Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
723 subscribers
569 photos
97 videos
1 file
252 links
Merealisasikan sebuah komuniti yang bersatupadu dan bersepakat untuk memartabatkan dan membudayakan industri eHailing Malaysia
Download Telegram
Sesungguhnya…

Jangan buat kesimpulan anda sendiri berdasarkan apa yang anda lihat. Itu cara mudah. Tahan godaan itu. kenapa? Kerana anda tidak akan pernah tahu keadaan sebenar jika anda tidak berada di dalam situasi sebenar seseorang. Ingatlah, orang jahil hanya melihat dengan matanya. Belajar untuk melihat dengan hati dan fikiran anda.

#sabarituindah
#ikhlas

https://www.facebook.com/100070798391483/posts/pfbid0S3HqTgJaab7nNuvH1NSDaT6NxcguTzKUABewHQLVKnmtGAPFtTLaW9bUUkADAhvkl/?mibextid=cr9u03
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ya Allah!

Lindungi rakyat Palestine kerana mereka dinafikan hak asasi manusia. Orang tua, wanita, kanak-kanak dan orang awam amat terdedah.

Kami berdoa memohon pertolongan-Mu dan kedamaian dipulihkan. Aamiin.

#savepalestine #subhanallah #Lailahaillallah #Allahuakbar

https://fb.watch/nAnXEfHg1j/?mibextid=cr9u03
GEM rayu kerajaan perhalusi kadar upah perkhidmatan e-hailing

KUALA LUMPUR: Gabungan eHailing Malaysia (GEM) merayu kerajaan memperhalusi kadar upah perkhidmatan e-hailing berikutan ia tidak seiring dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketua Aktivis, Jose Rizal berkata isu berkaitan harga lantai atau kadar upah adalah amat sensitif kerana ia berkait rapat dengan kos sara hidup pengguna perkhidmatan e-hailing.

Berita penuh:
https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/08/1141353/gem-rayu-kerajaan-perhalusi-kadar-upah-perkhidmatan-e-hailing
https://www.facebook.com/100063545740670/posts/pfbid02VWTeLbJVH9sNWpD6Gc7TwoByBSJibgZGFLxVZJdkPavUmaQe53jMNDZeKGztDrgtl/

MESYUARAT LIBAT URUS GABUNGAN EHAILING MALAYSIA BERSAMA JABATAN LINK, BANK NEGARA MALAYSIA

Tarikh : 11/10/2023
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Jabatan LINK dan Pejabat BNM

Jabatan LINK telah menerima hasrat Gabungan Ehailing Malaysia (GEM) untuk mengadakan sesi mesyuarat libat urus bagi membincangkan beberapa agenda yang berkaitan dengan industri ehailing.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Vijay, dari Jabatan LINK dan dihadiri bersama pasukan beliau, Sekretariat GEM dan juga wakil dari PPIM.

Dalam mesyuarat tersebut, GEM telah melahirkan kegusaran berkenaan kadar insurans tambahan untuk ehailing yang naik mendadak tanpa ada penjelasan yang kukuh. GEM juga telah memberikan beberapa cadangan kepada Jabatan LINK iaitu:

1. Memohon BNM membuat garis panduan baru di mana kadar insurans tambahan ehailing tidak berubah selama tempoh 5 tahun.
2. Mencadangkan kos insurans perkhidmatan harian ehailing ditetapkan pada kadar RM0.35 sen.

Rumusan dari mesyuarat tersebut:

1. Kenaikan kadar insurans disebabkan oleh tuntutan insurans yang yang naik saban tahun. Namun begitu, BNM tidak dapat berkongsi maklumat dan data spesifik kerana ianya adalah maklumat sulit.
2. BNM menjelaskan tiada kayu ukur untuk menentukan kadar insurans dan mereka membiarkan pasaran yang menentukan.
3. BNM dan GEM bersedia untuk melihat keperluan untuk diadakan Malaysia E hailing Insurans Pool (MEIP), yang memfokuskan kepada insurans untuk kenderaan E hailing sahaja.

Nota Tambahan: Gambar dan video tidak dibenarkan sepanjang berada di sana.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
17 Oktober 2023 (Selasa)

Pejabat Exco Pelancongan, Keusahawanan & Kebudayaan
Wisma Darul Aman,
05250 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

KUNJUNGAN HORMAT SEKRETARIAT, GABUNGAN EHAILING MALAYSIA (GEM), PERSATUAN EHAILING SUNGAI PETANI (PEHSP) DAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL KEDAH (PERKESO) KEPADA YB EXCO PELANCONGAN, KEUSAHAWANAN & KEBUDAYAAN NEGERI KEDAH YB DATO’ HJ MOHD SALLEH SAIDIN

Alhamdulillah, pihak kami juga sempat untuk membentangkan berkaitan peranan Pergerakan Gabungan eHailing Malaysia, Persatuan Pemandu eHailing Sg Petani dan Produk / Insiatif yang terdapat di bawah PERKESO kepada Sdr Tuah @ Helmi Basir bagi pihak YB Exco Dato’ Hj Mohd Salleh Saidin.

