DragonForce Malaysia
154K subscribers
1.06K photos
135 videos
39 files
590 links
My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-
Download Telegram
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kecewa. Itulah ungkapan yang mampu saya katakan dalam isu ini.

Kami menerima laporan bahawa terdapat seseorang yang menyamar sebagai PisauCukur di Telegram bagi tujuan scam. Untuk makluman, pihak kami tidak MEMBUKA MANA-MANA KELAS HACKING lebih-lebih lagi jika melibatkan bayaran. Setakat posting ini, kami telah mengenalpasti jumlah wang yang telah discam oleh scammer ini dalam RM300.

Kami akan mengambil tindakan berkaitan perkara ini. Kepada mangsa-mangsa yang telah terkena oleh penyangak ini, sila pm saya di forum dalam kadar segera.

Untuk makluman, berikut merupakan akaun peribadi rasmi bagi admin DragonForce Malaysia.

1. @UlatKomputerDF
2. @dirbusterx
3. @cnoyayo
4. @Personant
4. @ShahrulHalim
6. @waitercinta
7. @mattajbDF
8. @serigumumDF
πŸ‘1
Semua admin DFM tidak akan menerima apa apa bentuk pembayaran untuk apa2 bantuan yg kami salurkan.

Untuk verifikasi yang tepat, boleh pm admin terus di forum untuk ketepatan 100%
πŸ‘2
Topik pilihan DFM hari ini:

Mari sama-sama kita baca thread yang dihasilkan oleh Kir0GreyH4t yang membincangkan tentang kelemahan sesebuah website.

Anda boleh baca artikel tersebut melalui forum kami di https://dragonforce.io/threads/mengejeswebseries-ep-2-vuln-critical-level.6513/

Official Forum : https://dragonforce.io
Facebook : https://fb.me/dragonforce.io
Telegram : https://t.me/dragonforceio
Twitter : https://twitter.com/dragonforceio
Instagram : https://instagram.com/dragonforceio
Radio Rasmi : https://radio.dragonforce.io
#DragonForceMalaysia #GroupTempurSiberMalaysia #HakMilikRakyatMalaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga komuniti DragonForce Malaysia

Pada malam ini, sekali lagi kami akan membawakan segmen DFM bersama influencer yang akan bersama-sama bersiaran ke udara secara langsung di portal rasmi iRadio DFM #RadioTempurRakyatMalaysia. Kepada anda yang masih lagi baru dan belum mengetahui berkenaan segmen khas ini, kami barisan DJ akan menjemput beberapa tetamu jemputan khas terdiri daripada beberapa influencer yang terkenal.

Sehubungan itu, pada malam ini kami akan bersama seorang individu yang sangat berbakat dalam industri seni hiburan tanah air. Beliau adalah Puan Intan Zarina, yang merupakan penulis skrip drama terkenal menerusi karya Pujaan Hati Kanda yang sebelum ini disiarkan di stesyen televisyen Media Prima Berhad TV3.

Justeru, kami menjemput semua warga komuniti DragonForce Malaysia dan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melayari portal radio rasmi DragonForce pada malam ini yang akan ditemani bersama dengan DJ @Jen. Hebahkan kepada rakan-rakan anda. Jumpa anda pada malam ini!

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforce.io
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
πŸ‘6❀1
πŸ‘1
function Defend()
{
kill.children = true;
kill.innocentPeople = true;
terrorism = true;
playVictim = true;
while(playVictim)
{
bomb.building = true;
koyak = infinity;
}
}
πŸ‘5🀩5
πŸ‘1
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga komuniti DragonForce Malaysia

Pada malam ini, sekali lagi kami akan membawakan segmen DFM bersama influencer yang akan bersama-sama bersiaran ke udara secara langsung di portal rasmi iRadio DFM #RadioTempurRakyatMalaysia. Kepada anda yang masih lagi baru dan belum mengetahui berkenaan segmen khas ini, kami barisan DJ akan menjemput beberapa tetamu jemputan khas terdiri daripada beberapa influencer yang terkenal.

Sehubungan itu, pada malam ini kami akan bersama seorang individu yang sangat berbakat dalam industri seni hiburan tanah air. Beliau adalah Marissa Yasmin, yang merupakan pelakon tanah air terkenal dengan lakonan televisyen dan filem tempatan.

