reenergise - Aktiviti khusus untuk masukkan semula energi positif dalam diri kita seperti senaman, panjat bukit, basikal, main lama dengan anak, masak istimewa hujung minggu

βœ… Reorganise - Susun semula mana tak cukup buat seperti kisah baju bajuan, cleaning, makanan dan persiapan untuk minggu depannya.
.

πŸ‘¨β€πŸ‘¨β€πŸ‘§β€πŸ‘¦
Maznah Ibrahim