DPIM HQ
89 subscribers
39 photos
6 links
Info-info terkini DPIM Pusat
Download Telegram
10 Mei 2019 - Majlis Berbuka Puasa YAB Timbalan Perdana Menteri & YB Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Ilmuwan dan Pimpinan NGO Islam Malaysia di Sri Satria, Kediaman Rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri. Presiden DPIM diberi penghormatan untuk duduk semeja bersama YAB TPM & DSAI dalam majlis berbuka tersebut
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-6 Awqaf Holdings Berhad pada 24 Jun 2019 bertempat di Bangi Convention Centre, Selangor. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara AWQAF dan USAINS Holdings Sdn Bhd, World Wellness Network dan Pamarai Sdn Bhd turut dimeterai dalam mesyuarat tersebut. ZuriatCARE turut menandatangani perjanjian bersama UKM dalam usaha membantu lebih ramai masyarakat.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

KAJI SELIDIK HALA TUJU BAHARU AGENDA BUMIPUTERA

Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia telah dilantik oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) agensi di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) untuk menjalankan kaji selidik dalam talian (online survey) bagi mengenal pasti masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh syarikat-syarikat milik Bumiputera dan mendapatkan pandangan YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan mengenai bantuan-bantuan lebih efektif untuk terus berjaya dan berdikari dalam mendepani cabaran ekonomi masa hadapan yang semakin mencabar.

Hasil daripada kaji selidik ini akan digunakan dalam merangka pelan jangka panjang Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dan akan dijadikan sebagai salah satu input utama kepada Kertas Strategi Bumiputera yang akan disediakan oleh pihak TERAJU.

Kami memohon kerjasama dan jasa baik YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk menjawab soalan-soalan kaji selidik yang boleh dicapai di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeRU0ZdpFHW4Qyr8LMFk-MmYJDqKZR4FzSo2th2E_79uTQaIw/viewform sebelum atau pada 12 Julai 2019 (Jumaat) untuk tindakan selanjutnya.

Adalah dipohon supaya kaji selidik ini dijawab oleh pihak pengurusan atasan syarikat YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Segala maklumbalas yang diterima secara terus oleh ISIS Malaysia dan untuk kegunaan TERAJU dan pihak Kerajaan Malaysia sahaja.

Kerjasama yang diberikan oleh YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah amat kami hargai.

Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
Noramizah Musa
Eksekutif Kanan - Pembangunan Sektor (TeraS)
Unit Peneraju Agenda Bumiputera