Aimi Rahayu AR | πŸ‘§, SexRepro Health
878 subscribers
177 photos
7 videos
13 files
100 links
Download Telegram
'Boleh saya tahu sudah berapa lama Puan berkahwin?'

'Lebih 4 tahun doktor. Belum pernah mengandung lagi. Belum pernah check lagi.'

Aku amati wajah wanita di sisi meja klinik, cuba menelah kata-katanya. Wajahnya polos, bersahaja, tiada riak.

Ada halangankah?

Tiada sokongan pasangankah?

Atau mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya harus dilakukan jika tidak hamil setelah sekian lama mendirikan rumahtangga?

'Boleh saya tahu mengapa Puan belum check lagi?'

'Rasanya tiada push factor buat kami.'

Mataku lirik ke layar komputer di hadapanku.

5 tahun menjelang 40, usianya kini semakin mencemburui, seusia 400 000 benih telur yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

'Puan, saya hormati keputusan yang Puan buat. Namun, kalau Puan izinkan saya, saya nak bagitahu, jika diamati situasi sekarang, usia Puan yang menjadi 'urgent push factor' untuk Puan memulakan rawatan kesuburan.'

'Maksudnya doktor?'

'Oh, usia dan kesuburan, kaitannya begini https://bit.ly/usiakesuburan.'

Wajahnya sukar untuk kutafsirkan.

Antara sesal dengan pemergian masa atau diri yang tidak mungkin berpatah balik usia.

Dan aku juga menumpang hiba kerna perananku masih belum mampu kulunaskan; janjiku pada wanita untuk menjaga jiwa raga dengan ilmu setia.

#AimiGYN
#MedTweetMY
#MTMOnG
Doktor bahagian kesuburan ini walaupun asalnya doktor O&G yang cover permasalahan wanita sahaja tapi dalam hal kesuburan, kena cover lelaki dan wanita juga, special sikit bab ni.

Punca masalah kesuburan ni boleh datang daripada wanita, lelaki atau kedua-duanya sebab tu ada bahagian-bahagian daripada sejarah kesihatan, pemeriksaan dan prosedur juga ada untuk dua-dua.

First visit jumpa doktor di klinik, datanglah dua-dua sekali, kadang-kadang seorang sahaja yang datang, dengan harapan nak cek seorang sahaja then boleh solvekan perihal kesuburan tu.

Jadi siapa biasanya yang kalau tak datang dengan pasangan, akan datang berseorangan sahaja?
Soalan ni saya tanya di X, nanti nak tengok apa hasil undian
5 minggu hamil? Apa nak buat?

Tahniah, anda hamil! Bayangkan ini yang kit kehamilan bagitahu instead of "2-3 weeks pregnant, 3-4 weeks pregnant" etc. Dialah orang pertama ucapkan tahniah.

Anda tengah TTC, kemudian period tak datang seperti selalu (orang yang period teratur boleh relate benda ni), jadi perkara pertama yang perlu dibuat ialah UPT (urine pregnancy test). Tapi perkara ke-2 yang anda kena buat bukan pergi scan untuk "confirmkan pregnancy", bukan scan.

Kenapa bukan scan? Sebenarnya misnomer je nak confirmkan pregnancy kena scan. Nak confirmkan pregnancy, buat UPT, khalas. Tu je. Scan ni ada beberapa sebab lain, dan scan pada 4-5 minggu kehamilan ni, kebanyakan masa akan nampak 1 bulatan hitam pada rahim, mungkin akan nampak 1 lagi bulatan dalam tu (yolk sac), kalau nasib baik nampak satu tompok putih (fetal pole). Ada yang nampak dinding rahim tebal je.

Saya selalu akan bagitahu awal apa expectation yang perlu ada bila nak scan awal ni, sebab banyak kali bila scan awal, daripada muka ceria, rasa ragu-ragu ke pregnant ke tak, kecewa tak nampak bayi, degup jantung awal-awal ni. Tu belum kira yang tarikh LMP tak ingat, period tak teratur jadi tarikh lari dsbnya.

So apa perkara ke-2 kena make sure buat bila UPT + kalau bukan scan?

