𝗪𝗘𝗕𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗪𝗔𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗛𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗨𝗞𝗥𝗜
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Sukacita dimaklumkan Islamic Institute of Independent Research on Democracy - IIIRD akan menganjurkan sebuah webinar seperti ketetapan berikut:
𝐖𝐞𝐛𝐢𝐧𝐚𝐫: 𝐖𝐚𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐇𝐚𝐬𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐮𝐤𝐫𝐢
𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡: 𝟏𝟒 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟎 - 𝐀𝐡𝐚𝐝
𝐌𝐚𝐬𝐚: 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐠
𝐎𝐧𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐏𝐥𝐚𝐭𝐟𝐨𝐫𝐦: 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧
𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧: 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚
𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧: 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦𝐢𝐜 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞 𝐨𝐟 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐭 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 𝐨𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐨𝐜𝐫𝐚𝐜𝐲
Untuk persoalan lanjut dan kepada yang berminat untuk membentangkan kajian tokoh-tokoh yang lain untuk sesi berikutnya, sila hubungi urusetia di talian :
📞 013-7707355
💻 islamicresearchdemocracy@gmail.com
Ikuti maklumat lanjut program ini dengan mengikuti IIIRD di:
Facebook: https://www.facebook.com/IslamicResearchDemocracy/
Telegram: https://t.me/islamicresearchdemocracy
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCPfA2uV3CXVb5gKtvKOaD7Q
Podcast: https://open.spotify.com/show/29oxZ9WmTAAz9xCx6OAigv?si=F665wRyTT5-joPuxGWrLxg

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
USTAZ HASSAN MENGASASKAN DEWAN PEMUDA PAS
Dulu-dulu Ustaz Hassan pernah bercerita, bahawa selepas tamat belajar di Sekolah Melayu Sabak Bernam dan Madrasah Irshadunnas pada akhir 1951, beliau bercita-cita untuk belajar di Singapura. Kerana di sana ada banyak madrasah yang moden dan terkenal seperti Madrasah al-Junied. Tetapi cita-citanya tidak kesampaian kerana beliau tidak dapat masuk ke Singapura selepas tiba di Johor. Lalu beliau hanya berguru dengan Ustaz Yusof Hakim (bekas Pesuruhjaya PAS Johor) di Benut beberapa ketika. Setelah itu, sekitar awal 1953, beliau ke Padang Rengas, Perak.
Ada hikmahnya beliau tidak ke Singapura, kerana gurunya di Padang Rengas, Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh adalah Ketua PAS Cawangan Perak ketika itu. Sebab itulah beliau dapat terlibat aktif dengan PAS sejak 1953, walaupun belum menjadi Ahli PAS secara rasmi. Beliau juga mula berjinak-jinak dengan kegiatan politik di Kelab Saadah Kuala Kangsar.
Pada 2002, ketika saya sedang menulis tesis sarjana di UKM, saya bertanya Ustaz tentang sejarah awal penubuhan Dewan Pemuda PAS. "Ana hadir dalam kongres yang tubuh Dewan Pemuda (PAS) di Bagan Datoh tu," kata Ustaz, menjelaskan peristiwa yang berlaku pada 25 Ogos 1953 itu.
"Ustaz jadi perwakilan ke?" saya cuba mendapatkan kepastian.
"Tak. Ana belum ahli PAS lagi masa ni. Ana hadir sebagai pemerhati je. Tok Guru yang suruh Ana datang, lagi pun tempat tak jauh dari rumah Ana di Sabak Bernam. Tok Guru pun datang mewakili PAS Kuala Kangsar, sebab Tok Guru ketuanya. Sehari selepas kongres pemuda tu, PAS pula berkongres," Ustaz menjelaskan.
"Ramai ke pemuda yang datang Ustaz?" saya terus bertanya.
"Yang mewakili cawangan-cawangan PAS tak ramai sangat, sebab masa ni cawangan baru ada sikit, belas-belas je. Tapi pemerhati yang hadir dalam dua-tiga ratus juga," kata Ustaz lagi.
"Siapa yang terpilih sebagai Ketua Pemuda?" saya mengorek lagi.
"Masa Kongres tu, nama Ustaz Othman dah terkenal. Dia ceramah berapi-api. Sebab dia dah terlibat dengan Masyumi di Indonesia. Dalam sayap Hizbullah tu, dia berpangkat kapten. Jadi, ucapan-ucapan dia yang menyeru kepada merdeka dan Islam tu lah, menyebabkan dia dipilih sebagai Ketua Pemuda," Ustaz menjawab pertanyaan saya.
"AJK lain yang dipilih, siapa?" bertalu-talu soalan saya untuk Ustaz.
"Masa kongres tu, dia orang buat keputusan untuk tidak lantik AJK, tapi diserah mandat kepada Ketua Pemuda untuk Iantik AJK-nya. Dua tiga hari lepas tu, Ustaz Othman umum AJK Pemuda. Antara yang ana ingat ialah Cikgu Ahmad Awang, guru besar sekolah Melayu di Kepala Batas yang jadi Naib Ketua. Ustaz Ishak Baharum, bekas Mufti Selangor. Masa ni dia belajar di (Madrasah) Masriyah, Tanah Liat. Dia anak angkat Haji Ahmad Fuad (Hassan, Yang Dipertua Agung PAS)," Ustaz cuba menyebut beberapa nama, walaupun tidak dapat ingat semua.
"Ada isu besar ke Ustaz, dalam Muktamar PAS masa ni," saya beralih kepada Kongres Tahunan PAS pula.
"Kongres Pemuda takde lah panas, kira nak tubuh Pemuda dan lantik AJK je. Tapi dalam Kongres PAS esoknya tu, ada dua isu besar. Dua-dua orang Hilir Perak yang timbulkan. Mula-mula tu, mereka bangkitkan kenapa PAS join dua-dua, National Conference Dato' Onn dan National Convention Tunku (Abdul Rahman). Akhirnya mereka putuskan untuk dibawa ke Kongres Khas.
"Lepas tu, masa bahas usul, Hilir Perak cadang supaya PAS sebut nak tubuh negara Islam dalam Perlembagaan. Tapi Haji Ahmad Fuad bijak. Dia kata kita tak tiru (Masyumi) Indonesia, (Jamaat Islam) Pakistan atau (Ikhwan) Mesir, kita Malaya. Sebenarnya masa ni, isu negara Islam sensitif, sebab tu Haji Ahmad Fuad tak bagi sebut. Takut kena haram macam Hizbul Muslimin. Akhirnya, usul ni ditolak. Bukan PAS tak mahu, tetapi strategi politik," Ustaz membuka rahsia kebijaksanaan ulamak dahulu yang menyebabkan PAS berusia panjang.
"Bila Ustaz jadi ahli PAS?" saya terus bertanya.
"Dalam PAS ni, akil baligh dah layak jadi ahli. Tapi Ana masuk PAS masa umur 17. Tahun 1956. Nombor ahli Ana 12,016. Sebelum tu dok sibuk dengan KPIP dan KPAK, Tok Guru pun tak suruh jadi ahli. Tapi masa Pilihan Raya 1955 tu, PAS berta

nding, tapi di belah Bagan Serai je. Sini takde. Ana ikut Tok Guru berkempen di sini. Tukang bawa speaker, naik basikal. Tok Guru yang ceramah kot kampung-kampung di Padang Rengas dan Kuala (Kangsar).
"Tapi tahun 1956 tu, Tok Guru nak bagi Ana pegang jawatan, dia suruh isi borang. Jawatan mula-mula Ana pegang dalam PAS ialah Penolong Setiausaha PAS Ranting Padang Rengas, dalam Cawangan Kuala Kangsar. Sekarang ni, Ranting PAS dipanggil cawangan, Cawangan PAS pula kita panggil kawasan. Lepas tu Tok Guru lantik Ana jadi AJK Cawangan Kuala pulak.
"Masa jadi guru di Yahyawiyah, lepas Pilihan Raya 1959, Ana ikut Tok Guru gi merata tempat untuk sebar pengaruh PAS. Kira Ana jadi pengiring Tok Guru ke mana-mana. Dalam tahun 1962, masa tu Ana jadi Setiausaha Agung Persatuan Guru-guru Madrasah Agama Rakyat (PGMR), dia orang lantik Ana jadi Ketua Pemuda PAS Perak.
"Masa ni lah jugak, Iraq lantik Pak Yusof Rawa jadi Konsulat Iraq di Pulau Pinang. Pak Yusof dapat 10 biasiswa untuk rakyat Tanah Melayu belajar di Baghdad. Tahun 1964 tu, Ana gi ke Baghdad dengan biasiswa ni lah. Jadi Ana pun berhentilah jadi Ketua Pemuda," Ustaz menjelaskan sebab-sebab beliau tidak lagi memimpin Dewan Pemuda PAS Perak.
Pada 1964, Ustaz berangkat ke Iraq untuk menyambung belajar. Di sana beliau mendalam ilmu syariah dan bahasa Arab selama empat tahun, sehingga 1968.
Begitulah al-kisahnya aktivisme Ustaz dalam PAS sebelum beliau ke Baghdad pada 1964.
Allahummaghfirlahu....

