Aimi Rahayu AR | πŸ‘§, SexRepro Health
870 subscribers
177 photos
7 videos
13 files
100 links
Download Telegram
Soalan rutin di klinik antenatal ibu hamil sekarang.

"Puan sudah dapat suntikan dos vaksinasi Covid-19?"

Bila jawapan yang diterima itu "Ya, doktor", terasa beban berat di bahu sedikit terangkat.

Berat, memang berat. Apatah lagi bila bilangan ibu hamil dijangkiti dan mengalami komplikasi serta kematian akibat pandemik ini semakin meningkat.

Ibu hamil, yang mahu hamil atau masih merancang, lengkapkan vaksinasi anda ya.

Saya berkongsi sedikit di ruangan #MTMTV di sini https://youtu.be/VIaeYlWYPtQ
Ibu-ibu hamil, jangan sebab Covid-19, anda tak datang temujanji antenatal yang dijadualkan di klinik kesihatan atau hospital ya.

Patuhi SOP yang digariskan dan datang temujanji ya.

Anda dan kandungan anda begitu berharga.

Jangan lupa vaksin.

We can do this!

#AimiGYN
Good news, vaccine works!
Malam ini ya jam 9 malam (25/8/2021) saya akan bersiaran di IG Live bersama Dr @muizzuddinz dengan tajuk 'Vaksin Covid-19 & Ibu Mengandung/Ibu Menyusu.

Sembang santai-santai je.

Korang tanya Dr @muizzuddinz ok, banyak pengalaman di PPV tu.

InsyaAllah malam ini.
Webinar: Nutrisi 1000 hari pertama
28 Ogos 2021
10 pagi - 12 tengahari

Perkembangan seorang kanak-kanak bergantung sejak 280 hari di dalam kandungan sehingga bayi tu berusia 2 tahun.

Konsep DOHad (Developmental Origins of Health and Disease) menegaskan kepentingan nutrisi di awal 1000 hari pertama kehidupan kanak kanak. Waktu ini adalah satu jangka masa yang kritikal yang menjadi asas untuk kesihatan optimum, tumbesaran dan perkembangan pesat sel-sel otak kanak-kanak.

Bersempena Karnival Penyusuan Susu Ibu 2021 anjuran Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) @ IIUM, webinar ini diadakan untuk memperkenalkan konsep DOHaD dan membincangkan kepentingan nutrisi yang baik untuk ibu mengandung dan menyusu, serta kesannya kepada nutrisi anak-anak dan perkembangan mereka.

Klik untuk sertai kami: bit.ly/Nutrisi1000Hari

Klik untuk maklumbalas ( Borang akan dibuka pada akhir webinar nanti)
https://forms.gle/XFVzB6976bNdZDyC9

E-sijil disediakan.

#ibusihatanakcerdas
#1000haripertamakehidupan
Tolonglah faham. Tiada yang selamat selagi semua tidak selamat.

Jaga SOP, dapatkan vaksinasi.

---

Please understand. No one is safe until everyone is safe.

Comply to SOP, get vaccinated.

#AimiGYN
3 soalan wajib saya tanya wanita di klinik #Shorts

https://youtube.com/shorts/PkKDP7CnBBg?feature=share

Dapatkan seluar bersalin mesra aurat MAMAPRIDE di sini https://shp.ee/gk9vtzh

Ikuti kumpulan perkongsian cerita menarik berkaitan bidang kesihatan wanita di aimirahayu.com.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua. 

Media sosial :

FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan