DragonForce Malaysia
182K subscribers
1.03K photos
132 videos
39 files
580 links
My DragonForce
-x Hak Milik Rakyat Malaysia x-
Download Telegram
Topik pilihan DFM hari ini: Buang 24 Extension Pelayar Chrome dan Edge Ini Segera Kerana Menuai Data

Sila semak extension browser anda jikalau terdapat extension yang membahayakan ini !

"Thread"
https://dragonforce.io/threads/buang-24-extension-pelayar-chrome-dan-edge-ini-segera-kerana-menuai-data.14460/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
👍80😱6🔥43👏2🥰1😁1🤔1
Forwarded from iRadio DFM
Assalammualaikum semua.. Hari yang dinantikan telah tiba.. Jeng.. Jeng.. Haha..
Pada malam ini jam 10:00pm nanti, DJ baru iRadio DFM akan flyyy guys dekat iRadio DFM.Siapakah mereka.. Sama2 kita nantikan malam ini.. Haha.. So..korang.. Malam ni kita kasi havoc dekat ChatRoom Bawang... Macam biasa.. Dpt signal kita kasi buli kaw2 dj baru.. Amacam... Haha

Let's have fun together!!

Link Radio : https://radio.dragonforce.io
Link Forum :
https://dragonforce.io

DragonForce Malaysia
DragonForce Malaysia - Hak Milik Rakyat Malaysia
👍10413🤩4😁3
Topik pilihan DFM hari ini: [WebHacking] Damn Vulnerable Web Application (DVWA) Setup With Docker

Damn Vulnerable Web Application (DVWA) yang merupakan suatu platform belajar untuk hack website menggunakan method-method seperti: SQL injection, Cross-Site Scripting (XSS), Brute Force, dll. Sangat sesuai untuk yang baru nak mula dan belajar web exploitation. Recommended for newbie

"Thread"
https://dragonforce.io/threads/web-hacking-dvwa-setup-w-docker.12277/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
👍7622🔥4👏3👌3
🤣93👍44😱8🤯7🌚5🤔3
DragonForce Malaysia
Photo
Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

Beberapa jam yang lalu, kami telah menerima satu aduan dan tangkap layar seseorang yang telah menyalahgunakan nama DragonForce Malaysia atas tujuan menipu dan mengambil duit mangsa yang teraniaya.

Di sini kami ingin menafikan sekeras-kerasnya dan menegaskan bahawa pihak DragonForce Malaysia tidak pernah dan tidak akan sesekali menipu atau mengambil wang daripada sesiapa. Kami juga sudah banyak kali menegaskan bahawa kami tidak pernah membuat sebarang perkhidmatan penggodaman atau perkhidmatan menolong mangsa-mangsa penipuan. Tugas kami di sini hanyalah menyampaikan kesedaran tentang keselamatan siber kepada masyarakat umum. Perkara-perkara keji sedemikian amatlah bertentangan dengan prinsip dan matlamat perjuangan kami.

Kepada mereka yang giat menyalahgunakan nama kami dan kerap menipu mangsa-mangsa teraniaya, di dunia mungkin kamu terlepas, tetapi tidak di hadapan Tuhan kelak. Ingatlah dunia ini hanya sementara, harta dan takhta yang kamu kejarkan tidak akan pernah cukup dan akan menghancurkan diri kamu kelak. Sesusah mana pun hidup kamu, ingatlah ramai lagi yang susah. Jangan jadikan kesusahan kamu sebagai tiket untuk kamu menganiaya mereka yang tidak bersalah.

Kami berharap agar mesej ini dapat disebarkan supaya tidak ada lagi individu yang terpedaya dengan mereka yang menyalahgunakan nama kami. Salam sayang daripada kami, DragonForce Malaysia.

-Hak Milik Rakyat Malaysia-

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
👍19630👌6🔥4🕊4🥰1
Assalamualaikum wbt,

Pada malam ini, pihak DJ DragonForce Malaysia akan mengadakan satu sesi bacaan Yasin yang akan berlangsung pada jam 9:00 malam nanti. Jika ada yang berkesempatan, marilah bersama-sama mengimarahkan bacaan Yasin ini diadakan secara maya di Channel Telegram "iRadio DFM"
Link : https://t.me/iRadioDFM

Kami berdoa agar usaha dan niat yang kecil ini diterima oleh Allah S.W.T sebagai amalan baik dan mendapat reda Ilahi.