MEMOIR USTAZ HASSAN SHUKRI
Siri 5
GULAI BIAWAK UNTUK ULAMAK
Pada awal November 2009, telah meletus satu isu di negara ini apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (sekarang dilantik semula sebagai mufti) kerana berkuliah tanpa tauliah di Selangor. Susulan dari itu, seorang Pegawai JAKIM, Ustaz Zamihan Mohd Zain telah menuduh bekas mufti itu memalsukan sijilnya. Ia sebenarnya perbalahan panjang antara kedua-dua tokoh agama ini kerana perbezaan aliran pemikiran. Biasa orang Melayu menyebutnya Kaum Muda - Kaum Tua.
Ketika kami bersembang-sembang pasal 'gaduh' Asri-Zamihan ini, tiba-tiba Ustaz Hassan menyampuk, "Isu lama ni. Sejak dulu tak selesai-selesai. Banyak kerja kita tebangkalai sebab isu-isu macam ni. Musuh suka sangat kalau gaduh-gaduh pasal benda ni."
Kami tergamam. Tak faham apa yang Ustaz maksudkan. "Kenapa pulak lama Ustaz? Maza dengan Zamihan ni baru je gaduh. Apa yang lama?" saya meminta penjelasan lanjut dari Ustaz.
"Kamu orang muda, mana tahu," Ustaz mengembalikan paku buah keras.
"Stori la sikit Ustaz. Cerita pasal apa?" kami meminta Ustaz menjelaskan dengan lebih lanjut.
"Zaman Ana budak-budak dulu, di belah Penang dan Perak Utara, terkenallah dengan Haji Ibrahim Aqibi. Orang kuat Kaum Muda... Macam Asri tu lah. Kat Kuala (Kangsar) ada seorang pengikut dia, menantu Sheikh Tahir Jalaluddin, Haji Yahya Arif namanya. Dia ada toko buku kat Kuala tu.
"Dulu masa PAS baru tubuh, ulamak-ulamak tak kira yang Kaum Muda, Kaum Tua, ustaz madrasah, tok guru pondok semua sokong PAS sebab nak merdeka dengan Islam. Orang Kaum Muda ni laju (progresif). Jadi Haji Ibrahim Aqibi ni, dialah yang mula-mula buka cawangan PAS di Pulau Pinang. Tu cawangan PAS yang pertama. Lepas tu PAS tubuh Dewan Ulamak PAS, Haji Abdullah Fahim Mufti yang jadi ketua.
"Masuk bulan puasa tahun '52 tu, timbul perbalahan. Mula-mula geng Kaum Muda kata kita bulih start puasa dengan hisab, Mufti tu jawab lagi bagus rukyah (tengok anak bulan). Bila puasa dah mula, geng Kaum Muda kata, terawih ni lapan je, Mufti tu jawab, kena 20. Dah dekat nak raya, geng Kaum Muda kata fitrah kena bayar dengan beras, Mufti kata, dengan duit pun bulih. Itulah, asal-asal ulamak gaduh dalam PAS. Benda-benda khilafiyah," Ustaz dah mula bersyarah panjang. Kami tekun mendengar.
" Lepas tu apa jadi Ustaz?" saya memancing jawapan Ustaz.
"Merebaklah pada isu lain pulak. Isu solat Jumaat tak cukup 40 orang, isu talkin, isu tahlil arwah 40 hari, isu wanita masuk politik dan macam-macam lah... Ada 16 isu rasanya. Lepas tu, ramai pula ulamak yang terlibat. Sheikh Tahir (Jalaluddin), Hassan Bandung, Ustaz Abu Bakar al-'Asyari, Sheikh Fadhlullah Suhaimi, Haji Ahmad Fuad (Hassan). Ramailah.
"Sebab tu lah PAS buat Muzakarah Ulamak masa tu, nak selesaikan benda ni lah. Tapi tak berjaya, sebab Kaum Muda tak datang. Lepas tu, Kaum Muda pulak buat muzakarah di Sekolah Cina Chung Hwa, Kaum Tua pulak tak datang. Tak berkesudahanlah. Akhirnya ulamak-ulamak Kaum Muda tawaquf (tidak aktif) dah dengan PAS masa tu, kerana kata PAS dikuasai oleh Kaum Tua," Ustaz menjelaskan akibatnya.
"Sape yang untung?" tiba-tiba Ustaz bertanya pada kami.
"Musuhkan?" Ustaz sendiri yang memberi jawapan dalam bentuk pertanyaan, yang membuatkan otak kami berfikir.
"Sebab gaduh benda khilafiyah, gerakan Islam berpecah. Ulamak-ulamak bercakap benda remeh (maksudnya furu'), benda dasar... nak merdeka, negara Islam, laksana syariat, amar makruf nahi mungkar, halau penjajah... Habis entah ke mana," Ustaz macam marahkan kami pula. Sebenarnya Ustaz nak kami faham dan mengambil ibrah dari pengalaman itu. Bergaduh benda furu' tidak akan mendatangkan manfaat, bahkan menyebabkan umat Islam berpecah dan jihad terabai. Tajam betul pukulan Ustaz kali ini.
"Lepas tu, Haji Ibrahim Aqibi tu buat apa Ustaz?" saya terus mendesak Ustaz untuk bercerita lebih lanjut.
"Kaum Muda ni bergerak sendiri dalam pergerakan Muhammadiyah di Pulau Pinang. Di Perlis mereka kuasai kerajaan kerana Sheikh Ahmad jadi Menteri Besar.
"Masa tu kecoh juga di utara, sebab Sheikh

Abu Bakar al-'Asyari tulis buku Ibadat Rasulullah. Ulamak-ulamak tua banyak yang tolak buku ni. Sultan-sultan sama. Di Perak buku ni haram.
"Jadi berlakulah beberapa siri debat masa tu antara kedua-dua group ulamak ni. Pada suatu hari, berlaku debat di Perak. Dia orang jemput Haji Ibrahim Aqibi berdebat pasal fatwa Sheikh Abu Bakar al-'Asyari bahawa tidak haram makan biawak.
"Debat tu berlangsung dari pagi sampai petang. Jadi tengahari tu, berhenti rehat makan tengahari dulu. Masa makan tu, penganjur telah hidangkan 'gulai biawak' untuk Haji Ibrahim Aqibi, sebab dia sokong fatwa tak haram makan biawak.
"Sampai begitu sekali," komen Ustaz terhadap sikap berlebih-lebihan kedua-dua pihak dalam mempertahankan pendapat fekah mereka, walhal perkara khilafiyah.
"Haji Ibrahim makan ke baiwak tu, Ustaz?" saya melanjutkan pertanyaan.
"Tak. Dia kata, saya kata harus makan, sebab takde dalil yang mengharamkannya. Bukan saya kata saya nak makan," jelas Ustaz.
"Sekitar akhir 1950-an, ada satu debat lagi di Kelab Saadah, Ana hadir," Ustaz membuka cerita baru.
"Haji Ibrahim Aqibi lagi ke Ustaz? Isu apa?" saya cuba mendapatkan kepastian dari Ustaz.
"Ya. Isu khilafiyah ni jugak la. Yang Ana ingat, masa debat itu berlangsung, ulamak yang wakil Kaum Tua diserang oleh Haji Ibrahim Aqibi kerana bertaqlid dengan ulamak-ulamak. Tidak mengambil terus dari Nabi.
"Jadi Tuan Haji mengambil hadis terus dari Nabi atau dari ulamak? Tanya ulamak Kaum Tua itu pula.
" Haji Ibrahim Aqibi menjawab, dari ulamak hadislah. Mana sempat jumpa Nabi.
"Kalau macam tu, Tuan Haji pun bertaqlid dengan ulamak jugak. Sama macam kami.
"Terkedu Haji Ibrahim Aqibi. Tak dapat menjawab," Ustaz bercerita tentang debat itu.
"Dalam debat ni, masa tengah-tengah debat, tiba-tiba Haji Ibrahim Aqibi jatuh. Lepas tu terus meninggal dunia," Ustaz melanjutkan kisah kematian mengejut Haji Ibrahim Aqibi ketika sedang berdebat itu.
Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun...

Siri 6
MANA TAYAR KERETA PAK HAJI?
Ketika PAS bergembira dengan kejayaan menguasai semula Terengganu dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum pada 29 November 1999, tercetus pula satu peristiwa yang mengancam keselamatan negara. Tragedi Bukit Jenalik yang berlaku pada 2 Julai 2000 ternyata dijadikan senjata untuk mengaitkan PAS dengan keganasan. Al-Marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor mempersoalkan kesahihan peristiwa ini yang kelihatan seperti dirancang untuk memburukkan nama PAS. Ustaz Mokhtar Senik ditahan ISA pada 2000 juga kerana peristiwa ini lantaran hubungan peribadi beliau dengan Mohd Amin, Ketua Kumpulan al-Ma'unah. Pertanyaan Ustaz Fadzil ternyata menimbulkan kemarahan Dr Mahathir sehingga beliau diugut untuk diambil tindakan. "Takkan tanya pun tak boleh..." selamba jawapan Ustaz Fadzil terhadap ugutan Kerajaan BN ketika itu.
Di sebalik peristiwa ini, sebenarnya PAS sedang bersikap untuk mengadakan Sambutan Jubli Emas PAS di PUTIK, Kota Bharu pada 2001, sempena ulang tahun ke-50 PAS. Negeri-negeri, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan mengadakan sambutan lebih awal - sejak 2000 - dan berkemuncak di Kota Bharu pada 2-9 September 2001.
Ustaz Hassan menjadi orang yang paling sibuk ketika ini. Bukan kerana Ustaz menjadi anggota panitia sambutan, tetapi sebagai Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang merupakan "Arkib Bergerak PAS." Seluruh negara menjemput Ustaz 'bercerita' tentang sejarah perjuangan PAS.
Satu hari, Ustaz bercerita tentang sejarah PAS Selangor yang beliau pimpin. Katanya, "Tahun '51 dulu, program pertama PAS di Selangor dibuat di Sabak Bernam. Satu ceramah PAS di buat di Sungai Tawar, Sabak Bernam. Yang berceramah tu (Ustaz) Hassan Adli. Tu lah program pertama PAS di Selangor. Lepas tu, barulah PAS Cawangan Kuala Lumpur ditubuhkan dalam tahun '52."
"Ustaz hadir ke dalam ceramah di Sungai Tawar tu?" saya cuba mendapatkan kepastian.
"Tak. Program pertama yang Ana hadir ialah ceramah Ustaz Othman Abdullah. Dia bekas ustaz Ana. Ceramah ni dibuat di Parit 5, Sungai Besar. Ana terlibat sama untuk membuat persiapan ceramah ini, dan malamnya sama-sama mendengar ceramah Ustaz Othman yang berapi-api. Ana masa ni baru 14 tahun. Ustaz Othman ada ayah angkat kat Sabak Bernam ni. Masa tu dia mengajar di Chikus (di Hilir Perak), tapi selalu datang Sabak sebab ayah angkatnya ada di sini. Lepas ceramah ni, dia dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS," Ustaz mula bercerita detail tentang program PAS yang pertama beliau terlibat.
Dalam ceramah-ceramah Ustaz di Selangor sempena Sambutan Jubli Emas PAS itu, Ustaz selalu menyebut tentang ceramah PAS di Sabak Bernam pada awal 1950-an ini. Tapi, kisah yang tidak lekang dari mulut Ustaz ialah kesukaran yang dihadapi olehnya ketika mengembangkan PAS di Hulu Perak pada zaman darurat (1948-1960) dahulu. Secara kebetulan, pada tahun 2000 itu, Kerajaan BN telah menyekat semua ceramah PAS, kecuali di dalam premis sahaja. "Aku ceramah di kawasan 'black area' zaman British dulu dapat jugak permit, ni lebih teruk dari penjajah," rungut Ustaz di atas sekatan Kerajaan BN (pimpinan Tun Dr Mahathir) pada masa itu, membandingkannya dengan dasar British masa Darurat itu.
Satu petang dalam tahun 2000 itu, Ustaz mengajak saya ke Sayong, Kuala Kangsar. Kata Ustaz, "Mejar Yahya (abang kepada Sdr Sharbi Kamaruzzaman, pegawai Pejabat Agung PAS. Mejar Yahya sekarang bersama PAN) ajak Ana ceramah Jubli Emas di Sayong. Zain (Abang Mat Zain) takde. Enta teman Ana gi Kuala (Kangsar) petang ni ya. Dia ajak ceramah Sambutan Jubli Emas." Saya tak ada masalah, sebab masa tu masih bujang.
Dalam perjalanan itu, kami bersembang-sembang tentang Kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu. Tiba-tiba Ustaz membuka cerita, "Dulu Ana yang buka cawangan-cawangan PAS di belah Sayong ni, sebab tu mereka ajak Ana datang Jubli Emas ni."
"Tahun bila tu Ustaz?" saya bertanya kepada Ustaz yang sedang memandu.
"Sekitar '56,' 57, '58, '59. Masa tu Ana guru di (Madrasah) Yahyawiyah. Tok Guru (Haji Abdul Samad Noh) jadi YDP Cawangan Kuala

