Aimi Rahayu AR | 👧, SexRepro Health
870 subscribers
177 photos
7 videos
13 files
100 links
Download Telegram
“What that thing we do some massage at the end of pregnancy?”

Otakku melaju berfikir apa maksud suami wanita di hadapanku. Mixed couple/nationalities di hadapanku menunggu jawapanku.

Oh, I know what you mean, perineal massage.”

“What is that?”

Agak terkejut sebenarnya kerana jarang-jarang suami yang bertanya perihal urutan perineum ini. Dia pastinya banyak membaca buku kehamilan dan melihat sumber-sumber yang ada di capaian internet untuk membantunya memahami perubahan isterinya dan membuat persediaan kelahiran.

“I read around pregnancy to support my wife in this journey.”

Tidak salah sangkaanku, dan aku sebagai seorang doktor semestinya menyokong pasangan yang ‘take all measures’ , bersama-sama pasangan mereka ‘hamil bersama’.

Dan aku teringat satu video yang pernah aku hasilkan Bersama temanku dahulu tentang urutan perineum.

Yang lawaknya, aku berulang-kali cakap pada pasangan ini, video ini dalam Bahasa Malaysia, mereka tidak faham jadi tengok video sahajalah. Namun aku yakin video yang berinformasi dan lengkap dengan arahan dan cara melakukan urutan perineum, pasti mudah untuk mereka fahami. Video tu di sini https://bit.ly/UrutanPerineum.

Siap pasangan tersebut tangkap gambar tajuk video lagi. Of course terharu!

Usaha kita membuat video sebegini sememangnya memberi impak kepada mereka yang dahagakan panduan tau Siti. Terasa nak kena buat banyak lagi video-video lain eh!

#AimiGYN