Thread 'Majlis Bacaan Surah Yasin' https://dragonforce.io/threads/majlis-bacaan-surah-yassin-dfm.14478/
👍14140🥰17🔥4👏2
Topik pilihan DFM hari ini: [Tutorial] Bina Website Sendiri Menggunakan Wordpress

Wordpress ialah Content Management System (CMS) yang membantu kita untuk membuat sesebuah website. Kebanyakkan usahawan yang ingin memulakan perniagaan online akan menggunakan Wordpress untuk membuat website perniagaan mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh usya-usya thread di bawah:

"Thread"
https://dragonforce.io/threads/bina-website-sendiri-menggunakan-wordpress.14522/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
57👍39❤‍🔥9🔥3🥰2😍2
Topik pilihan DFM hari ini: [Tutorial] Google account kena hack lagi? Ini cara untuk singkirkan penceroboh dari Google Account ☑️

Saban hari, min selalu terima aduan daripada korang yang kebanyakkannya Google Account korang telah diceroboh & digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Konklusinya, min nak share cara untuk korang dapatkan balik Google Account yang telah digodam. Disclaimer: tidak 100% berhasil tetapi anda boleh ikhtiar untuk dapatkan balik account tersebut.

"Thread"
https://dragonforce.io/threads/google-account-kena-hack-lagi-cara-untuk-singkirkan-penceroboh.13976/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
👍14616🕊12🤩5🔥3🥰3
PERHATIAN ! PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA DRAGONFORCE MALAYSIA.

Admin DFM tidak menjalankan aktiviti dan tugas untuk melakukan apa sahaja servis berbayar dan tidak akan menawarkan sebarang bentuk khidmat kepada orang awam. Anda juga boleh membuat semakan di laman Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis DiRaja Malaysia. Elakkan daripada terjerat dan tertipu oleh pemerdaya di alam maya dan menyamar serta menawarkan sesuatu yang tidak masuk akal kepada anda. Group Facebook diatas adalah FAKE!

INGAT! Semak dahulu sebelum terkena. Anda sahaja yang mampu mencegahnya. Sekiranya terdapat sebarang aduan dan maklumat yang telah dipastikan sahih, sila salurkan di ruangan "Public Complaints" di forum kami.

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
👍250🤣33🤔11🔥109😱7👏5🤯5🕊5💯4😁2
Seluruh warga DFMio ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semoga kepimpinan beliau sebagai perdana menteri membawa pelbagai perubahan positif untuk Malaysia pada masa akan datang.

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
👍280🤣9232😱27🌚20🔥16👏14🤔12🤯9🕊7😁1
Seperti mana yang telah diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 14 Oktober 2022, Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) telah ditubuhkan sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian.
Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah. Selepas ini jika anda dapati anda telah ditipu melibatkan kewangan dalam talian anda boleh terus hubungi talian NSRC untuk tindakan selanjutnya!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut talian Pusat Respons Scam Kebangsaan.
PUSAT RESPONS SCAM KEBANGSAAN (NSRC)
NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi.
Tumpuan NSRC adalah pada penipuan kewangan dalam talian –• iaitu kes di mana mangsa menyedari bahawa wang dalam akaun bank mereka telah dipindahkan tanpa pengetahuan serta kes di mana mangsa telah diperdaya untuk memindahkan wang mereka melalui perkhidmatan kewangan dalam talian.
Di antara kaedah penipuan ini termasuk:
• memancing data (phishing),
• Macau scam,
• serangan perisian hasad (malware),
• penipuan penghantaran barangan atau  bungkusan (parcel scam) dan
• love scam.
Mangsa penipuan digalakkan menghubungi talian khusus (hotline) bank-bank mereka atau NSRC melalui talian:
• 997 