(Kangsar). Masa nak hadap pilihan raya pertama lepas merdeka tu, Tok Guru jadi Pengarah Pilihan Raya kawasan tu. Ana pula jadi Setiausaha Bilik Gerakan Pilihan Raya. Jadi, setiap harilah Ana dengan Tok Guru pergi ceramah PAS.
"Kami ditugaskan oleh PAS Perak untuk buka cawangan-cawangan PAS di tiga daerah. Masa tu cawangan kita panggil ranting. Tiga daerah yang kami ditugaskan tu ialah Hulu Perak, Sungai Siput dan Larut-Matang. Ni kawasan yang paling sulit sekali. Pertama, dalam hutan. Lepas tu, kawasan komunis pulak. Jadi British isytihar kawasan ni 'black area,' askar berkawal 24 jam. Ana dengan Tok Guru keluar masuk semua kampung di tiga daerah ni untuk buka cawangan PAS.
"Tidak mudah jugak. Sebab masa ni, Perikatan tuduh Presiden PAS, Dr Burhanuddin (al-Helmy) ni komunis. Dia orang tabur risalah nak kaitkan PAS dengan komunis. Kawasan ni pulak kawasan hitam, askar berjaga. Lepas tu, kita nak ceramah beritahu suruh sokong PAS. Memang payah sekali.
"Tapi, yang ceramah tu Tok Guru. Ana cuma tukang pikul speaker je. Bawa speaker ke tempat ceramah. Ceramah mudah je. Kita pacak tiang empat batang, lingkung dengan kain. Kira pentas la tu. Ana pasang speaker, Tok Guru ceramah. Gitulah setiap hari," Ustaz mengambarkan kesulitan-kesulitan dalam berdakwah zaman dulu untuk meluaskan pengaruh PAS.
"Kampung apa yang Ustaz pergi," saya bertanya lanjut.
"Semua kampung di tiga daerah tu, Hulu Perak, Sungai Siput dan Larut-Matang. Kadang-kadang kita ceramah di Kampung-kampung yang terpencil macam Lawin, Sauk, Manong, Pengkalan Hulu. Yang dekat-dekat pekan macam Kota Lama, Padang Rengas, Sayong. Pernah juga kita anjur ceramah di tengah-tengah Pekan Sari Gerik. Prof Zul (Zulkifli Mohamad) yang ceramah," Ustaz memberitahu nama-nama kampung yang telah diterobosinya dalam melebarkan pengaruh PAS. Sebenarnya banyak lagi nama-nama kampung yang Ustaz sebut, tapi saya tak boleh ingat semuanya.
"Situkan black area kan? Askar British tak marah ke?" saya terus mengorek pengalaman Ustaz.
"Kita kena ambik permit. Selalunya dapat. Tapi bukan boleh ceramah malam macam sekarang. Kerana ceramah siang, sebab malam semua duk dalam rumah. Darurat kan...
"Tapi ada satu kali. Kami ke Bukit Jenalik. Bukit Jenalik, Sauk... yang al-Ma'unah bersembunyi tu. Atas bukit tu penuh askar British berkawal, sebab situ kawasan komunis. Petang tu kami ceramah di Bukit Jenalik. Lambat balik, kena kejar dengan askar. Kami terpaksa lari, lepas tu bersembunyi di sebuah surau di Jenalik Hilir. Kami tidur di surau tu lah malam tu. Siang esok baru keluar," Ustaz mula bercerita kisah-kisah lucu dalam dakwahnya.
"Ada peristiwa-peristiwa pelik tak sepanjang berdakwah dengan Tok Guru?" saya cuba menggali lebih dalam pengalaman dakwah Ustaz.
"Banyak. Ada satu kali, kami naik kereta Tok Guru pergi ceramah untuk buka cawangan PAS di belah Hulu. Kereta Tok Guru plat dia nombor P 1213. Habis ceramah tu, masa nak bertolak balik, Ana tengok minyak (petrol) kereta dah sikit dan tak cukup untuk balik. Sepanjang perjalanan kami dari Hulu takde stesen pam minyak. Dah la hari dah nak malam. Di Kuala baru ada petrol pam.
"Ana bagi tau Tok Guru sebelum bertolak. Tok Guru kata, takpe. Tok Guru buka tempat isi minyak. Lepas tu, dia doa-doa sikit, dia hembus kat tempat isi minyak tu. Lepas tu Tok Guru kata, jom gerak. Jangan berhenti kat mana-mana selagi tak sampai, pesan Tok Guru. Kami pun bergerak tanpa henti sampai di Padang Rengas. Ntah macam mana, tiba-tiba cukup pula minyak kereta tu," cerita Ustaz dengan bangga tentang karamah Tok Gurunya itu.
"Kira keramat jugak Tok Guru ni kan?" saya pun turut kagum dengan pemberian Allah kepada seorang ulamak pejuang yang ikhlas itu.
"Ada lagi karamah Tok Guru," Ustaz mula menambahkan cerita sambil mengenang kisah-kisah aneh dalam dakwahnya.
"Pada satu hari tu, Ana ikut Tok Guru gi ceramah di Melaka. Masa on the way balik, kereta kami dikejar oleh jip polis. Tak tau kenapa. Tiba-tiba polis tu mengarahkan kami berhenti. Yang terpikir, mesti kami ada buat salah masa memandu. Atau pun sebab kami ceramah PAS. Tiba-tiba polis menghampiri Tok Guru

di pintu kereta.
"Haji datang dari mana?" polis itu bertanya.
"Melaka," jawab Tok Guru. "Ada ceramah PAS," Tok Guru berterus-terang. "Kenapa Cik," Tok Guru bertanya sebab.
"Mana tayar kereta Tuan Haji," polis itu bertanya.
"Hah!" kami terkejut. Apahal dengan tayar kereta kami. Lalu kami keluar dari kereta untuk melihat keadaan sebenar yang berlaku.
Rupa-rupanya, tayar kereta kami tinggal tiga sahaja. Mana satu lagi?
"Dari tadi lagi Tuan Haji berjalan dengan tayar tiga ni. Tak tau ia tercabut kat mana," beritahu polis yang mengikuti kami dari belakang jauh sebelum kami berhenti.
"Selepas kami memasang tayar spare, kami pun bertolak pulang," cerita Ustaz tentang kejadian aneh itu.
"Ustaz rasa Tok Guru ada keramat macam wali-wali tak?" saya bertanya pandangan Ustaz.
"Tok Guru ni ulamak yang ikhlas. Berjuang untuk agama Allah. Rajin buat ibadat. Habis usianya untuk Islam. Di madrasah, dalam jemaah, dia juga ahli Majlis Fatwa Perak. Banyak jasa dia. Bila kita kuat hubungan dengan Allah, ikhlas kerana Allah, rajin pulak berjihad, tidak pelik kalau diberi karamah oleh Allah.
"Pengalaman Ana berjuang dengan Tok Guru ni, tengok macam-macam keramat dia. Ana tak fikir PAS yang didukung oleh Tok Guru ni sesat. Sebab perjuangan yang sesat, Allah tak bantu. Sebab tu Ana yakin betul dengan perjuangan PAS ni, selagi kita pegang al-Quran dan Sunnah, Allah pasti akan tolong kita," Ustaz menzahirkan keyakinan bulatnya terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
Saya pun betul-betul yakin untuk mendukung perjuangan PAS setelah mendengar kisah karamah Tok Guru ini. Mudah-mudahan Allah memberikan istiqamah kepadaku...
Semoga Allah mengampunkan dosa kedua-dua guruku ini dan diterima seluruh amalnya dalam membangunkan perjuangan Islam.

