DragonForce Malaysia
154K subscribers
1.06K photos
135 videos
39 files
590 links
My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-
Download Telegram
TOP 5 Sites To Practice Hacking Skills Legally.

1: Hack TheBox
test penetration testing skill

2: Hack.me
several vunerable apps to attack

3: HackThiaSite
hacker wargame site

4: Try2Hack
security oriented challenges

5: CTF65
defend and launch attacks

Facebook : https://fb.me/dragonforce.io
Telegram : https://t.me/dragonforceio
Twitter : https://twitter.com/dragonforceio
Instagram : https://instagram.com/dragonforceio
Radio Rasmi : https://radio.dragonforce.io
Official Forum : https://dragonforce.io

#DragonForceMalaysia
#GroupTempurSiberMalaysia
#HakMilikRakyatMalaysia
👍10
👍6
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga komuniti DragonForce Malaysia

Berita baik untuk anda pada malam ini, segmen DFM bersama influencer akan bersiaran ke udara secara langsung di portal rasmi iRadio DFM #RadioTempurRakyatMalaysia. Untuk pengetahuan anda yang masih lagi baru dan belum mengetahui berkenaan segmen khas ini, kami barisan DJ akan menjemput tetamu jemputan khas terdiri daripada beberapa influencer yang terkenal.

Tetamu khas pada malam ini adalah dua orang admin DragonForce Malaysia iaitu Eagle dan manualize dengan tema yang disajikan khas buat para pendengar di iRadio DFM: Penetration Testing Dalam Dunia Siber.

Justeru, kami menjemput semua warga komuniti DragonForce Malaysia dan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melayari portal radio rasmi DragonForce pada jam 11.59 malam ini. Hebahkan kepada rakan-rakan anda. Jumpa anda pada malam ini! Jangan lupa temu janji kita!
Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍8
Walaupun ada sesetengah kalangan pengamal IT tanah air sendiri menggelarkan kami "script skidies" tetapi biarlah mereka diluar sana yang menilainya.
👍14
Assalamualaikum semua! selamat pagi~
Lama dah tak update status disini , jadi
min ada buat minictf just untuk refresh2 balik
untuk yang meminati untuk bermain ctf min ni
boleh la visit link forum ni , untuk download dan dapatkan flag tersebut. Winner award akan diberi pada yang mempunyai account.

Level : EASY mat

https://dragonforce.io/threads/minictf-decrypt-the-flag.8583/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍6😱2🤣1
Anda berminat untuk belajar lebih mendalam mengenai pentest? Nak belajar tapi tak ada kawan? Kami ada berita baik untuk yang berminat. Korang boleh lawat pautan ini untuk ketahui lebih lanjut :

https://dragonforce.io/threads/sneak-peek-title-hacker.8644

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍22
Assalamualaikum. Sekian lama kami tidak membuat sebarang pengumuman disini. Hari ni ada sedikit teguran umum untuk semua.
Rakyat Malaysia ni dah kenapa yea. tak habis2 isu kena scam?apa yang korang fikir sebenarnya? Mudah sangat kena tipu hidup-hidup. Saya percaya kebanyakan rakyat Malaysia ni tak ada yang tercicir pelajaran pun. rata2 Cukup pendidikan.tapi kenapa begitu bodoh sangat sampai mudah diperdaya oleh Scammer?

Korang ni makan apa sebenarnya sampai mudah dipengaruhi Scammer?? Byk makan kerengga ke apa?? Dengan Scammer pun kamu senang2 diperdaya. ituu belum lagi dengan dajjal.. astaghfirullah..
Duit kamu.privacy kamu. Seharusnya kamu sendiri bertanggungjawab untuk menjaganya. Takkan nak harapkan orang lain yg nak jagakan untuk kamu siang malam? Wahai rakyat Malaysia

Macamana kamu nak jaga negara ,maruah agama, keselamatan keluarga kalau data peribadi atau duit sendiri pun tak mampu kamu nak jaga??Terlalu Banyak aduan kami terima mintak DF tolong selesaikan isu kena scam ni. Makin kami tolong makin menjadi-jadi pulak.

lagi satu. Peringatan terakhir.sekiranya ada kalangan anda cuba minta bantuan drpd kami dan seandainya ada seseorang mengaku dia adalah admin DF kononnya boleh bantu untuk mencari Scammer tersebut dan memintak khidmat bayaran kononnya khidmat "hacking". percayalah itu juga adalah cubaan scam. Kami dan seluruh team kami tidak pernah meminta sebarang bayaran ataupun balasan walaupun dgn nilai seringgit . Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kecuaian, kebodohan, kealpaan saudara saudari sekalian.

Walaubagaimanapun.....sekiranya perlu, setiap pertolongan yang kami lakukan adalah diatas budi bicara kami. Kalau kami ada masa terluang dan kerana beberapa faktor yang kukuh. Maka kami akan bantu sekadar mampu. Sekali lagi kami tegaskan ! Tidak ada dan tidak akan sesekali team DF mengenakan bayaran kecuali sekadar sudi belanja makan.



"setitik asal mngalir,selangkah asal bergerak, diamku bkn bererti tidak bertindak"
Yg ikhlas: Dexter.
👍71❤3
Kepada yang ingin hulurkan bantuan kpd adik Haikal Faiz boleh bankin kpd acc di bawah atas nama acc PIBG .. sama2 kita hulurkan bantuan bg meringan kan beban adik Haikal & Bapanya 🥺🥺🥺🥺🥺

Share ya..Terima kasih semua ..semoga ap yg kalian sumbangkan menjadi sebahagian pahala kita yg di terima.. aminnnnnnnn. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻
👍22❤11
👍5
Pada masa sekarang ni, macam-macam jenis website muncul samada baik atau yang tidak baik.