KAEDAH NSRC MEMBANTU MANGSA PENIPUAN
Selepas mendapat laporan, NSRC akan menyelaraskan tindak balas oleh agensi penguatkuasaan undang-undang, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi:
1 mencegah mangsa daripada menghadapi kerugian kewangan selanjutnya;
2 berusaha mengesan dana yang telah dicuri;
3 menjalankan siasatan terhadap jenayah penipuan tersebut; dan
4 mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.
TINDAKAN MANGSA JIKA DIDAPATI TELAH DITIPU
Jika anda menjadi mangsa penipuan, sila ambil langkah-langkah yang berikut untuk melindungi diri anda dan mangsa lain.
Langkah 1: Hubungi Bank Atau Talian 997
Sekiranya anda menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank anda, segera hubungi:
• hotline bank anda yang beroperasi 24 jam setiap hari (hotline bank 24/7) atau
• hubungi talian hotline NSRC iaitu 997 (talian ini boleh dihubungi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari, termasuk cuti umum).
Anda perlu menghubungi bank anda atau hotline NSRC 997 dengan segera sebaik sahaja mendapati bahawa anda telah ditipu. Tindakan segera ini boleh membantu anda mengurangkan kerugian yang mungkin dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang anda.
Langkah 2: Buat Laporan Polis
Selain memaklumkan kejadian ini kepada bank anda atau hotline 997 NSRC, anda perlu membuat laporan polis di balai polis berdekatan secepat mungkin. Tindakan ini penting untuk membolehkan pihak polis memulakan siasatan rasmi. Bagi memastikan tindakan segera diambil, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu menghubungi bank anda atau hotline NSRC sebelum membuat laporan polis.
Langkah 3: Walaupun Sudah Terlambat, Hubungi Bank Anda
Meskipun insiden penipuan berlaku sudah agak lama (contohnya lebih daripada 24 jam), anda masih perlu melaporkan penipuan itu kepada bank anda. HotlineNSRC iaitu 997 ialah nombor tindak balas kecemasan. Oleh itu, NSRC mungkin tidak dapat memberikan tindak balas yang pantas dalam situasi sebegini kerana peluang untuk mendapatkan balik wang anda adalah tipis.
Walau bagaimanapun, tindakan anda melaporkan penipuan ini kepada bank anda merupakan tindakan penting bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjenayah.
MAKLUMAT DIPERLUKAN UNTUK LAPORAN PENIPUAN
Apabila membuat laporan (kepada bank anda, hotline 997 NSRC atau di balai polis), anda perlu memastikan anda mempunyai maklumat yang berikut:
👍124❤‍🔥125🔥4🤔2😱1
• Penerangan ringkas tentang insiden penipuan (contohnya kronologi peristiwa)
• Butiran peribadi anda (nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank)
• Butiran penjenayah (nama, nombor telefon)
• Butiran transaksi (nombor akaun-akaun bank yang terlibat, jumlah serta masa transaksi dibuat)
Anda juga perlu bersedia untuk memberikan sebarang bukti kepada PDRM, contohnya tangkap skrin (screenshots) perbualan dengan penjenayah.
Nota: Perlu ditekankan bahawa pihak NSRC, PDRM, BNM atau institusi perbankan hanya akan menghubungi anda sekiranya anda sudah membuat laporan insiden penipuan kepada pihak tersebut. Pihak tersebut TIDAK AKAN SAMA SEKALI meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
👍907🔥3
Topik pilihan DFM hari ini: [Awareness] Salah Satu 'Challenge' Di TikTok Telah Dieksploitasi

Hi semua, korang pasti pernah guna filter Tiktok kan & join Challenge yang tengah Famous macam Challege Kalau Aku Like Aku Like, Kalau Tak Swipe. Baru-baru ni ada satu Challenge yang mana user Tiktok perlu gunakan sebuah Filter untuk buat content Challenge tersebut. Namun, filter tersebut telah diexploitasi oleh hacker & user yang gunakan filter tersebut telah menjadi mangsa. Nak tahu lebih lanjut mengenai Challenge tersebut, boleh tekan link thread di bawah:

"Thread"
https://dragonforce.io/threads/salah-satu-challenge-di-tiktok-telah-dieksploitasi.14649/

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
👍112😱33❤‍🔥8🔥3😁32🥰1
Awas ! Scammer yang menyamar sebagai Dragonforce Malaysia telah dijumpai !