Justeru, kami menjemput semua warga komuniti DragonForce Malaysia dan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melayari portal radio rasmi DragonForce pada 10.00 malam ini yang akan ditemani bersama dengan DJ @Jen. Hebahkan kepada rakan-rakan anda. Jumpa anda pada malam ini!
πŸ‘1
😱2
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga komuniti DragonForce Malaysia

Pada malam ini, sekali lagi kami akan membawakan segmen DFM bersama influencer yang akan bersama-sama bersiaran ke udara secara langsung di portal rasmi iRadio DFM #RadioTempurRakyatMalaysia. Kepada anda yang masih lagi baru dan belum mengetahui berkenaan segmen khas ini, kami barisan DJ akan menjemput beberapa tetamu jemputan khas terdiri daripada beberapa influencer yang terkenal.

Sehubungan itu, pada malam ini kami akan bersama seorang individu yang sangat berbakat dalam kartunis terkenal tanah air. Beliau adalah Ibrahim Anon.

Justeru, kami menjemput semua warga komuniti DragonForce Malaysia dan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melayari portal radio rasmi DragonForce pada 10.00 malam ini yang akan ditemani bersama dengan DJ @Jen. Hebahkan kepada rakan-rakan anda. Jumpa anda pada malam ini!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga komuniti DragonForce Malaysia

Adalah dimaklumkan bahawa pada malam ini, segmen DFM bersama influencer seperti biasa kembali bersiaran ke udara secara langsung di portal rasmi iRadio DFM #RadioTempurRakyatMalaysia. Untuk pengetahuan anda yang masih lagi baru dan belum mengetahui berkenaan segmen khas ini, kami barisan DJ akan menjemput tetamu jemputan khas terdiri daripada beberapa influencer yang terkenal.

Sehubungan itu, pada minggu ini kami akan membawakan beberapa individu seramai 3 orang tetamu khas yang sangat berbakat dalam bidang mereka. Tetamu khas pada minggu ini bersetuju untuk berada di konti DJ dan untuk tetamu pertama minggu ini, kami bawakan khas bual bicara secara langsung bersama dengan pemimpin yang terkenal dengan sifat mesra beliau. Dulunya jernih kemudian hitam dan akhirnya hijau. Pemimpin yang disebutkan ini adalah tetamu pertama di iRadio DFM pada minggu ini. Beliau adalah @xrrxiy a.k.a Remy la Coste yang merupakan ketua pimpinan para Hacker di DFM. Berikut merupakan poster untuk kemunculan Hackers Leader di iRadio DFM:

Justeru, kami menjemput semua warga komuniti DragonForce Malaysia dan seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melayari portal radio rasmi DragonForce pada jam 10 malam ini dan setiap hari. Hebahkan kepada rakan-rakan anda. Jumpa anda pada malam ini! Jangan lupa temu janji kita!
πŸ‘3
πŸ‘1
DragonForce Malaysia
Photo
Hari ini 834 tahun yang lalu, Salahuddin al-Ayyubi mula mengepung Baitulmaqdis.

Kekalahan besar di Hattin pada 4 Julai menyebabkan kuasa Kristian ketandusan tentera untuk mempertahankan kota-kotanya sekitar Levant khususnya al-Quds. Ini dimanfaatkan Sultan Ayyubiyah, Salahuddin untuk menakluk satu persatu kota terbabit.

Dari Tibnin, angkatan Ayyubiyah menawan Ramla, Ibelin (Yibna), Darum (Dier al-Balah) & Ashkelon dengan mudah tanpa perlu bertempur. Kemudian, Salahuddin menumpukan seluruh kekuatannya untuk menakluk kembali kota suci Baitulmaqdis.

Beliau bertemu dengan perwakilan al-Quds di luar Ashkelon untuk berunding, namun mereka tetap enggan menyerah walau apa pun ditawarkan. Maka Salahuddin mempersiap angkatannya & mula mengepung al-Quds pada 20 September 1187.

Serangan selama beberapa hari gagal memecah masuk pertahanan kota, sehingga Salahuddin menyedari kesilapan taktikalnya: membariskan tentera pada kedudukan berdepan matahari terbit yang menyilaukan & mengganggu pandangan mereka.