Siri 7
USTAZ ABU BAKAR AL-BAQIR MERAJUK
Dalam bulan April 1999, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Allahyarhamah Ustazah Naqibah No'ma Abu Bakar telah dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Perak. Beliau adalah aktivis Dewan Muslimat PAS Melaka sejak 1982, sebelum berhijrah ke Sabah pada 1987. Selepas setahun menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Tawau, beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah pada 1988. Pada 1992, beliau balik ke Perak dan mula memimpin Dewan Muslimat PAS Ipoh Timur pada 1993 dan akhirnya diangkat sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Perak pada 1999. Beliau meninggal dunia pada 26 Januari 2011.
"Ustazah Naqibah yang baru jadi Ketua Muslimat PAS Perak tu anak Arwah Ustaz Abu Bakar al-Baqir," beritahu Ustaz Hassan kepada saya, ketika kami berborak-borak di bilik Jabatan Pendaftar Pertubuhan, di Pejabat Agung PAS, Taman Melewar. Sdr Zubir Abd Hamid dan Taufik Ramli ada bersama, tetapi mereka tekun membelek fail-fail rekod cawangan dan kawasan. Di bilik inilah Ustaz selalu melayan macam-macam kerenah kami, terutama saya yang suka bertanya cerita-cerita lama.
"Ustaz Abu Bakar al-Baqir Gunung Semanggol ke Ustaz? Pengasas Hizbul Muslimin tu?" saya cuba mendapatkan kepastian dari Ustaz.
"Ya lah. Ustaz Abu Bakar tu ipar Ustaz Mustafa Abdul Rahman, (penulis buku) Hadis 40 tu. Isteri Ustaz Abu Bakar tu Kak Fatimah, adik-beradik Ustaz Mustafa. Ayah depa, Tok Guru Haji Abdul Rahman Mahmud yang buka Pondok Rahmaniyah di Gunung Semanggol, sebelum Ustaz Abu Bakar buat Maahad al-Ihya (as-Syariff). Kitab Tafsir al-Quran al-Hakim yang orang duk pakai di pondok-pondok belah utara tu, kitab dia lah," panjang pula Ustaz menyebut tentang silsilah keluarga mereka. Ustaz Abdul Rahman memang terkenal dengan kitab Hadis 40-nya kerana masjid-masjid dan surau masih mengajar kitab ini. Dalam silibus tarbiyah PAS pun, kitab ini turut menjadi teks.
"Ustaz sempat ke jumpa dengan Ustaz Abu Bakar al-Baqir ni," saya mula berperanan untuk 'memaksa' Ustaz membuka memori lamanya.
"Kenal sangatlah. Sebab masa Ana di (Madrasah) Yahyawiyah dulu, Ustaz Abu Bakar dah bebas. Dia di Gunung Semanggol, tak jauh sangat," Ustaz mula membuka kisahnya.
Ustaz Abu Bakar al-Baqir sebenar berketurunan Jawa, keluarganya berasal dari Kendal, Jawa. Beliau adalah murid kesayangan Sheikh Abdullah Fahim di Madrasah Daerat al-Maarif al-Wathaniyah, Kepala Batas dan juga di Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar. Pada 1934, beliau membuka Maahad al-Ihya as-Syariff di Gunung Semanggol. Pada 1947, ulamak Malaya yang bersidang di maahad ini telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA), kemudian pada 1948, dalam Persidangan MATA, Hizbul Muslimin ditubuhkan. Ustaz Abu Bakar adalah pemimpin utama kedua-dua badan ini. Pada 29 Julai 1948, beliau ditahan di bawah Ordinan Darurat selama empat tahun kerana kegiatan politiknya. Pada Oktober 1952, beliau dibebaskan.
"Masa dia baru bebas tu," Ustaz menyambung ceritanya. "Pimpinan PAS ajak dia masuk. Dan dia jadi ahli. Sebab tu masa Kongres PAS di Madrasah at-Tahzib (ad-Diiniah, Parit Buntar, pada 12-14 Ogos 1954), Ahli Jawatankuasa Agung PAS sendiri yang cadang nama beliau untuk jadi AJK. Masa ni (Dato' Mohd) Asri (Haji Muda) guru di (Maahad) al-Ihya. Tapi beliau tak nak. Boleh jadi sebab baru keluar tahanan politik British dan dia nak tumpu pada maahad kot," Ustaz membuka cerita yang banyak orang tak tau. Ramai orang kata, Ustaz Abu Bakar al-Baqir tidak terlibat dengan PAS.
"Kenapa masa Pilihan Raya 1955 tu Ustaz Abu Bakar tak jadi calon PAS. Siap jadi calon Perikan Melayu Perak (PMP) lagi," saya terus bertanya kepada Ustaz. Saya sendiri tertanya-tanya kenapa Ustaz Abu Bakar al-Baqir tidak menjadi calon PAS, sebaliknya menjadi calon PMP di kawasan Larut-Matang.
"Masa tu beberapa parti termasuk PAS dan Umno tawarkan Ustaz Abu Bakar jadi calon. Dia tak nak juga. Rasanya, masa ni dia nak pulihkan maahad. Jadi kurang sikit politiking. Dengan Sultan Perak pun OK, dengan Pejabat Agama pun OK. Ntah macam mana, tiba-tiba Datuk (Panglima) Bukit Gantang (Abdul Wahab) berjaya pujuk dia ber

tanding. Masa ni Datuk Bukit Gantang dah keluar Umno. Perikatan Melayu tu parti dialah.
"Ana dengar orang cerita, antara sebab Ustaz Abu Bakar tak nak terlibat ni kerana anak-anak murid dia masa lepas Perang (Dunia Kedua) tu berlawan sama sendiri. Haji Sulaiman Palestin , Haji Ahmad Maliki... ni orang kuat Umno, yang lain macam Baharuddin Latif, Asri, Mustafa Abdul Rahman, termasuk Haji Ahmad Fuad tu PAS. Kebetulan pulak Haji Sulaiman Palestin jadi calon Umno di Kerian, lawan Tok Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.
"Pengaruh Ustaz Abu Bakar tu banyak di sini (Kerian). Sebab ni kampung dia. Maahad pun sini. Gunung Semanggol tu dalam kawasan Kerian masa ni. Sebab dia tak mahu berlawan dengan anak-anak murid dia, dia terima tawaran Datuk Bukit Gantang untuk jadi calon, tapi bukan di Kerian. Dia pilih di Larut-Matang. Ni kawasan Cina. Di kawasan ni lah Ana bertugas untuk buka cawangan-cawangan lepas Pilihan Raya ini," Ustaz mula bercerita panjang.
" PAS tak buat kerja sama ke dengan Ustaz Abu Bakar?" saya terus bertanya.
"Haaa... Ni lah antara benda orang sekarang tak tau. Dalam pilihan raya ini, ada pakatan politik berlaku selepas penamaan calon. Mula-mula, pasal simbol 'Tangan Terbuka' yang PAS guna. Masa ni ada penceramah Umno kata tu simbol 'kerat tangan' (hudud), lepas tu Umno kata, lima jari terbuka tu ertinya lima parti yang tak sebulu dengan Umno bergabung dengan PAS lawan Perikatan," Ustaz terus bercerita.
"Menarik ni... parti apa yang lima tu," saya mula panasaran nak tahu lebih lanjut.
"Kalau tak silap... Parti-parti Melayu masa tu yang selain Umno. Perikatan Melayu Datuk Bukit Gantang, Parti Kebangsaan Perak, Parti Negara Dato' Onn, Parti Melayu Semenanjung (PMS) dan Kongres Pemuda Melayu. Lima parti ni didakwa oleh Umno, bergabung dengan PAS.
"Ada sungguh ke pakatan ni Ustaz?" saya terus mendesak.
"Takde pun. Tapi..." Ustaz mula membuka 'rahsia' baru. "Masa ni, ada ulamak Umno, Haji Abdullah Abbas Nasution di Kedah. Di bertanding calon Bebas. Jadi, dia kata Umno ni tidak peduli ulamak dan berjuang untuk dunia je. Lepas tu, dia buat pakatan politik calon-calon ulamak," Ustaz menyebut perlahan-lahan.
"Ulamak mana yang terlibat? PAS sekali ke Ustaz," saya dah hilang sabar nak tahu.
"Semua ustaz yang jadi calon PAS terlibat termasuk Ustaz Zabidi (Ali), Prof Zul (Zulkifli Mohamad), Ustaz Othman (Abdullah), Tok Guru Haji Ahmad (Tuan Hussin) dan beberapa orang lagi. Ustaz Abu Bakar al-Baqir pun join sekali. Calon Bebas ada dua, Haji Abdullah Abbas dengan Ustaz Che Mat Kassim. Pakatan mereka ni dipanggil Seruan Bersekutu Ulamak," Ustaz terus membuka sejarah yang tak disebut dalam buku sejarah di sekolah.
Saya mula fokus kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir semula. Saya dan semua orang tahu, semua calon yang Ustaz sebut itu telah tewas dalam Pilihan Raya 1955 kecuali Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin. "Lepas pilihan raya ni, Ustaz Abu Bakar aktif ke dengan Perikatan Melayu atau PAS?" saya kembali mengorek kisah-kisah pengasas Hizbul Muslimin ini.
"Ustaz Abu Bakar tu menghabiskan masa di maahad dia je. Maklumlah terjejas teruk selepas empat tahun dia ditahan. Jadi, selain maahad tu, Ustaz Bakar tubuhkan Persatuan Pemilik-pemilik Madrasah Agama Perak. Dia yang jadi Yang Dipertua.
"Masa ni, lepas pilihan raya, Tok Guru (Haji Abdul Samad Nuh) dengan (Ustaz) Hassan Adli tubuh Persatuan Guru-guru Madrasah Agama Rakyat (PGMR) Perak. Tok Guru jadi Yang Dipertua, Hassan Adli jadi Setiausaha Agung. Nama PGMR Perak jadi terkenal bila Hassan Adli bagi memorandum kepada Tok Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, minta bawa isu sekolah agama rakyat ke Parlimen (ketika ini dipanggil Majlis Undangan Persekutuan). Bila isu ini diangkat, kerajaan telah beri perhatian, sebuah jawatankuasa penyiasat ditubuh, macam suruhanjaya diraja hari ini, untuk kaji pasal sekolah agama rakyat. Hasilnya, kerajaan bagi geran perkapita. Sinilah mulanya geran perkapita sekolah agama tu," jauh pula Ustaz berpusing.
"Masa Pilihan Raya 1959, Hassan Adli bertanding di Terengganu. Menang. Jadi dia letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PGMR Perak. Tok Guru pula, bila

