Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
718 subscribers
570 photos
97 videos
1 file
254 links
Merealisasikan sebuah komuniti yang bersatupadu dan bersepakat untuk memartabatkan dan membudayakan industri eHailing Malaysia
Download Telegram
Assalamualaikum. Salam sejahtera.

“PERKESO Itu Prihatin, Prihatin Itu PERKESO”

*CARUMAN SKSPS PERCUMA UNTUK PEMANDU EHAILING*

*Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bahagian SPS* dengan kerjasama *Gabungan eHailing Malaysia (GEM)* ingin menjemput warga komuniti pemandu eHailing untuk menghadiri sesi taklimat kesedaran kepentingan caruman insurans *Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Tarikh - 5 September, 2023
Hari - Selasa
Masa - 2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi - Dewan Kenanga, Tingkat 18, Wisma PERKESO Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Peserta program ini di khususkan kepada *pemandu eHailing yang masih belum mencarum* kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau yang *masih belum memperbaharui caruman* mereka adalah layak untuk menyertai program ini.

Sila daftar di link untuk pengesahan kehadiran:
https://surveyheart.com/form/6490ebc5cc0c8c4b486eb9f4

*Tertakluk kepada terma & syarat
#Tempat adalah terhad
Live stream scheduled for
Live stream scheduled for
Live stream scheduled for
Forwarded from PKEH (GEM PKEH)
*CARUMAN SKSPS PERCUMA UNTUK PEMANDU EHAILING*

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

“PERKESO Itu Prihatin, Prihatin Itu PERKESO”

*Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bahagian SPS* dengan kerjasama *Gabungan eHailing Malaysia (GEM)* ingin menjemput warga komuniti pemandu eHailing untuk menghadiri sesi taklimat kesedaran kepentingan caruman insurans *Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Tarikh - 5 September, 2023
Hari - Selasa
Masa - 2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi - Dewan Kenanga, Tingkat 18, Wisma PERKESO Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Peserta program ini di khususkan kepada *pemandu eHailing yang masih belum mencarum* kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau yang *masih belum memperbaharui caruman* mereka adalah layak untuk menyertai program ini.

Sila daftar di link untuk pengesahan kehadiran:
https://surveyheart.com/form/6490ebc5cc0c8c4b486eb9f4

*Tertakluk kepada terma & syarat
#Tempat adalah terhad
#SKSPS #PERKESO #GEM #gig #ehailing #PERCUMA
Forwarded from PKEH (Mr.Tears)
PROGRAM KEPENTINGAN INSURANS DAN KESELAMATAN ADALAH KEPENTINGAN SEMUA.

Tarikh : 5 September 2023
Hari : Selasa
Masa : 2.30 petang- 6.15 petang
Lokasi : Dewan Kenanga,Tingkat 18, Wisma PERKESO Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Anjuran: PERKESO dengan kerjasama Gabungan eHailing Malaysia (GEM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

GEM ingin mengucapkan terima kasih kepada PERKESO Bahagian SPS Tuan Haji Mohamad Haron dan team di atas inisiatif ini.

Terima kasih juga kepada pihak GARDENIA KL yang telah memberi sumbangan goodies bag sebanyak 120 set kepada peserta yang hadir.

GEM juga mengucapkan tahniah kepada peserta yang hadir kerana cakna akan kepentingan keselamatan diri dan perlindungan sosial.

GEM berharap, program sebegini dapat diteruskan melibatkan negeri-negeri lain supaya lebih ramai pemandu E hailing mencarum di dalam SKSPS.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0yZfifJiJ3BB5JMVbmZemTSuM2JQLrK7aWecEG95hpqGci9oHthULNw2voRBGUcC8l&id=100063545740670&mibextid=Nif5oz
*MESYUARAT LIBAT URUS GABUNGAN E HAILING MALAYSIA (GEM) BERSAMA AGENSI PENGANGKUTAN AWAM DARAT (APAD).*

Tempat : Bangunan Menara TIMA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Hari : Khamis
Tarikh : 07.09.2023
Masa : 11.00 pagi – 1.00 tengahari

Senarai kehadiran adalah seperti berikut :

*APAD*
1. Puan Nor Haslynda binti Wan Rahim
(Timbalan Ketua Pengarah Operasi)
2. Encik Zaid Bin Sabit@Mubin
(Pengarah Bahagian Pengangkutan Awam dan Perdagangan - BPAD)
3. Encik Mohd Tamizi Bin Shafiin
(Ketua Penolong Pengarah, Unit Teksi dan E-hailing)
4. Nur Eziani Binti Mangsor
(Penolong Pengarah kanan, Unit Teksi dan E-hailing)

