Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
715 subscribers
570 photos
97 videos
1 file
254 links
Merealisasikan sebuah komuniti yang bersatupadu dan bersepakat untuk memartabatkan dan membudayakan industri eHailing Malaysia
Download Telegram
https://www.facebook.com/61551662321937/posts/pfbid02hNjU6jhSK7yFtKGGg75NJ3g87k1RMx2C1FrqysKBc46jqkagUhachSNHhXVKLgC2l/

Seramai 24 peserta dari kalangan penggiat e-hailing dan juga p-hailing telah menghadiri kursus *PENYELARAS KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH COORDINATOR)* bertempat di AME Academy Kelana Jaya.

Kursus selama 5 hari yang bermula dari 4 hingga 8 Disember 2023 adalah julung kali diadakan melibatkan kerjasama antara MySYEQA Group Sdn Bhd selaku penyedia kursus, dan Malaysia Ehailing & Delivery Organization (MEDO) selaku rakan strategik.

Kursus ini adalah platform terbaik kepada para penggiat yang ingin kembali ke sektor formal memandangkan pasaran kerja dan keperluan penjawatan untuk OSH Coordinator dijangka meningkat bermula tahun hadapan.

Peserta yang telah menyertai kursus ini bukan sahaja mendapat sijil yang diiktiraf oleh Department of Occupational Health & Safety (DOSH), malah nama peserta juga telah berada dalam pengkalan data DOSH yang diiktiraf seluruh Malaysia dan seterusnya meningkatkan peluang peserta mendapatkan pekerjaan.

Dan paling istimewa buat peserta yang mendaftarkan diri di bawah MEDO, mereka akan mendapat elaun tamat kursus sebanyak *RM500* asalkan memenuhi syarat dan kelayakan.

Maka, jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi kursus seterusnya.

Layari 📍 https://whatsform.com/medo-ehailing untuk pra-pendaftaran kursus.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. V. di no. 019 995 1058

#GEM #PKEH #MEDO #PERKESO
#kerjayamadani #MYFutureJobs #perkeso #sijilkemahiranmalaysia #tvet #tvetmalaysia #kerjayamalaysia #mysheqa #oshc #safetymalaysia #jkkp #kerjakosongmalaysia
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam S4P

Tuan/Puan,

Dengan kerjasama dan sokongan daripada Gabungan E-hailing Malaysia (GEM), PERKESO dibawah unit Informal Sektor akan menjalankan Sesi Profiling bagi melihat Kecenderungan Kerjaya Ekonomi Gig (Pekerjaan Sementara) dan Transisi ke Pekerjaan Formal dalam kalangan pemandu-pemandu (pekerja gig). Tujuan sesi profiling ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan membantu tuan/puan yang berminat untuk menceburi bidang Kerjaya Formal / Transisi ke Pekerjaan Formal sepenuh masa.

Tuan/puan yang berminat boleh scan dan isi pendaftaran penempatan Pekerjaan Sektor Informal di pautan berikut:-

https://forms.office.com/r/smpYbuUn9C

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 019-695 1772.

Terima kasih.

Watch slides:
https://vt.tiktok.com/ZSFLt1cwM/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Memperingati Peristiwa Agung
Israk dan Mikraj
8 Februari 2024 / 27 Rejab 1445H

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Isra : ayat 1)

#GEM #MEDO #MyGIGCOOP #uwa #ehailing #phailing #gig
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le!

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2024 kepada semua yang meraikannya.

Semoga Tahun Naga kali ini, memberikan Kekuatan, Keberanian, Kebahagiaan serta Kejayaan Besar buat anda semua.

#TahunBaharuCina2024
#GEM #MEDO #MyGIGCOOP