jawatan ni kosong, dia lantik Ana jadi Setiausaha Agung PGMR Perak. Ana pegang jawatan ni antara 1960 sampai gi Baghdad pada 1964.
"Sebenarnya masa ni, Tok Guru adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat. Lepas tu dilantik pula sebagai Pesuruhjaya PAS Perak, ganti Hassan Adli.
"Masa ni lah timbul krisis dengan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Bukan sebab PAS, tetapi sebab sekolah agama. Tok Guru tu YDP PGMR Perak, Ustaz Abu Bakar tu YDP Persatuan Pemilik Madrasah Agama. Kira-kira Ustaz Abu Bakar macam Ketua Persatuan Majikan, Tok Guru pula Ketua Kesatuan Sekerja. Dalam hal ni lah mereka berselisih... Urusan guru-guru dan pentadbiran sekolah-sekolah. Takde kena-mengena dengan PAS.
"Tiba-tiba Ustaz Abu Bakar macam tak suka dengan PAS. Sebabnya... kerana Ketua PAS Perak tu adalah YDP PGMR Perak. Sebab dia tak suka PGMR Perak, PAS pun dia tak suka juga. Merajuklah orang tua tu. Sampai mati (pada 1974), dua tak aktif lagi dengan politik," Ustaz melahirkan rasa kesalnya kerana PAS menjadi mangsa dalam isu yang tidak berkaitan dengannya.
"Walaupun begitu, anak-cucu Ustaz Abu Bakar aktif dengan PAS. Selain (Ustazah) Naqibah, (Ustaz) Jilbaz Mukhlis, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Perak tu cucu dia," kata Ustaz, menyebut anak-cucu beliau yang aktif bersama PAS ketika itu.
Semoga semua pejuang, termasuk Ustaz Hassan diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah.

Siri 8
DIINTERVIEW OLEH PROF ZUL
Pada awal tahun 2007, umat Islam dikejutkan oleh tindakan Amerika Syarikat membunuh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein di tali gantung. Pembunuhan ini berlaku pada 30 Disember 2006, setelah beliau digulingkan pada 2003 akibat kalah dalam Perang Teluk. Dalam seminggu itu, seluruh dunia bercakap tentang tokoh parti sosialis, Ba'ath Party yang digantung oleh musuhnya itu, termasuk kami di Markaz Tarbiyah PAS Pusat. Kawan-kawan saya yang agak mengambil berat isu-isu antarabangsa ialah Haji Faiz Nawi, Arwah Kuis dan Hishamuddin Mohamad. Kami selalu berborak tentang macam-macam isu gerakan Islam dan politik antarabangsa. Kadang-kadang E aka Ibnu Mustafa dan roommate saya, Yusapiza Yaacob aka Pija Karatelipan tumpang sekaki.
Petang itu, ketika kami sedang berborak tentang Saddam Hussein dan ideologi sosialis yang didukungnya, tiba-tiba Ustaz Hassan memberi tahu kami maklumat lain. "Bukan semua Presiden Iraq tu sosialis," kata Ustaz yang mengalih seluruh perhatian kami.
"Bukan ke Parti Sosialis yang guling Raja Iraq dulu Ustaz? Kan Abdul Karim Kassim yang pimpin revolusi tu orang sosialis... Lepas Parti Sosialis Arab, Parti Ba' ath yang amik alih kan?" saya cuba berhujah dengan Ustaz tentang penguasaan golongan sosialis di Iraq sejak Revolusi 1958.
"Memanglah mereka tu dari Parti Sosialis (Arab), tetapi ada je yang berfikrah Ikhwanul Muslimin. Mereka orang Ikhwan yang bergerak guna wasilah sosialis... Macam Dr Burhanuddin (al-Helmy) zaman dulu. Parti Islam belum ada di Iraq masa tu, sebab Raja Iraq tu alat British. Lepas Raja Iraq, King Faisal II kena guling tahun '58, Abdul Karim Kassim jadi Perdana Menteri. Tapi dalam tahun 1963, Parti Ba' ath telah memberontak, Abdul Karim Kassim kena guling, lepas tu ditembak oleh puak-puak komunis Ba'ath," detail huraian Ustaz. Rupakan Ustaz pakar juga sejarah Iraq. Maklumlah, Ustaz duduk di Iraq ketika kriris ini berlaku.
"Menarik juga politik Iraq ni, tapi siapa Presiden Iraq yang Ikhwan tu Ustaz?" saya terus mendesak Ustaz.
"Presiden Abdul Salam (bin Muhammad Arif al-Jumaily). Dia ni licik juga. Masa tahun 1948, Perang Arab-Israel tu, dia sebagai pegawai tentera join askar British, sebab Raja Iraq tu alat British. Lepas tu, dia dengan Abdul Karim Kassim guling Raja Faisal Iraq tahun '58. Lepas tu, dia bekerja sama dengan Gamal Nasser, Presiden Mesir menubuhkan Majlis Presiden Iraq-Mesir tahun' 64. Dia pun rapat dengan geng sosialis Syria.
"Tapi dia adalah orang Ikhwan. Semua orang Ikhwan di Mesir, Syam dan Iraq tau dia Ikhwan. Tapi dia senyap-senyap saja. Sampai masa Ba'ath rampas kuasa, Ba'ath percaya kat dia untuk ganti Najib Ruba'i sebagai Presiden Iraq. Adik dia, Abdul Rahman Arif jadi jeneral tentera Iraq," Ustaz terus bercerita tentang politik Iraq zaman dahulu.
"Patutlah Ustaz dapat biasiswa Iraq, dia orang Ikhwan rupanya," saya tiba-tiba mengalihkan isu. Saya tahu, Ustaz ke Baghdad pada 1964 dengan biasiswa Kerajaan Iraq.
"Tu kerja Pak Yusof Rawa," ringkas jawapan Ustaz.
"Macam mana tu Ustaz?" saya tak jemu bertanya.
"Dalam tahun '63 tu, Pak Yusof Rawa pergi ke Mesir, jumpa kawan-kawan Ikhwan di sana. Masa ni PAS dah lama rapat dengan Ikhwan. Masa tahun '58, Ustaz Abu Bakar Hamzah bergaduh dengan (Ustaz) Hassan Adli sampai dia dilantik jadi Ketua Pemuda PAS. Hassan Adli tidak puas hati, dia merancang nak buat kecoh masa Muktamar PAS tahun' 58 tu di Kuala Lumpur, sebab Abu Bakar Hamzah jadi Ketua Pemuda secara kudeta. Pimpinan PAS nasihatkan Hassan Adli supaya bertenang. Sebab Hassan Adli tak buat kecoh, satu usul dibuat dalam muktamar tu, untuk beri gelaran 'Panglima Jihad PAS' kepada Hassan Adli. Dia seorang je ada gelaran ni dalam PAS. Abu Bakar Hamzah buat gitu sebab dia nak gi ke Sidang Afro-Asia di Cairo awal tahun '59 tu. Tu Sidang Pemuda Afro-Asia, jadi Ketua Pemuda PAS wakil Pemuda Malaya," panjang pula Ustaz memberikan latar belakangnya.
"Masa di Mesir tu, Ustaz Abu Bakar Hamzah telah bertemu dengan para pemimpin Ikhwan. Dia dah lama ikut Ikhwan dengan Sheikh Taqiyuddin Qandil dan (Tan Sri Syed) Ja