*GEM Pusat*
1. Encik Jose Rizal - Ketua Aktivis
2. Encik Vishnoo – Setiausaha
3. Encik Fendi – Penolong Setiausaha
4. Encik Iskandar – Bendahari
5. Encik Firdaus - AJK

*GEM Wilayah Timur (Persatuan E-hailing Terengganu - PETE)*
1. Encik Azizi - Grab Maxim
2. Encik Khairil - Maxim Grab
3. Encik Fadli - Maxim Grab InDrive

*Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)*
1. Puan Gulab Jan – Aktivis

*Wakil Pemandu E-hailing Wanita Lembah Klang*
1. Puan Wan Fatimah - Grab
2. Puan Silvia - Grab

Gabungan E-hailing Malaysia (GEM) ingin mengucapkan terima kasih kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) kerana telah mengaturkan mesyuarat libat urus bersama bagi membincangkan isu dan permasalahan melibatkan komuniti dan industri E-hailing.

Mesyuarat hari ini telah dipengerusikan oleh Puan Nor Haslynda binti Wan Rahim, Ketua Pengarah Operasi APAD, bagi menggantikan Datuk Azlan Shah Bin Al Bakri, Ketua Pengarah APAD yang tidak dapat hadir kerana pertindihan masa dengan mesyuarat lain.

Seperti yang telah dipersetujui, perbincangan pada hari ini merujuk kepada agenda seperti di bawah:
a. Cadangan HARGA LANTAI perkhidmatan e-Hailing;
b. Cadangan solusi isu insurans perkhidmatan e-Hailing
c. Cadangan berkaitan perkongsian maklumat secara telus dan tuntas oleh APAD (transparency) eVP, PSV, LPP dan lain-lain;
d. Penerangan berkaitan fungsi atau capaian ISPKP
e. Lain-lain isu berkaitan jika ada.

GEM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada wakil GEM Wilayah Timur yang sanggup hadir dari Terengganu, untuk turut sama meluahkan isu dan masalah setempat yang membelenggu komuniti pemandu E-hailing di Terengganu.

Akhir kata, GEM ingin mengucapkan terima kasih di atas peluang yang telah diberikan dan berharap ada penyelesaian yang positif terhadap perkara yang telah dibincangkan melalui sesi libat urus seterusnya nanti.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0mGXZFbDHJXiv8LgFfv7nkFw2aw2W8BrvEtqh8z3ebTuAkmTBFpdo8LWEgVtH8GsYl&id=100063545740670&mibextid=nW3QTL
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sesungguhnya…

Apa yang anda alami sekarang tidak boleh mengalahkan anda melainkan anda membenarkannya. Mempunyai minda yang positif. Bangkit mengatasi cabaran hidup, mengetahui ia tidak akan bertahan. Belajar seberapa banyak yang anda boleh. Ingatlah, Yang Maha Kuasa telah menolongmu melalui banyak ujian. Dia akan terus berbuat demikian. Percayalah kepadaNya.

#InshaAllah #terusmelangkah #sabarituindah #Allahuakbar #SUBHANALLAH
Forwarded from PKEH (Mr.Tears)
*SOAL SELIDIK MALAYSIA MADANI 2023*

Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) Universiti Utara Malaysia (UUM) menjemput rakan-rakan pemandu E-hailing untuk terlibat dalam soal selidik MALAYSIA MADANI 2023.

Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi masyarakat di Malaysia terhadap *"MALAYSIA MADANI"*. Maklum balas rakan pemandu amat penting bagi memastikan ketepatan kajian ini.  Segala maklumat yang dikemukakan adalah *SULIT dan KERAHSIAANNYA DIJAMIN.*

Kepada rakan-rakan yang berminat melengkapkan soal selidik ini, pastikan pada *'Bahagian A: Maklumat Responden'*,
Nama Enumerator ialah *MOHD TAWFIQ HASSAN BASRI*

Mohon kerjasama rakan pemandu memberi maklum balas yang paling tepat dalam mewakili persepsi atau pandangan terhadap perkara yang diperhatikan.

Klik pautan di bawah untuk menyertai kaji selidik:
https://forms.gle/FdbPmCFNYR3GnxXi6

Sekian, terima kasih.