Parenting Maznah Ibrahim
16.3K subscribers
2.3K photos
52 videos
29 files
2.07K links
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
Download Telegram
Bila Ibu Ibu Penat Handle Bermacam Tugas dan Urusan Seharian,

Ibu ibu jangan lupa buat 'Self Care' tau.

Yalah asyik 'care' orang tersayang, si cenonet anak anak dan si besar ayah, kini tiba masa layan diri pula... Manjakan dirimu, bebaskan dirimu.

Ia sama macam penjagaan diri juga, cumanya ia lebih personal, spesifik untuk tiap diri ibu yang berbeza dan unik.

Ia penting untuk pastikan ibu ibu seimbang, jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman - emosi, spiritual dan pemikiran sihat) dan elak 'burnout' atau meletus macam bom jangka.
.

Di sini saya senaraikan idea 10 aktiviti 'Self Care' yang ibu ibu boleh cuba buat dan 'decide' jika sesuai:
.

1. Call kawan baik bff dan sembang. Ini kalau terbatas masa nak jumpa 'live'. Ada juga yang terbatas nak sembang call, whatsap/ mesej di telegram, meluah dan berkongsi pun ok sangat, lega. Tapi bff atau kenalan ni perlulah jenis yang positif orangnya. Meet up jumpa 'live' / online dengan kawan atau geng pun ok ;) (Tangki emosi: Perkataan). Ada juga yang sesuai dengan call dan dengar suara mak sendiri :) Pun sangat ok.
.

2. Hadiahkan diri dengan buat minuman panas / sejuk kegemaran sendiri, contoh hot chocolate ke, teh tarik sihat ke, air sirap bandung ke, kopi halia best ke, heheh apa apa lah asalkan ibu minat dan sekali minum terus rasa segar sampai perut dan otak. (Pepatah lama mengatakan, gendang gendut tali kecapi kan, kenyang perut suka hati, air kegemaran juga refreshing perut dan emosi kita).
.

Sama minuman ini ialah makanan, macam goreng pisang ke, kek secret recipe ke - sama ada pergi ke kedai atau cuba buat sendiri.

Makanan/Minuman ni sesekali boleh, sedikit, bukan banyak berlebihan, nanti gula naik pula ya. Kita kan nak sihat dan gorgeous selalu.
.

3. Hadiahkan diri dengan pergi ke SPA untuk urutan seluruh badan, SPA ni ada konsep persekitaran terapeutik yang membantu lapangkan emosi kita. Jika nak bajet, kenali / cuba pengurut yang bagus, sama ada pergi ke rumahnya atau upah dia mai rumah dan urutlah dalam sejam gitu. (Tangki emosi: Sentuhan)
.

4. Pergi bawa diri berjalan / window shopping, atau ke alam semulajadi yang ibu suka macam air terjun ke, sungai ke, track senaman ke, berbasikal ke, panjat gunung ke dan apa apa sahaja asalkan sesuai dengan diri dan ibu akan rasa 'release'. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.

5. Menonton wayang / cerita yang inspirasi untuk diri. Dah lama tak tonton wayang / konsert, boleh pergi jika ada cerita sesuai. Ia sama juga, tidak perlu sampai banyak kali, sesekali akan banyak membantu hiburan seperti ini. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.

6. Mandian air suam dengan bauan pati bunga yang menenangkan dan refreshing. Sama orang berpantang, ada mandian suam herba akar kayu, ia sangat menyegarkan urat dan badan seluruhnya. (Tangki emosi: Masa istimewa)
.

7. Join anak anak main sekali ! Ha ini kena sporting la ya, berlari sama, melompat sama, terbangkan belon sama, layangkan layang layang / wau sama. Memang rasa emosi ringan sangat. Sebab aktiviti kanak kanak secara fitrahnya ni memang meringankan emosi sebab kanak-kanak amat mudah let go dan lupa segala perkara berlaku bila mereka bergerak.
.

8. Membaca. Ada ibu ibu dah lama tak membaca. Bila dapat membaca buku novel cinta masa zaman remaja dulu/ komik, dapat baca lagi, fuhh best juga layan. Again, bukan tiap hari sampai ketagih, tapi sikit sikit aja.
.

9. Dengar lagu kegemaran lama lama masa zaman muda dulu, 90-an kita. Bila sesekali dengar, memang best layan emosi muda dan ringan tu. Sambil senyum sorang-sorang, ibu sendiri saja tahu. Hehehe.
.

10. Pergi tempat yang boleh jerit sekuat hati. Contoh bukit ke, laut ke, karoake ke, asal dapat jerit bebas tak kisah orang nak kata apa. Puas hati dan anak perut, hehehh.
.

Apa pun, pastikan aktiviti sihat, selamat dan berkat ya.

Ia akan activate sistem emosi positif di otak ibu ibu: 'Care/Attachment System', 'Play System' dan 'Seeking System'.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Salam Maulidur Rasul

Lagu yang saya dan anak suka ialah lagu Rasulullah dari kumpulan Hijjaz, saya kongsikan liriknya untuk kita hayati bersama.

πŸŽ§πŸ”ŠπŸŽΆ

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™πŸŽ™

dan alunan dari 'Kakak Iman Farra' adalah favourite kami hingga anak mahu jumpa kakak ini, di Australia.

https://youtu.be/bnJKzQ_ESKc

Bacakan kisah perjuangan Rasulullah kepada anak kita agar mereka kenal hero sebenar in,
dan anak jadikan Nabi Muhammad sebagai satu daripada model yang mereka nak turuti karektornya.
.