Untuk parent kat luar sana yang risaukan anak-anak terbuka mana-mana website yang tidak sepatutnya, korang boleh melawat thread ini yang dikongsikan oleh salah seorang admin DragonForce. Thread ini adalah berkenaan dengan konfigurasi untuk filter/block website yang tidak sepatutnya dilayari oleh kanak-kanak.

https://dragonforce.io/threads/4-ways-to-set-up-parental-control.8924/

-DirbX

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍24😱6
👍12
Korang pernah guna tool nama Dirbuster? Kalau ada yang belum, disini min ada kongsikan pautan berkenaan tool tersebut. Thread ini di post oleh Ghazyuri, member baharu Hacker kita pada hari ini.

https://dragonforce.io/threads/dirbuster-osint-tool-to-find-dir-of-the-website.8965/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍12😱7❤2🎉1
Pemilihan Krew Whitehat DragonForce kini dibuka. Lawati pautan yang kami berikan dibawah bagi mengetahui maklumat lanjut. Pemilihan dijalankan berkonsepkan CTF. Semoga berjaya kepada kesemua calon yang menyertai pemilihan ini.

https://dragonforce.io/threads/whitehat-crew-selection-open-now.9011/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍10❤1
Now ! Siaran Langsung CTF Dragonforce Malaysia Di Facebook

https://fb.watch/ah4U8p1pi3/

Live dashboard of CTF for DragonForce Whitehat Selection Crew. Show your support guys by sharing this live. TQ

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍15🤩8
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Komuniti DragonForce Malaysia.

Untuk makluman, laman web Dragon Force Malaysia akan diselenggara (maintenance) bagi menaiktaraf sistem ke arah lebih baik. Berikut merupakan maklumat berkaitan penyelenggaraan.

Hari: Ahad, 09 Januari 2022
Masa: 12.00 tengah malam - 08.00 pagi
Maklumat: Akses terhadap laman web Dragon Force Malaysia termasuk radio tidak dapat dilayari selama tempoh 8 jam.​

Akses terhadap laman web akan dibuka semula selepas pukul 08.00 pagi pada 09 Januari 2022. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Diharap warga komuniti bersabar dalam tempoh 8 jam tersebut.

Sekian, terima kasih.

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍32
Hebahan Link Bahaya Di Facebook

Kecoh di laman sosial Facebook di mana tersebarkan pautan berbahaya yang boleh menyebabkan akaun Facebook anda digodam. Kami telah menerima pelbagai mesej yang menyatakan berkaitan isu ini.

Hasil siasatan awal mendapati, link tersebut tersebar apabila seseorang itu menekan link tersebut menyebabkan akses terhadap Facebook mereka berjaya direntas oleh pihak ketiga bagi tujuan penyebaran link tersebut seperti access token atau key.

Baca selanjutnya di https://dragonforce.io/threads/hebahan-link-bahaya-di-facebook.9037/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍32
👍18
DragonForce Malaysia
Photo
https://dragonforce.io/threads/15-juta-data-rakyat-malaysia-bocor.9040/

Assalammualaikum .
Baru-baru ini pihak kami mendapati ada kebocoran data besar-besaran dan lebih dari 15Mil Malaysian database telah pun digodam dan sedia untuk dijual di pasaran gelap (Darkweb - Raidsforum).
Perkara ini sangat membimbangkan dan merisaukan, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, Covid dan banjir di merata tempat.
Scammer akan menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk menjana pendapatan lumayan dengan menipu dan memperdaya mangsa menggunakan data-data yang bocor ini.

Selepas berlaku kebocoran data-data dan maklumat rakyat Malaysia, kami mendapati ada seseorang yang tidak bertanggungjawab mengongsikan sebuah gambar status vaksinasi YB Khairy Jamaluddin atau KJ, yang tidak mengambil vaksin/divaksinasi.
Kami tidak tahu kesahihan gambar itu dan kemungkinan besar diedit untuk membuat isu.
Perlu di ingatkan bukan Data KJ sahaja tetapi lebih 15 Juta data telah bocor.
Kami juga tidak mengetahui bagaimana data seperti IC dan nombor telefon KJ diambil.
Berkemungkinan besar ada berlaku kebocoran data di laman sesawang / web dan server Kerajaan Malaysia.
Perkara seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku dan kami tidak sesekali menyokong tindakan seperti ini.

Walaubagaimanapun, kami tidak boleh kongsikan gambar status vaksinasi tersebut disini,takut ia akan mengundang fitnah memandangkan sekarang ini zaman fitnah, tetapi jika benar, maka berwaspadalah kepada semua pengguna di Malaysia. Mungkin data anda juga ada dan telah berada di pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kami tidak bertanggungjawab atas apa yang disebarkan . Kami hanya menemui gambar itu di dalam group telegram 'COVID-19 VACCINES SERIOUS DISCUSSION'

Kami Mendapat Screen Capture Status Vaksin KJ dari Group
COVID-19 VACCINES SERIOUS DISCUSSION
https://t.me/VaksinMalaysia

Kami memohon pihak berkuasa yg bertanggungjawab untuk kesan kartel2 penjual data ni secara serius !

Check Status anda Disini : https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/
Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
👍80❤15🎉15😢14😁3😱1