InshaAllah, pihak YB Exco dan Kerajaan Negeri Kedah menyambut baik dan mengalu-alukan jalinan kerjasama sebegini.
Channel photo updated
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ZmiMM8CcDbfBHvMp1Eao4HeskiuAR1ooYS5FrCgdunCDdAFkH54rHE5dPQpeKAKHl&id=100063545740670&mibextid=Nif5oz

*KHUSUS KEPADA PENGUNDI PARLIMEN GOMBAK - CARUMAN SKSPS PERCUMA UNTUK PENGGIAT E-HAILING DAN P-HAILING*

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Sempena *Karnival Kerjaya Parlimen Gombak & Save A Heart Day*, *Pejabat Ahli Parlimen Gombak* dengan kerjasama *Gabungan eHailing Malaysia (GEM)* ingin menjemput warga komuniti penggiat E-hailing dan P-hailing untuk menghadiri sesi taklimat kesedaran kepentingan caruman insurans *Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Tarikh: 28 Oktober 2023
Hari: Sabtu
Masa: 12 Tghri - 3 Ptg
Lokasi: Dewan Beringin, Taman Sri Gombak

Peserta program ini di khususkan kepada *penggiat E-hailing dan P-hailing yang masih tidak mencarum* kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau yang *masih tidak memperbaharui caruman*. Maka anda adalah layak untuk menyertai program ini.

Kepada peserta yang menyertai sesi taklimat ini, anda akan mendapat manfaat SKSPS pelan ke 2 di mana *Ahli Parlimen Gombak bermurah hati membiayai bayaran 20% iaitu sebanyak RM46.60* dan *baki 80% iaitu sebanyak RM186.20 di tanggung oleh kerajaan.*

Maka jangan lepaskan peluang dengan mendaftarkan diri di pautan di bawah untuk pengesahan kehadiran

https://surveyheart.com/form/6530fa226683417e4751b1ec

*Tertakluk kepada terma & syarat
#Tempat adalah terhad
#SaveAHeartDay #SKSPS #PERKESO #GEM #gig #ehailing #PERCUMA
#MBSelangor

Selama 2 hari berturut-turut bermula hari ini, Gabungan E hailing Malaysia (GEM) akan berada di *KARNIVAL HARI PRIHATIN RAKYAT PARLIMEN GOMBAK* . Maklumat lengkap seperti di bawah:

📍 Dewan Beringin Taman Sri Gombak
📆 28 dan 29 Oktober 2023
🕗 10 Pagi - 5 Petang

GEM terlibat sebagai penyelaras bagi program Taklimat Caruman PERKESO untuk P-hailing dan E-hailing di mana peserta yang telah mendaftar akan mendapat manfaat caruman SKSPS pelan ke 2. *Ahli Parlimen Gombak bermurah hati membiayai bayaran 20% iaitu sebanyak RM46.60* dan *baki 80% iaitu sebanyak RM186.20 di tanggung oleh kerajaan.*

GEM juga telah membuka meja pertanyaan untuk program *PENYELARAS KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH COORDINATOR)*. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program ini, anda boleh datang terus berjumpa kami.

Selain itu, anda juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti:

Karnival Kerjaya MYFutureJobs
Jualan Ehsan Rahmah (Ahad)
Saringan Kesihatan Percuma (Sabtu)
Pemeriksaan Jantung percuma (Sabtu) (dan pendaftaran untuk sesi November)
Taklimat skim PERKESO untuk suri rumah.
Aktiviti Mesra Rakyat (Sukan dan Permainan Rakyat)
Pertandingan Mewarna kanak-kanak
Edaran baucher SMUE dan pendaftaran skim YAWAS
Pelbagai kaunter pameran dan rundingcara
Serahan bantuan dan sumbangan kepada individu dan NGO
Jualan asnaf

MAKA, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMERIAHKAN *KARNIVAL HARI PRIHATIN RAKYAT PARLIMEN GOMBAK* dan bertemu kami di sana.

#EventAsalGombak
#MBSelangor
#SKSPS #PERKESO
#kerjayamadani #MYFutureJobs #perkeso #sijilkemahiranmalaysia #tvet #tvetmalaysia #kerjayamalaysia #mysheqa #oshc #safetymalaysia #jkkp #kerjakosongmalaysia
#GEM #MEDO #PKEH
#gig #ehailing #PERCUMA