Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
723 subscribers
569 photos
97 videos
1 file
252 links
Merealisasikan sebuah komuniti yang bersatupadu dan bersepakat untuk memartabatkan dan membudayakan industri eHailing Malaysia
Download Telegram
10 Julai 2013, Isnin.

Kejadian Kemalangan melibatkan Pemandu Ehailing dan Penumpang pada 27.06.2023, Selasa Jam 1.30 pagi.

Zaidi bin Rasmin 43 tahun sudah terlantar  lebih 14 hari di Hospital Serdang akibat kemalangan semasa membawa penumpang di persimpangan Lebuhraya LDP ke Bandar Sierra 16 dan Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Pemandu mengalami kesakitan dibahagian peha kaki kanan dan berapa bahagian yg lain. Penumpang pula mengalami patah tangan.

Difahamkan beliau akan menjalani proses pembedahan lanjut pada 18 Julai 2023.

Sementara itu beliau bimbang kerana doktor menjangkakan beliau akan mengambil masa 6 bulan untuk pemulihan dan sepanjang tempoh itu beliau tidak dapat mencari rezeki seperti sebelum ini dan kos  kehidupan yang lain.

Alhamdulillah beliau yang berasal dari Bandar Putera 2, Jalan Kebun Klang mempunyai caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO iaitu Pelan 2 :  SPS GIG 3.0, dan sedikit sebanyak boleh meringankan bebanan beliau. Ini termasuk faedah cuti sakit bergaji sepanjang tempoh yang disahkan oleh doktor dan beberapa faedah lain.

Sehubungan itu, wakil dari PKEH iaitu En. Iskandar dan PPIM iaitu Puan Gulabjan telah hadir melawat dan menyantuni beliau di wad. Encik Iskandar turut membantu mempermudahkan segala urusan tuntutan kepada PERKESO bagi pihak En. Zaidi.

Kami di PKEH mendoakan semoga En Zaidi segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.
11 Julai 2023, Selasa

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid034MuLP5YRxoBkhbbvLSxVf5eBy9fHVLMz1nZ8XSegYPFrmanUgQpgJfBXqxPcGHKSl&id=100063840980043&mibextid=Nif5oz

Wakil PKEH iaitu Mr V dan Mr Tears bersama wakil dari E hailing FM En. Rizal Adam telah melawat En. Zaidi. Lawatan kali ini adalah untuk mengumpul bukti dan maklumat berkenaan kemalangan yang berlaku kepada beliau. Bukti-bukti ini akan dijadikan kajian kes supaya nasib beliau mendapat pembelaan yang sewajarnya
#husnudzon #istiqomah #jalanterus

Jauhi #stress dari memikirkan apa orang kata tentang kita. Ia bukanlah penghujung dunia. Yang Maha Kuasa akan memastikan kita boleh mengharungi badai dalam hidup, jika kita mampu menanggung kesabaran yang indah dan percaya kepada-Nya. #percayalah #sabarituindah

#SEGiM #GEM #kwsp #sksps #JR #LTL #jiwa

#MissionToEndModernSlavery

SIGN PETITION

SOKONG PENUBUHAN SURUHANJAYA EKONOMI GIG MALAYSIA (SEGiM)

https://chng.it/MWr6fR8wjx
https://fb.watch/lJ-W9anXVQ/?mibextid=Nif5oz

12 Julai 2023, Serdang

Sidang akhbar oleh Dato Sri Mohd Sharkar, Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja selepas melawat pemandu E Hailing, En. Zaidi Bin Rasmin yang terlibat dalam kemalangan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Hadir bersama anggota Komuniti GIG Malaysia, Sekretariat Kesatuan Sekerja serta wakil dari PERKESO, PPIM, PKEH dan media.

#SabarItuIndah
#VictoryThroughHarmony
Assalamualaikum. Salam perpaduan.
Salam “Malaysia MADANI”

Kepada: Seluruh penggiat-penggiat GIG Tanah Air

Dengan segala hormatnya, anda adalah di jemput ke:

FORUM NASIONAL : KERANGKA KERJAYA INDUSTRI GIG

Tarikh : 17 Julai 2023
Hari : Isnin
Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Anjuran : Komuniti GIG Malaysia bersama Kementerian Sumber Manusia
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Center (WTC), Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Link ke lokasi majlis:
https://g.co/kgs/zwMMuN

Klik link untuk mendaftar:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdefeAZtTtCph80ALQXuPbKkK21jBdK_jiXUwgQhF6vTUTUnA/viewform?usp=pp_url

Sekian, terima kasih.


B/P:
Majlis Komuniti Gig Malaysia
Sekretariat, Gabungan eHailing Malaysia (GEM) *PKEH
Mr. V
+60 19-995 1058
Mr. Tears
+60 13-605 2253
Khamis, 13 Julai 2023 - Petaling Jaya

Pertemuan di antara Pengerusi Komuniti GIG Malaysia YB Dato' Sri Mohd Sharkar bersama anggota Komuniti GIG (eHailing & pHailing) Sekretariat, Gabungan eHailing Malaysia, Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia & Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Isu perbincangan menjurus kepada persiapan dan perancangan terhadap majlis Forum Nasional pada 17 Julai 2023.

#SEGiM #GEM #JalanTerus #LTL
#EndOfModernDaySlavery