Sabar
Bercakap benar
Amanah Bertanggungjawab
Menyampaikan /menasihati rakan
Bijaksana dan berhemah

❀
Maznah Ibrahim
Jaga perkataan
perbuatan
cara luah emosi dan pemikiran kita.

Mata si kecil
Amat fokus.

Kecil pada kita, remeh, tak ada apa,
Tapi
Besar pada si kecil.

Semuanya macam cop,
melekat terus ke otak mereka.

Refleksi,
Maznah Ibrahim
Bersabar dengan tempoh masa kritikal 0-6 usia emas anak,
Bersabar dengan tempoh masa mendidik dan membimbing anak 7-14 tahun.
dan Bersabar dengan tempoh masa memberi kuasa kepada anak 14-21 tahun.

Ia pasti berbaloi,

Menjadikan anak ini pemuda dan pemudi Beragama dan Berjiwa Besar.

Terus jalan.
.
.

Maznah Ibrahim.
ALHAMDULILLAH,
UPDATED. 😍

Nota SEMINAR EHSABAR 1 DISEMBER 2018
PREMIUM, 50 Pages πŸ‘πŸ€—

Didoakan kita semua dimudahkan penyampaian dan penerimaan ilmu ehsabar ini.❀
.

masih ada tempat lagi bagi yang berminatπŸ˜ƒ
.

https://ehsabar.com/?utm_source=t2511
https://ehsabar.com/?utm_source=t2511
https://ehsabar.com/?utm_source=t2511
Lagi kuat keinginan kita,
Lagi kuat kita diuji,
Sesuai dengan hasil yang bakal kita perolehi,

Tiada yang percuma dan sia sia,

Hatta ujian yang menyakitkan,
Seperti 'gagal',

Namun ia sebenarnya satu kekuatan untuk bangkit balik dan
Menjadi lebih baik
Seperti dihasratkan selalu.

Hanya kepadaNya kita berserah
Dan memohon
Bimbingan dan berkah

InsyaAllah.

Sahabat semua, terus jalan ya
❀πŸ’ͺ
Salah satu cara switch emosi ialah
.

⏳ PAUSE/ toma'ninah.
.

Bukan lama tapi sekejap sahaja,
.

pastu sambung la tugasan/ tanggungjawab semula.
.

πŸ”Έtutup mata, bernafas,
πŸ”Έdan letak niat, nak emosi apa,
nak tingkahlaku bagaimana,
.


πŸ’Ž Kalau di slow motion kan steps nya, begini:-
.

1⃣ PEJAM MATA

2⃣ tarik nafas dalam dalam

3⃣ fikir, bayangkan nak buat apa contoh nak senyum, nak peluk anak, nak kerja rumah x,y,z siap, etc..

4⃣ sebut perkataan keyword senang ingat

"sabar sabar sabar" /

"positif positif positif" /

"senyum senyum senyum" /

"boleh boleh boleh"

5⃣ barulah hembus nafas perlahan melalui hidung
.
.

πŸ’ insyaAllah akan jadi macam apa yang anda nak jadi.
.

Maznah Ibrahim
.

p/s:
😊 pelajari lagi background sains nya macam mana ia boleh berkesan? apa key nya,
.

dalam Seminar EHSABARπŸ₯‡
1 Disember 2018πŸ“…
8.30am-6.00pm⌚️
Shah Alam.🏒
.

Maklumat Lanjut dan pendaftaran tinggal 5 hari aja lagi yaπŸ’ͺ❀️
(ada 7 lagi tempat kosong)
.

Our Me TimeπŸ˜‰
β˜•οΈ
https://ehsabar.com/?utm_source=t2611
International Conference and Innovation Exhibition on Global Education (ICEGE 2018)

Alhamdulillah saya menang Gold Award dalam inovasi pokok matlamat saya.😍❀

Syukur.

InsyaAllah pasti akan disebarkan kebaikan sari inovasi ini untuk semua ❀😘
PENGUMUMANπŸ“£

Berikut Merupakan Rakaman Webinar Sibling Rivalry Part 1 hingga Part 3
πŸ’ oleh Maznah Ibrahim

https://webinar.maznahibrahim.com/RecSiblingRivalry1
https://webinar.maznahibrahim.com/RecSiblingRivalry2
https://webinar.maznahibrahim.com/RecSiblingRivalry3

Yang telah dihadiri oleh lebih kurang 60 orang peserta,

Ia 3 link kerana terputus 'line' internet,

Akan ambil masa sedikit untuk menghabiskannya, namun ia insyaAllah berbaloi😊

Saranan saya, habiskan ia secepat mungkin,
dalam tempoh 2 minggu ini,
kerana saya mungkin akan menurunkannya dari sistem webinar ini.

Sebarkan pada sahabat anda agar tak terlepas ya 😍
Terima kasih.πŸ‘

MI
Persiapan akhir EHSABAR Terakhir 2018

Stress Ball positif kita sudah tiba dan siap sedia untuk dipicit-picit sebab 'geram' πŸ˜ŠπŸ˜ŽπŸ€—

Jumpa di sana πŸ˜ƒβ€