eCentral
46.4K subscribers
1.96K photos
1.86K links
Portal Maklumat Malaysia
Download Telegram
Channel photo updated
Penerima BPR secara automatik layak menikmati faedah MySalam.

Antaranya perlindungan RM8,000 sekiranya terkena salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Info lanjut layari https://ecentral.my/mysalam/
Dah boleh check isinar kategori 2 bermula jam 8 pagi hari ini 8 Feb 2021.

Rujuk πŸ‘‰πŸ» https://ecentral.my/semakan-isinar/
[SURVEY] Anda kategori mana?
Anonymous Poll
86%
B40
13%
M40
1%
T20
Manual Pengguna untuk UPDATE (KEMASKINI) Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)

Assalamualaikum,

1. Para ibu bapa selaku PENJAGA 1 & PENJAGA 2 perlu mengemaskini maklumat-maklumat asas di portal APDM (rujuk https://ecentral.my/apdm/)

2. DAFTAR MASUK: Sekiranya anda PENGGUNA BARU sila klik pada PENGGUNA BARU (Merah) dan ikuti arahan pendaftaran. Isi butiran yang diperlukan. Kemudian klik DAFTAR.

3. Setelah itu, masuk semula dengan menggunakan DAFTAR MASUK (Hijau). Isi Nombor Mykad dan KATA LALUAN yang didaftarkan. Sila rahsiakan dan ingat KATA LALUAN untuk kemudahan setiap urusan APDM.

4. Klik pada pautan KEMAS KINI PROFIL MURID.

5. Anda akan dapati setiap NAMA ANAK anda yang bersekolah dalam senarai. Sila Klik pada NAMA ANAK untuk proses KEMAS KINI.

6. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

+ Profil Anak Jagaan
+ Alamat Anak Jagaan
+ Maklumat Penjaga
+ Asas Kesihatan
+ Perakuan Maklumat
+ Cetak BMM
+ Cetak Surat Persetujuan Kesihatan

7. Maklumat Asas Kesihatan perlu dirujuk kepada Buku Rekod Imunisasi Bayi (BIRU/PINK) berkaitan Tarikh rekod imunisasi anak.

8. Sila isi setiap butiran yang diperlukan dengan betul. Setelah semua maklumat telah diisi dengan betul sila cetak BMM untuk simpanan peribadi dan cetak Surat Persetujuan Kesihatan.

9. Waris diingatkan supaya mengambil Tindakan dengan segera kerana pihak sekolah memerlukan DATA yang KEMAS KINI untuk penyaluran sebarang BANTUAN. Kegagalan kemas kini amat dikesali.

10. Terima kasih atas kerja sama yang diberikan. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi GURU KELAS melalui wasap KELAS.

Sekian, terima kasih.