Make sure sambung makan asid folik. Asid folik ni kena makan sebenarnya 3 bulan sebelum TTC lagi sambung sampai 12 minggu hamil. Tapi ramai yang bila mula hamil, tak makan lagi sebab tak tahu, atau sebab unplanned pregnancy. Apa-apapun, bila dah tahu hamil, mula makan ye.

Ada banyak thread pasal asid folik yang lepas. Boleh tengok sini :

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1360138394798411776?t=726qAJYo5ZY4XQGL-IQI6A&s=19

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1324904687649267714?t=6cbiYvgtWFeQ8McAdeLRYg&s=19

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1288634113772011521?t=F70dxHknm2UN4r6rztK2Mg&s=19

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1360138394798411776?t=-ZyctfwZNJh0PfBMeqPhqA&s=19

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1360140943844757510?t=y3flGU6TeUQctF2_v1uF-g&s=19

Vitamin ke-2 yang disyorkan ambil ialah Vitamin D 400IU / 10mcg. Kepentingan vitamin ini untuk membantu fungsi kalsium dan fosfat dalam badan untuk kesihatan tulang, gigi dan otot. Mengikut kajian, wanita hamil, kurang terdedah kepada cahaya matahari dsbnya berisiko kurang vitamin D dalam badan.

Ada banyak lagi isu dan topik menarik yang boleh dikongsi pada awal kehamilan ini. Cuba komen di bawah topik yang anda nak tahu.

#AimiGYN
#hamil5minggu
#MTMOnG
Selamat Tahun Baru semua! Semoga azam tahun lepas dan tahun sebelum-sebelumnya dah ada yang tercapai dan azam tahun baru akan dicapai 😁
Live stream finished (2 minutes)
SEBAB BUAT SCAN DI TRIMESTER PERTAMA (KEHAMILAN SEHINGGA MINGGU KE-13)

Selalu jumpa yang datang klinik untuk scan sebab nak 'confirmkan pregnancy'. Bukan sebab tu ya. Baca bebenang ni juga. https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1741684852876030100?t=mNwvaKDbw9IdSIVDacBJ6w&s=19

Ada beberapa sebab kenapa scan dibuat di trimester pertama.

1. Nak sahkan 'viability'/degup jantung

2. Nak kira LMP dan ukur bayi bagi penentuan tarikh EDD yang tepat

3. Tentukan berapa bayi dikandung
4. Jika kehamilan berganda, nak tentukan berapa kantung (amnionicity) dan chorionicity

5. Spesifik untuk mereka yang ada sejarah kehamilan luar rahim, scan pada 6 minggu kehamilan untuk pastikan kandungan kali ini kehamilan dalam rahim.

6. Menentukan lokasi kandungan dalam atau luar rahim

7. Jika ada masalah seperti sakit abdomen, pendarahan dsbnya.

8. Menentukan kandungan mempunyai features yang normal dan bukan kandungan anggur (molar pregnancy) - especially kepada mereka yang ada simptom pendarahan atau muntah di awal kehamilan yang berlebihan.

Jika tiada sebarang masalah di awal kehamilan, boleh buat scan di trimester pertama ketika usia kehamilan 11m0h - 13m6h dan jika ada kepakaran, boleh buat nuchal translucency (NT) scan sekali.

#AimiGYN
#MTMOnG
#firstrimesterscan
DR, APA PANTANG LARANG UNTUK MAKAN DI TRIMESTER PERTAMA?

Ini soalan yang saya selalu dapat terutama sekali daripada first-time pregnant couple, dan soalan ini selalunya akan ditanya oleh siapa cuba teka?

Sebenarnya kehamilan ini kena dibayangkan adalah satu keadaan baharu yang normal sebenarnya, ada beberapa benda yang kena perhatikan elok-elok dan ada yang kena carry forward je yang biasa buat sewaktu belum hamil dulu.

So apa dia yang wanita hamil ni kena jaga daripada segi makanan dia?

1. Elak makanan yang dia alergik

Yang ni tak hamil pun memang kena elakkan. Alergik ni akan jadi simptom seperti kegatalan, kulit menjadi kemerahan dan naik bintik-bintik, bengkak muka, lidah dan saluran pernafasan dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Tahap alergik berbeza tapi ianya akut dan cepat.