afar Albar masa di Perlis. Jadi, inilah hubungan rasmi pertama Ikhwan dengan gerakan Islam dari Malaya. Banyak kitab tarbiyah Ikhwan dibawa balik oleh Ustaz Abu Bakar Hamzah, lepas tu dia terjemah. Buku 'Arahan dan Peraturan' yang Pak Yazid (Jaafar) terbit tu, asalnya Usul 20 Hassan al-Banna yang Ustaz Abu Bakar Hamzah terjemah. Masa zaman Amaluddin Darus jadi Ketua Pemuda (1962-1965), buku ni jadi teks tarbiyah rasmi Pemuda PAS. Budak-budak universiti pun guna buku ni, termasuk PKPIM, sebab ikut arahan Pemuda PAS," kali ini Ustaz betul-betul bercerita panjang tentang permulaan pengaruh Ikhwan dalam PAS.
"Pak Yusof Rawa tadi macam mana Ustaz?" saya cuba bawa Ustaz balik kepada cerita asal.
"Pak Yusof Rawa sendiri pun ikut tarbiyah Ikhwan masa tahun 40-an. Masa tu dia belajar dan kerja di Mekah. Surat-surat khabar Ikhwan dia dah baca. Sebab tu dia terbitkan (tabloid) al-Islah awal tahun '70-an dulu. Yang betul-betul mengaji dengan Hassan al-Banna ni ialah Prof Zul (Zulkifli Mohamad) dan Ustaz Hassan Salleh, menantu (Datuk) Ishak Lutfi (Omar) (Ustaz Hassan Salleh pernah menjadi AJK PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan)," Ustaz masih memberikan wejangan tentang kisah PAS dan Ikhwan yang awal.
"Sebab hubungan lama inilah," Ustaz baru masuk kisah sebenar. "Pak Yusof Rawa pergi ke Mesir sekitar awal '63 tu. Di Mesir, dia diminta oleh kawan-kawan Ikhwan supaya pergi ke Iraq untuk berjumpa dengan Presiden Abdul Salam. Dia terus ke sana. Semasa di Iraq, Presiden Abdul Salam menawarkan beliau untuk menjadi Konsulat Kerajaan Iraq di Pulau Pinang. Sebab tu lah Pak Yusof Rawa berperanan sebagai wakil Kerajaan Iraq di Pulau Pinang. Kelebihan Pak Yusof Rawa ialah dia fasih bercakap bahasa Arab dan Inggeris.
"Lepas tu, atas kedudukannya sebagai Konsulat, Pak Yusof Rawa telah mendapatkan biasiswa untuk anak-anak Malaysia belajar di Iraq. Presiden Iraq bersetuju untuk beri 10 biasiswa kepada Pak Yusof Rawa untuk belajar di Universiti Baghdad.
"Pak Yusof Rawa bagi kesemua biasiswa ini kepada PAS. Jadi pemuda-pemuda PAS yang berpotensi dipilih. Mereka bukan hanya di hantar belajar, tetapi juga untuk dikaderkan oleh Ikhwan di Iraq bagi melahirkan pemimpin pelapis PAS.
"Ramai yang memohon. Kemudian dipanggil untuk temuduga. Ramai juga pimpinan PAS yang calonkan anak-anak mereka. Saya dicalonkan juga, dengan rekemen Tok Guru (Haji Abdul Samad Nuh). Pada akhir '63 tu, kami ditemuduga. Penemuduga ialah Prof Zul sendiri. Kami diuji tentang kebolehan bahasa Arab, pengetahuan agama walaupun dah ada 4 Senawi. Yang penting, komitmen untuk membantu PAS.
"Selepas interview ini selesai, pada awal '64, 10 orang pemuda termasuk Ana telah terpilih untuk ke Baghdad dengan biasiswa Kerajaan Iraq," cerita Ustaz tentang kisahnya terpilih untuk belajar di bumi Hammurabi itu.
"Sape yang 10 orang tu Ustaz?" saya terus mengorek maklumat dari Ustaz.
"Selain Ana, sembilan orang lagi tu...
1. Ustaz Mat Iraq (Dato' Mohamad Daud al-Iraqi), bekas Ecxo Kelantan tu. (Pernah menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat).
2. Ustaz Hashim (Jasin). Dia adik Ustaz Ibrahim Yasin. Masa ni dia Ketua Pemuda PAS Perlis. Lepas tu jadi Pesuruhjaya PAS Perlis. (Sekarang Mursyidul Am PAS).
3. Ustaz Isomuddin Ahmad. Dia anak Tok Guru Haji Ahmad Keplu, abang kepada Sheikh Badaruddin Mufti Kedah. Lepas balik dari Iraq, dia bertanding Pilihan Raya 1969, dan jadi ADUN.
4. Sheikh Azmi. Dia anak Haji Ahmad Long, Pesuruhjaya PAS Perlis. Dia pernah jadi qadhi besar dan Mufti Pulau Pinang. Sebab dia kuat ABIM, masa Reformasi dia dilantik sebagai Naib Presiden PKN (Sekarang PKR).
5. Ustaz Dahlan Mohd Zain. Dia dulu kuat ABIM. Masa Anwar Ibrahim masuk Umno, di tubuh ABIM Perlis. Masa di Amerika, pengikut dia orang panggil KUSDA, Kumpulan Ustaz Dahlan. Sekarang ni jadi Haluan.
6. Ustaz Hasbullah Kasban, orang Selangor, balik dari Iraq dia tak aktif dengan PAS, tapi jadi pensyarah UM.
7. Ustaz Abdul Rahim Mohd Zain, anak saudara Pak Nik Lah (Ustaz Nik Abdullah Arshad), sepupu Nik Amar (Datuk Nik Amar, Naib Presiden PAS). Dia pun jadi pensyarah juga. Dia adik-beradik dengan Ust

az Yi (Asri Mohd Zain) Setiausaha Kerja Dewan Ulamak PAS Kelantan.
8. Ustaz Abdul Ghani Kasa, guru agama di Kedah.
9. Ustaz Abdul Halim Yahya.
"Selain itu, Ustaz Jalaluddin, bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka tu pun belajar bersama kami di Iraq. Tapi dia tidak dapat biasiswa, ayah dia Muallim Abdul Wahid Sungai Udang yang hantar.
"Boleh kata, semua yang dipilih oleh Prof Zul ni ada nama dalam PAS atau gerakan dakwah. Yang tak terkenal hanya Ustaz Ghani Kasa dan Ustaz Halim Yahya je," Ustaz menyebut nama kawan-kawannya di Baghdad.
Untuk makluman semua, dari 10 orang sahabat Ustaz di Iraq itu, Tuan Guru Haji Hashim Jasin, Ustaz Abdul Rahim Mohd Zain dan Ustaz Abdul Ghani Kasa yang masih ada. Yang lain telah kembali kepada Sang Pencipta.
Allahummaghfirlahum...

Siri 9
BERKAWAN DENGAN GUS DUR
Selepas Pilihan Raya Umum 1999, Dewan Pemuda PAS Pusat merancang untuk menyusun sebuah pergerakan pemuda Islam Asia Tenggara yang kami sebut sebagai AMSEC atau Sekretariat Pemuda Islam ASEAN. Saya, Arwah Kuis dan Haji Mohd Faiz Mohd Nawi menghubungi kawan-kawan yang terlibat dengan gerakan Islam di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina dan Kemboja. Saya dan Haji Faiz Nawi mengunjungi Singapura lebih dulu, selepas itu perhubungan dengan Thailand dan Kemboja diatur. Yang paling sulit ialah Brunei kerana hampir tiada pergerakan Islam di negara monarki itu. Yang sukar juga ialah Indonesia. Bukan kerana tiada, tetapi kerana terlalu banyak. Dalam bulan Oktober 1999, selepas Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) mengangkat KH Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur menjadi Presiden Republik Indonesia menggantikan BJ Habibie, kami merancang ke Indonesia.
"Kami nak gi Indonesia, Ustaz. Nak jumpa pemuda parti-parti Islam di sana. Nanti boleh jumpa Presiden Gus Dur sekali," saya memaklumkan rencana kami itu kepada Ustaz Hassan.
"Presiden Indonesia tu kawan Ana," beritahu Ustaz secara ringkas sahaja.
Selepas itu, kami berlepas ke Jakarta, diketuai oleh YB Haji Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS ketika itu. Turut serta ialah Arwah Mazlan Ibrahim, YB Ustaz Satiful (Exco Kerajaan Terengganu sekarang), Faris yang kami panggil E aka Ibnu Mustafa, Arwah Kuis, Haji Faiz, Ustaz Misbah dan beberapa yang lain dalam 15 orang. Kami mengunjungi Pak Hussein di Dewan Dakwah, Dr Yusril di kantor Menteri HAM, Pak AM Fatwa Speaker DPR, Pak AM Saifuddin Menteri Pangan, Pak Adi Sasono dari ICMI dan juga seorang jeneral pemimpin keluarga besar (alumni) HMI di Restoran Natrabu, selain mengunjungi kantor sebuah akhbar terkemuka ketika itu. Kemudian kami ke Bogor, bertemu dengan pimpinan HMI di sana, dan malamnya kami mendengar taujihad dari seorang ulamak tua, ahli Majlis Syura Partai Bulan Bintang.
Saya lupa seluruh isi ucapan berapi dan meremangkan bulu roma dari ulamak tua itu. Tapi kata beliau, "Sekarang kami dipimpin oleh orang yang sabu sabur!" Kami tidak faham 'sabu sabur' itu apa. Yang pasti bukan 'Mat Sabu.' Kemudian katanya, "Sabu sabur itu... satu buta, satu kabur," katanya, merujuk kepada Presiden Gus Dur. Kami gelak sakan mendengar akronim baru itu. Selain Teh Botol, sabu sabur itu sahaja yang masih membekas di fikiran saya. Kami tidak dapat bertemu dengan Prof Amin Rais kerana beliau ada Rapat PAN (Partai Amanat Nasional) di Jogjakarta, begitu juga Gus Dur. Seluruh pergerakan kami dalam lawatan ini diatur dan dipimpin oleh Ustaz Fathurrahman, teman kami lulusan UIA.
Sepulangan dari Jakarta itu, saya memberi tahu Ustaz, "Tak dapat jumpa Gus Dur."
"Dulu Gus Dur tu belajar di al-Azhar, sama dengan tahun Ana ke Baghdad (1964). Tapi dia tak dapat masuk ke Kuliah, sebab takde kelulusan bahasa Arab, walaupun dia mahir bahasa Arab pondok. Dia orang suruh Gus Dur masuk kelas persediaan. Sebab tu Gus Dur tak nak belajar di Azhar. Masa kami masuk Tahun 3, dia datang ke Baghdad," Ustaz bercerita tentang kisah sebenar Gus Dur ke Baghdad.
Pada satu hari yang lain, saya bertanya Ustaz, "Kumpulan Ustaz 10 orang ni kira rakyat Malaysia yang terawal lah yang belajar di Iraq?"
"Tak. Kami ni kumpulan yang diberi biasiswa oleh Kementerian Waqaf Iraq. Sebelum tu dah ada orang kita yang belajar di Baghdad. Ada yang mengaji law, perubatan, selain bahasa Arab dan agama.
"Masa Ana jadi Ketua Pemuda PAS Perak dulu, ada seorang peguam terkenal di Kuala Lumpur. Dia orang Hilir Perak, Bagan Datoh. Dia mengaji undang-undang di Baghdad. Sebab Iraq ni dikuasai oleh British, dia pun mengaji British Law, dia pun boleh jadi lawyer di Kuala Lumpur," terang Ustaz.
" Sape dia tu, Ustaz?" saya meminta penjelasan lanjut.
"Hashim Abdullah. Orang sebut dia Hashim Baghdad. Sebab ngaji di Baghdad. Dia salah seorang pengasas PAS Kuala Lumpur pada 1952. Lepas tu, Dr Burhanuddin (al-Helmy) lantik dia jadi Setiausaha Agung PAS, sebelum Abdullah Zawawi (Hamzah)," Ustaz menjawab persoalan saya.
"Kami pergi Baghdad kemudian l