Untuk maklumat lanjut berkaitan scammer-scammer ni, boleh tekan link thread kat bawah:

"Thread"
https://dragonforce.io/threads/penipuan-provokasi-menggunakan-nama-dragonforce-malaysia.14675/


Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
🤣331👍193😱38🔥16👏15😍8🎉7😁65🤔5🤯3
PERHATIAN ! INI ADALAH GROUP FAKE DAN LUBUK SCAMMER !
👍176🤯32❤‍🔥105😁4😱4
DragonForce Malaysia
PERHATIAN ! INI ADALAH GROUP FAKE DAN LUBUK SCAMMER !
PERHATIAN ! GROUP DI ATAS INI ADALAH FAKE !

Pihak DragonForce Malaysia tidak pernah menubuhkan sebarang group di media sosial seperti Facebook, whatsapp, telegram dan yang seangkatan dengannya. Kami cuma memiliki page rasmi kami di platform-platform tersebut. Jika anda terjumpa group atau individu yang menggunakan nama kami, itu adalah satu cubaan untuk SCAM. Lebih-lebih lagi group yang terpapar pada gambar di atas.

Mohon semua yang berada dalam group tersebut untuk report dan viralkan tentang scam group ini. Admin-admin group ini sentiasa menyamar sebagai kononnya "dragonforce veteran" walhal tidak pernah seperjuangan dengan kami. Ketua sindiket ini yang dikenali sebagai Tungkuhelper atau nama sebenar beliau AZMI SAHADAN telah banyak melakukan scam dengan menggunakan nama kami. Kami memanggil semua mangsa scammer untuk tampil membuat laporan polis atas nama dia. Dia juga mempunyai konco-konco yang aktif, salah seorangnya dikenali sebagai Junkiez, yang sering menggunakan akaun bank bernama AZMAN AZIZ untuk melakukan scam terkutuk mereka. Maklumat lanjut tentang konco-konco dan kenalan rapat scam mereka ada pada thread di bawah:

https://dragonforce.io/threads/penipuan-provokasi-menggunakan-nama-dragonforce-malaysia.14675/

Bagi yang berada dalam group fake itu, sila penuhkan group tersebut dengan link thread ini dan banjirkan #azmisahadanscammer #tengkuhelperscammer di dalam group tersebut.

Sekali lagi, kami menegaskan, kami TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN mengambil kesempatan, mengambil wang dan mengambil maruah rakyat-rakyat Malaysia yang dikasihi. Slogan HAK MILIK RAKYAT MALAYSIA bukanlah sekadar slogan, kami berpegang dengan itu. Jadi bagi sesiapa yang cuba menggunakan nama kami untuk melakukan perkara-perkara terkeji itu, udara yang kamu hirup tenang hari ini, tidak akan tenang selamanya. Sampai masa dan waktu, Tuhan akan satukan kamu dengan balasannya.

INI SAHAJA PLATFORM RASMI KAMI:

Forum Rasmi: https://dragonforce.io
Radio Rasmi: https://radio.dragonforce.io
Facebook: https://fb.me/dragonforcedotio
Telegram: https://t.me/dragonforceio
Twitter: https://twitter.com/dragonforceio
Instagram: https://instagram.com/dragonforceio
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC9GycRXuy7-WMULPBkBp4Bw
👍228👌21🔥158🤣8👏4😁4❤‍🔥3🥰2🤩2
Assalamualaikum wbt,

Bersempena dengan ambang tahun baru 2023, pihak DJ iRadio DragonForce Malaysia akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin yang akan berlangsung pada:

Tarikh : 31 Disember 2022
Masa : 9:00pm
Tempat : Telegram Official iRadio DFM ( https://t.me/iRadioDFM )

Dijemput semua, tidak kira forumers DragonForce Malaysia atau tidak, untuk sama-sama mengimarahkan majlis Bacaan Yasin ini.


Link thread:
https://dragonforce.io/threads/majlis-bacaan-surah-yaasin-akhir-tahun-2022-dfm.14844/
👍10745🥰10🔥3😍3