2. Elak makan untuk dua orang.

Ini adalah mitos popular. Asal hamil, terus disuakan makanan dalam kuantiti lebih banyak daripada biasa. Sedangkan pertambahan kalori hanyalah +/- 300 kalori (permasalahan nutrisi individu boleh rujuk ahli nutrisi ataupun ahli dietetik) sahaja.

Bila makanan dalam kuantiti yang banyak, berat badan naik mendadak dan boleh jadi komplikasi kehamilan dan bayi.

3. Elakkan makanan mentah, tidak dimasak sepenuhnya, makanan dipanaskan semula, makanan yang tidak pasti akan kebersihan,

Kena pastikan makanan well-cooked dan bersih. Saya selalu jumpa wanita hamil datang dengan simptom cirit-birit akibat makan makanan seperti di atas. Kesian tau tengok mereka, dahlah hamil, sakit perut dengan simptom cirit-birit.

Keracunan makanan akibat isu makanan di atas lebih senang berlaku kepada wanita hamil jika dibandingkan dengan orang lelaki atau wanita yang tidak hamil. Selalu macam tu, orang lain makan ok je, yang wanita hamil ni dapat simptom cirit-birit.

4. Elakkan susu atau makanan tenusu unpasteurised

5. Elakkan makanan tinggi merkuri
Merkuri boleh merosakkan pembentukan dan perkembangan sistem saraf bayi anda. Selalunya makanan yang tinggi merkuri ialah ikan laut yang besar.

6. Elakkan minum kopi terlalu banyak.
Hadkan kurang daripada 200mg sehari, kalau boleh tak minum semasa hamil cuba usahakan, lebih-lebih lagi kalau ada anaemia.

7. Elakkan minuman beralkohol

Ada lagi tak yang tertinggal ni? πŸ€”
PUNCA PENDARAHAN DI TRIMESTER PERTAMA

Pendarahan akan menjadi kerisauan kepada wanita hamil dan pasangan. Sedikit atau banyak.

Ini adalah salah satu sebab kehadiran ke klinik di awal trimester untuk mendapat tahu kenapa pendarahan berlaku, dan nak dapatkan scan juga.

Bezakan juga darah yang berwarna merah terang dan darah berwarna hitam coklat.

Yang kedua ini lebih bersifat darah yang sudah lama berbanding darah yang baru berwarna merah terang.

Sebaiknya jika ada pendarahan, pakai pantyliner untuk dapatkan dengan lebih jelas...

1. Warna

2. Kuantiti darah yang keluar

Ada juga yang tangkap gambar darah yang tumpah ke mangkuk tandas atau lantai dsbnya, which is good to have photographic evidence sebegini, especially nak quantify amount, ada ketulan darah dsbnya.

Satu lagi ya.

Masa hamil, anda tidak dapat period. Period secara fisiologinya tidak berlaku semasa hamil.

Jadi jangan keliru ya.

Jadi apa antara punca pendarahan yang boleh berlaku di awal trimester pertama?

1.Implantation bleeding
Biasa keluar dalam bentuk β€˜spotting’, sikit-sikit sahaja, terjadi ketika pelekatan embryo pada dinding rahim.

2.Perubahan pada dinding serviks
Kehamilan boleh menyebabkan perubahan pada dinding serviks, contohnya 'ectropion'.

3.Keguguran
Antara tanda kehamilan yang tidak bertumbuh seperti sepatutnya, keguguran boleh berlaku dan pendarahan adalah antara tanda-tandanya. Boleh terjadi dengan sakit abdomen dalam masa yang sama.

4.Tanda kehamilan luar rahim
Sama seperti di atas.

5.Jangkitan vagina/ air kencing
Antara symptom lain seperti kegatalan, masalah sakit semasa buang air kencing, tidak lawas dsbnya.

Jika pendarahan berlaku, boleh rujuk kepada doktor untuk kita periksa dan berikan rawatan mengikut masalah yang menyebabkan pendarahan.

Apa-apapun dapatkan nasihat doktor ya!