agi, 1964. Selepas diinterview oleh Prof Zul (Zulkifli Mohamad), kami 10 orang berlepas ke Baghdad. Masuk ke Universiti Baghdad. Kami ambil jurusan sastera Arab dan perundangan Islam atau syariah di Fakulti Adab. Semua kami fakulti yang sama.
"Ada tak orang Malaysia yang lain belajar di sini masa tu?" saya masih bertanya.
"Ada beberapa orang, termasuk Ustaz Jalaluddin Wahid, bekas Pesuruhjaya PAS Melaka. Dia datang sendiri, bukan biasiswa Kementerian Waqaf. Orang Melayu dari Thailand, Singapura dan Indonesia pun ada," jelas Ustaz.
"Macam mana Ustaz boleh berkawan dengan Gus Dur?" saya bertanya lagi.
"Gus Dur datang ke Baghdad tahun '66. Umur dia dalam 27 masa tu. Sebab dia lama di pesantren. Dok di Mesir pun dekat dua tahun. Di Baghdad, dia masuk fakulti yang sama dengan kami. Walaupun dia belum terkenal, tapi ayah dia, KH Abdul Wahid Hashim sangat terkenal kerana pernah menjadi Menteri Agama Indonesia masa awal 1950-an. Datuk dia pula, Kiyai Hashim Asy'ari adalah pengasas Nahdatul Ulamak (NU), pergerakan Kaum Tua di Indonesia," kata Ustaz.
"Dia dah alim ke masa sampai di Baghdad tu?" saya terus mengorek kisah-kisah silam.
"Ana tak tau dia alim ke tak. Tapi dia lama ngaji pondok. Keluarga dia pun ulamak-ulamak besar. Tapi..." Ustaz mula menyebut beberapa sisi rahsia Gus Dur.
"Gus Dur ni kuat membaca. Cuma dia minat buku-buku falsafah dan ideologi moden. Suka baca buku Karl Marx. Boleh jadi sebab tu orang kata dia sosialis. Ada jugak orang kata dia liberal. Tapi orang Nahdiyin (pengikut NU) kata dia wali.
"Iraq ni negara sosialis. Masa dia datang, Parti Ba'ath sangat berpengaruh. Masa ni pun Presiden Abdul Salam baru mati, jatuh helikopter. Boleh jadi dia pilih Iraq sebab dia minat sosialis. Tapi masa ni, di Mesir, Gamal Nasser pun sosialis juga.
"Satu lagi hobi dia. Selain suka bola sepak, dia suka tengok wayang. Lepas tu, petang-petang main gitar sambil menyanyi. Ana tak kata salah, tapi tu hobi dia masa muda. Cuma agak pelik bagi seorang anak ulamak, orang pun panggil dia 'Gus.'
(Gus, berasal dari kata 'bagus' erti tampan dan elok. Di Jawa, selalunya anak-anak ulamak disebut Gus sebagai panggilan hormat).
"Masa dia di Tahun 2, kami dah abis belajar. Dapat BA dalam perundangan Islam dan bahasa Arab. Rasanya dia keluar tahun '70. Ana dengar lepas tu dia gi Belanda. Yang ada di sana sekali dengan Gus Dur selepas kami balik ialah Sheikh Azmi (Ahmad) dan Ustaz Rahim (Mohd Zain), sebab dia orang sambung MA," Ustaz menjelaskan kisah-kisah beliau belajar di Baghdad.
"Ijazah ni adalah ukuran darjat ilmu kita," Ustaz menjelaskan nilai ilmu yang dituntut di Kota Mesopotamia itu.
Semoga ilmu yang dituntut itu bermanfaat dan dimanfaatkan.

Siri 10
KASUT MASUK DALAM
Ketika berlaku penyertaan beberapa pemimpin IRC (Islamic Representative Council) ke dalam PAS selepas Pilihan Raya Umum 2004, Ustaz Hassan bersembang dengan saya tentang kebimbangannya terhadap kegiatan beberapa tokoh IRC dalam PAS. Perubahan ini berlaku ekoran kekalahan Parti Keadilan Nasional (PKN, sekarang PKR) dalam pilihan raya tersebut. Sebelum itu, kebanyakkan mereka terlibat dalam PKN sejak 1999, setelah terlebih dahulu bergerak dalam Gerakan KeADILan Sosial (ADIL) pada era Reformasi pada 1998.
"Ustaz kenal ke dia orang semua tu," saya cuba mendapatkan kepastian.
"Lebih dari kenal. Dulu masa tahun '80-an, mereka dah pernah buat hal dalam PAS. Kamu semua masih budak-budak masa tu. Ana Setiausaha Agung PAS masa zaman Pak Yusof Rawa. Orang-orang IRC ni kita ajak mereka bersama dalam PAS untuk kembangkan fikrah Ikhwan di bawah Ustaz (Tuan Guru Haji Abdul) Hadi (Awang). Antara yang masuk PAS masa tu termasuklah Abu Urwah (Saari Sungib), Ustaz Alias (Othman), Mustafa Kadir, Fauzi Shafie. Lepas tu kita dapat kesan kegiatan sulit depa dalam PAS, sebab tu tahun '88 tu kita suruh dia pilih, nak PAS atau IRC.
"Macam mana bentuk pergerakan mereka tu, Ustaz?" saya terus memancing.
"Dia orang tu ada jamaah bawah tanah yang mengawal pergerakan mereka dalam badan-badan Islam termasuk PAS. Sebelum PAS, mereka pernah menyelusup dalam ABIM. Ana tak pikir mereka masuk PAS gitu saja sekarang ni," kata Ustaz Hassan yang ketika itu adalah Timbalan Presiden PAS.
"Ana tau benar style pergerakan IRC ni. Sebab tu dia orang boleh je masuk Umno, PKN dan macam-macam yang menjadi wujuhul jamaah mereka. Ana dah lama lalui pengalaman pergerakan seperti ni di Iraq dulu," Ustaz terus menyebut tentang ancaman dalaman yang dihadapi oleh PAS itu.
"Apa kaitan mereka dengan Iraq, Ustaz," saya terus bertanya.
"Masa Ana pergi ke Iraq tahun '64 dulu, Presiden Abdul Salam masih berkuasa. Dia orang Ikhwan. Lepas dia mati jatuh helikopter tahun '66 tu, puak-puak (Parti) Ba'ath semakin kuat. Mereka ni puak sosialis yang pro Soviet (Union). Mereka tekan gerakan Islam, terutama Ikhwan, dibunuh ulamak-ulamak. Sebab tu cara pergerakan Islam di Iraq berbeza. Ana ikut tarbiyah Ikhwan di Iraq. Kami lalui tekanan yang berat ni," Ustaz mula membawa kami menziarahi pengalaman tarbiyah di Iraq zaman 1960-an.
"Masa Ana sampai di Baghdad dulu, kami telah menubuhkan Persatuan Melayu Iraq. Kami yang 10 orang menjadi anggota, Ana jadi Setiausaha Agung. Anak-anak Melayu dari Pattani dan Singapura ikut sekali. Lepas tu kawan-kawan Indonesia juga. Persatuan kami berdaftar dengan kerajaan. Kami ada mesyuarat agung dan bergerak secara sah. Yang ni takde masalah.
"Dalam masa yang sama kami ikut tarbiyah Ikhwan. Dr Abdul Karim Zaidan tu pensyarah di jabatan kami. Dia pernah jadi Ketua Jabatan Diiniah di Fakulti Adab. Oleh kerana kami masuk ke Iraq melalui Pak Yusof Rawa, jadi kami disusun untuk ikut tarbiyah Ikhwan. Tapi kami bergerak secara senyap-senyap sebab kami ditaja oleh Kerajaan Iraq, lagi pula puak-puak Gamal Nasser tengah memberi tekanan kepada Ikhwan di Mesir. Gamal Nasser sama fikrah dengan Parti Ba'ath," terang Ustaz kepada saya. Perbualan kami turut disertai oleh beberapa kawan lain kemudiannya.
"Sape murabbi Ustaz masa tu," saya bertanya lagi.
"Ada beberapa ulamak Ikhwan. Dr Karim Zaidan tu kira Muraqib Am. Antara murabbi yang lain ialah Sheikh Muhammad Mahmud Sowwaf dan Sheikh Abdul Aziz Badri. Masa tekanan tengah kuat selepas tahun '66 tu, seorang murabbi kami, Sheikh Soleh Ali telah diugut bunuh. Dia lari dengan berjalan kaki melintasi sempadan Iraq. Masuk ke Kuwait. Dari Kuwait, di naik flight ke London. Ramai pemimpin Ikhwan ditangkap, diseksa, dipenjara dan dibunuh.
"Pada era ini, pergerakan tarbiyah sangat mencabar. Kami terpaksa adakah kegiatan secara senyap-senyap, bersembunyi. Musuh Ikhwan banyak. Kami sangat menjaga rahsia pergerakan. Kadang-kadang kami terpaksa buat program jauh dari bandar. Kadang-kadang kami naik kereta bersama dan berusrah dalam kereta saja.
"Antara pengalaman Ana yan