Apabila posisi diubah ke timur pada 25 September, serangan Ayyubiyah lebih memberi impak & hampir berjaya memecah masuk benteng pertahanan kota sebelum Balian Ibelin, pemimpin pertahanan Kristian al-Quds, keluar untuk berunding.

Persetujuan dicapai, orang Kristian dijanjikan keselamatan untuk berhijrah ke Tyre (pangkalan Kristian yang masih tinggal di Levant) namun tentera Salib dijadikan tawanan sebagai hamba atau membayar tebusan untuk membebaskan diri.

Salahuddin memasuki kota al-Quds tanggal 2 Oktober yang jatuh pada 27 Rejab, tarikh ulangtahun peristiwa Isra’ Mikraj Nabi Muhammad SAW. Masjid al-Aqsa dibersihkan & salib-salib bersama artifak-artifak Kristian lain dialihkan.

Mimbar yang dibuat atas perintah Nur ad-Din (Emir Syria Empayar Zengid yang juga guru Salahuddin yang bercita-cita untuk menawan kota itu namun tak kesampaian) didirikan, permaidani dihampar & wangian dipercikkan ke segenap sudut masjid itu.

Selepas 88 tahun, azan berkumandang semula & solat Jumaat didirikan kembali di dalam al-Aqsa.

Sumber: World History Encyclopedia, *gambar daripada sedutan filem 'Kingdom of Heaven' edaran 20th Century Fox
πŸ‘12
Tetamu khas pada malam ini adalah seorang jejaka yang mempunyai bakat suara dan kreativiti sehingga video beliau sendiri telah menarik perhatian warganet. Apa yang lebih mengejutkan adalah kemunculan beliau di media sosial telah mendapat perhatian istimewa daripada Sultan Johor. Tetamu yang dimaksudkan adalah Encik Azman Naim ataupun lebih dikenali di media sosial dengan azmannaim44mantra. Ikuti kisah beliau pada malam ini. Khabarnya, beliau sendiri akan menyanyikan lagu khas buat para pendengar di iRadio DFM. Berikut merupakan poster untuk kemunculan Azman Naim di
iRadio DFM: https://radio.dragonforce.io

#RadioTempurRakyatMalaysia
πŸ‘3❀1
Youtube Channel Nabila Razali kena HACK!? Cara dapatkan balik youtube yang hilang !
https://www.youtube.com/watch?v=8MefEvvzrXc&lc

Jika perlu khidmat percuma untuk dapatkan semula account youtube Nabila bole cari admin2 DFM di forum :

Official Forum : https://dragonforce.io
Facebook : https://fb.me/dragonforce.io
Telegram : https://t.me/dragonforceio
Twitter : https://twitter.com/dragonforceio
Instagram : https://instagram.com/dragonforceio
Radio Rasmi : https://radio.dragonforce.io
#DragonForceMalaysia #GroupTempurSiberMalaysia #HakMilikRakyatMalaysia
πŸ‘1
πŸ‘1
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga komuniti DragonForce Malaysia

Berita baik untuk anda pada malam ini, segmen DFM bersama influencer akan bersiaran ke udara secara langsung di portal rasmi iRadio DFM #RadioTempurRakyatMalaysia. Untuk pengetahuan anda yang masih lagi baru dan belum mengetahui berkenaan segmen khas ini, kami barisan DJ akan menjemput tetamu jemputan khas terdiri daripada beberapa influencer yang terkenal.
Beliau merupakan seorang usahawan yang telah berjaya menempah nama di peringkat antarabangsa dengan anugerah-anugerah yang diperoleh. Tetamu khas ini adalah Encik Amir Muhammad yang merupakan Pengasas FIXI. Mungkin ada dalam kalangan kita yang meminati karya buku atau novel nukilan dari penulis-penulis di FIXI. Anda juga boleh mengutarakan soalan dan ucapan kepada tetamu khas yang kami bawakan di forum DragonForce Malaysia dan portal rasmi iRadio DFM.

Seperti biasa, jam 10 malam ini waktu yang sama dan DJ yang sama iaitu DJ Jen yang akan bersama dengan anda semua bertanyakan terjahan koleksi soalan yang pastinya eksklusif hanya di iRadio DFM.