g menarik, pernah satu kali, kami tidak diberitahu lokasi perjumpaan. Kami hanya diarahkan naik kereta sahaja. Selepas jauh bergerak, kami bertukar kereta. Last sekali kami turun kereta dan berusrah di rumah sebelah rumah kami. Begitulah mereka menjaga kerahsiaan.
"Bila kami berkumpul, sama ada berusrah atau untuk mendengar pengisian dari murabbi kami, bila sampai di tempat program, kami diarahkan supaya semua orang bawa kasut masuk dalam. Jadi kasut letak dalam rumah, pintu kunci. Kami kena tepati masa, nanti tak dapat masuk. Bila program dah mula dalam rumah, macam takde apa-apa berlaku, sebab kasut semua masuk dalam rumah. Takde tanda-tanda ada perhimpunan," Ustaz mula bercerita detail tentang cara-cara mereka menjaga kerahsiaan.
Ustaz sebenarnya sangat prihatin terhadap kerahsiaan jemaah. Beliau agak kesal dengan sikap ahli-ahli PAS yang terlalu terbuka. "Semua nak cerita kat orang, kenapa?" rungut Ustaz bila melihat ada program dalaman parti dibuat live oleh sesetengah pemuda ketika itu. Satu hari, dalam tahun 2009, saya tunjukkan kepada Ustaz satu laporan perisikan British yang baru direlease oleh Arkib British. Ia mengandungi butir-butir mesyuarat Umno di Pulau Pinang tahun 1948. Kata Ustaz, "Kalau tahun '50-an pun risikan musuh begitu cekap, zaman teknologi ni kalau kita tidak berhati-hati, bocor semua rahsia kita," kata Ustaz sambil menceritakan bagaimana Pejabat Agung PAS di Jalan Pahang dahulu diintip oleh musuh.
"Macam mana pula kaitan kisah Ikhwan di Iraq dengan cara pergerakan IRC," saya membawa semula Ustaz kepada perbincangan asal tadi.
"Sheikh Soleh Ali yang lari ke Kuwait dengan berjalan kaki tu, dia pergi ke England. Sheikh Soleh Ali ni naqib Ana. Ana kenal sangat dia. Dia berjalan kaki merentas padang pasir tu supaya perisikan Iraq tidak dapat kesan dia, dan dia boleh lolos ke Kuwait tanpa melalui imigresen. Lepas tu dia terbang ke London. Kerana sangat menjaga rahsia, Sheikh Soleh Ali selalu guna nama samaran, Abu Ammar.
"Beberapa tahun lepas dia sampai di London, berlaku 13 Mei (1969) di negara kita. Kerana DEB (Dasar Ekonomi Baru), kerajaan hantar pelajar kita ke England. Ada satu kumpulan pelajar kita ikut tarbiyah dengan Sheikh Soleh Ali. Group ni lah yang dikenali sebagai IRC. Geng Khalid Samad ikut tarbiyah Jamaat Islami, orang panggil Suara (Islam).
"Pendekatan Abu Ammar Soleh Ali ini adalah secara bawah tanah, kerana pengalaman dia bergerak di Iraq. Tekanan sangat kuat. Semua kegiatan dibuat secara rahsia, underground. Hanya orang tertentu sahaja yang tahu sape pemimpin sebenar jemaah. Ni betul-betul model Iraq. Nama-nama mereka juga... tidak guna nama sebenar," jelas Ustaz lagi. Kami mulai faham apa yang Ustaz maksudkan.
"Patutlah geng IRC semua guna nama 'Abu.' Abu Urwah, Abu Iman, Abu Aiman," jampuk seorang sahabat. "Mereka terikut pendekatan Iraq rupanya."
"Cara mereka bergerak dengan jemaah bawah tanah, yang dipanggil IRC atau Majlis Syura tu pun cara Iraq. Sedangkan suasana dakwah di negara kita berbeza. Walaupun Umno banyak juga menekan, tetapi kita masih boleh bergerak. Masih boleh masuk pilihan raya, boleh buat surat khabar, ceramah, program di masjid surau ada. Di Iraq langsung tidak boleh. Ulamak ditangkap, dibunuh," Ustaz mula menolak pendekatan dakwah bersembunyi IRC yang dianggap tidak kena dengan waqi' Malaysia.
"Mereka pun pernah menyelusup dalam ABIM dan PAS, lepas tu UMNO. Hari tu sokong Anwar, sekarang patah balik balik kepada PAS. Mereka cuba jadikan kita ni sebagai alat pergerakan mereka. Ana rasa mereka nak menguasai dan membuat kacau dalam PAS. Kalau enta panjang umur, enta boleh tengok kerja buat mereka untuk rosakkan PAS," Ustaz mula membuat unjuran terhadap masa depan PAS ekoran kemasukkan orang-orang IRC pada 2004 itu.
"Semua kegiatan IRC ni kira-kira dalam poket Ustaz lah. Patutlah orang IRC cukup marah dengan Ustaz," ulas seorang kawan lagi. Dia merujuk kepada usaha beberapa pemimpin PAS Selangor yang berlatar belakang IRC yang turun naik Taman Melewar pada 2003 untuk menyekat Ustaz dari dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Pada tahun 2003 itu, D

atuk Dr Hassan Mohd Ali dilantik menggantikan Ustaz.
Sampai hari ini saya masih memikirkan kaitan cerita-cerita Ustaz ini dengan peristiwa yang berlaku di Kuala Selangor pada 2015 sehingga melahirkan PAN, lima tahun selepas Ustaz pergi meninggalkan kita semua.
Semoga Allah mengampunkan Ustaz. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

MEMOIR HASSAN SHUKRI
Siri 11
DARI BAGHDAD KE TAIPING
Pada awal 2002, saya, Arwah Kuis dan Haji Mohd Faiz Mohd Nawi bersembang-sembang tentang isu-isu kebajikan staf Pejabat Agung PAS dan juga petugas-petugas PAS sepenuh masa di seluruh negara. Yang kami fikirkan ialah kebajikan mereka jika berlaku musibah, selain ingatan-ingatan bagi menghargai mereka bila berkahwin, mendapat anak atau hari lahir. Maklumlah, seluruh masa mereka diberikan untuk perjuangan, walaupun mempunyai kelulusan, tetapi imbuhan secukup makan sahaja. Idea Arwah Kuis ialah ditubuhkan kelab kebajikan kakitangan, bukan kesatuan sekerja.
Sebenarnya, menjelang Pilihan Raya Umum 1999, pegawai Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Raja Azlan Shah yang kami santun dia dengan panggilan 'Kuaz' telah meninggal dunia secara mengejut. Beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga. Arwah Kuaz adalah saudara pupu dengan Arwah Kuis. Kedua-duanya kerabat diraja Perak, berpangkat sepupu dengan al-Marhum Sultan Idris Perak dan juga sepupu dengan al-Marhum Sultan Ahmad Shah, ayahanda Yang Di-Pertua Agong sekarang, al-Sultan Abdullah. Kematian mengejut Arwah Kuaz seperti tiada pembelaan yang wajar, terutama kepada balunya. Arwah Kuis dan saya juga baru mendirikan rumah tangga berselang hari dengan Peristiwa 11 September yang meruntuhkan World Trade Center di New York itu. E aka Ibnu Mustafa dan isterinya, Nor Raihan Abdullah bertamu ke majlis saya ketika itu.
Idea Arwah Kuis itulah yang membawa kepada tertubuhnya Badan Kebajikan Kakitangan PAS (BAKIP), yang asalnya dipimpin oleh Arwah Kuis. Bila Arwah Kuis ke Manchester untuk menyiapkan doktoratnya, saya mengambil alih tugas itu. Ketika idea asal ini kami bincang, kami bawa idea ini kepada Ustaz Hassan, yang menjadi 'ayah' kami di Markaz Taman Melewar itu. Cadangan kami dipersetujui oleh Ustaz, dan beliau mencadangkan supaya dibuat kertas untuk diangkat kepada Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Ustaz berjanji akan menyokongnya dalam Jawatankuasa Harian PAS Pusat.
Ketika Ustaz menyokong cadangan kami, beliau bercerita, "Ana dulu, sehabis sahaja belajar di Baghdad terus berkerja dengan PAS macam kamu lah. Kami tamat pada pertengahan '68. Lepas dah ambil ijazah, dalam tengah bulan Ogos terus terbang ke Malaysia. Suasana politik tengah panas, sebab orang Cina bergaduh di Pangkor. Di Pulau Pinang, depa buat Hartal sebab duit Malaysia jatuh. Di Kedah pula, ramai Pemuda PAS kena tahan selepas Hartal ni, depa kata orang PAS nak bakar masjid. Pemuda PAS dari Perlis, Perak dan Kelantan pun ada yang dituduh terlibat.
"Bila Ana sampai, Tok Guru terus panggil. Sebab Ana sebelum ni guru di (Madrasah) Yahyawiyah dan Ketua Pemuda PAS Perak. Pergi Baghdad pun dengan biasiswa Kerajaan Iraq yang diusahakan oleh PAS. Jadi, Tok Guru suruh Ana bertugas di Pejabat Perhubungan PAS Perak. Masa ni di Taping. Dapat gaji cukup makan je. Takpe lah, sebab bukan ada bini lagi masa ni. Tapi inilah kerja Ana yang pertama lepas balik dari Baghdad," Ustaz bercerita panjang tentang kisahnya menjadi murabitun PAS, 30 tahun sebelum kami.
"Tidak banyak kemudahan dan kesenangan apabila kita pilih untuk berkerja dengan jemaah ini. Duit takde, kemewahan takde. Tapi, Alhamdulillah, semua cukup. Allah beri rezeki. Walaupun duit takde, hati kita tenang saja. Ada saja rezeki yang mencukupkan hidup kita," Ustaz seperti mendorong kami dari perasaan kecewa kerana kesempitan hidup dalam perjuangan bersama PAS.
"Ana yakin, Allah akan tolong orang tolong agamanya," Ustaz terus membina keyakinan diri kami dalam perjuangan ini.
"Tapi hal kebajikan yang kamu sebut tu, Ana setuju. Dari dulu lagi, masa di Jalan Pahang, depa yang kerja di Pejabat Agung dan Harakah, semua terpaksa makan berhutang di warung tepi jalan tu. Hujung bulan baru bayar. Dulu, Pak Syed (Arwah Syed Muhamad Syed Hassan), Ustaz Rahim (Arwah Ustaz Abdul Rahim Saidin), Anuar (Arwah Anuar Basri Hassan) tu hidup bersempit-sempit di Jalan Pahang. Syed dan Ustaz Rahim tu ada kelulusan. Syed tu lulus ijazah di Indonesia, pernah jadi guru di Yayasan Anda. Ustaz Rahim tu pula ijazah MA, Universiti Karac